Permohonan Penggunaan Wang Tabung Masjid Untuk Membina Sekolah

Tarikh Keputusan: 
22 Sep, 1990
Huraian Tajuk/Isu: 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah menerima persoalan daripada Setiausaha, Masjid Kg. Sg. Lang Baru, Banting yang bertanyakan berkenaan dengan hukumnya menggunakan wang tabung masjid untuk membena sekolah. Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah diminta untuk memberikan fatwanya mengenai perkara ini.
Keputusan: 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti berdasarkan nas yang muktabar dan mengambil keputusan seperti berikut :

"Wang tabung masjid daripada hasil derma am orang ramai adalah diutamakan penggunaan wangnya kepada aktiviti-aktiviti kebajikan masjid yang berkenaan itu, tetapi jika sekiranya wang itu berlebihan daripada keperluan masjid itu, maka bolehlah digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain seperti membuat sekolah, surau dan sebagainya.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri/Group: