Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

1.         PENUBUHAN
 
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ditubuhkan pada awal tahun 1970 sebagaimana diperuntukan pada Perkara 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Jawatankuasa ini merupakan badan pengeluar fatwa di peringkat Kebangsaan atas apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. Sementara MKI yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri merupakan badan penyelaras di peringkat Persekutuan yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja pada Mac 1968.
 
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah bersidang buat pertama kalinya pada 23 hingga 24 Jun 1970 yang dipanggil dengan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan tersebut berlangung sebanyak 18 kali dan yang terakhir diadakan pada 14 Mei 1980. Kemudiaannya penggunaan perkataan Persidangan ditukar kepada perkataan Muzakarah. Maka pada tarikh 28 hingga 29 Jun 1981 diadakan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Kali Pertama.
 
 2.      TUGAS
 
Tugas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengikut pada Perkara 14 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia adalah menimbang, memutus dan mengeluarkan fatwa atas apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang dirujuk kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. Jawatankuasa ini akan mengemukakan pendapat-pendapatnya kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang kemudian menghantarkannya bersama dengan pengesyoran-pengesyoran kepada Majlis Raja-Raja.
 
 3.       KEANGGOTAAN
 
Ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdiri daripada:
 
Seorang pengerusi yang dilantik oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) di kalangan ahlinya;

Mufti tiap-tiap negeri yang mengambil bahagian atau seorang yang mewakili Negeri dalam Hal Ehwal Agama Islam;

Sembilan orang alim ulama dan kalangan profesional serta pakar-pakar muslim yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja; dan

Seorang ahli yang beragama Islam dari Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang atau dari profession undang-undang yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

 
 
4.         KAEDAH PENGELUARAN HUKUM/PANDANGAN SYARAK OLEH JAWATANKUASA FATWA
 
             Pengeluaran pandangan hukum/fatwa oleh Jawatankuasa adalah melalui dua cara ;
 
(i) Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa MKI

Proses pengeluaran hukum/fatwa ini bermula apabila Mesyuarat Majlis Raja-Raja menitahkan supaya Jawatankuasa Fatwa MKI memberikan pandangan hukum/fatwa tentang sesuatu isu yang timbul dalam masyarakat. Isu yang dikemukakan akan dikaji, disediakan satu kertas kerja berkaitan dan kemudiannya dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa MKI. Apabila Mesyuarat telah mengeluarkan pandangan hukum/fatwa, maka pandangan hukum/fatwa berkenaan akan dirafa’kan kepada Majlis Raja-Raja melalui Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Pandangan hukum/fatwa yang telah diperkenan oleh Majlis Raja-Raja tersebut akan dibawa kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri tanpa boleh dipinda dan seterusnya diwartakan sebagai fatwa negeri berkenaan.
 

(ii) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI

Proses pengeluaran hukum/fatwa ini adalah melalui permohonan dari masyarakat Islam atau pihak-pihak tertentu. Isu yang dikemukakan akan dikaji, disediakan satu kertas kerja berkaitan dan kemudiannya dibentangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI. Pandangan hukum/fatwa yang diputuskan dalam Muzakarah ini akan dibawa ke Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri dan negeri boleh meminda keputusan tersebut atau menerimanya tanpa pindaan sebagai fatwa negeri dan seterusnya diwartakan. Pandangan hukum/fatwa yang diputuskan dalam Muzakarah ini juga akan dirafa’kan untuk perkenan Majlis Raja-Raja melalui Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
 

Pihak-pihak tertentu yang pakar akan dipanggil untuk memberikan pandangan dan penjelasan terhadap isu-isu yang tidak jelas atau memerlukan penjelasan dan taklimat terperinci supaya semua Ahli Jawatankuasa Fatwa MKI mendapat maklumat yang tepat bagi membuat dan memutuskan keputusan.
 
KEAHLIAN JAWATANKUASA FATWA
MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI)
 
 
   Y. Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor
   Bin Haji Husin
   Pengerusi Jawatankuasa Fatwa MKI,
   Pengerusi Lembaga Pengarah USIM
   Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),
   Bandar Baru Nilai,
   71800 Nilai,
   Negeri Sembilan
 
  
    Y.Bhg. Dato' Haji Othman bin Mustapha
    Setiausaha Jawatankuasa Fatwa MKI
    Ketua Pengarah
    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
    Aras 9, Blok D7, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62519 Putrajaya
 
 
    Y. B. S.S. Tan Sri Dato’ Seri Hj. Harussani
    bin Hj. Zakaria
    Mufti Negeri  Perak Darul Ridzuan
    Pejabat Mufti Negeri Perak Darul  Ridzuan,
    Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh,
    Perak 
 
 
    Y.Bhg. S.S. Dato' Setia  Haji Mohd. Tamyes
    bin  Abd. Wahid
    Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan,
    Jabatan Mufti Negeri Selangor, 
    Tingkat 7 & 8, Menara Utara,
    Bangunan Sultan Idris Shah 
    Persiaran Masjid,
    40000 Shah Alam, 
    Selangor Darul Ehsan.
 
 
    Y.Bhg. S.S Dato' Haji Wan Zahidi Bin Haji Wan Teh
    Mufti Wilayah Persekutuan
    Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,
    Tingkat 10, Menara Pusat Islam,
    Jalan Perdana,
    50519 Kuala Lumpur
 
 
     Y. Bhg. S.S Ustaz Bungsu@Aziz bin Haji Jaafar
     Mufti Negeri Sabah
     Pejabat Mufti Negeri Sabah,
     Tingkat 6, Blok B, Wisma MUIS,
     Jalan Sembulan, Beg Berkunci 2070,
     88999 Kota Kinabalu,
     Sabah 
 
 
     Y. Bhg. S.S. Dato' Seri Haji Hassan Bin Haji Ahmad
     Mufti Negeri Pulau Pinang
     Pejabat Mufti Negeri Pulau Pinang,
     Tingkat 48,  KOMTAR,
     10000 Pulau Pinang 
 
 
     Y. Bhg. S.S Datuk Wira Hj. Rashid Redza
     bin Hj. Md. Saleh
     Mufti Negeri Melaka
     Jabatan Mufti Negeri Melaka,
     Aras 2, Imarah A. Kompleks MAIM, 
     Jalan Bukit Palah,
     75150 Melaka
 
 
     Y. B. S.S Dato' Hj. Muhamad Shukri bin Muhamad
     Mufti Kerajaan Negeri Kelantan
     Pejabat Mufti Negeri Kelantan,
     Kompleks Balai Islam Lundang,
     Jalan Sultan Yahya Petra,
     15200 Kota Bharu,
     Kelantan 
 
 
     Y. Bhg. S.S. Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Osman
     Mufti Negeri  Pahang
     Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pahang,
     Jalan Masjid,  
     26600 Pekan, Pahang
 
 
    YB. S.S. Dato' Hj. Mohd. Tahrir bin Dato’ Shamsudin
    Mufti Negeri Johor
    Jabatan Mufti Negeri Johor Darul Takzim,
    Tingkat 3, Kompleks Islam Johor, 
    Jalan Masjid Abu Bakar, Karung Berkunci 725,
    80990 Johor Bharu,
    Johor 
 
 
    Y. B. S.S. Dr. Zulkifly bin Muda
     Mufti Negeri Terengganu
     Jabatan  Mufti Negeri  Terengganu,
     Tingkat 1, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,
      Kompleks Seri Iman,
     Jalan Sultan Mohamad,
     21100 Kuala Terengganu,
     Terengganu
 
 
    Y. B. S.S. Dato’ Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad
    Mufti Negeri Sembilan
    Jabatan  Mufti Negeri Sembilan,
    Tingkat 3, Bangunan SUK Lama,
    Karung Berkunci 45, Jalan Dato' Hamzah,
    70990 Seremban,
    Negeri Sembilan
 
 
    Y. Bhg. S.S Dato’ Syeikh Muhamad Baderudin
    bin Hj. Ahmad
    Mufti Negeri  Kedah 
    Jabatan Mufti Negeri Kedah,
    Aras 3, Bangunan Mahkamah Syariah & Jabatan Mufti,
    Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    Bandar Mu'azam Shah, Anak Bukit,
    06550 Alor Star,
    Kedah
 
 
    Y. Bhg. S.S. Tuan Haji Kipli Bin Haji Yasin
    Mufti  Negeri  Sarawak
    Pejabat Mufti Negeri  Sarawak,
    Aras 6, Bangunan Mahkamah Syariah (Anjung Kanan),
    Jalan Satok,
    93400 Kuching,
    Sarawak
 
 
     Y. Bhg. S.S. Dr. Juanda bin Jaya
      Mufti Negeri  Perlis
      Jabatan Mufti Negeri  Perlis
      Tingkat 1, Blok A, Bangunan Dato' Mahmud Mat,
      01000 Kangar,
      Perlis 
 
 
      Y. Bhg. Tan Sri Sheikh Ghazali Bin Hj. Abd. Rahman
       Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja
       Penasihat Perundangan Syariah
       Jabatan Peguam Negara
       No. 7019, Jalan 16,
       Taman Selayang Baru, Batu Caves,
       68100 Selangor.
 
 
       Y. Bhg. Dr. Abdul Hayei Bin Abdul Shukor
       Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja
       No. 72, Jalan Dato’ Sulaiman,
       Taman Tun Dr. Ismail,
       60000 Kuala Lumpur
 
 
      Y. Bhg. Prof. Datuk Zakaria Bin Stapa
       Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja
       Fakulti Pengajian Islam,
       Universiti Kebangsaan Malaysia
       43600 Bangi,
       Selangor
 
 
       Y. Bhg. Prof Madya Datin Dr. Paizah Bt. Hj. Ismail
       Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja
       No.5, Jalan 11/6,
       46200 Petaling Jaya,
       Selangor Darul Ehsan
 
 
       Y.Bhg. Dr. Haji Mat Saad Bin Abdul Rahman
       Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja
       No. 11, Simpang 253-54-6,
       Jalan Beribi, Kg. Kiarong,
       BE1318 Bandar Seri Begawan,
       Brunei Darussalam
      
       Y.Bhg. Prof. Dr. Zhari bin Ismail
       Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja
       Discipline of Pharmaceutical Chemistry
       Pusat Pengajian Sains Farmasi
       Universiti Sains Malaysia
 
 
       Y.Bhg. Prof. Dr. Ashraf bin Md. Hashim
       Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja
       Head of ISRA Consultancy Department (I-Con)
       International Shari'ah Research Academy for
       Islamic Finance (ISRA)
 
 
      Y.Bhg. Tuan Haji Faisal Bin Ahmad Sabri
      Ahli Dilantik oleh Majlis Raja-Raja
       Penasihat Undang-Undang
       Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
       Aras 7, Blok D7, Kompleks D,
       Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
       62519 Putrajaya