Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekali lagi telah bekerjasama menjayakan penganjuran Seminar Pendidikan Fatwa – Merokok Adalah Haram pada 20 Sya’ban 1432H bersamaan hari Jumaat, 22 Julai 2011M bertempat di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra, Putrajaya.
Bertempat di Pan Pacific KLIA Sepang, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah mengadakan Muzakarah Khas bagi membincangkan isu alkohol dalam makanan dan minuman serta isu makanan terubahsuai secara genetik (GM Food) pada 14 hingga 16 Julai 2011.
Khamis 30 Jun 2011, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Terengganu telah berjaya menganjurkan Wacana Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Dewan Gamelan, Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu.
Bermula pada 16 hingga 18 Jun 2011 baru-baru ini telah berlangsung Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke-95 bertempat di Merdeka Palace Hotel & Suites, Kuching Sarawak.
PUTRAJAYA 14 Jun 2011 (Selasa) - Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM telah menerima kunjungan hormat tidak rasmi Syeikh Turkey Essa Al-Muttairi, Pengurus Jabatan Ifta’ Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Islam, Kuwait. Beliau hadir dengan diiringi oleh seorang pelajar Sarjana USIM dan isteri.