Kategori : Akidah  
Tajuk :
Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan
Isu :
Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain
Fatwa :

 

ENAKMEN PENTADBIRAN
UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
(Enakmen 3/91)


FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36


Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:

“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”



























Rujukan Pewartaan :  36

 
Tarikh Pewartaan :
16 Januari 1997

Baca : 2503

Oleh :  Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang