Pertukaran Jantina Daripada Lelaki Kepada Perempuan

Tarikh Keputusan: 
16 Mar, 1993
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Seorang yang bernama Aminuddin bin Abdul Aziz tinggal di Taman Seri Muda, Shah Alam telah menukarkan jantina daripada Ielaki kepada perempuan pada 17/11/1990 di Bangkok dan menukar nama kepada Norhanim Hj. Abdul Aziz. Penukaran nama ini telah diakui oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

Sebab-sebab pertukaran itu mengikut beIiau kerana terdapat sifat-sifat kewanitaan yang sangat kuat pada dirinya kepada seorang perempuan dan jika mendapat pengiktirafan Majlis Fatwa di atas pertukaran tersebut ia akan bernikah dengan seorang lelaki.

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah diminta memberikan fatwanya mengenai perkara tersebut.

Keputusan: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam, keputusannya adalah seperti berikut :

" Semua ahli Jawatankuasa mengambil bahagian bagi membincangkan perkara di atas dan membincangkan dari segala aspek, bahawa penukaran jantina daripada lelaki kepada wanita adalah HARAM dan permohonan untuk bernikah tidak dapat diberi kebenaran, walaupun telah berubah dari segi fizikalnya dengan melalui pembedahan sebagaimana yang beliau dakwa, ini kerana seorang yang asalnya lelaki telah dijadikan oleh Allah tidak akan berubah dari sifat-sifat kelelakiannya, walaupun ia cuba berusaha mengubahnya".

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri/Group: