Muamalat/Ekonomi

Kutipan Dari Derma Kebajikan.

Tarikh Keputusan: 
2 Jan, 1979
Huraian Tajuk/Isu: 
Bolehkah diambil komisyen yang terhad dari wang kutipan derma Kebajikan dirumah simati untuk tujuan kebajikan yang lain.
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatnkuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut.
 
Tidak boleh di gunakan wang derma yang dikumpulkan bagi sesuatu tujuan untuk tujuan yang lain.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Harta Pusaka

Tarikh Keputusan: 
30 May, 1975
Huraian Tajuk/Isu: 
Adakah si anak berhak menuntut bahagianya (dari harta ayahnya) setelah ayahnya menghadiahkan sebahagian daripada hartanya kepada seseorang yang bukan daripada warisnya secara hukum syara'.
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut
 
Tidak ada hak bagi anak itu menuntut bahagianya, apabila ayahnya yang semasa hidup telah membahagikan hartanya secara hadiah atau 'hebah'.
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Yang Berhak Di Dalam Pemeliharaan Anak-Anak.

Tarikh Keputusan: 
9 Dec, 1970
Keputusan: 
Bagi menentukan orang-orang yang berhak menerima anak untuk dipelihara adalah mengikut keutamaan seperti disenaraikan di bawah ini:
1. Ibu
2. Emak Ibu (datuk sebelah Emak)
3. bapa
4. Emak Bapa (Datuk perempuan sebelah bapa)
5. Saudara perempuan kepada budak.
6. Emak saudara sebelah emak.
7. Anak perempuan bagi saudara perempuan kepada budak itu (anak saudar perempuan)
8. Anak perempuan bagi saudara lelaki kepada budak
9. Emak saudara sebelah bapa.
Keterangan/Hujah: 
Rujukan kitab:
Kitab I"anatut Tolibin, juzuk 4 m/s 101/102
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Perlantikan Pegawai Zakat

Tarikh Keputusan: 
29 May, 1995
Huraian Tajuk/Isu: 

Pusat Urus Zakat ingin memohon fatwa berhubung dengan perlantikan pagawai atau kakitanganya.

Keputusan: 

Jawatankuasa Syariah membuat keputusan dimana senua pegawai atau kakitangan As-sohabah Urus Zakat hendaklah dilantik secara sah sebagai amil oleh YDA agar pungutan zakat sah mengikut Islam.Manakala agihan asnaf zakat pula adalah mengikut keputusan Jawatankuasa agihan Zakat Negeri pulau Pinang yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Perlantikan LHDN Sebagai Amil Zakat.

Tarikh Keputusan: 
14 Jan, 1998
Keputusan: 
AJK mesyuarat bersetuju dengan syarat amilnya yang dilantik di kalangan staf LHDN itu beragama Islam dan mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pengeluar zakat tersebut.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Zakat Padi

Tarikh Keputusan: 
8 Oct, 1996
Huraian Tajuk/Isu: 
Pandangan ahli Jawatamkuasa mengenai pengiraan zakat padi dan subsidi padi(Maalud Mustafad)
Keputusan: 
Kerajaan memberi subsidi ini kepada orang yang membuat bendang dan menjual padi itu dalam tempoh yang ditetapkan, sekiranya seseorang itu telah menyimpan padi ke satu tarikh yang luput tempohnya maka subsidi padi tidak akan diberikan kepadanya, ini bererti subsidi tiu bukanlah hasil daripada padi, tetapi sebagai insiatif yang diberikan oleh kerajaan dan ia adalah berasingan dari hasil padi sebenarnya.

Bagi subsidi sebanyak 0.2481 ini adalah sebahagian daripada subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada petani seperti baja dan sebagainya. oleh itu, sekiranya hendak diambil kira semuanya maka hendaklah semua dimasukkan dalam satu kiraan sebagai subsidi bukan hanya subsidi jualan padi sahaja oleh kerana itu subsidi padi itu berasingan dengan harga padi.

Jika berlaku bencana alam, maka subsidi akan luput daripada pesawah-peawah tadi dan ia hanya dapat subsidi dalam bentuk lain. oleh yang demikian , jawatankuasa syariah memberi pendapat bahawa subsidi padi bukan harga padi dan tidak boleh dicampur subsidi padi dengan harga padi untuk kiraan pungutan/kutipan zakat biji-bijian.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Penyucian Wang Subhat/ Haram

Tarikh Keputusan: 
9 Jun, 1999
Keputusan: 
semua wang subhah/haram yang diserahkan kepada baitulmal adalah dianggap satu dan bersih.
Keterangan/Hujah: 
Rujuk kitab imam Yusuf al-Qardhawi m/s 411/412
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Insurans Hayat

Tarikh Keputusan: 
21 Mar, 1994
Keputusan: 

Insurans hayat ini hanya harus apabila ada akad yang tertentu yang diluluskan oleh syarak iaitu atas konsep orang lain hendak membantu keluarga yang ditimpa kematian atau kemalangan. yang lain daripada itu adalah ditolak oleh syarak.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Aqad Jual Beli Lot Tanah Wakaf.

Tarikh Keputusan: 
8 Nov, 1989
Huraian Tajuk/Isu: 

Adakah sah sekiranya jual beli lot tanah wakaf tanpa melalui secara aqad lisan tetapi hanya melalui bayaran dan resit sahaja.

Keputusan: 

Sah jual beli lot tanah wakaf tersebut tanpa aqad lisan malah memadai dengan bayaran yang di beri oleh pembeli serta resit yang dikeluarkan oleh bendahari.

Keterangan/Hujah: 

rujukan,

kitab "mughniul muhtaj' m/s 206

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Wang Faedah Bank

Tarikh Keputusan: 
8 Nov, 1989
Huraian Tajuk/Isu: 

Menggunakan wang faedah bank untuk tujuan melanjutkan pelajaran.

Keputusan: 

wang yang diperolehi sebagai faedah daripada simpanan tetap bank yang disebut di atas adalah riba serta diharamkan. wang faedah itu termasuk dalam bahagian harta haram. ianya boleh di gunakan untuk keperluan umat islam dengan cara menyerahkan kepada baitulmal.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Syndicate content