Lain-lain

Hormon FSH-P (Otak Babi)

Tarikh Keputusan: 
6 Jul, 1996
Huraian Tajuk/Isu: 

Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:

Keputusan: 

1. Hormon FSH-P (Otak Babi) iaitu bahan penggalak yang diperolehi daripada otak babi adalah najis mughallazah dan haram digunakan dalam apa juga bentuk sekalipun samada untuk tujuan pembiakan dan sebagainya. Pengharaman ini berasaskan kepada syubhah dan saddudhara"i.'

2. Anak-anak binatang ternakan yang dihasilkan pembiakannya daripada FSH-P (Otak Babi) adalah diharamkan daripada dimakan daging dan susunya.

3. Pihak yang berkenaan khususnya Jabatan Haiwan di seluruh negeri hendaklah berhenti serta-merta daripada melakukan amalan penyuntikan hormon FSH-P tersebut kepada binatang ternakan yang halal untuk tujuan pembiakan dan sebagainya.'

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
16 Jan, 1997
Nombor Rujukan: 
{M.U.I.Phg. 2/116/2.}
Akta/Enakmen: 
(Enakmen 3/91)

Pemindahan Kubur Kerana Membina Empangan

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Pemindahan kubur di Sungai Pau, Sik Kedah kerana pihak kerajaan ingin membina Empangan Beris.
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang telah membincangkan mengenai Pemindahan Kubur Kerana Membina Empangan. Mesyuarat telah memutuskan bahawa adalah diharuskan pihak kerajaan memindahkan juzuk-juzuk mayat ke tempat yang baru iaitu di Sungai Pau, Sik Kedah kerana ingin membina Empangn Beris yang bertujuan untuk memberikan manfaat kepada rakyat Kedah khususnya seperti membekalkan air untuk tanaman dan ternakan, serta kehidupan seharian.
Keterangan/Hujah: 
 
Diharuskan proses pemindahan kubur kerana tujuan membina Empangan Beris ini akan memberi manfaat yang cukup besar kepada kehidupan rakyat berdasarkan prinsip kaedah fiqhiyyah iaitu "المصالح المرسلة".Namun pemindahan kubur itu hendaklah dibuat secara cermat dan berhati-hati demi untuk memuliakan adak anak adam. Ini jelas seperti firman Allah SWT:"ولقد كرمنا بنى أدم"
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Syndicate content