Mengenai Bahagian Pengurusan Fatwa

BAHAGIAN PENGURUSAN FATWA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
 
Latar Belakang
 
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ditubuhkan pada awal tahun 1970 sebagaimana diperuntukan dalam Perkara 11 Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Jawatankuasa ini merupakan badan yang berperanan untuk membincang dan memberikan pandangan berkaitan hukum hakam di peringkat Kebangsaan. Sejak penubuhannya, muzakarah/mesyuarat Jawatankuasa ini diurusetiakan oleh Urusetia MKI (kemudian dipanggil sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam dan sekarang JAKIM) dan tidak terdapat satu bahagian khusus yang berperanan sebagai urus setia dalam hal-hal berkaitan fatwa.
 
Mesyuarat Pre-Council Majlis Raja-Raja pada 1 Julai 2008 dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-214 telah bersetuju supaya fungsi Jawatankuasa Fatwa MKI ini diperkukuhkan dari aspek pengstrukturannya. Pada Mesyuarat Pasca-Kabinet Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 17 September 2008, persetujuan telah dicapai supaya urus setia kepada Jawatankuasa Fatwa MKI dinaik taraf dan diasingkan menjadi satu Bahagian baru di JAKIM.
 
Berkuat kuasa pada 2 Januari 2009, urus setia kepada Jawatankuasa Fatwa MKI ini telah ditubuhkan secara pentadbiran dan dinamakan sebagai Bahagian Pengurusan Fatwa Dan Pembangunan Ijtihad. Pada 15 Jun 2009 JAKIM telah memperolehi waran perjawatan Cadangan Penjenamaan Semula JAKIM Fasa 1 berkuatkuasa 1 Jun 2009 dengan rasminya wujud bahagian baru iaitu Bahagian Pengurusan Fatwa.
 
Objektif Bahagian
 
Objektif penubuhan Bahagian ini adalah seperti berikut:
 
  1. Mewujudkan satu organisasi yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap urusan fatwa di peringkat kebangsaan;
     
  2. Memastikan pengurusan fatwa dapat dijalankan secara berpusat dan sistematik;
     
  3. Mewujudkan penyelarasan dalam hal ehwal fatwa di negara ini;
     
  4. Memastikan semua fatwa yang telah diwartakan dapat dikuatkuasa sepenuhnya di semua negeri tanpa sebarang halangan; dan
     
  5. Mewujudkan pusat penyelidikan dan menjadi sumber maklumat fatwa yang berwibawa.
 
Fungsi
 
Bahagian ini akan berperanan dengan fungsi-fungsi seperti berikut:
 
  1. Menjadi penasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam hal-hal berkaitan dengan fatwa;
     
  2. Menjadi sumber rujukan dengan mengemukakan fatwa sebagai penyelesaian terhadap setiap permasalahan berkaitan hukum hakam;
     
  3. Mengkaji dan menyelidik isu-isu kontemporari dalam pelbagai bidang yang timbul dalam masyarakat;
     
  4. Menjadi urus setia kepada Muzakarah dan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa MKI dan mesyuarat/persidangan yang berkaitan;
     
  5. Menyelaras semua fatwa yang telah diputuskan di peringkat negeri dan negara anggota MABIMS;
     
  6. Memastikan semua keputusan yang telah diputuskan disalurkan, difahami dan dipatuhi oleh semua pihak;
     
  7. Membangunkan manhaj dan metodologi istinbat hukum yang berkesan;
     
  8. Meningkatkan koordinasi antara Jabatan/Pejabat Mufti seluruh negeri;
     
  9. Menyebarkan semua keputusan/hukum yang telah diputuskan kepada masyarakat awam melalui sistem maklumat (IT), media cetak dan elektronik; dan
     
  10. Menjadi Pusat Rujukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
     
 
Keurusetiaan
 
Bahagian ini menjadi Urus setia kepada Jawatankuasa-Jawatankuasa berikut:
 
  1. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia;
     
  2. Persidangan Mufti-Mufti Seluruh Malaysia;
     
  3. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan dan Pembangunan Fatwa (JKPPF)
 
Pegawai Dan Kakitangan ( e-staff )
 
 
  Hajah Wan Morsita bt. Wan Sudin
  Pengarah
 
 
  Farrah Shazwanie Binti Che Hamid
  Setiausaha Pejabat
 
 
  Aminudin bin Mohamad
  Ketua Penolong Pengarah
 
 
  Nor Safina bt. Zainal
  Penolong Pengarah Kanan
 
 
  Mohd Salehin bin Sopian
  Penolong Pengarah
 
 
 
  Abdul Karim bin Zakaria
  Penolong Pengarah
 
 
  Nor Hajah Binti Mat Saleh
  Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
 
 
  Mohamed Syafiroo bin Zahid
  Sapian
  Pembantu Hal Ehwal Islam (Kanan)
 
 
 
  Rafiza Diana binti Mohd Rafien
  Pembantu Hal Ehwal Islam
 
 
  Suhaila binti Mohd Fadzillah
  Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi)
 
 
  Norizan Binti Johari
  Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi)
 
 
  Amnan Khaladi bin Suliman Atoriy
  Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi)