Rayuan Kebenaran Mendirikan Sembahyang Jumaat Di Surau Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Alor Gajah, Melaka
Keputusan:
Jawatankuasa Fatwa telah sebulat suara memutuskan bahawa:
Tidak boleh didirikan sembahyang Jumaat di Surau Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Alor Gajah, Melaka kerana berdasarkan pertimbangan hukum syara' bahawa hampir semua pelajar dan kakitangan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Alor Gajah, hanya berstatus pemukim yang wajib mendirikan sembahyang Jumaat tetapi mereka bukan pemastautin tetap yang mencukupkan bilangan ahli Jumaat seramai 40 orang dari kalangan ahli kariah yang bermastautin yang boleh mengesahkan Jumaat.
Negeri:
- 324 reads
Printer-friendly version


