Negeri Sembilan

Ke Arah Membendung Pengaruh Syiah Di Malaysia (Negeri Sembilan)

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Keputusan: 
1. Adalah ditetapkan bahawa Umat Islam di Negeri Sembilan hendaklah mengikut undang-undang Islam dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama"ah dari segi "aqidah, syariah dan akhlak.

2. Adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jama"ah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan dengan yang demikian penyebaran
apa-apa ajaran lain selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jama"ah adalah dilarang.

3. Adalah ditetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran melalui buku, risalah, filem, video atau dengan apa-apa cara lain pun yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama"ah adalah dilarang.

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
27 Feb, 1998
Nombor Rujukan: 
[JMKNNS.209(01) 914/1; PU/ NS
Akta/Enakmen: 
N.S.P.U.5.

Fatwa mengenai jenazah saudara baru yang dikebumikan di Tanak Perkuburan Bukan Islam

Tarikh Keputusan: 
29 Jul, 1999
Keputusan: 
Hukum memindahkan jenazah orang Islam dari tanah perkuburan bukan Islam ke tanah perkuburan Islam adalah wajib.
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
( 13 ) dlm. JMKNNS 209 (02)4

NISAB ZAKAT HARTA dan KADAR ZAKAT FITRAH

Tarikh Keputusan: 
7 Oct, 2002
Keputusan: 

JADUAL
1. Nisab zakat harta bagi tahun 1423H/2002M ialah RM2875.87 dan kadar zakatnya ialah RM71.89 dan;

2. Kadar zakat fitrah bagi tahun 1423H/2002M ialah RM4.90 seorang.

Dibuat pada 7 Oktober, 2002
[JMKNNS 209(01)914/1]

DATO' HJ.MOHD MURTADZA BIN HJ.AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
21 Nov, 2002
Nombor Rujukan: 
[JMKNNS 209(01)914/1]
Akta/Enakmen: 
N.S.P.U. 20.

Zakat Pendapatan

Tarikh Keputusan: 
8 Jun, 1998
Keputusan: 
JADUAL/SCHEDULE

Zakat ke atas pendapatan bagi penggajian adalah wajib dikeluarkan oleh setiap orang Islam yang layak bagi seluruh Negeri Sembilan.

Bertarikh 13hb. Safar 149/8hb Jun 1998
[JMKNNS.209(01) 914/1;
PU/NS (JB) (Ag) 15/92 Jld.1.]

DATO" HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
2 Jul, 1998
Nombor Rujukan: 
[JMKNNS.209(01) 914/1; PU/ NS
Akta/Enakmen: 
N,S,P,U.11

Hukum Talqin Kepada Mayat

Tarikh Keputusan: 
14 Aug, 1997
Keputusan: 
1. Talqin hukumnya adalah sunat dan masa talqin itu ialah semasa ihtidar (hampir mati ) dan atau selepas dikebumikan.

2. Semasa di dalam ihtidar (hampir mati) maka sunat diajarkannya mengucap kalimah syahadah iaitu La Ilaha illallah dan bagi mayat yang telah dikebumikan maka dikata disisi kuburnya, kata olehmu Tuhanku Allah, Agamaku Islam, Nabiku Muhammad S.A.W hingga akhir talqin.

3. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang -

a) membid"ahkan mana-mana orang lain yang membacakan talqin kepada mayat
b) memegang, mengamal atau mengajarkan bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang
c) menyiar, menyebar, menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun bahawa bacaan talqin kepada mayat adalah dilarang.

4. Mana-mana orang Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penyokong mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilarang di dalam perenggan 3.
 

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
11 Sep, 1997
Nombor Rujukan: 
[PU/NS (JB) (AGAMA) 15/92 Jld
Akta/Enakmen: 
N.S.P.U 11

Wang simpanan KWSP dan PERKESO

Tarikh Keputusan: 
12 Jan, 2002
Keputusan: 
1. Bahawa wang deposit di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Wang Simpanan Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO), dan seumpamanya atau mana-mana harta alih atau harta tak alih yang disyaratkan diletakkan penama hendaklah menjadi harta pusaka.

2. Penama-penama kepada harta pusaka tersebut hendaklah membahagikan harta peninggalan si mati kepada waris-waris mengikut hukum faraid.

3. Mana-mana pihak atau agensi yang bertanggungjawab menguruskan harta pusaka tersebut hendaklah terikat dengan pembahagian yang ditetapkan melainkan jika terdapat persetujuan sebaliknya daripada waris-waris yang berkenaan.

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
12 Jan, 2002
Nombor Rujukan: 
[JMKNNS 209(01) 914/1; PU/ NS(JB)5/2001]
Akta/Enakmen: 
N.S.P.U. 3

Anak Luar Nikah (Negeri Sembilan)

Tarikh Keputusan: 
12 Jan, 2002
Keputusan: 
1. Jika seorang bayi dilahirkan kurang 6 bulan daripada tarikh akad nikah maka anak tersebut haram dinasabkan kepada suami ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut.

2. Seorang bayi yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan dan kurang daripada 4 tahun daripada tarikh tersebut diketahui dengan yakin atau berat zan bahawa kehamilan telah berlaku sebelum akad, atau suami tidak bersetubuh selepas akad atau tidak dimasukkan mani suaminya ke dalam rahim, maka anak tersebut haram dinasabkan kepada suami ibunya atau lelaki yang menyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut.

3. Wajib bagi suami tersebut menafikan bahawa bayi berkenaan adalah anaknya.

4. Pihak berkuasa yang mendaftarkan kelahiran ditegah daripada membinkan atau menbintikan mana-mana bayi di dalam perenggan (1) dan (2) kepada suami ibu bayi atau lelaki yang meyebabkan kehamilan ibunya yang melahirkan anak tersebut.

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
12 Jan, 2002
Nombor Rujukan: 
[JMKNNS 209(01) 914/1; PU/ NS(JB)5/2001]
Akta/Enakmen: 
N,S.P.U. 2

Hukum mewarna rambut

Tarikh Keputusan: 
12 Jan, 2002
Keputusan: 
1. Sunat :
Mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.

2. Harus :
a) Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad.

b) Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.

3. Makruh :
a) Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.

b) Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.

4. Haram :
a) Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) dan (b).

b) Mewarna rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam.

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
12 Jan, 2002
Nombor Rujukan: 
[JMKNNS.209(01) 914/1; PU/ NS(JB) 5/2001]
Akta/Enakmen: 
N,S,P,U. 4

Penggunaan Nama Islam

Tarikh Keputusan: 
13 Oct, 2001
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Isu 1 : Penggunaan nama atau yang dikaitkan dengan Islam dalam nama sesuatu Pertubuhan boleh mengelirukan akan Agama Islam dan ajarannya.

Isu 2 : Penambahan syarat kepada pengiktirafan seseorang sebagai orang Islam.

Isu 3 : Dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada pihak tertentu diperlukan sebelum seorang Islam dilayakkan ke syurga dan kenyataan bahawa orang tertentu akan ditempatkan di neraka.
 

Keputusan: 
Fatwa 1:

Tiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan malah digalakkan dengan disiplin ilmu, iman dan ihsan. Mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan dan menyeleweng adalah salah dan boleh diambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Fatwa 2:


Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati Rukun Iman dan Rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat bagi menentukan Keislaman seseorang itu. Fahaman sedemikian adalah salah di sisi Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng.

Fatwa 3:


Ketentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t. Dari itu dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seorang Islam dilayakkan ke syurga atau ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng.

 

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
25 Oct, 2001
Nombor Rujukan: 
[PU/NS (JB) 5/2001; JMKNNS.
Akta/Enakmen: 
N.S.P.U. 20.

Buku-Buku dan Risalah Ajaran Sesat

Tarikh Keputusan: 
17 Apr, 1996
Keputusan: 

1. Mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah berikut :

(a) Qamar Al-Huda
(b) Nukilan Ahli Sufi Allahu Akhbar Encik Bahrin bin Salleh
(c) Risalah kesufian - Anjuran Baharin Salleh
(d) Sebaik-baik makrifah yang dipertunjukkan bagi hati,

(Selepas ini disebut secara kolektif sebagai 'buku-buku dan risalah tersebut') adalah menyalahi akidah Islam dan menyesatkan.

2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(1) untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah tersebut;

(2) untuk mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan atau mengedarkan buku-buku dan risalah tersebut atau mana-mana bahagian buku-buku dan risalah tersebut dalam -

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasi;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku dan risalah tersebut itu pada atau atas apa-apa bahan sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(3) untuk menjadi ahli, anggota, pengikut atau pemimpin mana-mana kumpulan yang tersebut dalam perenggan 1 atau membantu dalam menghidupkan atau memberi publisiti atau mengembangkan kumpulan sedemikian.

Bertarikh 17 April 1996
[PU/NS (JB) (Agama) 15/92 Jld.1];
[PANS.196(07)220/1 Klt.3.]

DATO" HAJI MOHD MURTADZA BIN HAJI AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
 

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
20 Jun, 1996
Nombor Rujukan: 
[PU/NS (JB) (Agama) 15/92 Jld
Akta/Enakmen: 
N,S.P.U.12

Hukum menunaikan Ibadah Haji sambil bekerja

Tarikh Keputusan: 
26 Mar, 2002
Huraian Tajuk/Isu: 
Ada keraguan status haji bagi kakitangan yang bertugas di Mekah menjaga jemaah haji tetapi dalam masa yang sama mereka menunaikan haji.
Keputusan: 
Oleh sebab itu, mereka yang menunaikan haji di samping melakukan perniagaan,
haji mereka adalah sah, tidak rosak dan tidak perlu mereka mengulanginya. Hal ini
berdasarkan ayat 198 Surah al-Baqarah tersebut. Mereka tidak dihalang melakukan
perniagaan dengan syarat mereka berniat untuk mengerjakan haji sebagaimana sabda
Rasulullah,

Yang bermaksud: ["Sesungguhnya amalan itu adalah dengan niat dan
setiap orang hanya mendapat yang diniatkannya" ].

[Muttafaq 'Alaih]

Keterangan/Hujah: 
Hukum menunaikan ibadah haji sambil bekerja seperti doktor, jururawat dan
kakitangan kesihatan, petugas Lembaga Urusan Haji dan lain-lain adalah sah selagi ia
menepati rukun dan wajib haji. Hal ini diqiaskan dengan berniaga sambil mengerjakan
ibadah haji sebagaimana firman Allah-

Yang bermaksud: ["Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia
dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan
haji)"].

[ Al-Baqarah: 198 ]

Berdasarkan ayat di atas mencari rezeki yang dikurniakan oleh Allah pada musim haji
dengan berniaga dan melakukan usaha-usaha halal yang lain adalah tidak berdosa.

Menurut Ibnu "Abbas r.a. sebab turun ayat ini ialah berdasarkan hadith-

Yang bermaksud: ["Sesungguhnya orang ramai pada permulaan ibadat
haji difardhukan - di dalam Islam - mereka berjual beli di Mina, 'Arafah,
di pasar Dzu al-Majaz (kawasan yang berhampiran 'Arafah) dan pada
musim haji, maka mereka khuatir untuk berjual beli ketika mereka di
dalam ihram. Lalu Allah menurunkan ayat ini" ].

[Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
26 Dec, 2002
Nombor Rujukan: 
[JMKNNS.209(01) 914/1]
Akta/Enakmen: 
N.S.P.U. 24.

Aurad Muhammadiah

Tarikh Keputusan: 
2 Aug, 1994
Keterangan/Hujah: 
A.Bahawa buku yang bertajuk -
 
i) "Aurad Muhammadiah Pegangan darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan"yang ditulis oleh Ustaz Hj. Ashaari Muhammad  dan

(ii) "Manaqib (Riwayat Hidup) Shiekh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi"yang ditulis oleh Mohamad Taha As Suhaimi

 
adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta boleh menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan

B. Bahawa Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqm yang berpegangan kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung di dalam buku bertajuk "Aurad Muhamadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan" dan "Manaqib (Riwayat Hidup) Shiekh Muhamad bin Abdullah As Suhaimi" adalah diharamkan.

C. Bahawa pengharaman ini meliputi -

(i) apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran-ajaran tersebut di (A) di atas, dan termasuklah apa-apa pegangan ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulanatau sistem amalan dan penunaian yang merangkumi bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan iaitu satu pegangan,ideologi, falsafah, atau kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang tidak diketahui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Waljamaah;

(ii) Apa-apa bahan publisiti Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam termasuk mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan termasuk lah suatu gambar, gambarfoto, poster, rajah, surat edaran, glansarfilem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain, yang bertujuan untuk memberi publisiti kepad terbitan tersebut yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di (A) di atas;

(iii) Apa-apa terbitan ertinya apa-apa buku, majalah, pamplet, risalah atau apa-apa bacaan lain,sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan, atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya, dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang gambar, sebuah pita rakaman, atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat, dari satu imej berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekodyang mampu digunakan sebagai satu alat menayangkan rangkaian itu sebagai suatu gambarbergerak; rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring hitam, fotografi, pita-pita rakaman, cakera laser dan cakera padat, yang mana dirakamkan suara manusia, untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di (A) di atas;

Oleh itu orang Islam dilarang mengamal ajaran, pegangan, dan fahaman kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam, menjadi ahli, mengetahui, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi social, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan lain-lain aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk menghidup dan mengembangkan kumpulan ini.

Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah, atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada menberi apa jua kemudahan dan bantuan."

 

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
4 Aug, 1994
Nombor Rujukan: 
[PU/NS (JB) (AGAMA) 15/92; PANS (S) 196/07(472/51.]
Akta/Enakmen: 
N.S.P.U.20

Pengesahan agama bagi mayat yang tidak dikenali

Tarikh Keputusan: 
10 Oct, 2005
Keputusan: 

Saya dengan ini, selaku Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan memutuskan seperti berikut:

1. Bagi mayat yang dijumpai dan tidak diketahui sama ada ia mayat orang Islam atau mayat orang bukan Islam maka hukumnya sama seperti hukum anak pungut (اللقيط). Sekiranya mayat tersebut dijumpai di negara kafir dan tiada orang Islam di sana maka mayat tersebut adalah mayat orang bukan Islam. Bagi keadaan yang sebaliknya, maka mayat tersebut dikira mayat orang Islam dan hendaklah disembahyangkan selepas dimandi serta dikafankan. Kemudian ianya dikebumikan pinggir di tanah perkuburan orang Islam.

2. Bagi keadaan di mana kepala mayat tersebut dipotong dan terpisah kepalanya di satu negeri manakala badannya di satu negeri yang lain maka wajib disembahyangkan badannya di mana ianya berada dan kepalanya disembahyangkan di tempat ianya berada.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Penggunaan lambang bulan sabit dan bintang pecah lima

Tarikh Keputusan: 
4 Jul, 2005
Keputusan: 

Saya dengan ini membuat dan mengeluarkan, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus, keputusan berikut:

Lambang bulan sabit dan bintang pecah lima telah dimaklumi sebagai lambang rasmi bagi agama Islam sama ada di peringkat Persekutuan mahu di peringkat Negeri di Malaysia. Sehubungan dengan itu, mana-mana golongan atau kumpulan bukan Islam tidak dibenarkan menggunakan lambang bulan sabit dan bintang pecah lima di rumah ibadat mereka bagi mengelakkan kekeliruan kepada umat Islam.
 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
(25) dlm. JMKNNS 209 (04)345/2

Risalah ' Tiang Agama' menyalahi Aqidah Islam

Tarikh Keputusan: 
4 Nov, 1999
Keputusan: 
  1. Risalah "Tiang Agama" ("risalah tersebut") adalah menyalahi akidah islam
  2. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang -
  • mengajar,mempelajari,mengamal,menyebar atau berpegang kepada ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung dalam risalah tersebut;
  • memiliki,mencetak,menerbitkan,menyiarkan,menyebarkan atau mengedarkan dengan apa cara jua risalah tersebut termasuklah dalam -
a)apa-apa versi atau variasinya;
b)apa-apa terjemahannya kepada mana-mana bahasa;
c)apa-apa bahan publisiti atau media;
d)apa-apa bentuk termasuk melalui bahan cetak atau elektronik atau selainnya.
 
 3.  Mana-mana orang adalah dilarang membantu dengan apa cara jua orang atau kumpulan orang
       yang disebut di perenggan 2
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
4 Nov, 1999
Nombor Rujukan: 
[JMKNNS 209(01) 914/1; PU/ NS(JB)(AG)15/92 jld.1]
Syndicate content