Johor

Fatwa Berkaitan Produk Biskut Berbentuk Ikan Perisa Sayur Dan Perisa Keju Oleh Win Win Food Industries Sdn. Bhd.

Tarikh Keputusan: 
9 Mar, 2010
Huraian Tajuk/Isu: 
Fatwa Berkaitan Produk Biskut Berbentuk Ikan Perisa Sayur Dan Perisa Keju Oleh Win Win Food Industries Sdn. Bhd.
Keputusan: 
Dimaklumkan Bahawa telah dibincang dan dibahaskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 23 Rabiul Awal 1431 bersamaan 9 March 2010. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka keputusannya adalah seperti berikut.
 
Alhamdulillah fatwanya :
 
"Membuat produk makanan menyerupai bentuk haiwan adalah harus mengikut syara' kecuali haiwan seperti babi, anjing dan juga haiwan yang jijik menurut pandangan masyarakat".
 
 

والله أعلم بالصواب

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Fatwa Status Puasa Bagi Pesakit Yang Menerima Rawatan Dialisis Peritonial

Tarikh Keputusan: 
18 Aug, 2009
Huraian Tajuk/Isu: 
Fatwa Status Puasa Bagi Pesakit Yang Menerima
Rawatan Dialisis Peritonial
Keputusan: 
 
 
Dimaklumkan bahawa perkara di atas telah dibincang dan dibahaskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 27 Syaaban 1430 bersamaan 18 Ogos 2009. setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka keputusannya adalah seperti berikut :
 
بسم الله الرّحمن الرّحيم. الحمدلله ربّ العلمين والصّلاة والسّلام على اشرفالأنبياء والمرسلين وعلى ءآله وصحبه اجمعين.
 
Alhamdulillah fatwanya :
 
"  Sekiranya rawatan dialisis peritonial dilakukan pada siang hari ramadhan ( bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari ) maka ia membatalkan puasa kerana darah yang dimauskkan semula ke dalam badan pesakit ada dicampurakan unsur kimia dan unsur berzat iaitu larutan gula dan asid amino.
 
      Oleh itu, orang yang berpenyakit buah pinggang yang mana kehidupan hariannya sepanjang hayat bergantung pada penggunaan dialisis peritonial ( tidak boleh tidak ) maka gugurlah kewajipan berpuasa ke atas dirinya dan ia hanya diwajibkan membayar fidyah iaitu secupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan.
 
     Walaubagaimanapun jika sekiranya penggunaan dialisis peritonial hanya pada waktu tertentu sahaja ( pada keadaan kritikal ) dan kebetulan semasa itu ia berpuasa maka batal puasa tersebut dan ia wajib qada' semula puasa tersebut pada hari yang lain ".
 
 
والله أعلم بالصواب.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Fatwa Berkaitan Pinggan Mangkuk Berasaskan Serbuk Tulang (Bone Ash)

Tarikh Keputusan: 
5 Apr, 2010
Huraian Tajuk/Isu: 
Fatwa Berkaitan Pinggan Mangkuk Berasaskan Serbuk Tulang (Bone Ash)
Keputusan: 
Dimaklumkan bahawa telah dibincang dan dibahaskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 20 Rabiul Akhir 1431 bersamaan 5 April 2010. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka keputusannya adalah seperti berikut.
 
Alhamdullillah fatwanya :
 
" Penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang diperbuat daripada serbuk tulang babi adalah tidak harus mengikut hukum syara' dan wajib ditinggalkan penggunaannya.
 
Penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang tidak halal dimakan selain daripada babi juga tidak harus digunakan.
 
Penggunaan perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang halal dimakan tetapi tidak disembelih juga tidak harus digunakan.
 
Manakala perkakas pinggan mangkuk berasaskan serbuk tulang haiwan (Bone Ash) yang diperbuat daripada serbuk tulang haiwan yang halal dimakan yang telah disembelih adalah harus digunakan mengikut hukum syara'.
 
Fatwa ini hanya terlaksana dengan adanya pembuktian saintifik yang jelas terhadap bahan kandungan pinggan mangkukk tersebut.
 
Walaupun belum terdapat pembuktian secara saintifik dengan bahan kandungan, umat islam dinasihatkan supaya tidak menggunakan pinggan mangkuk yang diperbuat daripada tulang untuk mengelakkan keraguan. Ini berdasarkan hadis Rasullullah SAW :
 
Tinggalkanlah apa yang meraguka kamu kepada apa yang tidak meragukan.
(Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasai)
 
Larangan penggunaan pinggan mangkuk yang tertera di atas adalah berasaskan konsep Al-Ihtiyat (berhati-hati) demi menjamin kesucian melaksanakan ibadah dalam kehidupan ".
 

والله أعلم بالصواب

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Fatwa Pengesahan Pembayaran Zakat Perniagaan Bagi Program Rumah Murni Malaysian Industrial Developement Finance Berhad (MIDF)

Tarikh Keputusan: 
8 Sep, 2010
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Fatwa Pengesahan Pembayaran Zakat Perniagaan Bagi Program Rumah Murni Malaysian Industrial Developement Finance Berhad (MIDF)
Keputusan: 
 
Dimaklumkan bahawa telah dibincang dan dibahaskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 18 Ramadhan 1430 bersamaan 8 September 2009. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka keputusannya adalah seperti berikut.
 
Alhamdullillah fatwanya :
 
" Semua individu dan syarikat hendaklah membayar zakat harta dan zakat perniagaan secara keseluruhan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor.
 
Majlis Agama Islam Negeri Johor boleh memberi peruntuklan yang dipohon oleh pembayar zakat samada individu ataupun syarikat untuk mereka mengagihkan sendiri kepada asnaf-asnaf penerima zakat yang telah dikenalpasti oleh pihak pembayar berdasarkan dengan garis panduan daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.
 
Oleh itu Program Rumah Murni Malaysia Industrial Development Finance Berhad (MIDF) yang tidak melibatkan peranan Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai badan autoriti menguruskan wang zakat maka ia bukanlah dikira sebagai zakat perniagaan tetapi sebagai sumbangan kepada masyarakat (khidmat sosial) ".
 
 
 

والله أعلم بالصواب

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Fatwa Mengenai Urus Niaga Jual Beli Emas Secara Ansuran / Hutang

Tarikh Keputusan: 
8 Jun, 2010
Huraian Tajuk/Isu: 
Fatwa Mengenai Urus Niaga Jual Beli Emas Secara Ansuran / Hutang
Keputusan: 
Dimaklumkan bahawa telah dibincang dan dibahaskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Jamadil Akhir 1431 bersamaan 8 Jun 2010. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka keputusannya adalah seperti berikut.
 
Alhamdullillah fatwanya :
 
" Urusniaga jual beli emas secara ansuran atau hutang yang dikendalikan oleh Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) adalah harus mengikut hukum syara' ".
 
 

والله أعلم بالصواب

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Fatwa Cadangan Perdagangan Baja Najis Kelawar (Guano)

Tarikh Keputusan: 
8 Jun, 2010
Huraian Tajuk/Isu: 
Fatwa Cadangan Perdagangan Baja Najis Kelawar (Guano)
Keputusan: 
Dimaklumkan bahawa telah dibincang dan dibahaskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Jamadil Akhir 1431 bersamaan 8 Jun 2010. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka keputusannya adalah seperti berikut.
 
Alhamdullillah fatwanya :
 
" Memproses dan membekalkan baja organik yang terdiri daripada najis kelawar (Guano) adalah harus mengikut hukum syara' ".
 
 
 

والله أعلم بالصواب

Keputusan (English): 

 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Fatwa Berkaitan Etil Alkohol Dalam Makanan

Tarikh Keputusan: 
29 Jun, 2010
Huraian Tajuk/Isu: 
Fatwa Berkaitan Etil Alkohol Dalam Makanan
Keputusan: 
Dimaklumkan bahawa telah dibincang dan dibahaskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 16 Rejab 1431 bersamaan 29 Jun 2010. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka keputusannya adalah seperti berikut.
 
Alahamdullilah fatwanya :
 
  1. Setiap minuman arak mengandungi Alkohol Etanol yang memabukkan tetapi bukan semua alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis.
  2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak samada mengandungi sedikit alkohol atau alkohol yang disulingkan adalah haram diminum.
  3. Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
  4. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan dan minuman tidak najis dan boleh dimakan.

Kandungan Etil Alkohol yang terdapat di dalam makanan dan minuman yang dibenarkan adalah tidal lebih daripada 0.01%.

Oleh itu, produk yang boleh diberikan pensijilan halal adalah :

  1. Kod sampel : 229 (L-090310-UCK(b)
  2. Kod sampel : 231 (L-090310-RT(a)
  3. Kod sampel : 232 (L-090310-RT(b)
  4. Kod sampel : 233 (L-090310-RT(c)

Manakala baki produk yang lain tidak menepati syarat dan tidak boleh diberi pensijilan halal.

Oleh kerana masalah ini berkaitan dengan isu nasional, maka produk yang mengandungi lebih daripada 0.01% Etil Alkohol akan dibawa ke Muzakarah Jawatankuas Fatwa Kebangsaan untuk dibincangkan sebagaimana yang telah diperuntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor seksyen 51 (1) :

" Walau apapun kuasa Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 47, apabila Jawatankuasa Fatwa mendapati bahawa suatu fatwa yang dicadangkan dibuat adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang menyentuh kepentingan kebangsaan. Jawatankuasa Fatwa hendaklah menangguhkan perbincangan tentang fatwwa yang dicadangkan itu dan mengemukakan perkara itu kepada Majlis ".

 

والله أعلم بالصواب

 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Fatwa Hukum Menjual Dan Menternak Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik

Tarikh Keputusan: 
11 Dec, 2009
Huraian Tajuk/Isu: 
Fatwa Hukum Menjual Dan Menternak Lintah Dan Cacing Untuk Tujuan Perubatan Dan Kosmetik
Keputusan: 
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah bersidang pada 20 Syaaban 1430 Hijriah bersamaan 11 Disember 2009 dan membuat keputusan sebagaimana berikut :
 
Alhamdullillah fatwanya :
 
Lintah dan cacing bukan merupakan haiwan yang dikategorikan sebagai najis. Oleh itu hukum menternak kedua-dua haiwan tersebut atau berjual beli atas dasar manfaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut adalah harus. Menggunakan lintah dan cacing untuk tujuan perubatan dan kosmetik adalah harus dengan syarat-syarat berikut :
 
  1. Habitat kedua-dua haiwan tersebut dalam lingkungan yang suci.

  2. Haiwan tersebut tidak ada kemudaratan seperti ada racun berbisa.

  3. Haiwan tersebut tidak menjadi najis (mutannajis) seperti mencampurkan haiwan tersebut dengan unsur-unsur yang najis seperti arak, babi dan sebagainya.

  4. Tujuan penternakan cacing dan lintah bukan bermatlamat sebagai bahan makanan tetapi sebagai bahan perubatan dan kosmetik serta penghasilan baja.

  5. Bagi kegunaan luaran sahaja seperti dibuat minyak bagi sapuan pada anggota tubuh badan.

 

 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Fatwa Menukar Nama Dan Mem ‘BIN’ kan Nama Anak Tak Sah Taraf

Tarikh Keputusan: 
21 Jan, 2009
Huraian Tajuk/Isu: 

Keputusan: 
 
Dimaklumkan bahawa perkara di atas telah dibincang dan dibahaskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 24 Muharram 1430 bersamaan 21hb Januari 2009. Setelah dilihat dengan penuh penelitian maka keputusannya adalah seperti berikut :
 
Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut ;
 
1. Membuang nama Muhammad yang tercatat di dalam Mykid Muhammad Revanza Leriano Ooi       (050421-01- 1441) adalah tidak dibenarkan demi menjaga maslahat pegangan agama Islam anak tersebut pada masa akan datang.
 
2. Muhammad Revanza Leriano Ooi juga tidak boleh di “bin” kan kepada Omar kerana dia adalah anak tak sah taraf mengikut hukum syara’.
 

3. Dicadangkan nama anak tersebut ditulis dengan nama Muhammad Revanza Leriano Ooi Maula Omar”.

والله أعلم بالصواب

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Fatwa Penjelasan Penggunaan Ubat Clexane Dalam Rawatan Pesakit

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Keputusan: 
 
Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut ;
 
“Penggunaan ubat Clexane dan Fraxiparine bagi mencegah formulasi pembekuan darah secara serta merta ketika pesakit berada pada tahap kronik adalah ditegah.
 
Oleh itu pesakit boleh menggunakan ubat alternatif yang lain, yang mempunyai fungsi serta keberkesanan yang sama dengan ubat Clexane dan Fraxiparine iaitu Arixtra solution for injection atau nama generiknya Fondaparinux Sodium yang mempunyai keberkesanan tinggi dalam membantu mengelakkan masalah pembekuan darah”.
 

والله أعلم بالصواب

 

 

 
Keputusan (English): 
 
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Fatwa Ajaran Kumpulan LayarBahtera

Tarikh Keputusan: 
30 Mar, 2010
Huraian Tajuk/Isu: 
Fatwa Ajaran Kumpulan LayarBahtera
Keputusan: 
 
 
 
 
Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan perkara di atas telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada  14 Rabiul Akhir 1431 bersamaan 30hb Mac 2010. Setelah dilihat dengan penuh penelitian daripada setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :
 
بسم الله الرّحمن الرّحيم. الحمدلله ربّ العلمين والصّلاة والسّلام على اشرفالأنبياء والمرسلين وعلى ءآله وصحبه اجمعين.
 
Alhamdulillah fatwanya ;
 
  1. Bahawasanya ajaran dan pegangan Kumpulan Layar Bahtera adalah palsu, sesat, menyeleweng, merosakkan aqidah dan boleh membawa ancaman kepada ketenteraman orang awam.

  2. Oleh yang demikian, orang ramai di negeri ini, dilarang sama sekali terlibat dengan ajaran dan pegangan Kumpulan Layar Bahtera samada dengan cara :  
i.   Mengamalkannya atau mengajarkannya kepada orang lain.

ii.  Menyebarkan apa-apa maklumat berkaitan dengan ajaran atau kegiatannya.
     samada melalui media cetak atau elektronik.

iii. Menjalankan upacara atau apa sahaja kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan ajarannya seterusnya mengundang atau menerima kehadirannya (Kumpulan Layar Bahtera) atau pengikut-pengikutnya samada untuk menyebarkan ajarannya atau tujuan-tujuan yang lain seterusnya memberikan sokongan moral dan material kepadanya atau sesiapa yang terlibat dengan ajarannya. 

     3.  Pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakan tegas bagi menghalang dan mencegah pegangan, ajaran atau amalan Kumpulan Layar Bahtera di Negeri Johor.

i.   Mengamalkannya atau mengajarkannya kepada orang lain.

ii.  Menyebarkan apa-apa maklumat berkaitan dengan ajaran atau kegiatannya.
     samada melalui media cetak atau elektronik.

iii. Menjalankan upacara atau apa sahaja kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan ajarannya seterusnya mengundang atau menerima kehadirannya (Kumpulan Layar Bahtera) atau pengikut-pengikutnya samada untuk menyebarkan ajarannya atau tujuan-tujuan yang lain seterusnya memberikan sokongan moral dan material kepadanya atau sesiapa yang terlibat dengan ajarannya.
 
 
والله أعلم بالصواب
Status Penwartaan: 
Diwartakan

Cadangan Mewujudkan Ruang Pejabat Koperasi Masjid Taman Perling Berhad Di Kawasan Bangunan Masjid Taman Perling

Tarikh Keputusan: 
29 Jun, 2010
Huraian Tajuk/Isu: 
Cadangan Mewujudkan Ruang Pejabat Koperasi Masjid Taman Perling Berhad Di Kawasan Bangunan Masjid Taman Perling
Keputusan: 
Dimaklumkan bahawa perkara di atas telah dibincang dan dibahaskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 16 Rejab 1431 bersamaan 29 Jun 2010. Setelah dilihat penuh penelitian Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan bahawa :
 
  • Cadangan mewujudkan ruang pejabat koperasi Masjid Taman Perling Berhad di kawasan bangunan Masjid Taman Pelangi adalah harus mengikut hukum syara' dengan mematuhi syarat-syarat berikut :
  Kegunaan ruang pejabat tersebut adalah untuk masyarakat Islam terutama bagi kegiatan-kegiatan yang boleh memandu dan memperkasakan syiar Islam.
  
 
 
 
  • Kebenaran ini diberi hanya secara menumpang dan sementara (مؤقت) di kawasan bangunan Masjid dan bukan dibina untuk kekal selama-lamanya.
    • Kegunaan ruang hendaklah tidak melebihi keperluan sebenarnya.

     

    • Kemuliaan tanah wakaf dan kawasan masjid hendaklah dijaga seperti menutup aurat dan tiada berlaku perbuatan yang diertikan sebagai bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islam.

     

    • Namun sekiranya pada masa akan datang ruang tersebut diperlukan sebagaimana yang termaktub dalam hujjah wakaf, maka ruang tersebut hendaklah dikembalikan semula bagi menyempurnakan hujjah wakaf tersebut.
     
    والله أعلم بالصواب
    Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan

    Fatwa Berkenaan Selipar Dan Kasut Yang Bertulis Kalimah Allah ( Kasut Croc's )

    Tarikh Keputusan: 
    6 Jul, 2010
    Huraian Tajuk/Isu: 
    Mohon Fatwa Berkenaan Selipar Dan Kasut Yang Bertulis Kalimah Allah
    Keputusan: 
    Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa perkara di atas telah dibincangkan dan di bahaskan oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor  pada 23 Rejab 1431 bersamaan 6hb Julai 2010. Setelah dilihat dengan penuh penelitian maka keputusannya adalah seperti berikut :
     
              Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti berikut :
     
    “ Semua selipar dan kasut berjenama Croc's yang mengandungi lambang (logo)/corak yang menyerupai kalimah ( LILLAH ) لفظ الجلالة  adalah haram penggunaannya.
     
    Oleh itu, semua umat Islam  di negeri Johor dilarang ; membuat, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mengedar, memesan, mengimport, mengeksport, mempamer, mencetak semula, mengambil gambar, memberi hadiah, dan menjadikan perhiasan”.
     
    والله أعلم بالصواب
    Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan

    Fatwa Lambang-Lambang Kepercayaan Agama Kristian, Budha, Hindu Dan Islam Yang Tertera Di Sejadah'

    Tarikh Keputusan: 
    10 Oct, 2005
    Huraian Tajuk/Isu: 
    Fatwa Lambang-Lambang Kepercayaan
    Agama Kristian, Budha, Hindu Dan Islam Yang Tertera Disejadah
     
    Keputusan: 
     
     
     
     
     
  • Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dalam mesyuaratnya pada 6 Ramadhan 1426 Hijriah bersamaan 10 Oktober 2005 Miladiah telah membincangkan perkara tersebut. Setelah dilihat denga penuh penelitian daripada setiap sudut dan aspek, maka jawatankuasa fatwa telah membuat keputusan sebagaimana berikut :
     
     
    Alhamdulillah Fatwanya adalah seperti berikut :
     
    Tikar sembahyang yang mengandungi corak yang menyerupai lambing-lambang pelbagai agama adalah Haram penggunaannya. Oleh itu, semua umat Islam di negeri Johor dilarang membuat, menjual, membeli, mengguna, menyimpan, mengedar, memesan, mengimport, mengeksport, mempamer, mencetak semula, mengambil gambar, memberI hadiah dan menjadikan perhiasan.
     
  • Keterangan/Hujah: 
    Hujah-hujah pengharaman adalah seperti berikut :
     
    1. Sejadah yang mengandungi corak-corak yang menyerupai lambang-lambang pelbagai agama boleh meragukan, mengelirukan dan mengganggu kekhusu’kan solat serta boleh menjejaskan aqidah. Lambang-lambang adalah seperti berikut :
      
     
     
     
  • Bulan, bintang dan kubah             -           Agama Islam
  •  
     
     
     
  •                 Lambang salib                                -           Agama Kristian
  •  
     
     
     
  •                Menara Tokong                                -           Agama Budha
  •  
     
     
     
  •                Gereja                                                -           Agama Kristian
  •  
     
     
     
  •                Lambang pagoda                            -           Agama Budha
  •  
     
     
     
  •                Bekas api                                          -           Agama Hindu
  •  

         2.  Kalimah Lillah ( beerti kerana Allah ) yang ada pada sejadah tersebut wajib dihormati dan tidak
              boleh dipijak sama sekali.
        
        3.  Kewujudan lambang-lambang tersebut di sejadah, secara tidak langsung mengi’tiraf fahaman yang
             mengatakan adanya persamaan semua agama ( kesatuan agama ). Perkara ini bertentangan
            dengan firman Allah dalam surah ali Imran ayat 19 yang membawa maksud :
     
    “ Sesungguhnya agama ( yang benar dan diredhai ) di sisi Allah ialah Islam….”
     
     
     والله اعلم بالصواب
    Status Penwartaan: 
    Diwartakan

    Fatwa Kosmetik Botok

    Tarikh Keputusan: 
    6 Feb, 2007
    Huraian Tajuk/Isu: 
    Fatwa Kosmetik Botox
    Keputusan: 
    Satu kertas kerja berkaitan dengan perkara ini telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 18 Muharram 1428 Hijriah bersamaan 6 Februari 2007 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian daripada setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah mengambil keputusan seperti berikut :
     
    Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut:
    Penggunaan suntikan botulinum toxin type a atau botox untuk tujuan kosmetik adalah HARAM jika :
    •  Kandungan botulinum toxin type A. Tersebut dihasilkan daripada sumber-sumber yang haram / meragukan dari segi syarak atau yang boleh membawa kemudaratan kepada manusia; dan

     

    • Suntikan yang dilakukan bagi mendapat kecantikan semata-mata atau bagi tujuan penipuan ( gharar ) juga tidak diharuskan. Walaubagaimanapun, suntikan botulinm toxin type A atau botox untuk tujuan perubatan, dengan syarat ia dilakukan oleh pakar yang bertauliah adalah diharuskan mangikut kadar keperluan.
     والله اعلم بالصواب 
    Keterangan/Hujah: 
    • BOTOX adalah singkatan Botulinum Toxin Type A. Ia adalah perawatan kompleks yang dihasilkan oleh sejenis bakteria, Clostridium Botulinum yang mengandungi racun yang hampir sama dengan racun yang dikenal pasti menjadi punca keracunan makanan. Toksin bakteria Botulinum ini boleh melumpuhkan fungsi otot perut dan ia boleh membawa maut jika diambil dalam jumlah yang besar, kira-kira 5000 unit. Dalam konteks penggunaannya di bidang rawatan kosmetik, Botox yang digunakan untuk terapi dikatakan selamat dan tidak membahayakan tubuh kerana dosnya hanya 1% dari dos yang boleh menyebabkan gejala keracunan. Idea untuk menjadikan suntikan Botox sebagai jawapan kepada masalah kedutan kulit bermula apabila doktor mendapati kedutan sekitar mata seorang pesakit yang dirawat telah hilang selepas suntikan Botox dilakukan, yang asalnya bertujuan untuk membolahkan kerlipan mata di situ. Kos menjalani rawatan suntikan Botox bagi satu sesi rawatan melibatkan kos antara RM150 hingga RM1,500 bergantung kepada masalah kedutan dan keperluan seseorang.
    • Pada asalnya botox digunakan untuk merawat ppenyakit palsi serebrum, sejenis penyakit keabnormalan perkembangan otak yang menyebabkan ketiadaan penyelarasan pada anggota tubuh. Sebagai contoh kanak-kanak spastik yang otot kakinya menegang menyebabkan mereka susah berjalan. Apabila botox disuntik ke dalam otot kaki, ia menjadi lembut dan memudahkan pergerakan. Selain itu, botox sebenarnya boleh digunakan untuk merawat beberpa penyakit antaranya :

                               i.   penyakit yang melibatkan kegagalan fungsi otot;

                               ii   sebagai ubat untuk merawat penyakit Cervical Dystonia. Iaitu pesakit yang
                                    menghidap ketegangan saraf mengalami pergerakan tubuh luar kawalan seperti leher,
                                    kepala atau tangan yang berulang-ulang.
     
                              iii.  sebagai bahan yang boleh merawat kegagalan fungsi otot mata yang menyebabkan
                                    pesakit sama ada tidak dapat mengawal kerlipan mata ( blepharospasm ) atau
                                    mengalami mata juling ( strabismus ).
     
                              iv.  Botox dapat mengatasi masalah peluh berlebihan dan menghentikan fungsi kelenjar
                                   peluh.
     
                              v.  Suntikan botox juga dikatakan dapat membantukan memulihkan semula masalah
                                  seksual yang dihadapi oleh wanita.
     
    Namun demikian, suntikan botox boleh memberi kesan sampingan seperti berikut :
     
            1.    Suntikan yang dilakukan oleh doktor yang kurang pengalaman boleh mengakibatkan jarum
                    terkena pembuluh darah dan menyebabkan kulit menjadi lebam kebiru-biruan ( hetoma )
     
             2.   Botox juga boleh mengalir ke otot lain yang tidak dikehendaki dan menyebabkan kegagalan fungsi
                   otot tersebut. Untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan yang lain, mereka yang   
                   mendapatkan rawatan botox diingatkan agar tidak tidur dalam tempoh 3 jam selepas suntikan.
     
            3.   Kesan sampingan yang paling kerap terjadi apabila botox mengalir kepada otot lain adalah
                  termasuk kerlipan kelopak mata di luar kawalan, sebelah kelopak mata menurun ( ptosis ), air liur
                  meleleh di luar kawalan atau kening menjadi terlalu tinggi. Bagaimana pun kesan sampingan ini
                  tidak berpanjangan dan akan hilang dalam masa 2 hingga 3 minggu.
     
            4.  Terdapat juga mereka yang mengalami kesan sampingan seperti kekeringan pada mata atau
                 kesukaran bernafas.
     
     
    Nota :  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-74 yang telah bersidang pada 29 Jamadil Akhir hingga 2 Rejab 1427 Hijriah bersamaan 25-27 Julai 2005 Miladiah di Kota Kinabalu, Sabah, juga telah memutuskan bahwa suntikan Botulinum Toxin Type A adalah HARAM digunakan jika :
     
                i.    Kandungan Botulinum Toxin Type A tersebut dihasilkan daripada sumber-sumber yang haram /
                      meragukan dari segi syara' atau yang boleh membawa kemudaratan kepada manusia; dan
     
               ii.   Suntikan yang dilakukan bagi mendapat kecantikan semata-mata atau bagi tujuan penipuan
                    ( gharar ) juga tidak diharuskan.
     
              iii.   Walaubagaimanapun, suntikan Botulinum Toxin Type A atau Botox untuk tujuan perubatan,
                     dengan syarat ia dilakukan oleh pakar yang bertauliah adalah diharuskan mengikut kadar
                     keperluan.
     
    والله اعلم بالصواب
     
     
     
     
     
     
     
     

     

                        

    Status Penwartaan: 
    Diwartakan

    Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day) (Johor)

    Tarikh Keputusan: 
    27 Dec, 2005
    Huraian Tajuk/Isu: 
    Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day)

    PENGENALAN

     

    • Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.

     

    •  Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.

     

    • Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.
    • ” Hari Kekasih”  yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku dikalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.
    •  Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.
     
     
     
     
     
     
    Keputusan: 
     
     
    KEPUTUSAN FATWA
     
    Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih ( Valentine’s Day ) telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :
     
     
    Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut :
     
    ”  Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut. ”
     
    والله أعلم بالصواب
     
     
    NOTA :  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71, yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 Miladiah di Kuching Sarawak, juga telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day, tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsure-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
     
    Keterangan/Hujah: 
     
     
    Antara hujah keputusan tersebut adalah seperti berikut :
     
    • Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

     

    • Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat   menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

     

    • Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.

     

    • Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.

     

    • Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

     

    • Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.

     

    • Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.

     

    • Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari senagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.
     
     
    والله أعلم بالصواب
     
    Status Penwartaan: 
    Diwartakan

    Fatwa Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid)

    Tarikh Keputusan: 
    3 Dec, 2008
    Huraian Tajuk/Isu: 
     

    Keputusan: 
     
    Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor telah bersidang pada 5 Zulhijjah 1429 Hijriah bersamaan 3 Disember 2008 Miladiah dan membuat keputusan sebagaimana berikut :
     
    Alhamdulillah Fatwanya :
     
    “  Pengkid iaitu wanita yang berpenampilan seperti lelaki dan melakukan hubungan sejenis sesama mereka adalah Haram di sisi Islam “.
    Keterangan/Hujah: 
     
     
    Berdasarkan keterangan dan hujah-hujah di atas, dua kesimpulan yang boleh dijadikan asas pertimbangan dalam menetapkan hokum dapat dibuat iaitu:
    •  Lelaki mahupun wanita Islam adalah ditegah menampilkan diri dengan penampilan yang bertentangan dengan sifat-sifat fitrah mereka atau dalam erti kata lain meniru dan menyerupai ( tasybih ) jantina yang berlawanan dengan jantina asal mereka.
    •  Islam hanya mengiktiraf perkahwinan yang sah antara lelaki dengan wanita sahaja sedangkan          perkahwinan atau perhubungan sesama jantina seperti lelaki dengan lelaki mahupun wanita dengan wanita adalah ditolak dan tidak dihalalkan.
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
  •  
  • Status Penwartaan: 
    Diwartakan

    Zakat Gaji Dan Pendapatan

    Tarikh Keputusan: 
    17 Apr, 2000
    Huraian Tajuk/Isu: 

    Adakah sudah sampai masanya gaji dan pendapatan wajib dikeluarkan zakat?

    Keputusan: 

    Keputusan Fatwa :

    Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 12 Muharam 1421 bersamaan 17 April 2000 telah membuat keputusan seperti berikut :

    Alhamdulillah Fatwanya;

    " Gaji dan pendapatan wajib dikeluarkan zakat bila mana cukup syarat-syaratnya. "

    Kaedah pengiraan zakat penggajian atau pendapatan di Negeri Johor adalah seperti berikut :

    Iaitu pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar pada tahun semasa. Sekiranya sama atau melebihi nisbah, maka zakatnya 2.5% atau 1/40.

    Yang dimaksudkan keperluan asas sebenar pada tahun semasa adalah seperti berikut :

    i. Saraan-saraan hidup yang diperlukan bagi :

    a. sara diri - RM 8,000.00

    b. isteri - RM 3,000.00 x bilangan anak

    c. anak - RM 1,000.00 x bilangan anak

    d. mereka yang di bawah tanggungannya ( kadar sebenarnya dan yang munasabah )

    ii. Perubatan ( kadar sebenarnya dan yang munasabah )

    iii. Pendidikan ( kadar sebenarnya dan yang munasabah )

    Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan

    Wasiat orang bukan Islam kepada orang Islam

    Tarikh Keputusan: 
    5 Dec, 2001
    Huraian Tajuk/Isu: 

    Bolehkah orang bukan Islam berwasiat kepada orang Islam?

    Keputusan: 

    Keputusan fatwa:

    Setelah diteliti dari setiap sudutt dan aspek, Maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 ramadan 1422 bersamaan 5 Disember 2001 telah mengambil keputusan seperti berikut:-

    Ahamdulillah fatwanya;

    'Wasiat orang bukan Islam kepada orang Islam adalah diharuskan mengikut syarak'.

    Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan
    Syndicate content