Skim bantuan zakat butir Sinf Ibnu Sabil

Tarikh Keputusan: 
10 Jul, 1994
Huraian Tajuk/Isu: 

Skim bantuan zakat butir Sinf Ibnu Sabil

Keputusan: 

i. Bantuan tambang kepada pelajar-pelajar yang berjaya menyambung pelajaran di dalam atau di luar negeri.

ii. Bantuan tambang pelajar-pelajar yang kesempitan wang untuk kembali ke tanah air dan pulang semula ke tempat belajar atau sebab kecemasan seperti kematian keluarga ibubapa dan sebagainya dalam tempoh pengajian.

iii. Setelah berbincang maka Jawatankuasa ini bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh Dr. Yusof Qardhawi pengarang kitab Fiqh Zakat dan dengan itu Jawatankuasa ini membuat keputusan bahawa tambang bagi perjalanan samada pergi atau balik bagi maksud menyambung pelajaran atau pulang setelah tamat bolehlah diberi pertimbangan dari Sinf Ibnu Sabil.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri/Group: