Zakat padi

Tarikh Keputusan: 
8 Oct, 1996
Huraian Tajuk/Isu: 

Pandangan ahli Jawatamkuasa mengenai pengiraan zakat padi dan subsidi padi(Maalud Mustafad)

Keputusan: 

Kerajaan memberi subsidi ini kepada orang yang membuat bendang dan menjual padi itu dalam tempoh yang ditetapkan, sekiranya seseorang itu telah menyimpan padi ke satu tarikh yang luput tempohnya maka subsidi padi tidak akan diberikan kepadanya, ini bererti subsidi tiu bukanlah hasil daripada padi, tetapi sebagai insiatif yang diberikan oleh kerajaan dan ia adalah berasingan dari hasil padi sebenarnya.
Bagi subsidi sebanyak 0.2481 ini adalah sebahagian daripada subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada petani seperti baja dan sebagainya. oleh itu, sekiranya hendak diambil kira semuanya maka hendaklah semua dimasukkan dalam satu kiraan sebagai subsidi bukan hanya subsidi jualan padi sahaja oleh kerana itu subsidi padi itu berasingan dengan harga padi.
Jika berlaku bencana alam, maka subsidi akan luput daripada pesawah-peawah tadi dan ia hanya dapat subsidi dalam bentuk lain. oleh yang demikian , jawatankuasa syariah memberi pendapat bahawa subsidi padi bukan harga padi dan tidak boleh dicampur subsidi padi dengan harga padi untuk kiraan pungutan/kutipan zakat biji-bijian.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri: