Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

 
Kategori : Ekonomi  
Tajuk :
Insurans

 

 
 Keputusan 1
Insurans am iaitu lain daripada insurans nyawa adalah harus.
Oleh : Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16  
Tarikh Keputusan : 1 Oktober 1970 
Tarikh Muzakarah : 1 Oktober 1970 hingga 2 Oktober 1970

 

 
 Keputusan 2
Insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;

a. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
b. Mengandungi unsur judi.
c. Mengandungi muamalah riba.

Oleh : Persidangan ke 16  
Tarikh Keputusan : 15 Feb 1979 
Tarikh Muzakarah : 15 Feb 1979 hingga 16 Feb 1979

Populariti :  43997

Sumber :  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia