Perak

Fatwa Mengenai Penyalahgunaan Kubur

Tarikh Keputusan: 
15 Mar, 2006
Huraian Tajuk/Isu: 
2. LATAR BELAKANG 2.1 Tanah perkuburan itu terletak di tanah rizab Kg. Changkat Bincang Malim Nawar lot 13838 telah digazetkan sebagai tanah rizab (tanah perkuburan orang-orang Islam) Mukim Kampar. 2.2 Jarak kubur di jalan utama lebih kurang 5 kilometer melalui jalan kampung kawasan pedalaman dan keadaan jalan tiada bertar serta sukar dilalui. 2.3 Rizab khas tanah perkuburan ini telah lama tidak digunakan penduduk kampung kerana telah ada tanah perkuburan baru. 2.4 Tiada penghuni yang menetap di kampung berkenaan. 2.5 Binaan kubur ini dibina tanpa pengetahuan penduduk kampung dan ahli waris manakala kos binaan dianggarkan RM 150,000. 2.6 Kubur ini dikatakan keramat kerana tertera perkataan 'KERAMAT' pada batu nisannya. 2.7 Kubur ini kepunyaan Allahyarham Ngah Ampul bin Judin yang lahir pada tahun 1817 dan meninggal pada 1941. Sebelum menetap di Malim Nawar ianya sebagai bomoh di Negeri Johor. Kemudian berhijrah ke Malim Nawar dan memperolehi dua orang anak tetapi meninggal semasa kecil. Di Malim Nawar juga ianya sebagai bomoh. 3. SOAL SELIDIK YANG DIBUAT 3.1 Daripada maklumat penduduk kampung kubur ini di kawal selia oleh orang yang datang dari luar Malim Nawar. 3.2 Kain kuning di sekeliling binaan ini ditukar setahun sekali setiap 1 Zulhijjah. 3.3 Pembinaan kubur ini dibuat oleh anak-anak kepada anak murid Allahyarham yang datang dari luar Perak. 3.4 Pembinaan kubur ini bukan sahaja fokus kepada di atas kubur Allahyarham, tetapi mula melibatkan juga kubur-kubur di persekitarannya. 3.5 Di atas kubur ini juga berlaku kerja-kerja khurafat seperti pemujaan, memohon sesuatu hajat dan lain-lain lagi. 3.6 Pada 5 Januari 2006 jam 10.00 pagi satu lawatan bersama penduduk kampung dan Jabatan-jabatan berkenaan telah dibuat.
Keputusan: 
Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan setelah berbincang dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan pada 15 Safar 1427 H bersamaan 18 Mac 2006 M bagi kali 169 dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengistiharkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual. 'Bahawa haram membina bangunan sama ada berbentuk rumah, kubah atau masjid di atas tanah perkuburan am ( musabbalah ), dan wajib di robohkan segala binaan tersebut' .
Keterangan/Hujah: 
DALIL DAN HUJJAH Dipetik dari kitab Mughni al-Muhtaj jilid satu mukasurat 364. مغني المحتاج إلى معرفة معاني ألفاظ المنهاج شرح الشيخ محمد الخطيب الشربيني علي متن منهاج الطالبين للامام ابي زكريا بن شرف النووي المجلد الاول. (ولو بني) عليه ( في مقبرة مسبلة ) وهى التي جرت عادة اهل البلد بالدفن فيها ( هدم ) البناء لانه يضيق علي الناس ، ولا فرق بين أن يبنى قبة أو بيتا أو غير ذلك. Bermaksud : Jika seseorang membina binaan di atas kubur am dan ianya merupakan kebiasaan penduduk negeri tersebut hendaklah ( diruntuhkan ) binaan tersebut kerana ianya menyusahkan orang lain. Dan tiada perbezaan samaada binaan itu berbentuk kubah, rumah atau dan lain-lain binaan. Dipetik dari kitab al-Majmuk Sharah al-muhazzab juzuk lima muka surat 298. قال أصحابنا رحمهم الله : ولا فرق في البناء بين أن يبنى قبة او بيتا او غيرهما.ثم ينظر فإن كانت مقبرة مسبلة حرم عليه ذلك ، قال أصحابنا ويهدم هذا البناء بلا خلاف. قال الشافعي فى الام : ورأيت من الولاة من يهدم ما بني فيها، قال ولم ار الفقهاء يعيبون عليه ذلك ولان في ذلك تضييقا علي الناس. قال أصحابنا وإن كان القبر فى ملكه جاز بناء ماشاء مع الكراهة ولا يهدم عليه. قال إصحابنا وسواء كان المكتوب على القبر فى لوح عند رأسه كما جرت عادة بعض الناس ام في غيره فكله مكروه لعموم الحديث. قال أصحابنا وسواء فى كراهة التجصيص للقبر فى ملكه او المقبرة المسبلة. واما تطبين القبر فقال إمام الحرمين والغزالى يكره ، ونقل ابو عيسي الترمذي في جامعه المشهور أن الشافعى قال لا بأس بتطبين القبر ولم يتعرض جمهور الاصحاب له، فالصحيح انه لا كراهة فيه كما نص عليه ولم يرد فيه نهي. Bermaksud : Telah berkata ulama" mazhab Shafie rahimullah : dan tiada beza pada binaan samaada ia berbentuk kubah atau rumah atau lain-lainnya, hendaklah diselidik dahulu jika ianya kubur am haram dibuat binaan atasnya. Ulama berkata hendaklah dirobohkan binaan itu tanpa khilaf.Berkata Imam Shafie dalam kitab al-Um: dan aku lihat daripada pemerintah yang mana mereka merobohkan sebarang bentuk binaan dan aku tidak melihat ulama" fiqah membantahnya kerana bahawasanya ianya menyusahkan manusia lain. Berkata lagi ulama samaada ianya ditulis diatas satu papan kenyataan di tepi kubur seperti mana kebiasaan adat setengah orang maka semuanya adalah makruh hukumnya kerana keumuman hadis.Berkata lagi ulama : dan begitu juga makruh samaada meletak kapur pada kubur yang dimiliki atau kubur yang am. Adapun kubur   
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
24 Jan, 2007
Nombor Rujukan: 
MNPk.A351.IST/01/7(72):PU.Pk.0
Akta/Enakmen: 
Enakmen Pentadbiran

Fatwa Menangani Masalah Perpecahan Orang Melayu / Islam

Tarikh Keputusan: 
30 Jan, 2001
Huraian Tajuk/Isu: 
Fatwa ini berkaitan dengan isu penggunaan perkataan 'Islam' pada pertubuhan, isu 'Takfir' dan dakwaan bahawa 'pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam dilayakkan ke syurga atau ke neraka'.
Keputusan: 
Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992 [En. 2/92] dan dibaca bersama subseksyen 34(2), Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan setelah berbincang dengan Jawatankuasa Syariah 'Majlis Agama Islam dan "Adat Melayu Perak Darul Ridzuan' pada 5 Zulkaedah 1421 bersamaan 30 Januari 2001 dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual. (1) Tiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan malah digalakkan dengan disiplin ilmu, iman dan ihsan mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan dan menyeleweng adalah salah dan boleh diambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada. (2) Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati Rukun Iman dan Rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman sedemikian adalah salah di sisi Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaraan salah atau menyeleweng. (3) Ketentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah S.W.T. Dari itu dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam dilayakkan ke syurga atau ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah dan menyeleweng.
Keterangan/Hujah: 
PENGGUNAAN NAMA-NAMA ISLAM 1. LATAR BELAKANG 1.1 Isu perpaduan dan perpecahan merupakan isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. 1.2 Isu ini timbul berikutan adanya dakwaan bahawa perpaduan Ummat Islam di Malaysia kian tergugat yang menimbulkan polemik kafir-mengkafir ,kurangnya sokongan rakyat kepada dasar pemerintah dan lain-lain isu berkaitan. 1.3 Maka kerajaan telah mengenal pasti antara punca perpecahan itu dan perlu dibendung di peringkat awal lagi. 1.4 Antara factor yang sering diketengahkan ialah penggunaan perkataan ISLAM dalam satu-satu pertubuhan .Jesteru pihak Istana sebagai pihak berkuasa utama agama Islam di negeri-negeri adalah pihak yang diharapkan dapat mencari jalan penyelesaian dan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung masalah perpecahan yang didakwa akibat dari penggunaan perkataan ISLAM dalam sesuatu pertubuhan tadi. 1.5 Mufti adalah bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada DYMM Paduka Seri Sultan dan kepada kerajaan yang memerintah supaya segala tindakan khususnya berkaitan dengan hukum syara' dapat diterima oleh rakyat ,membina keyakinan rakyat kepada kredibiliti dan keberkesanan pemerintah yang ada dengan pertimbangan yang tidak bertentangan dengan prinsip Islam itu sendiri. 2.0 PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENGGUNAAN PERKATAAN ISLAM OLEH UMMATNYA. 2.1 Perkataan ISLAM adalah nama yang diberikan oleh Allah SWT kepada agama (ad din) yang diredhaiNya sebagaimana dalam firmanNya : "Sesungguhnya agama yang diredhaiNya di sisi Allah hanyalah ISLAM" (Ali Imran 19) dan firmanNya lagi : "Pada hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah aku cukupkan kepada mu nikmatKu dan aku telah redha ISLAM itu agama untukmu" (Al Maidah 3) Orang yang menyebut : Allah SWT sebagai Tuhannya , ISLAM sebagai agamanya dan Muhammad SAW sebagai Nabinya maka ia berhak untuk mendapat keredhaan Allah sebagaimana sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa berkata ketika petang dan ketika pagi -aku redha ALLah Tuhanku, ISLAM agama ku dan Muhammad nabiku - sesungguhnya ia berhak untuk mendapat keredhaan ALLah" . (H.R Tirmizi) 2.2 ALLah SWT menamakan orang-orang yang menganut agama yang diredhaiNya ini sebagai orang-orang Islam , sebagaimana dalam firmanNya : "Dia (ALLah) telah menamai kamu sekelian orang-orang muslim sejak dari dahulu". (Al hajj 78) Orang-orang Islam diperintahkan untuk menggunakan nama ini dan tidak boleh menggunakan nama lain .Ibnu Kathir berkata bahawa An nasai telah menyebut dalam menafsirkan ayat ini hadith yang berasal Al Harith Al Asy"ari sabda Nabi SAW : من دعا بدعوى الجاهيلية فإنه من جثى جهنم قال رجل يا رسول الله وإن صام و صلى ؟ قال نعم وإن صام و صلى فادعوا بدعوة الله التى سماكم بها المسلمين المؤمنين عباد الله "Barangsiapa yang memanggil dengan panggilan jahiliyyah maka sesungguhnya ia akan menjadi timbunan batu neraka jahannam.Berkata seorang lelaki - meskipun ia berpuasa dan bersembahyang ?- berkata Nabi SAW - ya meskipun ia berpuasa dan bersembahyang.Oleh itu panggillah dengan panggilan Allah yang menamakan kamu dengan panggilan itu (iaitu panggilan Islam)akan orang-orang muslim yang beriman sebagai hamba Allah" (Tafsir Al Quran Al Azim j 3 ms 297) 2.3 Allah menegaskan bahawa orang yang mencari agama selain ISLAM tidak akan diterima sebagaimana dalam firmanNya: "Barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam sekali-kali tidak akan diterima daripadanya dan diakhirat dia termasuk orang-orang yang rugi ." Ali Imran 85 2.4 Allah memberi pujian kepada orang-orang Islam yang merasa bangga dan gagah menegaskankan keislamannya sebagaimana dalam firmanNya : "Dan tidak ada yang lebih baik perkataan daripada orang yang menyeru kepada Allah dan ia sendiri mengerjakan amal yang soleh , sambil berkata "sesungguhnya aku adalah dari kalangan orang-orang Islam. Fussilat 33 Menurut Dr Wahbah Az Zuhaili , ada tiga perkara yang perlu difahami dari ayat ini , iaitu : Seruan untuk mentauhid dan mentaati ALLah , melaksanakan apa yang diwajibkan ALLah kepada manusia dan menjadikan Islam sebagai agama dan cara hidup.Tidak ada kata-kata lain yang lebih baik daripadanya .Dan ketika ia mengatakan ( إننى من المسلمين ) "Bahwa sesungguhnya aku adalah dari kalangan orang-orang Islam ".Dalam menyebut perkataan itu mesti ada perasaan kuat dan gagah ( إعتزازا ) dan merasa bangga( تفاخرا) dengan Menjadikan Islam sebagai satu cara hidup dan agama. (Tafsir al Munir J 24 ms 226-229) 2.5 Ketika berhadapan dengan ahli kitab , apabila mereka enggan menerima seruan kepada kalimah tauhid seperti dalam ayat 64 surah Ali Imran , maka orang-orang Islam perlu menegaskan pendirian dan identiti mereka behawa mereka adalah orang-orang Islam sebagaimana firmanNya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". 2.6 ALLah memerintahkan supaya orang-orang Islam sentiasa bertaqwa dan memelihara keIslamannya sehinggalah sampai waktu kematian sebagaimana firmanNya: Wahai orang-orang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar bertaqwa dan jangnlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam . Ali Imran 102 Apabila diteliti ayat-ayat sebelum dan selepas ayat ini adalah peringatan supaya oarng-orang Islam tidak terpengaruh akan hasutan-hasutan musuhnya yang boleh membawa perpecahan kepada mereka dan menegaskan supaya orang-orang Islam berpegaang teguh dengan tali ALLah (agama Islam) Maka penzahiran Islam dan bertaqwa sepanjang hayatnya bukan menjadi punca perpecahan sebaliknya menjadi benteng daripada berlakunya perpecahan. 3.0 DARI SUDUT SEJARAH - PENGALAMAN DI INDONESIA 3.1 Perkataan ISLAM sudah sekian lama digunakan oleh orang-orang Islam di negara-negara umat Islam sebagai nama pertubuhan-pertubuhan mereka untuk dijadikan alat menyatukan dan menyedarkan rakyat menghadapi penjajah.Sebagai contoh
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
2 Aug, 2001
Nombor Rujukan: 
M.N.Pk. A 351/14/5; PU. Pk. 07
Akta/Enakmen: 
508 Jld:54 No: 16

Zakat Atas Gaji / Pendapatan

Tarikh Keputusan: 
22 Mar, 1990
Huraian Tajuk/Isu: 
Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,menurut Subseksen 34(1)Enekmen Pentadbiran Agama Islam 1992(En.Bil 2 Tahun 1992),selepas dibincangkan dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan pada 25 Syaaban 1410 bersamaan dengan 22 Mac 1990,dan adalah disiarkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut Subseksen 34(2).
Keputusan: 
"Bahawa gaji atau pendapatan termasuk dalam kategori yang wajib zakat apabila cukup nisab dan haul itu adalah merupakan syarat yang diittifaqkan oleh Jumhur Ulama dalam mazhab yang empat.Syarat ini tidak berlaku pada gaji atau pendapatan maka gaji atau pendapatan tidak wajib zakat."
Keterangan/Hujah: 
KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH NEGERI PERAK TENTANG ZAKAT ATAS PENDAPATAN(GAJI) 1. TUJUAN. 1.1. Kertas ini dikemukakan untuk menjelaskan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak mengenai zakat atas pendapatan (gaji) 2. LATAR BELAKANG. 2.1. Jawatankuasa Syariah Negeri Perak telah bermesyuarat pada 25 Syaaban 1410 bersamaan 22 Mac 1990 kali ke 113 telah membincang meneliti dan membahas perkara berkenaan . 2.2 Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat seperti berikut:- 2.2.1 SS Dato" Seri (Dr ) Hj Harussani bin Haji Zakaria - Pengerusi 2.2.2 SF Tuan Hj Hasbullah bin Hj Ahmad (Kadi Besar ) 2.2.3 YDH Toh Paduka Indera Tuan Hj Mohd Saman bin Mohamed 2.2.4 AF Dato" Abdul Rahman bin Osman 2.2.5 AF Tuan Hj Yahya bin Mohamed 2.2.6 AF Prof Madya Hj Mohd Salleh Hj Ahmad 2.2.7 Tuan Hj Zulkarnain bin Hj Ahmad 3. PERBINCANGAN HUJJAH DAN ALASAN 3.1 Ahli Mesyuarat bersetuju sebulat suara bahawa pendapatan dan gaji termasuk dalam kategori المال المستفاد berdasarkan petikan dari kitab الفقه الإسلامى و أدلته juzuk 2 mukasurat 864 "المطلب الثانى زكاة كسب العمل والمهن الحرة : العمل : اما حر غير مرتبط بالدولة كعمل الطبيب والمهندس والمحامى والخياط والنجار وغيرهم من أصحاب المهن الحرة . واما مقيد مرتبط بوظيفة تابعة للدولة او نحوها من الموئسسات والشركات العامة او الخاصة , فيعطى الموظف راتبا شهريا كما هو معروف . والدخل الذى يكسبه كل من صاحب العمل الحر والموظف ينطبق عليه فقها وصف "المال المستفاد " Zakat gaji dan pekerjaan bebas Pekerjaan terbahagi kepada dua kumpulan , sekumpulan yang tidak berkaitan dengan kerajaan (bekerja sendiri) seperti profesion doctor , jurutera ,peguam,tukang jahit , tukang kayu dan lain-lain pekerjaan swasta.Sekumpulan lagi ialah pekerjaan yang berkaitan dengan kerajaan seperti institusi -institusi dan syarikat-syarikat samada yang umum atau yang khas di mana pegawainya diberi gaji bulanan . Gaji yang diperolehi oleh orang yang makan gaji dengan kerajaan atau swasta adalah disebut oleh ahli feqh sebagai "al-mal al mustafad" (harta perolehan) 3.2 Ahli Mesyuarat juga bersepakat bahawa salah satu syarat yang perlu untuk dipenuhi dalam pembayaran zakat adalah haul berdasar kepada dalil - dalil di bawah :- لا زكاة فى مال حتى يحول عليه الحول رواه الدار قطنى والبيهقى من حديث ابن عمر . Tidak dikenakan zakat bagi harta yang tidak sempurma haulnya 3.3 Ahli mesyuarat bersependapat bahawa syarat zakat bagi المال المستفاد memerlukan haul berdasarkan hadith :- من استفاد مالا فلا زكاة عليه حتى يحول عليه الحول عند ربه رواه الترمذى Sesiapa yang mendapat perolehan harta , tidak dikenakan zakat atas harta perolehannya sehinggan sempurna haulnya di sisi Tuhannya. Juga berdasarkan petikan dari kitab الفقه الإسلامى و أدلته للدكتور وهبه الزحيلى الجزء الثانى :- والمقرر فى المذاهب الاربعة انه لا زكاة فى المال المستفاد حتى يبلغ نصابا ويتم حولا ويزكى فى رأى غير الشافعية المال المدخر كله ولو من آخر لحظة قبل انتهاء الحول بعد توفر اصل النصاب Ditetapkan dalam mazhab yang empat bahawa "al mal al mustafad " tidak dikenakan zakat sehinggalah ia mencukupi nisab dan genap haul .Ulama" selain mazhab Syafi"I mengatakan seluruh harta yang disimpan hendaklah dikeluarkan zakat jika cukup nisab walaupun di saat akhir sebelum habis haul . 3.4 Ahli mesyuarat berpendapat menqiaskan haul zakat pendapatan dengan zakat tanaman berdasarkan ayat وآتوا حقه يوم حصاده serta pada masa yang sama meletakkan kadar zakat 2.5% berdasarkan zakat emas perak adalah قياس مع الفارق . Penentuan zakat memerlukan kepada nas berdasarkan kepada keterangan di bawah :- المدار فى الزكاة على ورود النص و لامدخل للقياس فى ذلك الحاوى للفتاوى جز1 ص136 Perbincangan dalam penetapan zakat adalah didasari dengan datangnya nas dan tiada ruang untuk menggunakan qias. مسئلة لا زكاة فى التين . قال فى الروضة : بلا خلاف وهو مشكل لانه فى معنى العنب بل اولى الجواب : المدار فى الزكاة على ورود النص , لا مدخل للقياس فى ذلك ولم يثبت ايجابها فى التين . الفتاوى للسيوطي جزء 1 ص132 Masalah pada menyatakan tiada dikenakan zakat pada buah tin .Berkata Imam Nawawi dalam kitab Raudhah : Tanpa khilaf dan ia termasuk dalam persoalan yang masih samar kerana ia diertiakn seperti buah anggur bahkan lebih dari buah anggur. Jawapan : Perbahasan dalam zakat tertakluk kepada datangnya nas . Tiada peranan qias di situ dan tidak sabit wajib mengeluarkan zakat pada buah tin. 3.5 Ahli mesyuarat berpendapat zakat الأثمان (الذهب والفضة ) memerlukan syarat haul berdasar hujjah berikut :- واما الاثمان فشيئان الذهب والفضة )) وشرائط وجوب الزكاة فيها خمسة اشياء الاسلام والحرية والملك التام والنصاب والحول وهو كما فى المحكم سنة كاملة وانما اشترط لخبر لا زكاة فى مال حتى يحول عليه الحول ) وهو وان كان ضعيفا مجبور بآثار صحيحة عن الخلفاء الاربعة وغيرهم . اه . الباجورى : جزء 1 ص 262 263 Adapun ( الأثمان ) ia merupakan emas dan perak. Syarat wajib zakat padanya ada lima iaitu Islam , Merdeka, Milik sempurna , cukup nisab dan cukup haul iaitu cukup setahun berdasarkan hadith " tidak perlu zakat pada harta kacuali sempurna haul " walaupun hadith ini dahif tetapi telah ditampung oleh athar sahabi yang sahih dari sahabat yang empat serta yang lain-lain. الحديث : عن على رضى الله عنه وساق حديثا الى ان قال : فإذا كانت لك مائتا درهم و حال عليها الحول ففيها خمسة دراهم . وليس عليك شيئ حتى تكون لك عشرون دينارا , فإذا كانت لك عشرون دينارا وحال عليها الحول ففيها نصف دينار فما زاد فبحساب ذلك . رواه ابو داود وصححه البخارى Al hadith : Daripada Ali RA dalam hadith yang panjang sehingga kata-katanya : Apabila kamu ada 200 dirham dan cukup haul maka zakatnya 5 dirham dan tidak dikenakan zakat ke atas kamu sehingga kamu memiliki 20 dinar dan cukup satu haul maka zakatnya adalah separuh dinar , begitulah kiraan zakat seterusnya. 3.6 Ahli mesyuarat bersetuju bahawa seluruh kitab-kitab ulama" As Syafiiyyah , Hanabilah , Malik Hanafiah dan jumhur Sahabat dan Tabiien mewajibkan zakat emas , perak, binatang ternakan kerbau , lembu,kambing dan unta dengan cukup nisab dan haul Cuma sebahagian kecil daripada sahabat yang kecil dan tabiien yang berpendapat harta-harta seperti wang ringgit, emas perak,dan binatang ternakan wajib dikeluarkan zakatnya apabila sempurna nisab tanpa mengira haul . Ini adalah pendapat Daud Az Zohiri. Kita diminta oleh Rasulullah SAW untuk berpegang kepada pesanan beginda SAW : عليكم بسنتى وسنة الخلفاء الراشدين المهديين تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ. رواية ابو داود جزء 17 "wajiblah ke atas kamu untuk berpegang dengan sunnahku dan sunnah khulafa" Ar Rasyidin Al Mahdiyyin dan berpegang teguhlah dengannya seperti kamu menggigitnya dengan geraham kamu" Ada beberapa kategori harta yang diwajibkan zakat tanpa haul seperti terkandung dalam keterangan di bawah :- ضابط : لا يعتبر الحول فى الزكاة فى سبعة أشياء : زكاة الزروع والثمار والمعدن والركاز والفطر وزيادة الربح في التجارة والسخال اذا ماتت امهاتها او كملت النصاب Tidak diambil kira haul itu pada zakat tujuh perkara : tanam-tanaman,buah-buahan , galian , rikaz, fitrah,lebihan untung perniagaan , anak kambing apabila kematian emaknya atau sempurna nisabnya. 3.7 Ahli mesyuarat berpendapat tidak berlaku zakat atas pendapatan atau gaji di zaman Khulafa" Arrasyidin. 4. KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH 6.1. Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak kali ke 113 pada hari Khamis 22hb Mac 1990 bersamaan 25hb Syaaban 1410 bersetuju sebulat pendapat iaitu المال المستفاد itu wajib zakat apabila cukup nisab dan haul kerana haul itu adalah merupakan syarat yang diittifaqkan( دإتفاقكن) oleh Jumhurul Ulama" ) جمهور العلماء (dalam mazhab yang empat).  
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
16 Feb, 2004
Nombor Rujukan: 
MNPk A 351/14/5(44).PU.Pk 07/2
Akta/Enakmen: 
No: 165 Jil:57 Bil:5

Fatwa Mengenai Status Tanah Pemberian Kerajaan Kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak

Tarikh Keputusan: 
17 Jan, 2002
Huraian Tajuk/Isu: 
Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,menurut Subseksen 34(1) Enekmen Pentadbiran Agama Islam 1992 (En.Bil 2 Tahun 1992), selepas dibincangkan dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan pada 3 Zulkaedah 1422 bersamaan dengan 17 Januari 2002, dan adalah disiarkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut Subseksen 34(2).
Keputusan: 
Bahawa tanah-tanah pemberian Kerajaan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak untuk tujuan rumah ibadat orang Islam,masjid, surau dan tanah perkuburan adalah dikira wakaf manakala tanah-tanah pemberian Kerajaan untuk untuk tujuan pembangunan adalah dikira harta Baitulmal.
Keterangan/Hujah: 
KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH NEGERI PERAK MENGENAI STATUS TANAH KURNIAAN KERAJAAN KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM PERAK 1. LATAR BELAKANG. 1.1 Kerajaan Negeri Perak , dari masa ke semasa telah dan akan mengurniakan tanah kepada Majlis Agama Islam Perak bagi tujuan-tujuan pembinaan masjid, surau, tapak perkuburan , sekolah agama rakyat dan lain-lain tujuan pembangunan Islam. 1.2 Kadangkala timbul masalah apabila tanah-tanah tersebut mahu dimajukan dengan melibatkan pengambilan semula oleh kerajaan dan projek-projek pembangunan yang lain . 1.3 Satu keputusan fatwa perlu di adakan dengan jelas terhadap isu tersebut agar penggunaannya tidak menyalahi hukum-hukum waqaf dalam Islam jika sekiranya status tanah tersebut adalah tanah waqaf. 1.4 Jawatankuasa Syariah Negeri Perak telah bermesyuarat pada 3 Zulqaedah 1422 bersamaan 17 Januari 2002 kali ke 154 telah membincang meneliti dan membahas perkara berkenaan . 1.5 Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat seperti berikut:- 1.5.1 SS Dato' Seri (Dr ) Hj Harussani bin Haji Zakaria - Pengerusi 1.5.2 SF Tuan Hj Mohd Yusof Hussin 1.5.3 AF Dato' Hj Abdul Rahman Osman 1.5.4 AF Tuan Haji Abdul Majid Zainal Abidin 1.5.5 AF Tuan Hj Mat Hashim Anang 1.5.6 AF Prof Madya Hj Mohd Salleh Hj Ahmad 1.5.7 Tuan Hj Abdul Latif Abdul Rahman 1.5.8 Tuan Haji Abdul Rahman Salleh 1.5.9 Tuan Haji Muhd Rivai Batu Bara 2. KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH. Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak kali ke 154 yang bersidang pada hari ini 3 Zul qaedah 1422 bersamaan 17 Januari 2002 bersetuju bahawa tanah-tanah pemberian kerajaan untuk tujuan rumah ibadat orang Islam , masjid, surau dan tanah perquburan adalah dikira waqaf manakala tanah-tanah pemberian kerajaan untuk tujuan pembangunan adalah dikira sebagai harta baitul mal . 3. DALIL DAN HUJJAH 3.1 Dipetik dari kitab أسنى المطالب شرح روض الطالب للقاضى أبى يحى زكريا الأنصارى الشافعى المجلد الخامس : الأول : الواقف , وشرطه أهلية التبرع ) فيصح من كافر ولو لمسجد , وإن لم يعتقده قربة اعتبارا بإعتقادنا ومن مبعض لا من مكاتب ومفلس ومولى عليه ولو بمباشرة وليه ، وشمل كلامه الإمام فيصح وقفه من بيت المال على معين وجهة ، كما أفتى به ابن الصلاح والنووى تبعا لجمع ... Syarat bagi orang yang mewaqafkan adalah أهلية التبرع maka sah waqaf dari orang kafir untuk tujuan pembinaan masjid walaupun bukan atas tujuan taqarrub kepada Allah begitu juga sah waqaf dari hamba مبعض bukan hamba مكاتب , begitu juga tidak sah waqaf dari seorang muflis dan juga waqaf seorang yang masih dijagai hartanya oleh walinya dan waqafnya diuruskan oleh walinya Seorang Pemerintah sah waqafnya dari Baitulmal untuk pihak-pihak tertentu pendapat ini seperti yang difatwakan oleh Ibnu Solah dan Imam An Nawawi. 3.2 Dipetik dari kitab الفقه المنهجى على مذهب الإمام الشافعى الجزء الخامس ص 17 وقف إمام المسلمين وخليفتهم من بيت مال المسلمين لقد اجاز علماء الشافعية لإمام المسلمين وخليفتهم أن يقف شيئا من أرض بيت مال السلمين , إذا رأى فى ذلك مصلحة لهم , واستثنوا هذا من شرط ملكية الواقف للوقف , فإن الخليفة لا يملك أموال بيت مال المسلمين , ومع ذلك صححوا وقفه هذا , واستدلوا لذلك بوقف عمر الخطاب رضى الله عنه سواد العراق . قال الإمام النووى رحمه الله تعالى فى الروضة :(لو رأى الإمام وقف أرض الغنيمة , كما فعل عمر رضى الله عنه , جاز إذا استطاب قلوب الغانمين فى النزول عنها بعوض أو بغيره ).   Waqaf Pemerintah Muslim dari harta Baitulmal Ulama"-ulama" mazhab Syafie telah mengharuskan bagi Imam-imam (pemerintah ) muslimin dan khalifahnya untuk mewaqafkan sebahagian dari tanah-tanah Baitulmal jika tindakan itu membawa kemaslahatan kepada umat Islam. Dalam hal ini mereka mengecualikan syarat sempurna milik bagi pewaqaf disebabkan khalifah tidak memiliki harta-harta Baitulmal , walaupun begitu mereka berpendapat bahawa sah waqaf berkenaan . Mereka berdalil kepada waqaf yang telah di lakukan oleh Umar Al Khattab semasa beliau memegang jawatan khalifah yang dikenali sebagai waqaf سواد العراق . Telah berkata Imam Nawawi Rahimahullah di dalam Raudhah 'Jika Imam berpandangan untuk mewaqafkan tanah rampasan perang sepertimana yang dilakukan oleh Umar r.a hukumnya adalah harus jika mendapat persetujuan dari mereka yang berhak terhadap harta itu samada persetujuan mereka dengan penggantian hak mereka atau selainnya'.
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
16 Feb, 2004
Nombor Rujukan: 
MNPk A 351/14/5(44).PU.Pk 07/2
Akta/Enakmen: 
Jld:57 Bil:5 No: 164

Gerakan Anti-Hadis

Tarikh Keputusan: 
20 Jan, 1996
Huraian Tajuk/Isu: 
'A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK - (a) 'Hadis Satu Penilaian Semula' dan 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik' yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad; (b) 'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu - Hadith di dalam al-Quran' yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman; (c) 'Bacaan' yang ditulis oleh Othman Ali; (d) 'The Computer Speaks - God"s Message To The World' yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa, adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan. B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.
Keputusan: 
Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa 'Majlis Agama Islam dan "Adat Melayu Perak' Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut C. OLEH YANG DEMIKIAN - (1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku 'Hadis Satu Penilaian Semula', 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ', 'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu - Hadith di Dalam al-Quran', 'Bacaan' atau 'The Computer Speaks: God"s Message To The World'; adalah murtad; (2) mana-mana orang Islam adalah dilarang : (a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku 'Hadis Satu Penilaian Semula', 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik', 'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu - Hadith Di Dalam al-Quran', 'Bacaan' atau 'The Computer Speaks: God"s Message To The World'; (b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkanbuku 'Hadis Satu Penilaian Semula,' 'Hadis Jawapan Kepada Pengkritik', 'Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu - Hadith Di Dalam al-Quran', 'Bacaan' atau 'The Computer Speaks: God"s Message To The World'; atau mana-mana bahagiannya, termasuk : (i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya; (ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa; (iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau (c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.'
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
15 Feb, 1996
Nombor Rujukan: 
Majlis 0/Jld. 1; PU. Pk. 15/86
Akta/Enakmen: 
No:139 Jil.49

Fatwa Tentang Kumpulan Al-Maunah.

Tarikh Keputusan: 
2 Jul, 2001
Huraian Tajuk/Isu: 

Fatwa ini berkaitan dengan Kumpulan al-Maunah berdasarkan kandungan buku " Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Maunah" karangan Syeikh Muhamad Amin B. Mohd Razali.

Keputusan: 

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 34(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992 [En. 2/92], dan dibaca bersama subseksyen 34 (2), Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan setelah berbincang dengan Jawatankuasa Syariah 'Majlis Agama Islam dan "Adat Melayu Perak Darul Ridzuan' pada 9 Syaaban 1421 bersamaan 6 November 2000 dan atas titah perintah Duli Yang Mulia Sultan mengisytiharkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.
(1) Kandungan buku bertajuk 'Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Maunah Malaysia Seni Bela Diri Warisan Islam (sumber kekuatan batin)' karangan Syeikh Muhamad Amin bin Mohd. Razali didapati mengandungi perkara-perkara yang meragukan dan menyalahi ajaran Agama Islam yang sebenar. Oleh yang demikian umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu dan buku itu wajib diharamkan dan pengamalnya wajib bertaubat.
(2) Bagi orang-orang Islam yang telah membaca, menyebar dan mengamalkan ajaran itu di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu Wata"ala.

Keterangan/Hujah: 

PERSAUDARAAN ILMU DALAM
AL MAUNAH MALAYSIA SENI BELA DIRI
WARISAN ISLAM (SUMBER KEKUATAN BATIN)
DAN AMALAN AHLI KUMPULAN
AL MAUNAH

1. TUJUAN

Berikut adalah keputusan Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada 9 Syaaban 1421 bersamaan 6 November 2001 buat kali ke 150 mengenai isi kandungan buku "Persaudaraan Ilmu Dalam Al Maunah Malaysia Seni Bela Diri Warisan Islam (Sumber Kekuatan Batin)" dan amalan yang dilakukan oleh ahli kumpulan Al Maunah yang berasaskan kepada buku tersebut.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Ahli-ahli kumpulan ini mengambil kepercayaan dan berpegang kepada buku ini dalam mengamal wirid dan zikir harian mereka dengan bermatlamatkan mendapat kekuatan melaluinya.

2.2 Silat Al Maunah ini dipimpin oleh seorang yang diberi gelaran Syeikh Muhammad Amin Bin Mohd Razali iaitu Guru Utama kumpulan ini.Beliau yang mengarang buku "Persaudaraan Ilmu Dalam Al Maunah Malaysia Seni Bela Diri Warisan Islam (Sumber Kekuatan Batin)

2.3 Asal silat yang diambil oleh Muhammad Amin ini ialah dari "Persaudaraan Ilmu Dalam Al Maunah ,"beralamat di perumahan Citra Nila Wanasari , Blok JC 15, No. 08 Cibitung , Bekasi Jawa Barat , Indonesia.

3. CIRI-CIRI BERIKUT ADALAH HASIL DAPATAN YANG DITEMUI DARIPADA KANDUNGAN BUKU "PERSAUDARAAN ILMU DALAM AL-MAUNAH MALAYSIA SENIBELA DIRI WARISAN ISLAM (SUMBER KEKUATAN BATIN)" YANG DIDAPATI BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM.

(a) Persaudaraan Ilmu Dalam Al Maunah Malaysia Seni Bela Diri Warisan Islam (Sumber Kekuatan Batin) adalah mengandungi fahaman yang terpengaruh kepada konsep wahdatul wujud seperti penyataan:-

"Dalam hadith Allah berfirman(

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
2 Aug, 2001
Nombor Rujukan: 
M.N.Pk A 351/14/5; PU. Pk. 07/
Akta/Enakmen: 
509 Jld 54 No: 16

Fatwa Mengenai Al-Arqam

Tarikh Keputusan: 
10 Aug, 1994
Keputusan: 

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 41 (3) Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam 1965, Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan membuat dan mengisytiharkan fatwa yang telah diputuskan oleh Majlis tersebut dalam Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan pada 1 Rabiulawal 1415 bersamaan 10 Ogos 1994 seperti berikut:
 
A. Bahawa :

(i) Buku yang bertajuk 'Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan' yang ditulis oleh Ustaz HAJI ASHAARI MUHAMMAD dan isi kandungannya; dan

(ii) 'Manaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi' yang ditulis oleh Mohamad Taha As Suhaimi dan juga yang ditulis oleh pihak-pihak lain dalam semua bahasa dan isi kandungannya,

B. Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung di dalam buku bertajuk 'Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam Sekaligus Menjawab Tuduhan' dan 'Menaqib (Riwayat Hidup) Sheikh Muhammad bin Abdullah As Suhaimi.'

C. Bahawa pengharaman ini meliputi -

(i) apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di (A) di atas, dan termasuklah apa-apa pegangan ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan atau sistem amalan dan penunaian yang merangkumi bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian pengajaran kebatinan, perlindungan kebatinan atau kewujudan kebatinan iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah atau kumpulan atau sistem amalan atau penunaian yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Waljamaah;

(ii) apa-apa bahan publisiti Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam termasuk mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan, termasuklah suatu gambar, gambarfoto, poster, rajah, surat edaran, glansar filem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain, yang bertujuan untuk memberi publisiti kepada terbitan tersebut yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di (A) di atas;

(iii) apa-apa terbitan, ertinya apa-apa buku, majalah, pamplet, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan, atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya, dan termasuklah apa-apa filem iaitu sebuah wayang gambar, sebuah pita rakam, atau sebuah rekod walau bagaimanapun ianya dibuat; dari suatu imej berdasarkan penglihatan, yang mana adalah sebuah rekod yang mampu digunakan sebagai suatu alat menayangkan rangkaian itu sebagai suatu gambar bergerak; rakaman audio iaitu apa-apa bahan termasuk piring-piring hitam, fotografi, pita-pita rakaman, cakera laser dan cakera padat, yang mana dirakamkan rakaman suara manusia, untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran-ajaran atau pegangan-pegangan di (A) di atas;

Oleh itu, orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan dan lain-lain aktiviti-aktiviti yang bertujuan untuk menghidup dan mengembangkan kumpulan ini.

Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual, termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah, atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan Kumpulan Darul Arqam @ Al-Arqam kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi apa jua kemudahan dan bantuan.'

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
18 Aug, 1994
Nombor Rujukan: 
MAI Pk/MAJLIS/01 Jld. 1;PU.Pk.
Akta/Enakmen: 
10 Jil:47 Bil :17

Kedudukan Ajaran Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit

Tarikh Keputusan: 
22 Oct, 2002
Huraian Tajuk/Isu: 

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 34(1)Enekmen pentadbiran Agama Islam 1992(En.2/92) dan dibaca bersama seksyen37.
Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan setelah berbincang dengan Ahli Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan pada 15 Syaaban 1423 bersamaan 22 Oktober 2002 dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

Keputusan: 

' Bersama ajaran dan amalan Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit adalah sesat dan terkeluar dari ajaran Islam yang sebenar dan oleh itu orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.'
No. 474

Berhubung dengan pemberitahuan No. 316 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Negeri Perak pada 8 mei 2003 gantikan Jadual dengan Jadual berikut :

' Bahawa ajaran dan amalan Ilmu Hakikat Hassan Bin Jonit adalah sesat dan terkeluar dari ajaran islam yang sebenar dan oleh itu orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.'

Keterangan/Hujah: 

CIRI - CIRI AJARAN HASAN BIN JONIT

1. Bertemu Dengan Allah

Beliau ( Hassan Bin Jonit ) mendakwa telah bertemu dengan Allah melalui Ilmu Hakikat. Walaubagaimanapun beliau tiada mencipta ataupun menulis kitab hasil pertemuan dengan Allah berbanding dengan pertemuan beliau dengan Rasulullah melalui Ilmu Hakikat Roh.

2. Bertemu Nabi Muhammad

Hassan Bin Jonit mengakui bahawa ia bertemu dengan roh Nabi Muhammad melalui Ilmu Hakikat Roh, beliau mendakwa bahawa masa bertemu ialah ketika mengangkat nafas atau dengan istilah ( Tanaffus ). Oleh yang demikian setiap kali bertemu dengan Nabi Muhammad beliau akan mencatat tarikh pertemuan tersebut di dalam setiap pertemuan, pertemuan itu dinamakan perkhabaran. Hasil daripada setiap pertemuan itu telah dibukukan dan dijadikan sebanyak 24 bab. Hassan juga mendakwa kitab hasil pertemuan ini dengan dengan Nabi Muhammad melalui Hakikat Roh adalah Hadis Qudsi.

3. Boleh Tafsir Mimpi

Hassan Bin Jonit telah memperkenalkan kepada pengikutnya mengenai keupayaan beliau mentadbir mimpi. Pada kebiasaannya apabila mereka mengadakan pengajian di Markaz, mana - mana pengikut yang tidak dapat pulang akan bermalam di Markaz tersebut, pada waktu pagi selepas solat Subuh mereka akan memperkatakan mimpi masing - masing kepada Hassan untuk ditafsirkan mimpi tersebut. Segala tafsiran mimpi tersebut dijadikan panduan dan sampai satu peringkat dijadikan sumber hukum.

4. Dahi Hitam Tanda Bela Jin

Pada kebiasaannya seseorang yang rajin sembahyang kita dapat melihat dengan jelas dahinya akan menjadi hitam , ini adalah disebabkan daripada melakukan sujud. Mengikut Hassan bagi orang - orang yang ada mempunyai kesan sujud tersebut adalah orang - orang yang ada membela jin.

5. Solat Pejam Mata

Mengikut penjelasan Hassan kepada pengikutnya bahawa bagi orang - orang yang hendak mengerjakan solat hendaklah menutup mata iaitu samada solat sunat atau solat fardhu, beliau mendakwa adalah menjadi kesalahan terhadap Allah S.W.T. seseorang yang mengerjakan solat itu dalam keadaan mata terbuka. Beliau juga mendakwa bagi orang - orang yang solat dalam keadaan mata terbuka sekiranya menjadi imam nampak seperti khinzir.

6. Menolak Hari Akhirat

Beliau semasa menyampaikan ajaran kepada pengikut-pengikutnya ada menyatakan bahawa Hari Akhirat tidak wujud. Oleh yang demikian, beliau berpendapat bahawa kebenaran Hari Akhirat yang telah di jelaskan dalam Al-Quran dan ditafsirkan oleh ulama" - ulama", ilmu kalam ataupun syariat agama islam adalah tidak benar. Sehubungan dengan itu beliau telah meminta kepada semua pengikut menolak adanya Hari Akhirat.

7. Mandi Wajib Dengan Celup Jari

Menurut Hassan mengikut Ilmu Hakikat tidak perlu meratakan air keseluruh anggota badan bagi seseorang yang hendak mandi wajib, hanya cukup dengan mencelup jari kita di dalam air, beserta niat maka sempurnalah mandi wajib tersebut.

8. Dilarang Berdoa Untuk Orang Lain

Di antara ajaran lain yang telah diperkenalkan oleh Hassan iaitu, melarang pengikut-pengikutnya mendoakan untuk orang lain, ini adalah disebabkan seseorang itu hanya layak mendoakan untuk dirinya sendiri sahaja. Beliau mendakwa hanya Nabi Muhammad sahaja yang layak mendoakan seseorang yang lain.

9. Wakil Guru Dari Luh Mahfuz

Hassan bin Jonit mendakwa bahawa beliau adalah wakil guru dari Loh Mahfuz yang dilantik khas ke bumi iaitu Baladil Amin, beliau juga mendakwa bahawa bagi orang - orang yang mempercayai dan mengikuti pengajaran beliau akan selamat dunia dan akhirat.

10. Wakil Guru Seluruh Dunia

Selain dari mengakui beliau sebagai

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
27 Mar, 2003
Nombor Rujukan: 
[PU.PK. 07/2001.]
Akta/Enakmen: 
316 No:474

Fatwa Mengenai Kedudukan Ajaran Islam Jamaah.

Tarikh Keputusan: 
9 May, 2003
Huraian Tajuk/Isu: 
Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 34 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992 [En.2/92], dan dibaca bersama seksyen 37, Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan setelah berbincang dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan pada 26 Safar 1423 bersamaan 9 Mei 2002 dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.
Keputusan: 
' Bahawa ajaran dan amalan Islam Jamaah adalah sesat dan terkeluar dari ajaran Islam yang sebenar dan oleh itu orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.'
Keterangan/Hujah: 
KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH NEGERI PERAK TENTANG AJARAN ISLAM JAMAAH DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 1. TUJUAN. 1.1. Kertas ini akan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak mengenai kedudukan ajaran Islam Jamaah mengikut hukum syara'. 2. LATAR BELAKANG. 2.1. Jawatankuasa Syariah Negeri Perak telah bermesyuarat pada 26 Safar 1423 bersamaan 9 Mei 2002 telah membincang meneliti dan membahas perkara berkenaan berdasarkan laporan yang disediakan oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Perak . 2.2 Pada tarikh 6 Mac 2002 pihak Jabatan Imigresen telah menahan 10 orang lelaki berbangsa Indonesia yang memegang kad pengenalan bersatus penduduk tetap Malaysia ( PR ). Kesemua saspek tersebut telah telah diserah dan ditahan semula oleh pihak Jabatan Agama Islam Perak untuk siasatan lanjut kerana disyaki terlibat dengan ajaran yang meragukan. 2.3. Di dalam operasi awal yang dilakukan oleh pihak Jabatan Imigresen, sejumlah barang - barang kes telah dirampas seperti beberapa naskah al-Quran yang tidak mendapat kelulusan pihak Kerajaan Malaysia, beberapa kitab keagamaan, risalah - risalah keagamaan, borang penyaksian taubat nasuha dan risalah yang mengandungi syarat untuk mempelajari persilatan Asad . 2.4 Di dalam siasatan yang dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Perak, salah seorang saspek yang bernama Encik Muchyar bin A Majid mengaku bahawa beliau pernah belajar di Pondok Kediri, Jawa Timur, iaitu tempat bermulanya ajaran ini di negara Indonesia. 2.5 Pada tarikh 7 Mac 2002 kesemua 10 orang saspek tersebut telah ditahan semula oleh pihak Polis DiRaja Malaysia ( PDRM ) kerana disyaki mengancam keselamatan negara. Hasil siasatan pihak Cawangan Khas PDRM merumuskan bahawa keseluruhan mereka yang ditangkap adalah merupakan pengikut ajaran Islam Jamaah di kawasan Ipoh di dalam negeri Perak. 2.6 Di dalam negeri Perak, dipercayai ajaran Islam Jamaah dikembangkan oleh pengikut-pengikutnya yang berbangsa Indonesia memegang kad pengenalan berstatus penduduk tetap Malaysia ( PR ) di sekitar kawasan Ipoh, Menglembu dan Simpang Pulai. 2.7 Ajaran ini mula diperkenalkan di Jawa Timur, Indonesia pada tahun 1941. Pengasas ajaran ini adalah Haji Nurhasan Al Ubaidah Lubis dan menggelarkan dirinya sebagai Amirul Mukminin. 3. TINDAKAN UNDANG-UNDANG KERAJAAN INDONESIA 3.1. Hakim Agung Indonesia, Soegih Arto telah mengharamkan kumpulan dan ajaran Islam Jamaah menerusi surat bil. KEP-089/DA 10/ 1971 bertarikh 20 Oktober 1971. Ini adalah kerana ajaran ini amat berbahaya dari segi aqidah dan syariah umat Islam serta boleh memecah belahkan masyarakat. 4. TINDAKAN UNDANG-UNDANG JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR DAN FATWA PENGHARAMAN AJARAN ISLAM JAMAAH. 4.1. Sepanjang tahun 1998, pihak Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) telah membuat dua tangkapan yang berkaitan dengan penyebaran ajaran ini. Mereka didakwa mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu mengajar tanpa tauliah. 4.2. Pada tarikh 19 Februari 1998, Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' Negeri Selangor ( Majlis Fatwa Negeri ) telah mengeluarkan fatwa bahawa ajaran dan amalan Islam Jamaah didapati menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar. 5. CIRI-CIRI AMALAN YANG MENYELEWENG DARIPADA ASAS AJARAN ISLAM 5.1. SUDUT AQIDAH. ( A ) Bai"ah. Setiap pengikut beliau perlu berbai"ah dengan Haji Nurhasan atau wakilnya dan menyakini beliau sebagai Amirul Mukminin. Mereka harus patuh dan tunduk pada ketentuan guru. ( B ) Tidak Islam. Menurut Haji Nurhasan bahawa mana-mana orang yang telah memasuki Islam Jamaah telah menjadi Islam yang sebenar manakala orang lain dianggap kafir. ( C ) Sumber Hukum. Menurut ajaran Islam Jamaah, Amir ( Ketua ) adalah sumber hukum. Oleh itu, Amir akan menentukan segala-galanya ke atas pengikut seperti perkahwinan, perceraian dan sebagainya. Jika anak ingin berkahwin perlu mendapat izin Amir. Poligami adalah dilarang di kalangan pengikut Islam Jamaah. 5.2. SUDUT SYARIAH. ( A ) Kaedah Mempelajari Ilmu-Ilmu Islam. Pengikut-pengikut ajaran Islam Jamaah diajarkan al Quran dan al Hadis secara manqul dari Haji Nurhasan tanpa dilengkapi ilmu sorof, nahwu, balaghah dan kitab-kitab tafsir. Mereka tidak menerima ilmu Feqah dan usul Feqah kerana selain al Quran dan al Hadis dianggap Bid"ah Dholalah. Hadis yang diriwayat oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim tidak diterima, ini adalah kerana pengikut ajaran ini hanya menerima hadis secara silsilah guru iaitu Haji Nurhasan. ( B ) Najis Mughallazah Tidak Perlu Samak. Ajaran kumpulan ini menjelaskan bahawa hanya bejana atau pinggan mangkuk yang dijilat anjing sahaja yang perlu disamak seperti yang disebut dalam hadis. Adapun selain dari itu sekiranya kita pegang anjing atau babi mahupun dalam keadaan basah tidak perlu disamak, kerana mereka menganggap ianya tidak najis. ( C ) Hanya Najis Manusia Dianggap Najis. Mereka mentafsirkan bahawa najis manusia sahaja yang dianggap najis. Najis binatang tidak dikategorikan sebagai najis seperti tahi cicak. Cara-cara menyuci najis manusia hanya perlu buang najis tersebut, kemudian disiram. Sekiranya najis tersebut terkena lantai rumah atau tempat yang luas, tidak perlu mengalirkan air tersebut. Manakala najis binatang samada terkena pada tempat sembahyang atau pakaian tidak perlu disucikan, kerana ia tidak najis. ( D ) Tafsiran Air Dua Kolah Dan Musta"mal. Mengikut tafsiran Islam Jamaah pada umumnya yang dimaksudkan air Dua Kolah itu tiada sukatan yang sebenarnya terpulang kepada seseorang itu untuk membuat sukatan, jika ia berpendapat sukatannya satu baldi maka itulah sukatan yang sebenarnya. Manakala tafsiran air Musta"mal pula ialah " Air bertakung yang sudah bercampur najis manusia " adapun air yang sudah digunakan atau air yang sudah digunakan atau air yang sudah bertukar warna seperti terkena air sabun atau sebagainya tidak dikira Musta"mal bahkan air itu suci dan menyucikan. Oleh yang demikian dalam tafsiran mereka air satu timba boleh digunakan untuk mengambil air sembahyang untuk beberapa orang dengan mencelupkan tangan ke dalam timba tersebut. ( E ) Sembelihan. Mengenai sembelihan, kumpulan Islam jamaah telah menetapkan bahawa mana-mana binatang yang mati di dalam kawasan atau perkampungan orang-orang Islam ia tidak perlu disembelih dan halal dimakan. Tulang babi juga tidak haram atau najis kerana di dalam Al-Quran menyebut hanya daging babi sahaja. Alasan mereka berbuat demikian kerana ia makhluk ciptaan Allah. ( F ) Melakukan Solat Jumaat di rumah. Mereka berpendapat bahawa solat Jumaat berjemaah di masjid itu hanyalah adat sahaja. Dengan alasan solat boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Di dalam Al-Quran ( Surah Al Jumuah ) menyebut kita hendaklah mengingati Allah dan tidak pula disuruh mendirikan solat Jumaat. Oleh itu, ada ketikanya mereka hanya membaca al Quran dan al Hadis untuk berzikir di rumah. ( G ) Menanggung Dan Membawa Al Quran Tanpa Berwuduk. Mereka berbuat demikian dengan alasan bahawa tulisan ayat Al Quran adalah ciptaan manusia dan Al Quran sebenarnya terletak di Luh Mahfuz. Oleh itu mereka tidak menghormati Al Quran dan meletakkan di tempat yang tidak wajar seperti bersebelahan dengan tempat tidur kucing. Bahkan pengikut-pengikut ajaran ini juga menconteng dan menulis di dalan naskah kitab suci al Quran. ( H ) Menyebarkan Fahaman Khilafiah/ Furuiyah dalam Pengajaran Dan Amalan. Antara amalan-amalan tersebut adalah seperti tidak membayar fidyah / tahlil untuk si mati. Begitu juga pembacaan talkin dan bacaan qunut dalam solat subuh. Semua perkara tersebut adalah amalan bid"ah dholalah dan mereka mengambil pendirian bahawa setiap bid"ah dholalah masuk api nereka. Mereka juga mengatakan bahawa, bersentuhan lelaki dan perempuan yang ajnabi tidak batal wuduk. ( I ) Dana / Sumbangan Harta Terdapat 4 kategori infaq (membelanjakan harta) yang perlu dilaksanakan oleh setiap ahli ajaran Islam Jamaah iaitu :- a. Infaq biasa - dibayar seminggu sekali sesudah solat jumaat b. Infaq rutin - dibayar setiap bulan iaitu sebanyak 10% dari pendapatan c. Infaq - infaq kekayaan, iaitu semacam cukai kekayaan Sabilillah yang ditentukan oleh amir. d. Kifarah - Denda kerana melakukan kesalahan dikira mengikut besar atau kecilnya kesalahan itu. Perlaksanaannya ialah setelah orang itu mengaku bersalah dan bertaubat kepada Amirul Mukminin ( J ) Asnaf yang Berhak Menerima Zakat. Mereka yang baru belajar Al Quran atau al Hadis dengan jamaah ini dianggap baru memeluk Islam. Oleh itu mereka berhak menerima zakat di atas asnaf muallaf walaupun ia seorang yang kaya.  
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
27 Mar, 2003
Nombor Rujukan: 
[PU.PK. 07/2001.]
Akta/Enakmen: 
317 Jld:56 No:10

Fatwa Mengenai Penulisan Astora Jabat (Berkenaan Azab Kubur)

Tarikh Keputusan: 
17 Dec, 2003
Huraian Tajuk/Isu: 
Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,menurut Subseksen 34(1) Enekmen Pentadbiran Agama Islam 1992 (En.Bil 2 Tahun 1992), selepas dibincangkan dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan menurut subseksyen 37(4) Enekmen itu pada 23 Syawal 1424 bersamaan dengan 17 Desember 2003,dan adalah disiarkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut Subseksen 34(2) Enekmen itu.
Keputusan: 
Bahawa menolak kepercayaan azab kubur setelah wujud keterangan dari Al-Quran dan Al-Hadith serta Ijma' Ulama adalah terkeluar daripada ajaran Islam yang sebenar dan oleh itu orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu.
Keterangan/Hujah: 
KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA SYARIAH NEGERI PERAK MENGENAI PENULISAN ASTORA JABAT BERKENAAN DENGAN AZAB QUBUR . 1. LATAR BELAKANG 1.1 Seorang penulis yang giat menulis di surat-surat khabar yang menggunakan nama pena Astora Jabat sering menulis isu-isu agama yang kontroversi 1.2 Dalam Majalah Al Islam keluaran edisi bulan November dan Disember beliau telah menulis artikel bertajuk "Tiada azab kubur selepas meninggal dunia " dan "percanggahan hadith mengenai azab kubur 2. ASAS PANDANGAN BELIAU 2.1 Astora Jabat menggunakan beberapa asas dalam menegaskan pendiriannya seperti :- 2.1.1 Azab kubur tidak disebut di dalam Al Quran secara muktamad tetapi hanya para ulama" sahaja yang menghurai dan mentafsirkannya. 2.1.2 Semua hadith yang menceritakan tentang azab kubur adalah hadith ahad belaka.Hadith ahad tidak boleh menthabitkan perkara aqidah. 2.1.3 Menolak azab qubur tidak kafir kerana ia hanya dithabitkan dengan hadith ahad dan tafsiran ayat Al Quran yang tidak muktamad. 2.1.4 Menggunakan logic aqal seperti mempertikaikan cara azab qubur kepada mayat yang tidak di quburkan dan mendakwa adalah tidak adil jika mayat yang mati dahulu akan diazab lebih lama dari mayat yang kematiannya lewat. 3. DALIL KEBENARAN ADANYA AZAB QUBUR 3.1 Ahli Sunnah wal Jamaah dan Jumhur Muktazilah berpandangan bahawa azab qubur adalah benar berdasarkan kepada dalil - dalil berikut :- 3.2 Dalil-dalil Al Quran 3.2.1 Firman Allah ayat 124 surah toha ومن اعرض عن ذكرى فإن له معيشة ضنكا Dan barang siapa yang berpaling dari peringatan ku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit. Menurut Abu Said Al Khudri dan Abdullah Ibn Masud perkataan ضنكا adalah azab qubur. 3.2.2 Firman Allah ayat 47 surah Tur و إن للذين ظلموا عذابا دون ذلك Dan sesungguhnya untuk orang-orang yang zalim ada azab selain selain itu Abdullah bin Masud berkata bahawa yang dimaksudkan dengan azab di dalam ayat ini adalah azab qubur. 3.3.3 Firman Allah dalam surah At Takathur ayat 3 كلا سوف تعلمون Janganlah sekalikali begitu kelak kamu akan mengetahui Abdullah Ibn Abbas RA mengatakan bahawa ayat ini merujuk kepada azab qubur. 3.2.4 Firman Allah yang mengisahkan keluarga Firaun dalam surah Ghafir ayat 46 النار يعرضون عليها غدوا وعشيا ويوم تقوم الساعة أدخلوا آل فرعون أشد العذاب" Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya Kiamat. (Dikatakan kepada malaikat) : "Masukkanlah Fir"aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras" دلت الآية على أن العرض قبل يوم القيامة لأن العطف يقتضى المغايرة وليس ذلك العرض فى الدنيا قطعا فيكون فى البرزخ Ayat ini menunjukkan bahawa pembentangan itu berlaku sebelum hari qiamat kerana عطف di situ membawa makna مغايرة yang sudah tentu tidak berlaku di dunia malah di alam barzakh. 3..2.5 Firman Allah yang mengisahkan kaum nuh dalam surah Nuh ayat 25 أغرقوا فادخلوا نارا Disebabkan kesalahan-kesalahan mereka, mereka tenggelam lalu dimasukkan ke neraka, maka mereka tidak mendapat penolong-penolong bagi mereka selain dari Allah. والفاء للتعقيب فدخول النار عقب الغرق مباشرة يكون فى البرزخ وليس فى القيامة Huruf
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
29 Jul, 2004
Nombor Rujukan: 
MNPk A 351/IST/01/7(55).PU.Pk
Akta/Enakmen: 
No:1083 Jld:57 Bil 1

7. Keputusan Jawatankuasa Syariah Mengenai Ajaran Martabat Tujuh ( Hamzah bin Embi ) Di Negeri Perak.

Tarikh Keputusan: 
1 Dec, 2005
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 29 Syawal 1426 bersamaan 1 Disember 2005 buat kali ke 168 bersetuju menangguhkan deraf kertas pewartaan ajaran Hamzah bin Embi untuk di angkat ke Persidangan Majlis Agama Islam Perak . Isu ini di anggap selesai setakat ini kerana Hamzah bin Embi telah bertaubat dalam satu majlis yang telah diadakan di Teluk Intan dan di hadiri oleh S.S Mufti Perak sendiri.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
168

Ajaran Tok Ayah.

Tarikh Keputusan: 
18 Aug, 2005
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 13 Rejab 1426 bersamaan 18 Ogos 2005 buat kali ke 167 mendapati kertas kerja yang di sediakan oleh Bahagian Penyelidikan JAIPk masih belum lengkap dan perlu untuk diperbaiki dan akan di bincang pada mesyuarat akan datang.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
167

Ajaran Ayah Pin( ARIFIN BIN MOHAMAD)

Tarikh Keputusan: 
18 Aug, 2005
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 13 Rejab 1426 bersamaan 18 Ogos 2005 buat kali ke 167 bersetuju bahawa ajaran Ayah Pin adalah menyeleweng dari ajaran Islam sebenar dan sesat.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
167

Ajaran Martabat Tujuh (HAMZAH BIN EMBI).

Tarikh Keputusan: 
18 Aug, 2005
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 13 Rejab 1426 bersamaan 18 Ogos 2005 buat kali ke 167 bersetuju memaklumkan bahawa Ajaran Martabat Tujuh (Hamzah bin Embi) sudahpun ada keputusan namun masih belum di wartakan. Pewartaan hendaklah di lakukan untuk tindakan Undang-Undang.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
167

Hukum Larian Obor.

Tarikh Keputusan: 
18 Aug, 2005
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 13 Rejab 1426 bersamaan 18 Ogos 2005 buat kali ke 167 pada asasnya bersetuju dengan kertas kerja hukum larian obor tersebut dengan di buat beberapa penambahan dan nasihat yang tidak di wartakan di hantar kepada Y.A.B Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan semua Exco
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
167

Bacaan Doa Di Majlis Yang Bercampur Maksiat.

Tarikh Keputusan: 
18 Aug, 2005
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 13 Rejab 1426 bersamaan 18 Ogos 2005 buat kali ke 167 pada asasnya bersetuju dengan kertas kerja tersebut dengan di buat beberapa pembetulan dan penambahan terhadap risalah tersebut
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
167

Amalan Baca Yasin Malam Jumaat.

Tarikh Keputusan: 
18 Aug, 2005
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 13 Rejab 1426 bersamaan 18 Ogos 2005 buat kali ke 167 pada asasnya bersetuju dengan kertas kerja tersebut dengan di buat beberapa pembetulan dan penambahan terhadap risalah tersebut
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
167

Hukum Ma'mum Yang Bersolat Di Tingkat Bawah

Tarikh Keputusan: 
19 May, 2005
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 10 R'Akhir 1426 bersamaan 19 Mei 2005 buat kali ke 166 bersetuju meluluskan risalah hukum ma'mum yang bersolat di tingkat bawah berimamkan imam di tingkat atas bangunan seperti surau dan sebagainya dengan di tambah syarat rabitah.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
166

Hukum Iktikaf Di Dalam Surau Diri Jumaat Di Surau Tanjung Kala, Gerik.

Tarikh Keputusan: 
3 Mar, 2005
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 22 Muharram 1425 bersamaan 3 Mac 2005 buat kali ke 165 bersetuju bahawa tidak sah iktikaf dan tidak boleh solat tahiyyatul masjid didalam surau diri jumaat.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
165

Hukum Solat Di Tingkat Bawah Surau Di Kampung Ulu Kendung, Gerik.

Tarikh Keputusan: 
3 Mar, 2005
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 22 Muharram 1425 bersamaan 3 Mac 2005 buat kali ke 165 berpandangan bahawa makmum yang bersolat di tingkat bawah surau perlu di hubung dengan tingkat atas dengan tangga yang sekira-kira makmum boleh mendapatkan imam tanpa membelakangi qiblat.  
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
165
Syndicate content