Kelantan
Hukum Perlakuan Mat Rempit (Lumba Haram) Menurut Pandangan Islam
- 306 reads
Cadangan Penetapan Nisab Zakat Mata Wang Malaysia Dan Lain-Lain Harta Bagi Haul Antara Ramadhan 1431 Hijriah Hingga Ramadhan 1432 Hijriah.
- 331 reads
Hukum Perceraian Melalui Alat-Alat Media Elektronik
- 281 reads
Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam
1) Hukum bertatu (pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu) mengikut pandangan islam adalah haram.
2) Orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan menyesal serta menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada jikalau tidak mendapat kemudharatan. Jikalau mendatangkan kemudharatan, maka tidak mengapa dibiarkan dan dimaafkan.
3) orang yang telah bertatu tetapi tidak sempat menghilangkan setelah meninggal dunia maka tidak wajib dihilangkan tatunya kerana ianya akan menyiksa mayat tersebut.
- 206 reads
Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariat Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain
1) Harta yang diperolehi dengan cara yang tidak patuh syariat adalah haram disisi Islam dan perlu dibersihkan.
2) Harta tidak patuh syariat tidak boleh dimanfaatkan untuk tujuan kepentingan diri.
3) Kaedah pemberian harta tidak patuh syariat adalah dengan cara
i) Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika si pemilik telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli keluarganya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut mestilah diserahkan kepada Baitulmal.
ii) Bagi harta yang diperolehi melalui cara yang tidak di iktiraf oleh syariat seperti hasil daripada riba, judi dan lain-lain, harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
- 211 reads
Hukum Penggunaan Nama Allah Bagi Bukan Islam (Kelantan)
Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 27 Dis 2009 telah membincangkan hukum penggunaan nama Allah bagi bukan Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan bahawa hukum penggunaan nama Allah bagi bukan Islam adalah di haramkan.
- 318 reads
Hukum Pelaburan Dalam Skim ASB, ASN dan Pelaburan-Pelaburan Lain Seumpamanya
-
Harus melabur dalam skim ASB, ASN dan seumpamanya kerana kedudukan ekonomi orang melayu islam di Negara ini yang disifatkan berada ditahap darurat. Darurat yang dimaksudkan di sini ialah dilihat dari aspek ekonomi ummat secara keseluruhan bukan dari sudut individu.
- Pelaburan skim-skim ini dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Hukum berurusan dengan orang yang mempunyai harta yang halal lebih banyak daripada yang haram adalah harus. Rasulullah S.A.W dan para sahabat berurusan dengan orang Musyrikin yang mereka maklum tidak meninggalkan perkara yang haram sama sekali. Sementara bermuamalat dengan orang yang memiliki harta haram lebih banyak dari yang halal adalah makruh selama tidak diketahui atau tidak ditentukan Ain yang haram tersebut.
- 376 reads
Hukum Penceraian Akibat Pelanggaran Taklik
1) Bahawa lafaz taklik talak yang dilakukan oleh suami tetapi berlaku perceraian antara mereka (suami isteri) melalui lafaz suami atau melalui fasakh atau tebus talak sebelum berlaku perkara yang ditaklikkan, ia terbahagi kepada dua keadaan:
i) Sekiranya perceraian tersebut ialah perceraian Bain Kubra dan Bain Sughra, yang bukan perceraian pelanggaran taklik, lafaz taklik yang dilakukan suami tidak lagi aktif apabila mereka bernikah semula.
ii) Sekiranya perceraian tersebut ialah perceraian Raj’ie, lafaz taklik talak yang dilakukan suami masih lagi aktif apabila mereka rujuk semula dalam tempoh iddah.
2) Apabila telah berlaku pelanggaran lafaz taklik yang dibuat oleh suami, maka perceraian antara mereka (suami isteri) telah berlaku. Sekiranya mereka kembali semula sebagai suami isteri, maka kedudukan lafaz taklik itu adalah seperti berikut:
i) Sekiranya perceraian yang berlaku itu adalah perceraian Raj’ie dan pasangan tersebut bernikah semula dengan akad baru selepas tamat iddah, maka lafaz taklik itu tidak lagi aktif.
ii) Sekiranya perceraian yang berlaku itu adalah perceraian raj’ie dan pasangan tersebut rujuk semula sebelum tamat iddah. Dalam keadaan ini, mesyuarat membuat keputusan supaya perkara ini di serahkan kepada kebijaksanaan pihak mahkamah untuk membuat keputusan.
- 267 reads
Hukum Perkahwinan Bagi Kembar Siam
1) Bahawa hukum perkahwinan kembar siam lelaki dan wanita yang boleh dan telah dipisahkan kedua-dua mereka adalah diharuskan sekiranya mereka berkemampuan dari segi fizikal untuk berkahwin iaitu jika tiada masalah kecacatan pada organ-organ tertentu seperti alat kelamin, rahim dan lain-lain serta mampu melakukan hubungan kelamin.
2) Hukum perkahwinan bagi kembar siam lelaki dan wanita yang tidak boleh dipisahkan adalah tidak dibolehkan melainkan setelah mereka menjalani pembedahan pemisahan kerana mereka adalah terdiri daripada dua jasad dan dua jiwa.
3) Kembar siam yang ingin melangsungkan perkahwinan dinasihatkan supaya bertemu pakar perubatan untuk tujuan pembedahan dan mendapat pandangan pakar perubatan tentang faktor kesihatan dan kemudharatan sekiranya perkahwinan dilangsungkan.
- 221 reads
Hukum Menunaikan Haji Bagi Pesakit Yang Menjalani Rawatan Hemodelisis
Bahawa pesakit yang menghidap penyakit kronik yang tidak ada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan Hemodelisis dan seumpamanya tidak wajib menunaikan haji.
1) Pesakit kronik adalah wajib menunaikan badal haji sekiranya berkemampuan dari sudut kewangan.
2) Sekiranya telah sembuh daripada sakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadat haji jika berkemampuan.
3) Pesakit yang menjalani rawatan hemodelisis wajib menunaikan haji jika kerajaan Arab Saudi dan pihak Tabung Haji menyediakan kemudahan rawatan tersebut.
- 169 reads
Beberapa Persoalan Semasa Halangan (mawani’) Tuntutan dan Pengurusan Harta Faraid
2) Bagi halangan untuk mendapatkan harta faraid di sebabkan perbezaan agama, iaitu orang yang layak menerima pusaka itu keluar daripada agama Islam samada secara ikrar, perbuatan dan Iktiqad` atau ianya di buat melalui akuan staturi atau perisytiharan “deed pole’ maka pewaris-pewaris yang lain hendaklah mendapatkan pengesahan dan keputusan daripada Mahkamah Syariah untuk mengeluarkan orang yang keluar daripada agama islam ini daripada senarai mereka yang menerima pusaka.
3) Bagi tuntutan harta sepencarian oleh suami atau isteri yang disabitkan membunuh pasangan mereka, halangan membunuh tidak boleh dijadikan ‘illah untuk menghalang mereka daripada membuat tuntutan harta sepencarian.
- 187 reads
Fatwa Mengenai Bayaran Zakat Gaji Bulanan Yang Dibuat Oleh Majikan Dengan Izin Atau Permintaan Pembayar Zakat Itu Sendiri
- 329 reads
Masalah Pengambilan Balik Tanah Rakyat Oleh Kerajaan
- 260 reads
Fatwa Mengenai Masalah Hutang Si Mati Atau Pinjaman Wang Dari Pihak Kerajaan Atau Majikan Atau Institusi Kewangan Untuk Membina Atau Membeli Rumah Atau Kenderaan
- 329 reads
Fatwa Pindah Mazhab Berhubung Dengan Wuduk Jemaah Haji
- 233 reads
Fatwa Berhubung Dengan Pembangunan Atas Tanah Tapak Masjid
- 213 reads
Fatwa Mengenai Masalah Jemaah Haji Malaysia Melontar Jamrah Selepas Fajar Haji 13 Zulhijjah
- 264 reads
Fatwa Berhubung Dengan Masalah Menjemput Orang Bukan Islam Ke Majlis – Majlis Bercorak Agama Dan Lain-Lain Yang Diadakan Dalam Bangunan Masjid
- 220 reads
Fatwa Mengenai Ajaran Syiah (Kelantan)
- Penyelewengan akidah.
- 373 reads
Fatwa Berhubung Dengan Penggunaan Wang Tidak Halal Dalam Tabung Serambi Mekah
- 205 reads
- 2959 reads
Printer-friendly version





