Ibadah

Kedudukan Kursus Pelatihan Solat Khusyuk

Tarikh Keputusan: 
21 Feb, 2011
Tarikh Mula Muzakarah: 
21 Feb, 2011
Tarikh Akhir Muzakarah: 
21 Feb, 2011
Oleh: 
Muzakarah Kali Ke-93
Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Kedudukan Kursus Pelatihan Solat Khusyuk. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut :
 
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa khusyuk di dalam sembahyang memang dituntut kepada umat Islam untuk melaksanakannya dan Islam memberi kemudahan yang amat luas untuk melaksanakan ibadah sembahyang tanpa memberatkan dengan amalan-amalan yang berlebih-lebihan .
     
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ajaran, fahaman dan gerak geri perlakuan yang terkandung dalam Kursus Pelatihan Solat Khusyuk ini tidak terdapat di dalam ajaran Islam dan umat Islam ditegah daripada melakukan amalan ibadah yang tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
     

Penetapan Semula Kadar 'Uruf Pemakaian Emas di Negeri Melaka Dan Kaedah Pengiraan Zakat Ke Atasnya

Tarikh Keputusan: 
27 Apr, 2010
Keputusan: 
 
  1. Menetapkan bahawa kadar ‘uruf pemakaian emas perhiasan oleh wanita Islam di negeri Melaka ialah sebanyak 200 gram;
     
  2. Kadar pengiraan zakat emas perhiasan bagi negeri Melaka ialah 2.5 peratus daripada nilai emas yang melebihi kadar ‘uruf pemakaian emas yang ditetapkan seperti formula berikut :

    2.5% x (nilai emas – kadar ‘uruf) = zakat emas
     

  3. Meminda keputusan fatwa terdahulu dengan keputusan ini dan menyiarkannya dalam Warta Kerajaan Negeri Melaka.
 
 
 

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
6 Jan, 2011
Nombor Rujukan: 
JMM/BFB(S)/351/255/02/09;PUNM. 700-02/40
Akta/Enakmen: 
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002

Masalah Jumlah Makmum Solat Masjid Ara Kuda, Butterworth.

Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau telah memutuskan seperti berikut :-
 
i. Menurut pandangan dhoif dalam Mazhab Syafie, syarat 40 orang adalah kekal tetapi tidak disyaratkan jemaah yang hadir adalah yang bermastautin sahaja. Oleh itu jemaah yang bermukim juga diambil kira dalam menentukan bilangan ahli Jumaat.
 
ii. Solat Jumaat pada 23 Julai 2010 yang lalu adalah sah mengikut hukum syarak kerana bilangan ahli Jumaat melebihi 40 orang termasuk mereka yang bermukim.
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Penyebaran Buku-buku Siri Syafie ( Rahimullah ),mengharamkan Kenduri Arwah,tahlilan,yasinan,dan Selamatan.

Tarikh Keputusan: 
5 Nov, 2009
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 4-5 November 2009M bersamaan 16-17 Zulkaedah 1430H kali 181 memutuskan keputusan bahawa :
 
”Sebarang penyebaran, cetakan dan penjualan Buku-Buku Siri Syafie (Rahimullah), Mengharamkan Kenduri Arwah, Tahlilan, Yasinan Dan Selamatan adalah DILARANG dan boleh didakwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak atas alasan boleh mengelirukan masyarakat kecuali untuk urusan kajian ilmiah dan bukan untuk bacaan umum”.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
181

Hukum Meminta Orang Bukan Islam Sama-sama Berdoa Mengikut Anutan Masing-masing Dalam Satu Majlis Yang Dihadiri Oleh Penganut Pelbagai Agama

Tarikh Keputusan: 
4 Nov, 2009
Keputusan: 
Mesyuarat sebulat suara menerima sighah keputusan seperti berikut :
 
i. Doa tergolong di dalam perkara ibadah kepada Allah s.w.t dan ia hendaklah dilakukan sebagai suatu acara yang tidak bertentangan dengan roh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah s.w.t kerana bagi orang Islam memohon dan mendoakan sesuatu hanyalah kepada Allah s.w.t. sahaja.
 
ii. Orang Islam tidak harus meminta atau mengarahkan orang bukan Islam berdoa mengikut agama mereka masing-masing. Walau bagaimanapun, jika mereka berdoa atau memohon sesuatu mengikut ajaran mereka dengan kehendak mereka sendiri tanpa diarahkan, perbuatan tersebut tidak dilarang.
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
KERTAS MESYUARAT 3

Hukum Solat Jumaat Di Kawasan Kampus Institusi Pengajian Tinggi Dan Sekolah- Sekolah Menengah Yang Jauh Dari Masjid Yang Mendirikan Solat Jumaat

Tarikh Keputusan: 
11 Aug, 2008
Keputusan: 
Mesyuarat mengambil keputusan bahawa, "sekolah-sekolah menengah, institusi-institusi pengajian tinggi dan lain-lain institusi boleh mendirikan solat Jumaat di kawasan masing-masing tertakluk kepada peraturan dan prosedur yang berkuatkuasa pada masa ini dan setelah mendapat persetujuan daripada Pejabat Mufti Negeri Sarawak serta kelulusan Majlis Islam Sarawak".
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
KERTAS MESYUARAT 4

Berbilang-Bilang Jumaat

Tarikh Keputusan: 
18 Sep, 2006
Keputusan: 
Mesyuarat mengambil maklum berhubung Hukum Berbilang Jumaat dan bersetuju mengambil keputusan bahawa;
 
i. Jumaat tidak boleh berbilangan di suatu Qaryah melainkan kerana hajat.
ii. Hajat hendaklah ditentu dan dengan izin pihak yang berwajib / pemerintah.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
LFNS KE-10

Kedudukan Amalan Bacaan Surah Yasin Beramai-ramai

Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang diadakan pada 2 April 2002 memutuskan:
Membaca Al-quran adalah suatu amalan sunat, malah digalakkan oleh syarak sama ada dilakukan secara perseorangan atau beramai-ramai. Berhubung pembacaan surah yasin sahaja secara perseorangan atau beramai-ramai adalah juga sunat, malah digalakkan berdasarkan hujah-hujah seperti berikut:
 
1) Sepertimana Firman Allah dalam surah Al Muzammil ayat 20:
  فاقرءوا ما تيسر من القرءان
 
Maksudnya: "Oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari AL-Quran (dalam sembahyang)"
 
2) Hadis Nabi SAW:
 
ما اجتمع قوم في بيت من بيوت الله يتلون كتاب الله ويتدارسونه بينهم إلا نزلت عليهم السكينة وغشيتهم الرحمة وخفتهم الملائكة وذكرهم الله فيمن عنده" (رواه أبو داود)
 
Maksudnya: "Tiada berhimpun satu kaum di mana-mana masjid Allah sedang mereka membaca kitab Allah (Al-Quran) dan tadarus sesama mereka (mempelajari al-Quran dan tafsirnya) melainkan diturunkan ke atas mereka akan ketenangan, diliputi dengan rahmatNya dan dilinkungi  oleh  para malaikat dan Allah menyebut  (memuji) mereka  kepada Malaikat  di sisinya."

3) Hadis Nabi Saw:
 
اقرء القرءان فاااإنه يأتي يوم القيامة شفيعا لأصحابه
 
Maksudnya: "Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya akan datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya".
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Kebenaran bagi mendirikan fardhu Jumaat dan solat fardhu sementara di Balai Raya Kampung Bukit Tadok, Hulu Terengganu

Tarikh Keputusan: 
28 Mar, 2010
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini bersetuju dengan cadangan menggunakan bangunan Balai Raya Kampung Bukit Tadok, Hulu Terengganu sebagai tempat berjamaah dan Jumaat sementara, sebelum siapnya pembesaran bangunan Masjid Kampung Bukit Tadok yang sedang dijalankan.
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Kedudukan Amalan Bertahlil

Tarikh Keputusan: 
2 Feb, 2002
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang diadakan pada 2 Februari 2002 memutuskan:
 
Bertahlil khusus kerana sesuatu kematian seperti yang diamalkan oleh umat Islam hari ini adalah amalan yang tidak pernah sabit seperti itu dari Rasulullah SAW akan tetapi membaca Al-Quran seperti yang terdapat di dalam amalan tahlil untuk diri sendiri sama ada orang perseorangan atau beramai-ramai serta zikrul Allah (tahlil) adalah amalan sunat, adapun doa di akhir tahlil yang berkenaan kepada si mati adalah sunat malah digalakkan
 
Manakala surah Yasin dan tahlil secara beramai-ramai bagi tujuan tertentu tidak ada keterangan yang kuat.
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Syndicate content