Perak
Permohonan Membina Surau Di Taman Chandan Putri, Daerah Kuala Kangsar.
- 294 reads
Permohonan Untuk Mendirikan Solat Jumaat Di Surau Bousted Naval Shipyard Lumut
- 621 reads
Permohonan Membina Surau Di Sekolah Menengah Trolak 35600 Sungkai Perak
- 588 reads
Permohonan Baik Pulih Masjd Al Muhtadin Bidor
- 604 reads
Permohonan Menaik Taraf Surau Diri Jumaat Al Hidayah Al Islamiyyah Kampong Orang Asli Kenang Baru Jalong Tinggi Sungai Siput Kepada Masjid.
- 300 reads
Permohonan Membina Surau Sekolah Menengah Kebangsaan Dato
- 273 reads
Permohonan Membina Surau Baru Perumahan Tenaga Nasional Berhad , Jalan Kuala Rui, Grik Perak Di Tapak Yang Sama.
- 327 reads
Permohonan Menyatukan Parit Mukim Bandar Kampong Gajah Dan Mukim Pasir Panjang Ulu, Kampong Gajah.
- 362 reads
Permohonan Mendirikan Sembahyang Jumaat Di Surau Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat , Jalan Si Putih, Parit Perak.
- 417 reads
Memohon Membina Surau Di Kawasan Rehat Dan Rawat Tasek Banding Mukim Temenggor Perak Dan Menamakan Surau Tersebut Dengan Nama Filina.
- 371 reads
Memohon Membina Masjid Baru Al Taqwa Parit 9, Baroh Sungai Sumun Hutan Melintang Perak Dan Meroboh Masjid Lama.
- 286 reads
Memohon Kebenaran Untuk Menggunakan Surau Sekolah Tunas Bakti Taiping Sebagai Tempat Solat Jumaat Bagi Pelatih.
- 420 reads
Memohon Menaik Taraf Surau Nur Al Hijrah Taman Intan Mas Teluk Intan Perak Menjadi Surau Diri Jumaat.
- 339 reads
Permohonan Menukar Status Surau Kepada Surau Diri Jumaat Al Hidayah Proton City, Tanjong Malim , Perak.
- 356 reads
Permohonan Membina Surau Di Sekolah Menengah Kebangsaan Slim, Jalan Melati, Taman Seroja , Slim River, Perak.
- 418 reads
Pengecuaalian Tauliah Untuk AJK Fatwa Dan PTA Daerah Sebagai Khatib Dan Imam.
- 300 reads
Tapak Sekolah Rendah Agama Rakyat Al Hidayah, Kampong Selarong , Pengkalan Hulu , Perak.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 8 Zulkaedah 1429 bersamaan 6/11/2008 buat kali ke 179 bersetuju memutuskan bahawa Lot 1499 dan 966 yang seluas 7 ekar bolehlah dibahagikan kepada 5 ekar adalah wakaf am dan 2 ekar adalah rezab untuk kubur.
- 344 reads
Kertas Kerja Permohonan Bagi Merobohkan Dan Membina Semula Sebuah Masjid Baru Bagan Serai
- 505 reads
Permohonan Untuk Menaik Taraf Surau Ihsaniah Kampung Sungai Tapah Ipoh Kepada Masjid .
- 387 reads
Ajaran Arifin bin Muhamad (Ayah Pin )
Bahawa ajaran Arifin bin Muhamad (Ayah Pin ) ialah ajaran yang menyeleweng
daripada ajaran Islam sebenar , sesat dan syirik kerana ciri-ciri yang menyeleweng seperti yang berikut:
(a) dari aspek akidah-
(i) Ayah Pin sebagai tuhan yang turun dari langit dan kerajaan langit adalah di bawah kekuasaannya;
(ii) Ayah Pin mempunyai kuasa menyembuh segala penyakit dan sebutan namanya boleh menakutkan binatang buas;
(iii) Ayah Pin mendakwa bahawa Mekah,Kaabah dan Air Zam-Zam adalah miliknya dan dibina selepas mendapat wahyu dari langit;
(iv) Ayah Pin mempunyai kuasa menjadikan manusia menjadi batu melalui sumpahannya ,mengetahui perkara ghaib ,boleh
menentukan syurga dan neraka seseorang,mendakwa roh orang yang mati jahat akan dikurung dalam kubah markaz;
(v) menolak berlaku kemusnahan dunia ketika qiamat;
(vi) seseorang Islam itu perlu menjadi kafir dahulu;
(vii) menolak kepentingan mengucapkan dua kalimah syahadah di akhir kematian anak Adam;
(b) dari aspek syariah;
(i) menolak rukun Islam dan hukum syarak"berkaitan dengan Tuhan;
(ii) menolak rukun - rukun Islam termasuk kewajipan sembahyang lima waktu, puasa di dalam bulan Ramadhan, zakat dan ibadah haji.;
(iii) menghalalkan makanan yang diharamkan oleh syarak;
(iv) mengada-adakan hukum syarak"seperti nikah batin;
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 18 Ogos 2005 buat kali 167 setelah berbincang dan membahaskan dengan penuh teliti telah mengambil keputusan "Bahawa semua dakwaan di atas mengandungi ajaran, pegangan dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariah Islamiah serta boleh mengelirukan dan menyesatkan masyarakat Islam dan dengan ini adalah diharamkan.
Kumpulan Ayah Pin yang berpegang kepada ajaran, pegangan dan fahaman yang didakwa oleh Arifin Muhamad adalah diharamkan.
Oleh itu, orang Islam dilarang mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman kumpulan Ayah Pin, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberikan ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidupkan dan mengembangkan kumpulan ini. Orang Islam juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan, risalah dan apa-apa dokumen yang menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda yang boleh dikaitkan dengan Kumpulan Ayah Pin, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda pada mana-mana harta alih atau tak alih yang boleh di kaitkan dengan Kumpulan Ayah Pin.
Sebarang bentuk sokongan dan bantuan kepada Ayah Pin dan / atau pengikut-pengikutnya dilarang dan hendaklah dihentikan serta-merta.
Bahawa orang Islam yang mengamalkan ajaran Arifin bin Mohamad(Ayah Pin) adalah murtad.
- 411 reads
- 4427 reads
Printer-friendly version





