Ibadah

Berbilang-Bilang Jumaat

Tarikh Keputusan: 
18 Sep, 2006
Keputusan: 
Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Kesepuluh, yang bersidang pada 18 September 2006M/ 25 Syaaban 1427H telah membincangkan mengenai Berbilang-Bilang Jumaat. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
 
  1. Jumaat tidak boleh berbilangan di suatu Qaryah melainkan kerana hajat.
  2. Hajat hendaklah ditentu dan dengan izin pihak yang berwajib / pemerintah.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
MLFNS10/KM4
Tarikh Keputusan: 
2 Feb, 2002
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang diadakan pada 2 Februari 2002 memutuskan:
 
Bertahlil khusus kerana sesuatu kematian seperti yang diamalkan oleh umat Islam hari ini adalah amalan yang tidak pernah sabit seperti itu dari Rasulullah SAW akan tetapi membaca Al-Quran seperti yang terdapat di dalam amalan tahlil untuk diri sendiri sama ada orang perseorangan atau beramai-ramai serta zikrul Allah (tahlil) adalah amalan sunat, adapun doa di akhir tahlil yang berkenaan kepada si mati adalah sunat malah digalakkan
 
Manakala surah Yasin dan tahlil secara beramai-ramai bagi tujuan tertentu tidak ada keterangan yang kuat.
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Tarikh Keputusan: 
2 Jan, 2003
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang diadakan pada 2 Januari 2003 memutuskan:
 
Daging korban tatawwu’ ( korban sunat) adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban, diberi hadiah dan disedekahkan kepada fakir miskin. Adapun untuk orang kafir di Malaysia, maka hukumnya adalah Harus akan tetapi keutamaan adalah kepada golongan fakir miskin di kalangan orang Islam.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Hukum Memakai Mask ( Penutup Mulut Dan Hidung ) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram - Hujah-susun semula

Tarikh Keputusan: 
21 Sep, 2010
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak negeri Pahang Kali Ke-5/2010 yang bersidang pada 6 September 2010 telah membincangkan Hukum Memakai Mask ( Penutup Mulut Dan Hidung ) Bagi Jemaah Haji Didalam Ihram. Mesyuarat telah bersetuju membuat keputusan seperti berikut :
 
  1. Seseorang yang sedang berihram sama ada haji atau umrah adalah dilarang memakai pakaian berjahit yang menutupi tubuhnya termasuk tangan dan lain-lain anggota.
     
  2. Hukum memakai mask bagi jemaah yang sedang berihram ketika dharurat bagi mencegah wabak penyakit berjagkit adalah diharuskan dan tidak dikenakan dam, ini adalah satu jalan rukhsah (kelonggaran).
 

 

 
Keterangan/Hujah: 
a. Menjaga kesihatan badan lebih-lebih lagi ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah di Makkah adalah sangat-sangat dititikberatkan oleh Islam. Oleh itu setiap jemaah haji perlu mengikut langkah-langkah pencegahan terutama penggunaan mask bagi menjaga kesihatan diri mereka daripada dijangkiti penyakit berbahaya. b. Penularan wabak ini tidak dapat tidak perlu ada usaha untuk mencegah supaya diri terus terpelihara dan sihat serta dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna. Di dalam kaedah fiqhiyyah: " الحاجة تنـزل منـزلة الضرورة " iaitu Hajat menepati darurat. Maksud hajat ialah jika tidak disempurnakan nescaya melibatkan atau mendatangkan kesukaran atau kesusahan. c. Seseorang lelaki yang berihram dilarang daripada menutup semua bahagian kepalanya atau sebahagiannya dengan apa sahaja yang boleh dikira sebagai menutupnya, sama ada pakaian berjahit atau pun tidak. Semua larangan ini dikecualikan jika terdapat keperluan yang memaksa seperti untuk tujuan pengubatan dan rawatan. d. Di dalam al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh karangan Prof. Dr. Wahbah al-Zuhayli menyebutkan mengenai larangan ke atas perempuan yang menutup seluruh anggota badan termasuk wajah kerana ihram perempuan adalah pada mukanya. e. Walaubagaimanapun, dalam keadaan di mana ia dianggap sebagai satu bentuk keuzuran yang tidak dapat dielakkan kerana jemaah haji terpaksa menutup muka dan hidung (sebahagian muka) kerana disebabkan sesuatu wabak, maka diharuskan bagi jemaah lelaki dan wanita untuk menutup sebahagian mukanya. f. Semasa menunaikan haji atau umrah, terdapat perkara-perkara yang dilarang melakukannya dan dianggap berdosa dan diwajibkan membayar dam, walaubagaimanpun pertimbangan keadaan umat Islam masih diambilkira oleh Islam dalam hukum yang ditetapkan. g. Dalam keadaan dharurat di mana suatu penyakit telah menjadi wabak yang mengancam nyawa seperti H1N1, tindakan pencegahan yang diambil bagi melindungi nyawa adalah dibenarkan oleh Islam dan tidak dikenakan dam (denda) walaupun ia merupakan perkara yang dilarang dalam keadaan biasa selaras dengan kaedah fiqhiyyah: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Hukum Menunaikan Haji Bagi Pesakit Yang Menjalani Rawatan Hemodelisis

Tarikh Keputusan: 
22 Feb, 2009
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 22 Feb 2009 telah membincangkan hukum menunaikan haji bagi pesakit yang menjalani rawatan hemodelisis. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:
 

Bahawa pesakit yang menghidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan Hemodelisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan haji.

1) Pesakit kronik adalah wajib menunaikan badal haji sekiranya berkemampuan dari sudut kewangan.

2) Sekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadat haji jika berkemampuan.

3) Pesakit yang menjalani rawatan hemodelisis wajib menunaikan haji jika kerajaan Arab Saudi dan pihak Tabung Haji menyediakan kemudahan rawatan tersebut.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Fatwa Pindah Mazhab Berhubung Dengan Wuduk Jemaah Haji

Tarikh Keputusan: 
5 Aug, 1995
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan  yang bersidang pada 5 Ogos 1995 telah membincangkan mengenai fatwa pindah mazhab berhubung dengan wuduk jemaah haji. Mesyuarat telah membuat keputusan fatwa seperti berikut:
 
Bahawa buat masa ini agak menyulitkan andainya para Jemaah Haji dan Umrah dianjur supaya mengamalkan hukum wudhuk berdasarkan pendapat mazhab lain selain dari Syafie kerana perkara – perkara lain yang berkaitan seperti cara mengambil wudhuk dan perkara yang membatalkannya yang diamalkan dalam mazhab tersebut juga perlu mereka amalkan sama, hal ini akan menyulitkan mereka kerana tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai perkara tersebut. Jadi untuk mengelakkan kekeliruan itu para jemaah haji dan umrah dari negeri yang berpegang kepada mazhab syafie lebih wajar dianjurkan supaya berpegang kepada pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie semasa menunaikan ibadat tersebut, iaitu wudhuk mereka tidak dikira batal jika mereka bukan menyentuh tetapi tersentuh atau disentuh oleh perempuan dan lelaki ajnabi .
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Fatwa Mengenai Masalah Jemaah Haji Malaysia Melontar Jamrah Selepas Fajar Haji 13 Zulhijjah

Tarikh Keputusan: 
24 Mar, 1996
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 24 Mac 1996 telah membincangkan mengenai masalah jemaah haji Malaysia melontar jamrah selepas fajar haji 13 Zulhijjah. Mesyuarat membuat keputusan fatwa sebagaimana berikut:
 
Oleh   kerana   ada   pendapat    yang    membolehkan   melontar   selepas   fajar   13 Zulhijjah iaitu qaul dhaif 
(الضعيف مقابل الأصح) sebagaimana yang dipakai oleh pihak Lembaga Urusan dan Tabung Haji Malaysia, maka terpulanglah kepada individu untuk menerima dan beramal dengannya.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Tarikh Keputusan: 
6 Sep, 2007
Tarikh Mula Muzakarah: 
6 Sep, 2007
Tarikh Akhir Muzakarah: 
8 Sep, 2007
Oleh: 
Muzakarah Kali Ke-79

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6-8 September 2007 telah membincangkan mengenai Had Berpaling Yang Dibenarkan Daripada Arah Qiblat (Had al-Tahawwul 'Ani al-Qiblat). Muzakarah berpandangan bahawa arah mengadap kiblat merupakan perkara ijtihadi dan zanni. Penentuan had tidak melebihi 3% bagi pesongan mihrab yang dibenarkan tidak perlu ditetapkan. Oleh itu, Muzakarah memutuskan bahawa had berpaling yang dibenarkan dari arah kiblat tidak perlu difatwakan, tetapi boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam pembinaan masjid dan surau baru.
English Version
 
The Degree of Diversion Allowed from the Direction of the Qiblah

Decision:

The 79th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 6th-8th September 2007 has discussed the Degree of Diversion Allowed from the Direction of the Qiblah (hadd al-tahawul ‘an al-qiblah). The Conference decided that facing the direction of the qiblah is a matter of opinion (ijtihad) and suspicion (zann). Determining the limit of not more than 3% from the allowed diversion of a mihrab (a niche in the wall of a mosque that indicates the direction of the Kaabah) is not required. As such, the Conference decided that the ruling on the degree of diversion allowed from the direction of the qiblah need not be issued in the form of a religious opinion (fatwa), but it can be used as a guideline in building new mosques and places of prayer.
 
Arabic Translation
حد التحول عن القبلة
 
وفي الجلسة نفسها التي انعقدت في 6- 8 من سبتمبر لعام 2007م، تباحث أعضاء المجلس في قضية ما يقبل في حد التحول عن القبلة من المنظور الإسلامي. فرأى المجلس أن كيفية التعرف إلى اتجاه القبلة تعتبر أمراً اجتهادياً وظنياً. فلا حاجة إلى تحديد نسبة 3% كنسبة أدنى في تحول وجهة القبلة عند بناء محراب المسجد. وعلى ذلك، أصدر المجلس قراره بعدم الحاجة إلى الإفتاء في قضية حد التحول عن القبلة، ولكن يمكن أن يُتخذ هذا الحد في التحول عن القبلة كمبدأ توجيهي في بناء المساجد والمصليات الجديدة.
 
Tarikh Keputusan: 
31 Mar, 2008
Tarikh Mula Muzakarah: 
31 Mar, 2008
Tarikh Akhir Muzakarah: 
31 Mar, 2008
Oleh: 
Muzakarah Kali Ke-81

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 telah membincangkan mengenai Hukum Mencerap Hilal Dari Satelit. Muzakarah telah memutuskan bahawa buat masa ini belum ada keperluan untuk menggunakan satelit bagi mencerap hilal dalam menentukan bulan-bulan qamariah khususnya Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah memandangkan kaedah hisab dan rukyah yang digunakan masih sesuai. Walau bagaimana pun untuk tujuan penyelidikan dan merakam pergerakan bulan penggunaan satelit adalah diharuskan.
English Version
 
The Ruling on Observing the Crescent from the Satellite

Decision:

The 81st Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 31st March 2008 has discussed the Ruling on Observing the Crescent from the Satellite. The Conference decided that for the time being, there is no need to use the satellite to observe the crescent in determining the months of the lunar calendar especially Ramadan, Syawal and Zulhijjah as the present methods of calculation (hisab) and observation (rukyah) are still relevant and appropriate. Nevertheless, for the purposes of research and recording the movements of the moon, the use of the satellite is permitted.
 
Arabic Translation
حكم ترقُّب الهلال بالقمر الصناعي
 
رأى مجلس الفتوى الوطني الماليزي في مناقشته التي عقدت في جلسة (81)، في 31 مارس لعام 2008 بعدم الاحتياج إلى استخدام الأقمار الصناعية في الوقت الراهن لترقب الهلال في تحديد الأشهر القمرية، خاصة في تحديد شهر رمضان وشهر شوال وشهر ذي الحجة. وذلك لأن الطريقة المطبقة حالياً في حساب الرؤية ما تزال مناسبة. ولكن لا حرج في استخدام تلك الأقمار الصناعية لأغراض البحوث العلمية ومراقبة حركة القمر.
 
Tarikh Keputusan: 
14 Dec, 2009
Tarikh Mula Muzakarah: 
14 Dec, 2009
Tarikh Akhir Muzakarah: 
16 Dec, 2009
Oleh: 
Muzakarah Kali Ke-89

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 - 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Memakai Mask (Penutup Mulut Dan Hidung) Bagi Jemaah Haji Dalam Ihram. Muzakarah berpandangan bahawa mencegah penularan wabak yang boleh membahayakan nyawa dan kesihatan semasa menunaikan ibadah haji atau umrah amat dituntut oleh Islam. Oleh itu, dalam keadaan di mana sesuatu penyakit itu telah menjadi wabak, Islam memberi pengecualian dan kelonggaran kepada para jemaah untuk menutup sebahagian muka walaupun ia merupakan perkara yang dilarang semasa menunaikan ibadah haji atau umrah.

Oleh yang demikian, Muzakarah memutuskan bahawa jemaah haji dan umrah ketika di dalam ihram diharuskan menutup sebahagian muka dengan memakai mask (penutup mulut dan hidung) serta tidak perlu membayar dam.

English Version
 
The Ruling on Wearing a Facial Mask (Covering the Mouth and Nose) for Pilgrims in the State of Ihram

Decision:

The 89th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 14th-16th December 2009 has discussed the Ruling on Wearing a Facial Mask (Covering the Mouth and Nose) for Pilgrims in the State of Ihram (the sacred state into which a Muslim must enter in order to perform the hajj or umrah). The Conference decided that preventing the spread of an epidemic that can endanger lives and health during the performance of hajj and umrah is given high priority in Islam. As such, in situations where a disease has become epidemic, exception and dispensation is given by Islam to pilgrims to cover parts of their faces despite its prohibition during the performance of hajj or umrah.
 
As such, the Conference decided that pilgrims performing the hajj or umrah who are in the state of ihram are permitted to cover parts of their faces using facial masks (covering the mouth and nose) without having to pay the ‘dam’ (a penalty).
 
Arabic Translation
حكم لبس الحجيج غطاء الوقاية (في الفم والأنف) أثناء الإحرام.
 
في 14- 16 من ديسمبر لعام 2009م عقد مجلس الفتوى الوطني الماليزي الجلسة (89) للمباحثة في حكم لبس الحجيج غطاء الوقاية (في الفم والأنف) أثناء الإحرام. فرأى المجلس أن الوقاية من الأمراض والعدوات التي يحتمل تواجدها وانتشارها في أجواء المشاعر المقدسة أثناء أداء مناسك الحج مطلوبة لدى الإسلام. لهذا أعطى الإسلام حجاج بيت الله الحرام رخصة لبس أغطية الفم والأنف وقايةً من اكتساب أو نشر أي وباء أو مرض إلى الآخرين أو منهم.
وبناء على ما تقدّم، اتفق أعضاء المجلس بالإجماع على إجازة الحاج تغطية جزء من وجهه بلبس غطاء الوقاية (في الفم والأنف) أثناء أدائه المناسك. ولا يلزم عليه الدم.
 
Keterangan/Hujah: 
  1. Menjaga kesihatan badan lebih-lebih lagi ketika mengerjakan ibadah haji dan umrah di Makkah adalah sangat-sangat dititikberatkan oleh Islam. Oleh itu setiap jemaah haji perlu mengikut langkah-langkah pencegahan terutama penggunaan mask bagi menjaga kesihatan diri mereka daripada dijangkiti penyakit berbahaya.
     
  2. Penularan wabak ini tidak dapat tidak perlu ada usaha untuk mencegah supaya diri terus terpelihara dan sihat serta dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna. Di dalam kaedah fiqhiyyah:

    " الحاجة تنـزل منـزلة الضرورة "

    iaitu Hajat menepati darurat. Maksud hajat ialah jika tidak disempurnakan nescaya melibatkan atau mendatangkan kesukaran atau kesusahan.
     

  3. Seseorang lelaki yang berihram dilarang daripada menutup semua bahagian kepalanya atau sebahagiannya dengan apa sahaja yang boleh dikira sebagai menutupnya, sama ada pakaian berjahit atau pun tidak. Semua larangan ini dikecualikan jika terdapat keperluan yang memaksa seperti untuk tujuan pengubatan dan rawatan.
     
  4. Di dalam al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh karangan Prof. Dr. Wahbah al-Zuhayli menyebutkan mengenai larangan ke atas perempuan yang menutup seluruh anggota badan termasuk wajah kerana ihram perempuan adalah pada mukanya.
     
  5. Walaubagaimanapun, dalam keadaan di mana ia dianggap sebagai satu bentuk keuzuran yang tidak dapat dielakkan kerana jemaah haji terpaksa menutup muka dan hidung (sebahagian muka) kerana disebabkan sesuatu wabak, maka diharuskan bagi jemaah lelaki dan wanita untuk menutup sebahagian mukanya.
     
  6. Semasa menunaikan haji atau umrah, terdapat perkara-perkara yang dilarang melakukannya dan dianggap berdosa dan diwajibkan membayar dam, walaubagaimanpun pertimbangan keadaan umat Islam masih diambilkira oleh Islam dalam hukum yang ditetapkan.
     
  7. Dalam keadaan dharurat di mana suatu penyakit telah menjadi wabak yang mengancam nyawa seperti H1N1, tindakan pencegahan yang diambil bagi melindungi nyawa adalah dibenarkan oleh Islam dan tidak dikenakan dam (denda) walaupun ia merupakan perkara yang dilarang dalam keadaan biasa selaras dengan kaedah fiqhiyyah:

    "درء المفاسد مقدم على جلب المصالح "

 

 

Syndicate content