Permohonan Penetapan Semula Sempadan Kariah Bukit Gedong, Melaka.

Keputusan: 

Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara bersetuju menetapkan bahawa sempadan baru Kariah Bukit Gedong seperti berikut:

'Sempadan kariah Bukit Gedong bermula dari Laut Selat Melaka lot 2983 (Tanjung Samudera) melalui jalan Haji Zainal ke timur laut melalui sempadan lot 401, 402 kemudian belok ke timur melalui lot 400, 399, 417, 425, 2186, 2441 (Tanah Imigresen), 479, 480, 484, kemudian mengikuti jalan Bukit Gedong ke lot 1443, 1442, 1439, 1849, 2498 melintasi jalan Tanjung Kling ke lot 2502, 2501, 2500, 2531, 1400, 2527, 2526, 2525, 1416, 1415, 1414, 1361, 1362, 1363, 2389, sebahagian dari lot 1366 (tanah wakaf Tanjung Kling tetapi digunakan untuk tanah perkuburan Bukit Gedong) melalui jalan merentasi tanah perkuburan lot 1366 ke selatan dan lot 2544 hingga ke jalanraya. Kemudian melalui sempadan lot 2532, 1354 dan merentasi jalan Solok Ciku melalui lot 526, 537, 539, 543, 544, 545, 680, 675, 1842, 184'

Mesyuarat juga telah bersetuju agar sempadan kariah tersebut diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Melaka.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri: