Muamalat/Ekonomi

Pelaburan keatas SwissCash Mutual Fund

Tarikh Keputusan: 
30 May, 2007
Huraian Tajuk/Isu: 

Hukum Pelaburan keatas SwissCash Mutual Fund

Keputusan: 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini bersetuju dengan Fatwa yang telah diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-77 pada 20-21 April 2007 bahawa: Hukum Skim Pelaburan SwissCash Mutual Fund dan seumpamanya adalah haram kerana mengandungi unsur riba dan akad mudharabah yang rosak syaratnya.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Hutang Yang Tidak Berbayar

Tarikh Keputusan: 
21 May, 2006
Huraian Tajuk/Isu: 
Hutang yang tidak berbayar
Keputusan: 
Mesyuarat membuat keputusan menasihatkan pihak yang berhutang mengikut terma perjanjian kerana sebarang hutang wajib dibayar.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Penjualan Al-Quran , Ayat-Ayat Al-Quran Dan Buku-Buku Agama Oleh Orang Bukan Islam

Tarikh Keputusan: 
20 Jan, 2004
Huraian Tajuk/Isu: 
Pohon pandangan Jawatankuasa Fatwa mengenai penjualan Al-Quran , ayat-ayat Al-Quran dan buku-buku agama oleh orang bukan Islam
 
Keputusan: 
Mesyuarat bersetuju bahawa sebarang mashaf Al-Quran, ayat-ayat Al-Quran dan buku-buku agama Islam tidak harus dijual oleh orang bukan Islam.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Chenderong Konsesyen

Tarikh Keputusan: 
13 Aug, 2001
Huraian Tajuk/Isu: 
Fatwa Chenderong Konsesyen
 
Keputusan: 
Setelah mendengar taklimat daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu tentang latar belakang Chenderong Konsesyen dan menghalusi dokumen berkaitan serta persoalan-persoalan mengenainya, mesyuarat bersetuju mengambil keputusan seperti berikut :

i. Taraf wakaf Chenderong Konsesyen mengandungi wakaf khas, wakaf zuriat dan juga wasiat.
ii. Tanah wakaf tidak boleh dijualbeli atau diubah statusnya daripada syarat yang telah dibuat oleh pewakaf, tetapi tanah tersebut termasuk hasilnya boleh dipajak dan diSUBLISTkan.
iii. DYMM Al-Sultan sekarang adalah berhak menerima bahagian daripada tanah wakaf Chenderong Konsesyen kerana baginda adalah pewaris daripada keturunan baginda Al-Marhum Al-Sultan Ismail Nasaruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin.
iv. Baginda juga sebagai pemegang amanah (nazir) ke atas tanah tersebut yang dikurniakan bahagiannya sebanyak 7/144. Dengan itu perolehan baginda DYMM Al-Sultan daripadanya adalah sah dari segi peraturan dan wasiat pewakaf.

Selain daripada itu Mesyuarat juga bersetuju dengan pembahagian yang dilakukan oleh pihak MAIDAM kepada waris-waris Al-Marhumah Engku Zaharah (anak kepada Al-Marhumah Tengku Ngah Aisyah ) binti Engku Sulong, atas dasar wakaf zuriat sebagaimana ikrar wakaf Tengku Nik Maimunah sendiri iaitu :

' Kepada Paduka kekanda saya Tengku Ngah Aisyah Al-Hajjah binti Al-Marhum Al-Sultan Zainal Abidin sebanyak 24/144 bahagian dan berkekalanlah baginya, dan kemudian daripadanya berhaklah anak-anaknya mendapat daripada bahagian itu dengan sama banyak, dan kemudian kembalilah kepada zuriat keturunan masing-masing, dan manakala putus zuriat salah seorang daripada mereka maka kembalilah bahagiannya itu kepada fakir miskin Islam di bawah kelolaan dan pentadbiran Pejabat Hal Ehwal Agama Islam Terengganu'.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Menjual Tanah Wakaf

Tarikh Keputusan: 
15 May, 2001
Huraian Tajuk/Isu: 
Mohon pandangan berkenaan cadangan menjual mana-mana tanah wakaf dan mengantikannya dengan harta tanah yang lain kecuali Wakaf Khas tapak masjid.
Keputusan: 
-
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Menukarkan Wakaf Khas Tapak Asrama Pelajar-Pelajar Sekolah Kepada Wakaf Khas Untuk Pendidikan.

Tarikh Keputusan: 
15 May, 2001
Huraian Tajuk/Isu: 
Mohon pandangan mengenai cadangan untuk menukarkan wakaf khas tapak asrama pelajar-pelajar sekolah kepada wakaf khas untuk pendidikan.
Keputusan: 
Mesyuarat bersetuju dengan cadangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu untuk menukarkan Wakaf Khas tapak asrama pelajar-pelajar sekolah ( KRM 678, Lot 1397, Mukim Kuala Ibai ) daripada Tuan Haji Awang Umar bin Haji Muhammad kepada Wakaf Khas untuk pendidikan.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Pelaburan ASB Yang Diharuskan Dalam Islam.

Tarikh Keputusan: 
8 Oct, 2000
Huraian Tajuk/Isu: 
Pelaburan ASB samada menepati dengan pelaburan yang diharuskan dalam ajaran Islam.
Keputusan: 
Mesyuarat bersetuju menegaskan bahawa sebarang pelaburan yang menyalahi hukum syarak adalah haram. Oleh itu pelaburan dengan mana-mana pihak yang menjalankan urusniaga secara tidak pasti halalnya hendaklah diberhentikan.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Pampasan Insuran

Tarikh Keputusan: 
8 Oct, 2000
Huraian Tajuk/Isu: 
Pampasan Insuran
Keputusan: 
Di dalam mesyuarat khas sebagaimana butir 1.3.3 di atas, mesyuarat bersetuju bahawa wang pampasan insuran bukanlah pusaka si mati. Cara pembahagian wang berkenaan terpulang kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak insuran.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Pembayaran zakat fitrah melalui Sistem Khidmad Pesanan Ringkas [SMS]

Tarikh Keputusan: 
20 Sep, 2006
Keputusan: 

Mesyuarat membuat keputusan bahawa : Pembayaran zakat fitrah melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) hendaklah dikaji semula supaya kaedah pengeluaran zakat itu mengikut hukum syarak. Perkara-perkara yang perlu dikaji semula ialah :

i. Kadar yang menjadi wang zakat dikeluarkan daripada wang pengeluar zakat tidak melalui proses pengeluar berhutang dahulu kepada syarikat pengendali SMS.

ii. Syarikat perkhidmatan SMS mengenakan caj kos perkhidmatan kepada pengguna yang merupakan bayaran tambahan kepada pengeluar zakat. Caj kos ini hendaklah dihapuskan.

iii. Disyorkan supaya syarikat yang mengendalikan penerimaan bayaran zakat melalui SMS diberi upah secara ' الجعالة ' (Janji hadiah) bukannya ditetapkan kadar perolehannya sebanyak 1/8, 1/16 atau sebagainya.'

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Hutang Kepada Syarikat Yang Telah Digulung oleh Mahkamah Tinggi

Tarikh Keputusan: 
17 Apr, 2005
Huraian Tajuk/Isu: 
Hukum menjelaskan hutang kepada syarikat yang telah digulung oleh Mahkamah Tinggi
Keputusan: 
Setelah mendengar taklimat daripada pihak pengarah Yayasan Islam Terengganu, mesyuarat bersetuju bahawa : ' Sebarang hutang wajib dibayar menurut hukum syarak. Kerana itu Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu menasihati pihak Syarikat Terengganu Safety Training Centre (TSTC) supaya berbincang dengan bekas-bekas Ahli Jawatankuasa Pematang Bina sdn. Bhd. dengan apa cara pun mengenai bayaran tersebut dan cara pelaksanaannya yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Syndicate content