Pertanyaan Perbicaraan Berkenaan Kes Zina Di Mahkamah Kadi Besar, Selangor

Tarikh Keputusan: 
15 Nov, 1986
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah menerima pertanyaan berkenaan perbicaraan berkenaan kes-kes zina di Mahkamah Kadi Besar.

Pertanyaan tersebut adalah seperti berikut :

"Mengapa Mahkamah Kadi Besar Selangor tidak membicarakan dan menghukum kesalahan berzina di bawah fasal 158 pecahan 3.

Keputusan: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membahaskan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar serta mengambil kira dari segi kuasa (Undang-Undang) dan hukum syara' adalah seperti berikut :

1. Malah mengikut peruntukkan perkara 158 (3) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor No. 3/1952 yang diberi kuasa kepada peruntukkan tersebut adalah perlu dilaksanakan.

2. Majlis Fatwa dalam hal ini adalah sependapat bahawa hukuman hudud adalah wajib dilaksanakan ke atas mereka yang didapati bersalah, tetapi oleh kerana berdasarkan kepada Undang-undang tersebut,maka hukuman yang dikenakan itu sahajalah yang dapat dilaksanakan. "
 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri/Group: