Johor

Wanita Musafir Tanpa Mahram Untuk Tujuan Ziarah

Tarikh Keputusan: 
11 Jun, 2001
Huraian Tajuk/Isu: 

Apakah hukum seorang wanita bermusafir tanpa suami atau mahram untuk tujuan ziarah?

Keputusan: 

Keputusan Fatwa :

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Rabiulawal 1422 bersamaan 11 Jun 2001 telah mengambil keputusan seperti berikut :

Alhamdulillah Fatwanya;

Diharuskan musafir bagi wanita untuk tujuan ziarah tanpa suami atau mahram dengan syarat-syarat yang ketat dan disiplin-disiplin yang tertentu :-

1. Aman perjalanan dan terjamin keselamatannya.

2. Suami atau mahram tiada atau kedua-duanya uzur atau tidak dapat bersama disebabkan oleh sebab yang diharuskan syarak.

3. Telah mendapat keizinan suami atau mahram ( jika ada ).

4. Bersama dalam kenderaan yang menghimpunkan ramai penumpang seperti kapal terbang, keretapi atau bas.

5. Bersama dengan kumpulan perempuan yang thiqah ( boleh dipercayai ) dan solihat.

6. Perjalanannya tidak menimbulkan fitnah dan keraguan.

7. Wanita tersebut dari golongan yang sudah berumur.

8. Tujuannya untuk ziarah mengeratkan silaturrahim, terutama yang ada hubungan nasab ( keturunan ) atau ziarah orang sakit atau memenuhi jemputan.

9. Perjalanannya ada mempunyai matlamat tertentu yang diharuskan oleh syarak, bukan untuk semata-mata melancong, berkelah atau dalam bentuk suka-suka sahaja.

10. Mempunyai perbelanjaan cukup untuk menunaikan ziarah iaitu pergi dan balik, juga mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk nafkah dan keperluann hidup selepas kembali dari ziarah tersebut.

11. Kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit kronik yang boleh menyusahkan dirinya dan orang lain bersamanya.

12. Dengan perhiasan yang sederhana.

13. Wanita yang hendak pergi itu mestilah dari golongan zat hishmah ( jati diri dan berakhlak mulia ).

14. Bukan dalam 'iddah kematian suami.

15. Undang-undang membenarkannya.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Wanita Musafir Tanpa Mahram Untuk Menunaikan Haji Sunat atau Umrah Sunat.

Tarikh Keputusan: 
11 Jun, 2001
Huraian Tajuk/Isu: 

Apakah hukum seorang wanita bermusafir tanpa suami atau mahram untuk menunaikan haji sunat atau umrah sunat?

Keputusan: 

Keputusan Fatwa :

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Rabiulawal 1422 bersamaan 11 Jun 2001 telah mengambil keputusan seperti berikut :-

Alhamdulillah Fatwanya ;

Diharuskan musafir bagi wanita untuk tujuan menunaikan haji sunat atau umrah sunat tanpa suami atau mahram dengan syarat-syarat yang ketat dan disiplin-disiplin yang tertentu :-

1. Aman perjalanan dan terjamin keselamatannya.

2. Suami atau mahram tiada atau kedua-duanya uzur atau tidak dapat bersama disebabkan oleh sebab yang diharuskan syarak.

3. Telah mendapat keizinan suami atau mahram ( jika ada ).

4. Bersama dalam kenderaan yang menghimpunkan ramai penumpang seperti kapal terbang, keretapi atau bas.

5. Bersama dengan kumpulan perempuan yang thiqah (boleh dipercayai) dan solihat.

6. Perjalanannya tidak menimbulkan fitnah dan keraguan.

7. Wanita tersebut dari golongan yang sudah berumur.

8. Tujuannya semata-mata kerana ibadat kepada Allah ( taqarrob ) melalui ibadat ini, bukan untuk bermegah-megah, ijab, riak, takbur atau tujuan-tujuan yang lain.

9. Perjalanannya ke haji sunat atau pun umrah sunat ini bukan sebagai "budaya tahunan" tetapi untuk keperluan dan jangka masa tertentu ( setelah beberapa tahun yang panjang ) dan bukan bertujuan melancong semata-mata.

10. Mempunyai perbelanjaan cukup untuk menunaikan ibadah ini pergi dan balik, juga mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk nafkah dan keperluan hidup selepas menunaikan ibadah haji sunat atau umrah sunat.

11. Kesihatannya baik, tidak menghidap penyakit kronik yang boleh menyusahkan dirinya dan orang lain bersamanya dalam perjalanan hingga balik ke tanah air.

12. Datang daripada hasrat dan kemahuan yang amat kuat dari diri sendiri ( bukan disebabkan oleh ajakan orang lain ).

13. Waniat yang hendak pergi itu mestilah dari golongan zat hishmah ( jati diri dan berakhlak mulia ).

14. Mendapat kebenaran dari Uli-Amr.

15. Perjalanan itu semata-mata ke tempat yang ada hubungan dengan ibadah tersebut kecuali perkara-perkara yang tidak dapat dielakan.

16. Telah mendapat kebenaran dari pihak bertanggungjawab kedua-dua Negara (Malaysia dan Arab Saudi).

17. Digalakkan memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa kepada mahram/ suami.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Perlaksanaan Ujian HIV Dikalangan Bakal Pengantin Di Johor.

Tarikh Keputusan: 
1 Nov, 2001
Huraian Tajuk/Isu: 
Adakah saringan ujian HIV perlu diwajibkan?
Keputusan: 

Keputusan Fatwa :

Berdasarkan kepada laporan daripada Jabatan Kesihatan Johor di atas seriusnya HIV/AIDS yang mengancam umat Islam, nyawa, diri, akal dan keturunan, serta berasaskan kepada hujah-hujah syariat yang bersumberkan daripada Al-Quran, Al-Hadith, Al-Qawaid, Al-Ahkam Fiqiah dan pendapat ulamak, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 15 Syaaban 1422 bersamaan 1 November 2001 membuat keputusan seperti berikut :

"Semua orang Islam yang hendak memohon kebenaran bernikah atau melangsungkan pernikahan atau mendaftarkan pernikahan di negeri Johor adalah diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan (HIV)."
 

Keterangan/Hujah: 

Latarbelakang:

1. Ancaman HIV/AIDS kepada manusia sejagat secara khusus telah sampai ke satu peringkat yang boleh menggugat kelangsungan zuriat keturunan manusia.

2. Untuk mewujudkan institusi keluarga yang mantap dan harmoni, maka unsure kesihatan bakal pengantin wajar diketengahkan dalam pemilihan calon.

3. Ancaman HIV/AIDS di negeri Johor sebagaimana laporan Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah sampai ke peringkat yang membimbangkan dan perlu ditangani oleh kerajaan dan masyarakat dengan segera.

4. Di negeri Johor terdapat 8,000 orang telah dijangkiti HIV dari tahun 1989 hingga bulan Ogos 2001.

5. Daripada 8,000 orang yang dijangkiti HIV di negeri Johor, 70% daripadanya adalah orang melayu yang beragama Islam.

6. Dari jumlah ,409 orang yang dijangkiti HIV/AIDS itu, 60% daripadanya adalah dari kalangan orang bujang dan 735 orang adalah pesakit baru yang dikesan antara Januari hingga Ogos 2001.

7. Kadar jangkitan bagi setiap 100,000 penduduk melayu negeri Johor bagi tahun :

1989 - 48.2 orang
1999 - 52.7 orang
2000 - 61.6 orang

Objektif:

1. Bagi memastikan semua bakal pengantin bebas daripada HIV.
2. Untuk membentuk sebuah keluarga yang sihat dan bahagia.
3. Bagi memastikan masyarakat sihat dan cemerlang.
4. Untuk mengelak berlakunya ketidak adilan kepada pasangan.
5. demi keutuhan umat Islam yang kuat.
6. mengelak daripada tuntutan fasakh.

Cara Pengambilan Hukum:

1. Bahaya HIV/AIDS kini boleh mengancam pinsip-prinsip asas syarak (المقاصد الشرعية) iaitu:

i. Penjagaan dan mempertahankan agama.
ii. Penjagaan dan mempertahankan nyawa.
iii. Penjagaan dan mempertahankan akal.
iv. Penjagaan dan mempertahankan harta.
v. Penjagaan dan mempertahankan maruah keturunan dan zuriat.

Oleh yang demikian adalah wajar hal-hal yang boleh membawa kepada kemudaratan dan kelemahan perkara-perkara di atas di haling dari berlaku. Adalah perlu bagi kita mengamalkan cara hidup sihat dengan mendekatkan perkara-perkara yang baik dalam kehidupan. Ini adalah kerana falsafah " mencegah adalah lebih utama dari mengubati

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Skim Cepat kaya

Tarikh Keputusan: 
4 Jul, 2001
Huraian Tajuk/Isu: 

Apakah hukum skim cepat kaya?

Keputusan: 

Keputusan fatwa:

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 12 Rabiul Awwal 1422 bersamaan 4 Julai 2001 telah mengambil keputusan seperti berikut:-

Alhamdulillah fatwanya,

'Skim cepat kaya adalah pelaburan batal dan haram hukumnya. Setiap umat Islam hedaklah menjauhi dan mengelakkan dirinya dari terlibat dengan skim ini. Bagi mereka yang telah terlibat hendaklah bertaubat dengan segera.'

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Peraduan Quiz Melalui SMS Dan Talian 600

Tarikh Keputusan: 
11 Feb, 2002
Huraian Tajuk/Isu: 

Adakah Quiz seumpama ini dikatakan sama dengan judi dan adakah hukum menyertainya itu haram?

Keputusan: 

Keputusan fatwa:

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 20 zulhijjah 1424 bersamaan 11 Februari 2002 telah mengambil keputusan seperti berikut:-

Alhamdulillah fatwanya;

'Peraduan quiz melalui SMS dan talian 600 adalah sama seperti judi dan hukumnya adalah haram.'

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Fatwa Permainan Kuda Kepang Di Negeri Johor

Tarikh Keputusan: 
18 Feb, 2009
Huraian Tajuk/Isu: 
Hukum permainan kuda kepang yang membawa kepada unsur syirik dan khurafat.
Keputusan: 
Alhamdulillah fatwanya ;

Permainan kuda kepang sama ada tarian biasa atau dramatari atau tarian gelanggang adalah haram kerana ianya bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.
 

Semua umat islam dilarang dan ditegah daripada melibatkan diri dengan permainan kuda kepang. mereka yang bergiat dalam permainan kuda kepang hendaklah berhenti serta merta dan bertaubat dengan taubat nasuha.'
 

والله أعلم بالصواب
 
Keterangan/Hujah: 
Keputusan di atas adalah berdasarkan kepada hujjah-hujjah berikut :

1) Terdapat unsur-unsur dalam permainan ini yang bercanggah dengan Aqidah Islamiah antaranya ialah :

PERTAMA : Unsur Syirik iaitu melakukan jampi dan mentera dengan memohon pertolongan dari jin dan syaitan. Dalam masa yang sama juga, berlaku perbuatan "menurun" atau dalam bahasa arabnya disebut sebagai Tanasuhul Arwah (تناسخ الاروح) . Pada hakikatnya adalah satu keadaaan yang menyebabkan seseorang itu diresapi oleh jin yang dipanggil atau diseru. Hal tersebut menyebabkan jin tersebut sebati dalam diri orang yang menurun, dan menguasai perasaan, fikiran, tutur kata dan jasad orang yang berkenaan. Hal ini bertentangan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala dalam Surah Yunus ayat 106 yang berbunyi :

Maksudnya : Dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya Engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah Engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).

Dan juga Surah Faathir ayat 6 yang berbunyi :
 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
JMJ 351/05/(AQ)/8

Penjelasan Mengenai Sama Ada Terlepas Atau Tidak Fardu Kifayah Berjamaah Lima Waktu Di Masjid Atau Di Surau

Tarikh Keputusan: 
27 Aug, 2002
Huraian Tajuk/Isu: 

Apakah terlepas kewajipan Fardu Kifayah solat berjamaah di masjid / surau suatu Qariyah dengan didirikan jamaah dirumah mana-mana ahli Qariyah sedangkan masjid / surau kosong tidak didirikan jamaah.

Keputusan: 

Keputusan Fatwa :

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 18 Jamadilakhir 1423 bersamaan 27 Ogos 2002, telah mengambil keputusan seperti berikut :

Alhamdulillah fatwanya ,

"Adalah menjadi kewajipan ke atas umat Islam setempat untuk mempamerkan syiar Islam, antaranya solat jamaah di masjid. Oleh itu tidak gugur kewajipan fardu kifayah jika didirikan jamaah di rumah dengan meninggalkan masjid. "

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Pengeluaran Zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 

Adakah wajib zakat ke atas wang simpanan pekerja (KWSP)?

Keputusan: 

Keputusan fatwa:

Setelah diteliti dari setiap sudutt dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut:-

Ahamdulillah fatwanya

'Wajib dikeluarkan zakat KWSP bila cukup haulnya setahun hijrah setelah penerimaannya disamping cukup syarat-syarat lain'.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Menanam Tanaman Di Atas Tanah Perkuburan Islam

Tarikh Keputusan: 
13 May, 2003
Huraian Tajuk/Isu: 

Bolehkah menanam tanaman seperti kelapa sawit di atas tanah yang diwakafkan untuk tanah perkuburan ?

Keputusan: 

Keputusan Fatwa :

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 30 Safar 1423 bersamaan 13 Mei 2003 telah membuat keputusan seperti berikut :

Alhamdulilah Fatwanya:

" Pokok-pokok besar yang ditanam ditanah perkuburan sekiranya berada dikawasan yang telah dikebumikan mayat-mayat, maka hendaklah dimusnahkan (ditebang dan dibersihkan) kerana akar pokok tersebut boleh menjalar sampai ke jasad mayat-mayat yang dikebumikan di tanah perkuburan tersebut. "

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Membaca Doa يا أمان الخائفين

Tarikh Keputusan: 
23 Sep, 2003
Huraian Tajuk/Isu: 

Adakah doa يا أمان الخائفين boleh diamalkan atau sebaliknya ?

Keputusan: 
Keputusan Fatwa :

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Rejab 1424 bersamaan 23 September 2003 telah membuat keputusan seperti berikut :

Alhamdulillah Fatwanya:
يَا أَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ * ءَامِنــَّـا مِمَّا نــَخَافُ
يَا أَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ * سَلِّمْنــَا مِمَّا نــَخَافُ
يَا أَمَانَ اْلخَائِفِيْنَ * نــَجِّنــَا مِمَّا نــَـخَافُ

1. Kita digalakkan membaca doa yang warid dan ma'athur yang terdiri daripada :

i. Ayat Al-Quran Karim
ii. Hadis /doa yang menjadi amalan Rasullullah S.A.W.
iii. Doa yang diamalkan oleh para sahabat, tabiin dan ulam'a

2. Kita tidak dilarang berdoa denga karangan kita sendiri apatah lagi doa yang dikarang dan diamalkan oleh ulam'a, selagi mana kalimah / perkataan doa tersebut tidak bercanggah dengan akidah, syariat dan akhlak Islam, juga dengan adab-adab berdoa.

3. Doa يا أمان الخائفين boleh dibaca kerana doa tersebut menyeru dan memohon kepada Allah S.W.T, dan beramal dengan doa tersebut tidak menjejaskan akidah islamiah.

4. Sewajarnya pengamal doa ini tidak menghubungkan doa tersebut datang dari Rasulullah S.A.W.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Kesan Perbomohan Meragukan Di Gunung Ledang Tangkak Muar

Tarikh Keputusan: 
4 Jul, 2001
Huraian Tajuk/Isu: 

Adakah upacara perbomohan tersebut di atas bertentangan dengan akidah, syariat, serta akhlak perubatan Islam yang sebenar atau sebaliknya?

Keputusan: 

Keputusan Fatwa :

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 12 Rabiul Akhir 1422 bersamaan 4 Julai 2001 telah membuat keputusan seperti berikut:

Alhamdulillah fatwanya,

"Upacara pembomohan yang dilakukan di Gunung Ledang oleh bomoh tersebut adalah jelas bertentangan dengan akidah dan akhlak perubatan Islam." Ini berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

a) Penyelewengan akidah

i. Proses memanggil roh-roh, jin-jin, atau perewang bagi mengubati pesakitnya. Ini bercanggah dengan Al-Quran surah Al-Jin ayat 6 yang bermaksud:

'Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan Jin. Kerana dengan permintaan itu menjadikan golongan Jin bertambah sombong dan jahat'

Amalan ini juga bercanggah dengan A-quran surah Al-Fatihah ayat 5 yang bermaksud:

" Engkau sahaja ( Ya allah ) yang kami sembah, dan kepada engkau sahaja kami memohon pertolongan."

ii. Peresapan makhluk halus ke dalam tubuh tersebut atau dikenali dengan istilah sebagai "menurun". Perbuatan ini berasal dari pengaruh animisme mempercayai wujudnya "super power" lain selain dari Allah S.W.T. Perbuatan ini adalah syirik. Ia bercanggah dengan Al-Quran surah yusof ayat 106 yang bermaksud:

'Dan janganlah engkau ( wahai Muhammad ) menyembah atau memuja yang lain selain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh yang demikian jika engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang yang berlaku zalim ( terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu ).'

b) Bertentangan dengan Akhlak perubatan Islam.

i. Ada unsur khurafat serta tahyul seperti mempercayai sebuah kolam yang bergelar "kolam nenek" yang boleh memulihkan segala jenis penyakit.

ii. Ada unsur dakwaan palsu dengan mengistiharkan bahawa beliau mengetahui peristiwa atau perkara di luar pengetahuan manusia seperti kolam nenek dijaga oleh Nabi Khidir, kesemua perbuatan yang yang mendampingi beliau adalah para nabi dan orang soleh yang hidup di alam ghaib dan belum mati lagi, begitu juga mengatakan bahawa nenek kebayan adalah Siti Hawa isteri Nabi Adam a.s.

c) Upacara perbomohan yang diketuai oleh bomoh tersebut adalah sesat dan menyesatkan.

Oleh yang demikian, sesiapa yang mengamal atau mengajar atau menghurai atau Oleh yang demikian, sesiapa yang mengamalkan atau mengajar atau menghurai atau menyeru atau menyebar atau bersubahat dengan apa-apa cara jua pun akan upacara pembomohan, bomoh tersebut adalah melakukan kesalahan.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Kedudukan Meletakkan Mayat Ketika Sembahyang ( Solat Jenazah )

Tarikh Keputusan: 
23 Sep, 2003
Huraian Tajuk/Isu: 

Mohon penjelasan berhubung masalah kedudukan mayat diletakkan ketika sembahyang (Solat Jenazah), adakah diletakkan kepala mayat disebelah kanan imam atau disebelah kiri imam.

Keputusan: 

Keputusan Fatwa :

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Rejab 1424 bersamaan 23 September 2003 telah membuat keputusan seperti berikut :

Alhamdulillah Fatwanya,

Kedudukan mayat ketika disembahyangkan adalah :

1. Mayat lelaki : diletakkan kepalanya pada sebelah kiri imam dengan kebanyakan bahagian badan mayat disebelah kanan imam, dan imam berdiri dibahagian kepalanya.

2. Mayat perempuan dan khunsa : diletakkan kepalanya pada sebelah kanan imam, dan imam berdiri dibahagian punggungnya.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Hukum Mendirikan Solat Berjamaah Di Masjid Selepas Imam Ratib Selesai Solat Berjamaah

Tarikh Keputusan: 
5 Jul, 2004
Huraian Tajuk/Isu: 

Mohon fatwa berhubung mendirikan solat berjamaah di masjid selepas imam ratib selesai solat berjamaah, adakah dilarang sama sekali berbuat sedemikian atau tertakluk ada syarat-syarat tertentu ?

Keputusan: 

Keputusan Fatwa :

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 17 Jamadilawal 1425 bersamaan 5 Julai 2004 telah membuat keputusan seperti berikut :

Alhamdulillah fatwanya:

Hukum mendirikan solat berjamaah di masjid selepas imam ratib selesai solat berjamaah adalah makruh menurut jumhur ( majoriti ). Walaubagaimana pun ia bukanlah suatu yang mutlak, malah hukum makruh ini terangkat sekiranya solat tersebut dilakukan dalam keadaan berikut :

1. Didirikan di masjid yang kedudukannya berada di tepi jalan yang sentiasa menjadi laluan dan tumpuan orang ramai untuk singgah menunaikan solat, atau

2. Tiada imam ratib yang dilantik untuk masjid berkenaan, atau

3. Keluasan masjid yang kecil dan tidak boleh menampung jamaah dengan sekali solat, atau

4. Di takuti keluar waktu sekiranya tidak didirikan di masjid berkenaan, dan

5. Diyakini tiada berlaku perpecahan dan perbalahan oleh masyarakat setempat.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Cabutan Bertuah

Tarikh Keputusan: 
27 Aug, 2002
Huraian Tajuk/Isu: 

Apakah Islam membenarkan cabutan bertuah?

Keputusan: 

Keputusan fatwa:

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 18 Jamadil Akhir 1423 bersamaan 27 Ogos 2002 telah mengambil keputusan seperti berikut:-

Alhamdulillah fatwanya

Harus dan tidak menyalahi syarak untuk mengadakan cabutan bertuah sekiranya mematuhi syarat-syarat berikut:

i) Tidak mengandungi unsur judi

ii) Hadiah yang diberi atas dasar rela hati dan redha penganjur itu sendiri

iii) Tiada sebarang unsur yang boleh membawa mudarat dan penganiayaan kepada pelanggan disebabkan hadiah tersebut.

iv) Tiada unsur penipuan dan agenda-agenda tersembunyi.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Berkenaan Zihar yang berlaku di Kalangan Umat Islam Melayu Di Malaysia.

Tarikh Keputusan: 
30 Jul, 2002
Huraian Tajuk/Isu: 

Apakah jatuh hukum zihar segala ucapan dan lafaz yang diucapkan oleh suami kepada isterinya bertujuan berkasih sayang, tidak ada tujuan serta niat untuk zihar dan telah menjadi adat kebiasaan bagi orang melayu Islam di Malaysia?

Keputusan: 

Keputusan Fatwa :

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 19 Jamadilawal 1423 bersamaan 30 Julai 2002 telah membuat keputusan seperti berikut :

Alhamdulillah fatwanya;

" Sekiranya suami menyamakan anggota badan isteri dengan mahramnya ( orang yang haram dinikahinya ) tanpa niat zihar dan untuk tujuan bergurau atau penghormatan maka ia tidak jatuh zihar, tetapi jika ada niat zihar, maka jatuhlah hukum zihar. Walaubagaimana pun budaya atau amalan seperti ini hendaklah dijauhi. "

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Barang-Barang Masjid Yang Tidak Digunakan Lagi

Tarikh Keputusan: 
22 Oct, 2003
Huraian Tajuk/Isu: 

Bagaimanakah kedudukan barang-barang masjid yang tidak digunakan lagi untuk masjid tersebut ?

Keputusan: 

Keputusan Fatwa :

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 26 Syaaban 1423 bersamaan 22 Oktober 2003 telah membuat keputusan seperti berikut :

Alhamdulillah Fatwanya,

" Bahawa perkakasan lama masjid yang dirobohkan untuk pembinaan semula hendaklah disimpan untuk kegunaan masjid pada masa yang akan datang atau digunakan untuk pembinaan masjid baru yang akan dibina. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihibahkan kepada masjid atau surau yang berhampiran dan jika sekiranya tiada, maka hendaklah dihibahkan kepada madrasah atau balai masjid atau balai surau atau asrama pelajar atau balai kebajikan Islam.

Sekiranya barang tersebut telah ditawarkan kepada tempat tersebut di atas tetapi tiada yang memerlukannya, dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain (barang) tersebut, atau dikhuatiri akan hilang, atau tiada tempat menyimpannya, maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti mimbar, almari, karpet, kipas angin dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan masjid. "

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Badan Pertubuhan Bahai (BAHAI)

Tarikh Keputusan: 
13 Jul, 2000
Huraian Tajuk/Isu: 

Apakah pandangan / fatwa berhubung badan pertubuhan BAHAI?

Keputusan: 

Keputusan fatwa :

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 13 Julai 2000 telah mengambil keputusan seperti berikut :

Alhamdulillah fatwanya,

1. Ajaran BAHAI adalah bukan ajaran Islam.

2. Umat Islam yang terlibat dengan ajaran bahai (BAHAI) adalah murtad. Oleh itu umat Islam adalah dilarang dan diharamkan untuk melibatkan diri dengan ajaran tersebut dan sesiapa yang terlibat hendaklah segera keluar dan bertaubat.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Anak Tidak Sah Taraf

Tarikh Keputusan: 
26 Mar, 2004
Huraian Tajuk/Isu: 

Jelaskan maksud anak tidak sah taraf yang tidak layak dinisabkan dengan nama bapanya?

Keputusan: 

Keputusan Fatwa :

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 5 Safar 1425 bersamaan 26 Mac 2004 telah membuat keputusan seperti berikut :

Alhamdulillah Fatwanya,

Anak tidak sah taraf ialah :

1. Anak yang dilahirkan diluar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol.

2. Anak yang dilahirkan kurang 6 bulan 2 lahzah Qamariah (bulan Hijriah) dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada persetubuhan shubhah.

3. Anak yang dilahirkan lebih dari 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui ikrar ( pengakuan ) mereka yang berkenaan ( suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya dan tidak diingkari oleh pihak yang satu lagi ), atau adanya 4 orang saksi yang melihat berlakunya zina dan kesaksiannya pula memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Amalan Meletakkan Baju Pengantin Di Atas Bumbung Bagi Mengelakkan Hari Hujan

Tarikh Keputusan: 
6 Aug, 2003
Huraian Tajuk/Isu: 

Apakah amalan ini bertentangan dengan amalan Islam?

Keputusan: 

Keputusan fatwa:

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 18 Jamadil Akhir 1423 bersamaan 6 Ogos 2003 telah mengambil keputusan seperti berikut:-

Alhamdulillah fatwanya;

'Amalan meletakkan baju pengantin di atas bumbung bagi menahan hujan turun adalah dilarang sama sekali kerana kepercayaan tersebut adalah merupakan satu khurafat dan boleh merosakkan akidah sebagai seorang Islam'.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Lukman @ Hakikat Insan

Tarikh Keputusan: 
29 Jan, 2001
Huraian Tajuk/Isu: 

Bagaimanakah kedudukan ajaran ilmu Tajalli Ahmad Lukman @ Hakikat Insan?

Keputusan: 

Keputusan Fatwa :

Setelah diteliti dari setiap sudut dan aspek maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 4 Zulkaedah 1421 bersamaan 29 Januari 2001 telah membuat keputusan seperti berikut:

Ahamdulillah fatwanya:

'Ajaran ilmu Tajalli Ahmad Lukman @ Hakikat Insan adalah sesat kerana terdapat di dalamnya:

i. Unsur-unsur syirik
ii. Menyamatarafkan Allah s.w.t dengan makhluk.
iii. Khurafat dan bida"ah yang menyesatkan (bid"ah
iv. Mereka- reka ajaran baru yang bukan dari ajaran atau dasar sebenar agama Islam.
v. Ajarannya tidak berlandaskan sumber dan dalil yang kukuh dan sah kerana tidak di ketahui dari mana asas ajarannya diambil

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Syndicate content