Perubatan

Hukum Menggunakan Kaedah Autopsi Maya Sebagai Alternatif Kepada Kaedah Bedah Mayat

Tarikh Keputusan: 
17 Aug, 2006
Huraian Tajuk/Isu: 
Hukum Menggunakan Kaedah Autopsi Maya Sebagai Alternatif Kepada Kaedah Bedah Mayat
Keputusan: 
Penggunaan Kaedah Autopsi Maya (virtual autopsy) dalam bedah siasat mayat jika memenuhi keperluan, wajib diberi keutamaan berbanding kaedah bedah siasat yang diamalkan sekarang.
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
25 Jan, 2007
Nombor Rujukan: 
[PMWP/100/20 klt 2;PN(PU²)530/IV
Akta/Enakmen: 
Seksyen 34 - Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah -Wilayah Perekutuan) 1993

Bolehkah Orang Dialisis Menjamakkan Solat?

 
ISU:

Orang yang dialisis, bolehkah dia menjamakkan solat fardhunya dan meninggalkan Solat Jumaatnya.
 
PENJELASAN:
Tarikh Keputusan: 
4 Feb, 2014
Tarikh Mula Muzakarah: 
3 Feb, 2014
Tarikh Akhir Muzakarah: 
5 Feb, 2014
Oleh: 
Muzakarah Kali Ke-105

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang bersidang pada 3-5 Februari 2014 telah membincangkan mengenai Hukum Pendermaan Jasad Si Mati Untuk Tujuan Penyelidikan. Muzakarah telah memutuskan:
 
  1. Setelah meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Malaya dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.
     
  2. Muzakarah juga menegaskan bahawa hukum asal pendermaan jasad atau mayat manusia adalah haram kerana Islam amat menitikberatkan penghormatan ke atas jasad manusia sama ada sewaktu mereka masih hidup ataupun selepas mati. Terdapat banyak nas-nas syarak berhubung dengannya, antaranya suruhan tajhiz al-mayyit seperti mandi, kafan, solat dan pengkebumian, larangan mencincang jasad mayat dan sebagainya.
     
  3. Muzakarah berpandangan bahawa dalam konteks Malaysia, pendermaan jasad atau mayat orang Islam dan keperluan penggunaan jasad si mati untuk tujuan penyelidikan masih belum berada pada tahap mendesak. Keperluan terhadap penggunaan mayat untuk tujuan penyelidikan masih boleh dipenuhi dengan kaedah-kaedah alternatif yang ada. Selagi mana kaedah alternatif boleh dikemukakan sebagai jalan keluar, maka ia menjadi pilihan yang mesti diambil tanpa perlu mengharuskan pendermaan jasad atau mayat orang Islam.
     
  4.  Sehubungan itu, selaras dengan penegasan syarak tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pendermaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan adalah haram dan tidak dibenarkan berdasarkan hujah berikut:
(i) Prinsip kemuliaan mayat dan kewajipan menghormatinya perlu diikuti sebagaimana kaedah:
 
الأصل في العرض التحريم

Maksudnya: Asal kepada perkara yang melibatkan maruah dan kehormatan adalah diharamkan

Kaedah ini bersandarkan kepada sebuah hadis Nabi SAW:

فَإِنَّ دِمَاءَكُمْ وَأَمْوَالَكُمْ وَأَعْرَاضَكُمْ بَيْنَكُمْ حَرَامٌ كَحُرْمَةِ يَوْمِكُمْ هَذَا فِي شَهْرِكُمْ هَذَا فِي بَلَدِكُمْ هَذَا
Maksudnya: Darah-darah kamu, harta-harta kamu, dan kehormatan kamu di antara sesama kamu haram seperti mana haramnya hari kamu ini, bulan kamu ini, di negeri kamu ini. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
(ii) Kehormatan mayat merupakan suatu tuntutan dan pendermaannya adalah menceroboh prinsip penghormatan tersebut.

(iii) Keperluan penggunaan jasad atau mayat orang Islam untuk tujuan penyelidikan belum berada pada tahap mendesak atau dharurah kerana keperluan tersebut masih boleh dipenuhi dengan kaedah-kaedah alternatif yang ada.

 
Tarikh Keputusan: 
4 Feb, 2014
Tarikh Mula Muzakarah: 
3 Feb, 2014
Tarikh Akhir Muzakarah: 
5 Feb, 2014
Oleh: 
Muzakarah Kali Ke-105

Keputusan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-105 yang bersidang pada 3-5 Februari 2014 telah membincangkan mengenai Kajian Semula Hukum Penggunaan Vaksin Meninggitis Monumen. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
 
  1. Setelah meneliti formulasi dan proses terbaru dalam penghasilan Vaksin Menomune yang bebas daripada penggunaan sebarang sumber haiwan beserta fakta-fakta dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum penggunaan Vaksin Meningitis Menomune yang dikeluarkan oleh Sanofi Pasteur adalah diharuskan.
     
  2. Oleh yang demikian, status pengharaman terhadap vaksin tersebut yang telah diputuskan pada Muzakarah kali Ke-53 tarikh 27 November 2002 adalah dibatalkan.
 
ISU:

Status Alat Bantuan Perubatan Yang Tertanam Dalam Badan Si Mati

 
 
ISU:
 

Hukum Pembedahan Blepharoplasty Pada Kelopak Mata

 
ISU:
 
Hukum Pembedahan Blepharoplasty Pada Kelopak Mata
Tarikh Keputusan: 
17 Jul, 2013
Tarikh Mula Muzakarah: 
17 Jul, 2013
Tarikh Akhir Muzakarah: 
17 Jul, 2013
Oleh: 
Muzakarah Khas

Keputusan

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Penggunaan Vaksin Meningitis Menveo. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
“ Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) dan meneliti keterangan, hujah-hujah serta pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum penggunaan Vaksin Meningitis Menveo adalah diharuskan”.
 
 

Hukum Berkhatan Bagi Perempuan Muslim

Tarikh Keputusan: 
14 Jun, 2013
Huraian Tajuk/Isu: 
Hukum Berkhatan Bagi Perempuan Muslim
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang  pada 14 jun 2012 telah  membincangkan  
mengenai "  Hukum Berkhatan Bagi Perempuan Muslim "
 
 
Alhamdulillah fatwanya seperti berikut:
 
" Berkhatan bagi perempuan muslim adalah harus menurut hukum syarak, walaubagaimanapun ia hendaklah dilakukan oleh pengamal kesihatan wanita sahaja yang telah dilatih dan hendaklah menjaga hukum dan adab serta mematuhi peraturan semasa menjalankan proses barkhatan tersebut." 
 
 والله اعلم بالصواب
 
 
 
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
JMJ.351/05/(IB)/72 bil(2)
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 
Syndicate content