Tulisan ayat al-Quran dengan huruf Rumi.

Tarikh Keputusan: 
10 Dec, 1989
Huraian Tajuk/Isu: 
Keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan mengenai penulisan ayat-ayat al-Quran dengan huruf Roman dan Latin.
Keputusan: 
Didalam penulisan ayat-ayat al-Quran didapati ada beberapa pendapat ulama" sepertimana berikut:- 1) Penulisan al-Quran mestilah ditulis dengan Rasm Uthmani (ini Pendapat Jumhur ulama"). 2) Harus menulis dengan tidak mengikut Rasm Uthmani. 3)Harus, malah wajib dengan tidak mengikut Rasm Uthmani bagi kegunaan awam, bagi maksud pembelajaran. Setelah meneliti pendapat-pendapat tersebut maka jawatankuasa ini berpendapat adalah wajib ditulis dalam al-Quran dengan Rasm Uthmani berdasarkan اجماع الصحابة kecuali bagi maksud pengajaran untuk menyenangkan para pelajar. Mengenai pengharaman penulisan ayat-ayat al-Quran dengan huruf Roman atau Latin jawatankuasa ini bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-24 bersidang pada 5 dan 6 Jun 1989 bersamaan 2 dan 3 Zulkaedah 1409 yang telah mengambil keputusan bahawa: 'Adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan sistem tulisan al-Quran. Memandangkan keadaan yang ada dalam masyarakat Islam di Malaysia, maka Muzakarah menasihatkan bahawa pelaksanaan fatwa ini hendaklah dijalankan secara berperingkat-peringkat dengan tidak menyusahkan mana-mana pihak.'
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri/Group: