Perak

Fatwa Mengenai Penegahan Menyebarkan Aliran Dan Dakyah Wahabiah Di Negeri Perak Darul Ridzuan

Tarikh Keputusan: 
8 Feb, 2012
Keputusan: 
  ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004
 
 
FATWA MENGENAI PENEGAHAN MENYEBARKAN ALIRAN DAN DAKYAH WAHABIAH
DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
 
 
BAHAWASANYA Jawatankuasa Fatwa, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 [Enakmen 4 tahun 2004], telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini:
 
DAN BAHAWASANYA menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah memperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang  fatwa ini:
 
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa Fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut:
 
“Aliran dan Dakyah Wahabiah didapati bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam di Perak berdasarkan kepercayaan, perbuatan dan pengamalan seperti berikut :
 
(i)               Menolak dan menyesatkan pengamal pendekatan Tauhid sifat 20;
 
(ii)              Menganggap syirik berbagai amalan ahli sunnah seperti Selawat Syifa' dan Selawat Tafrijiyyah;
 
(iii)       Mendakwa bahawa pengikut Aliran Asya'irah dan Maturidiyah tidak layak digelar sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah; dan
 
(iv)            Menganggap pelaku berbagai amalan ahli sunnah sebagai melakukan bid'ah dhalalah dan akan menjadi penghuni neraka.  
 
Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengambil keputusan bahawa;
 
(i)          mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi penyebar Aliran dan Dakyah Wahabiah adalah disifatkan mengamalkan Aliran dan Dakyah Wahabiah yang berlawanan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Asya'irah dan Maturidiyah;
 
(ii)           mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang menjadi Ahli Jamaah atau pengikut Aliran dan Dakyah Wahabiah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan Aliran dan Dakyah Wahabiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang berlawanan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Asya'irah dan Maturidiyah;
 
(iii)             mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang cuba menyebarkan   Aliran dan Dakyah Wahabiah sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan Aliran dan Dakyah Wahabiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Asya'irah dan Maturidiyah;
 
(iv)          apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana Aliran dan Dakyah Wahabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur Aliran dan Dakyah Wahabiah adalah berlawanan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran Asya'irah dan Maturidiyah; atau
 
(v)               apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan aliran dan dakyah Wahabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur Aliran dan Dakyah Wahabiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah dilarang.
 
(vi)             Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang.
 
Bertarikh 4 Januari 2012
[MNPK.A351.IST/01/7 JLD2; PU.Pk. 07/2001]
 
 
 
                                                Dengan Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan
 
                                                TAN SRI DATO' SERI (DR) HAJI HARUSSANI BIN HAJI ZAKARIA
 
Mufti dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Negeri Perak Darul Ridzuan
 
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
1 Mar, 2012

Fatwa Mengenai Hukum Pengajaran Tarikat Naqsyabandiah Al-Kholidiah Kg. Menderang Hilir Sungkai

Tarikh Keputusan: 
9 May, 2011
Keputusan: 
 
 
“ Pengajaran Tarikat Naqsyabandiah Al-Kholidiah, Kg. Menderang Hilir, Sungkai adalah diharamkan kerana bertentangan dengan Amalan Tarikat Naqsyabandiah yang asal dan mengandungi perkara-perkara yang meragukan, mengelirukan juga bertentangan dengan aqidah Islam seperti berikut ;
 
(i)         Mewajibkan mandi taubat, sujud taubat sebagai syarat menyertai tarikat;
(ii)        Mengerjakan ibadah haji secara ghaib/ khatam batu;
(iii)       Mandi air zam-zam, air kauthar dan air mahfuz sebagai membuka hijab dan makrifat
             seseorang murid;
(iv)      Berpegang semua orang boleh melakukan isra’ dan mikraj;
(v)       Mengamalkan amalan bertawassul dengan wali-wali.
 
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Nombor Rujukan: 
[MNPK.A351.IST/01/7 JLD 2; PU Pk. 07/2001]
Akta/Enakmen: 
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 

Fatwa Mengenai Pengharaman Ajaran Dan Fahaman Syiah Di Negeri Perak Darul Ridzuan

Tarikh Keputusan: 
4 Jan, 2012
Keputusan: 
 
Ajaran dan Fahaman Syiah didapati bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam di Perak berdasarkan kepercayaan dan perbuatan seperti berikut:
 
  1. Menambah atau mengurangi lafaz dan kandungan syahadah yang berlainan daripada lafaz dan syahadah yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah;
  1. Mentaati Imam-Imam dan mempercayai mereka sebagai maksum serta mempunyai sifat-sifat dan kelebihan yang luar biasa;
  1. Mempercayai bahawa berlakunya penyelewengan (tahrif) sama ada pengurangan atau penambahan di dalam Al-Quran serta mempercayai bahawa Al-Quran mengandungi tujuh belas ribu ayat;
  1. Menolak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah S.A.W. dan hanya menerima hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para Imam 12;
  1. Mencerca dan menghina para sahabat yang diredai oleh Allah S.W.T. dan para isteri Rasulullah SAW dengan menuduh mereka sebagai pembohong, pengkhianat dan murtad;
  1. Mempercayai Al-Raja’ah iaitu Allah SWT akan menghidupkan semula orang yang telah mati ke dunia sebelum berlakunya Qiamat bersama-sama Imam Mahadi;
  1. Mengamalkan Al-Taqiah iaitu menyembunyikan hakikat aqidah, pendapat yang menjadi pegangan dan amal perbuatan yang ingin dilakukan;
  1. Mengamalkan nikah Mut’ah;
  1. Mempercayai amalan menziarah maqam Saidina Ali KW akan memperolehi ganjaran Syurga; dan
  1. Melakukan upacara memukul dan menyeksa tubuh sempena 10 Muharam.
 
Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengambil keputusan bahawa:
 
  1. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi pengikut ajaran dan fahaman ini adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;
  1. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang menjadi ahli jamaah atau pengikut Syiah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;
  1. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman Syiah sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai  unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah;
  1. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman Syiah adalah bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah; atau
  1. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman Syiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai unsur-unsur ajaran, pegangan atau fahaman Syiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah dilarang;
  1. Orang-orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen; menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman Syiah kepada mana-mana harta alih atau tak alih, dan semua pihak dilarang daripada memberi apa jua kemudahan dan bantuan;
  1. Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang.
 
 
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
1 Mar, 2012
Nombor Rujukan: 
Jil. 65 No. 364
Akta/Enakmen: 
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 

Fatwa Mengenai Pegharaman Perbuatan Meletakan Ancak

Tarikh Keputusan: 
9 May, 2011
Keputusan: 
BAHAWASANYA Jawatankuasa Fatwa, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 [Enakmen 4 tahun 2004], telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini:
 
Dan bahawasanya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah memperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini:
 
Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa Fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut:
 
“ Perbuatan meletakkan ancak adalah haram dan sesiapa yang mengamalkannya dianggap berdosa dan dikategorikan sebagai melakukan syirik kepada Allah SWT ”.
 
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
18 Aug, 2011
Nombor Rujukan: 
MNPK.A351.1ST/01/7 JLD 2;PU.Pk.07/2001
Akta/Enakmen: 
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

Pengharaman Mengenai Ajaran Azhar Bin Wahab (Pengasas Al-Mansor Holding Sdn. Bhd.

Tarikh Keputusan: 
11 Mar, 2004
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan menurut Subseksen 34(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992 (En.Bil 2 Tahun 1992), selepas dibincangkan dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Darul Ridzuan menurut subseksyen 37(4) Enekmen itu pada 19 Muharram 1425 bersamaan dengan 11 Mac 2004 dan adalah disiarkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan menurut Subseksen 34(2).
Keputusan: 
Bahawa-
 
  1. Ajaran Azhar bin Wahab didapati bertentangan dengan fahaman Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.
     
  2. Bahawa mana-mana kumpulan atau orang perseorangan yang berpegang dan mengamalkan ajaran Azhar bin Wahab dianggap menyalahi hukum syarak dan wajib bertaubat.
 
Keterangan/Hujah: 
 
 
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
29 Jul, 2004
Nombor Rujukan: 
1084 Jld. 57 Bil. 16
Akta/Enakmen: 
Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992 (En.Bil 2 Tahun 1992)

Hukum Menyerupai / Merayakan Perayaan Orang Kafir

Tarikh Keputusan: 
14 Mar, 2004
Huraian Tajuk/Isu: 
 
 
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak Kali Ke-162 yang bersidang pada 19 Muharam 1425 bersamaan 11 Mac 2004 telah membuat keputusan bahawa merayakan /menyerupai perayaan orang kafir adalah haram.
Keterangan/Hujah: 
 
1. LATAR BELAKANG DAN ISU
 
1.1 Di antara keunikan masyakat Malaysia ialah berbilang kaum dicirikan oleh agama, bahasa dan kepelbagaian fungsi-fungsi dalam ekonomi
 
1.2 Dalam perlembagaan Malaysia, Islam adalah agama rasmi dan agama-agama lain bebas untuk di amalkan.
 
1.3 Konsep kongsi kuasa dan pengekalan keharmonian sesama warganegara adalah beberapa alasan untuk mewajarkan suasana sama-sama menyambut hari kebesaran agama-agama lain.
 
1.4 Persoalannya adakah atas roh toleransi sehingga dibuka seluas luasnya pintu pemisah dalam soal-soal aqidah dan adakah alasan siasah syariah menjadi penyebab terjadinya kongsi raya .
 
2. KONSEP ASAL WALA' DAN BARA'
 
Secara asasnya Islam menyuruh umatnya berwala' kepada Islam dan barra' dari kekufuran serta merasa bangga dengan pegangan Islam serta menampilkan jati diri muslim sehingga keperibadian dan corak kehidupan dapat dibezakan dari golongan kafir. Ini dapat diambil daripada ayat-ayat berikut.

2.1 Ayat Allah yang menyeru kepada berbangga dengan Islam

ومن احسن قولا ممن دعا الى الله و عمل صالحا و قال اننى من المسلمين
(فصلت 33)

Bermaksud : Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah , mengerjakan amal soleh dan berkata sesungguhnya aku termasuk dalam golongan muslimin.

2.2 Allah memerintahkan agar orang Islam berdoa agar dijauhkan daripada mengikuti jalan orang kafir dan diberi petunjuk mengikuti jalan yang lurus menerusi ayat:-

اهدنا الصراط المستقيم صراط الذين انعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين
(الفاتحة 7 6)

Bermaksud : Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat keatas mereka dan bukannya jalan orang-orang yang engkau murkai dan bukan juga jalan orang-orang yang sesat.

2.3 Terdapat beberapa ayat Al Quran dan As Sunnah yang menegah daripada tasyabbuh dengan orang-orang kafir kerana ia termasuk dalam kesesatan seperti firman Allah

ثم جعلناك على شريعة من الأمر فاتبعها و لا تتبع أهواء الذين لا يعلمون
(الجاثية 18)

Bermaksud : Kemudian kami jadikan kamu berada diatas satu syariat (peraturan)dari urusan (agama) , maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui.
 
ولئن اتبعت اهواءهم بعد ما جاءك من العلم ما لك من الله من ولى ولا واق
(الرعد 37)

Bermaksud : Dan seandainya kamu mengikut hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu maka sekali-kali tidak ada pelindung dan pemelihara bagimu terhadap (siksa ) Allah.
 
و لاتكونوا كالذين تفرقوا واختلفوا من بعد ما جاءهم البينات
(ال عمران 105)

Bermaksud : Janganlah kamu menjadi seperti oarng-orang yang berpecah belah dan berselisihan setelah datang kepada mereka keterangan.
 
2.4 Menyerupai dan menyertai orang-orang kafir termasuk perayaannya merupakan bukti kepada menyayangi dan mengasihi orang-orang kafir dan perbuatan ini menyalahi arahan Allah agar orang-orang mukmin البرأة daripada kekufuran. Dalam beberapa ayat Al Quran, Allah melarang dari perbuatan melantik dan mengasihi orang-orang kafir seperti firman Allah

يا ايها الذين آمنوا لا تتخذوا اليهود والنصارى أولياء بعضهم أولياء بعض ومن يتولهم منكم فإنه منهم
(المائدة 51)

Bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengangkat Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin . Mereka adalah pemimpin di kalangan mereka maka barangsiapa yang melantik mereka di kalangan kamu maka orang itu termasuk golongan mereka.
 
لا تجد قوما يؤمنون بالله واليوم الاخر يوادون من حاد الله و رسوله ولو كانوا آباءهم أو أبناءهم أو إخوانهم أو عشيرتهم
(المجادلة 22 )

Bermaksud : Kamu tidak akan mendapati satu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat , saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan RasulNya , sekalipuh orang-orang itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara atau anggota keluarga mereka.

2.5 Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata

المشابهة تورث المودة والمحبة والموالاة فى الباطن , كما أن المحبة فى الباطن تورث المشابهة فى الظاهر
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 198 )

Mafhumnya : Peniruan dan penyerupaan mewarisi rasa kasih sayang dan ketaatan di dalam batin seperti mana kasih sayang di batin mewariskan penyerupaan luaran.
 
Ketika memberi komentar terhadap ayat Al-Mujadilah di atas beliau mengatakan:-

فأخبر سبحانه أنه لا يوجد مؤمن يواد كافرا فمن واد الكفار فليس بمؤمن والمشابهة الظاهرة مظنة المودة فتكون محرمة
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 199 )

Mafhumnya : Maka pada ayat berkenaan Allah SWT menegaskan tidak patut seorang mukmin mengasihi seorang kafir maka barangsiapa mengasihi orang kafir maka sebenarnya ia bukan seorang mukmin dan penyerupaan yang zahir kasih sayang dan ia adalah haram.
 
Hadith Rasulullah S.A.W.

من تشبه بقوم فهو منهم

Mafhumnya : barang siapa yang tasyabbuh dengan sesuatu kaum maka ia tergolong dalam kaum berkenaan .
 
Takhrij hadith

أخرجه أبو داود فى اللباس و احمد , وجود اسناده شيخ الاسلام فى الاقتضاء وعضده الحافظ فى الفتح بمرسل حسن الاسناد و حسنه السيوطى و صححه الألبانى

 
Komentar terhadap hadith di atas, Syeikh Islam Ibn Taimiyyah berpendapat

وهذا الحديث أقل احواله أن يقتضى تحريم التشبه بهم وان كان ظاهره كفر المتشبه بهم كما فى قوله تعالى (ومن يتولهم منكم فانه منهم)
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 75 )

Mafhumnya : Pada hadith ini membawa pengertian bahawa seringan-ringan hukum adalah dalil pengharaman tasyabbuh walaupun pada zahir hadith ini menunjukkan makna kufur orang yang meniru atau menyerupai orang-orang kafir seperti yang difahamkan dari ayat yang bermaksud barang siapa yang melantik mereka di kalangan kamu maka ia tersendiri akan tergolong dalam kalangan mereka.

Beliau juga menyebut

ان من اصل دروس دين الله وشرائعه و ظهور الكفر والمعاصى التشبه بالكافرين كما أن أصل كل خير المحافظة على سنن الأنبياء و شرائعهم
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 103 )

Mafhumnya : Sesungguhnya antara faktor utama hapusnya agama Allah serta syariatnya dan muncul kekufuran serta kemaksiatan adalah sikap tasyabbuh dengan orang-orang kafir sepertimana asal setiap kebaikan itu ialah bersungguh-sungguh menjaga sunnah Anbia" dan syariat mereka.

San"ani pula berkata
 
فاذا تشبه بالكافرين فى زى و اعتقد ان يكون بذلك مثله كفر فان لم يعتقد ففيه خلاف بين الفقهاء : منهم من قال يكفر وهو ظاهر الحديث ومنهم من قال لا يكفر ؛ ولكن يؤدب
(سبل السلام)

Mafumnya : Apabila seseorang meniru atau menyerupai pakaian orang kafir dan ia beri"tiqad bahawa ia menyerupai si kafir itu maka hukumnya adalah ia jatuh kafir tetapi jika ia tidak beri"tiqad begitu maka berlaku khilaf di kalangan fuqaha" : ada di kalangan mereka mengatakan tetap kufur berdasar makna zahir l hadith dan ada di kalangan mereka menghukumkan tidak kufur tetapi hendaklah dihukum .
 
3. Kewajipan orang Islam agar tidak menghadiri perayaan mereka
 
Larangan menghadiri perayaan mereka diambil daripada dalil-dalil berikut:-
 
3.1 Seluruh dalil-dalil yang dikemukakan sebelum ini.
 
3.2 Ijma" yang berlaku pada zaman sahabat dan tabien di mana tidak pernah berlaku para sahabat dan tabien hadir dalam perayaan-perayaan orang-orang kafir. Saidina Umar r.a. pernah meletakkan syarat yang kemudian dipersetujui oleh para sahabat dan fuqaha" selepasnya bahawa ahli zimmah dari golongan ahli kitab tidak boleh menzahirkan perayaan mereka di dalam negara Islam. Sedangkan ahli kitab sendiri dilarang menzahirkan perayaan mereka, mengapa pula ada orang Islam beria-ia benar untuk mengadakan perayaan ini. Rujuk (ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 109 و110 )
 
3.3 Kata-kata Saidina Umar r.a.

وروى البيهقى باسناد صحيح فى باب كراهة الدخول على اهل الذمة فى كنائسهم و التشبه بهم يوم نيروزهم و مهرجانهم : عن سفيان الثورى عن ثور بن يزيد عن عطاء بن دينار قال قال عمر : لا تتعلموا رطانة الأعاجم و لاتدخلوا على المشركين فى كنائسهم يوم عيدهم فان السخطة تنزل عليهم
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 178 )

Bermaksud : Janganlah kamu mempelajari bahasa orang A'jam dan janganlah kamu memasuki gereja orang muysrik pada hari kebesaran mereka kerana kemurkaan Allah sedang menimpa mereka.
 
Catatan : Larangan mempelajari bahasa asing itu bukanlah larangan secara mutlak tetapi hendaklah ia di fahami sebagai berikut :-
 
i)Larangan menuturkan perkataan-perkataan A"jam yang langsung tidak diketahui maknanya kerana dikhuatiri ia membawa maksud yang boleh membawa kepada syirik dan sebagainya.
 
ii)Galakan untuk menutur dan menguasai bahasa Arab kerana ia merupakan syiar Islam.
 
(Penjelasan lanjut mengenai perkara ini boleh di dapati
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 180 185 )


3.4 Kata-kata Abdullah b. Umar r.a.

وروى بإسناد صحيح عن أبى أسامة حدثنا عون عن أبى المغيرة عن عبد الله ابن عمرو قال : من بنى ببلاد الأعاجم فصنع نيروزهم ومهرجانهم و تشبه بهم حتى يموت وهو كذالك حشر معهم يوم القيامة
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 178 185 )

Mafhumnya : Barangsiapa yang menetap di Negara A"Jam dan mengadakan perayaan nairuz dan Mahrajan serta meniru mereka sehingga ia mati dalam keadaan demikian maka akan dihimpun bersama mereka pada hari qiamat.
 
3.5 Ketika memberi komentar terhadap kata-kata Saidina Umar r.a. di atas, Syeikhul Islam Ibn Taimiyah berkata:

هذا عمر نهى عن تعلم لسانهم وعن مجرد دخول الكنيسة عليهم يوم عيدهم فكيف يفعل بعض افعالهم , او فعل ما هو من مقتضيات دينهم ؟
اليس موافقتهم فى العمل أعظم من الموافقة فى اللغة ؟ اوليس عمل بعض اعمال عيدهم أعظم من مجرد الدخول عليهم فى دينهم ؟ واذا كان السخط ينزل عليهم يوم عيدهم بسبب عملهم فمن يشركهم فى العمل أو بعضه اليس قد تعرض لعقوبة ذلك
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 179 )

Mafhumnya : Umar dengan tegas melarang sekadar untuk mempelajari bahasa mereka (di baca bersama catatan di atas ) dan sekadar memasuki gereja mereka pada hari kebesaran mereka bagaimana pula keadaannya jika melakukan perbuatan-perbuatan mereka ataupun melakukan perbuatan yang merupakan tuntutan agama bagi mereka.Bukankan penyerupaan mereka dalam hal amalan lebih besar dari penyerupaan dari sudut bahasa ?Bukankah penyerupaan dari sudut amalan pada hari kebesaran mereka lbih besar dari sekadar masuk ke gereja mereka?Apabila kemurkaan Allah menimpa mereka pada hari kebesaran mereka disebabkan aktiviti perayaan mereka , adakah mustahil orang-orang yang menyertai mereka juga terdedah untuk menerima kemurkaan yang serupa.

3.6 Beliau seterusnya memberi komentar terhadap kata-kata Ibnu Umar dengan menegaskan

(وحشر معهم ) فقال : وهذا يقتضى أنه جعله كافرا بمشاركتهم فى مجموع هذه الأمور أو جعل ذلك من الكبائر الموجبة للنار وان كان الأول ظاهر لفظه
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه اقتضاء الصراط المستقيم ومخالفة اصحاب الجحيم , دار الحديث بالأزهر ص 179 )

Bermaksud : (dihimpunkan bersama mereka ) Ungkapan ini menuntut hukum kafir dengan menyertai mereka dalam urusan-urusan perayaan mereka atau pun ia adalah satu dosa besar yang akan menjerumuskan ke dalam neraka walaupun pada zahirnya ia lebih sesuai dimaknakan kepada kepada tefsiran yang pertama.
 
4. Larangan menyerupai perbuatan mereka

Umat Islam dilarang membuat perkara yang serupa dengan apa yang dilakukan oleh orang-orang kafir ketika menyambut perayaan mereka. Ini dapat diambil dari pandangan-pandangan berikut:-
 
4.1 Telah berkata Ibn Taimiyah
 
لا يحل للمسلمين أن يتشبهوا بهم فى شيئ مما يختص باعيادهم لا من طعام و لالباس و لا إغتسال ولا إيقاد النيران و لا تبطيل عادة معيشة أو عبادة أو غير ذلك و لا يحل فعل وليمة و لا الإهداء و لا البيع بما يستعان به على ذلك لأجل ذلك و لاتمكين الصبيان و نحوهم من اللعب الذى فى الأعياد و لا إظهار زينة و بالجملة ليس لهم أن يخصوا اعيادهم بشيء من شعائرهم بل يكون يوم عيدهم عند المسلمين كسائر الأيام
(ابن تيمية , المتوفى سنة 728 ه مجموع الفتاوى دار الك

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
MNPk.A351.IST/05/9 Jld2

Fatwa Mengenai Perlantikan Peguam Syarie Di Kalangan Orang Bukan Islam **

Tarikh Keputusan: 
9 May, 2011
Keputusan: 
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004
 
Fatwa Mengenai Perlantikan Peguam Syarie Di Kalangan Orang Bukan Islam
 
BAHAWASANYA Jawatankuasa Fatwa, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 [Enakmen 4 Tahun 2004], telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini:
 
Dan bahawasanya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah memperkenankan penyiaran  fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini.
 
Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa Fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut:
 
" Orang bukan Islam adalah dilarang beramal sebagai Peguam Syarie di mana-mana Mahkamah Syariah dalam Negeri Perak Darul Ridzuan "
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
18 Aug, 2011
Nombor Rujukan: 
MNPK. A351.IST/01/7 JLD. 2; PU.Pk.07/2001
Akta/Enakmen: 
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 

Fatwa Mengenai Kadar Wajib Zakat Tanaman

Tarikh Keputusan: 
9 May, 2011
Keputusan: 
“Kadar wajib zakat tanaman iaitu zakat padi untuk digunapakai oleh umat Islam bagi Negeri Perak Darul Ridzuan adalah sebanyak lima peratus (1/20) daripada hasil kasar padi ”.
 
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Nombor Rujukan: 
[MNPK.A351.IST/01/7 JLD2; PU Pk. 07/2001]
Akta/Enakmen: 
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

Fatwa Mengenai Hukum Pengajaran Tarikat Naqsyabandiah Al-Kholidiah Kg. Menderang Hilir Sungkai

Tarikh Keputusan: 
9 May, 2011
Keputusan: 
“ Pengajaran Tarikat Naqsyabandiah Al-Kholidiah, Kg. Menderang Hilir, Sungkai adalah diharamkan kerana bertentangan dengan Amalan Tarikat Naqsyabandiah yang asal dan mengandungi perkara-perkara yang meragukan, mengelirukan juga bertentangan dengan aqidah Islam seperti berikut ;
 
(i)         Mewajibkan mandi taubat, sujud taubat sebagai syarat menyertai tarikat;
(ii)        Mengerjakan ibadah haji secara ghaib/ khatam batu;
(iii)       Mandi air zam-zam, air kauthar dan air mahfuz sebagai membuka hijab dan makrifat                     seseorang murid;
(iv)      Berpegang semua orang boleh melakukan isra’ dan mikraj;
(v)       Mengamalkan amalan bertawassul dengan wali-wali.
 
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Nombor Rujukan: 
[MNPK.A351.IST/01/7 JLD2; PU Pk. 07/2001]
Akta/Enakmen: 
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

Pengecuaalian Tauliah Untuk AJK Fatwa Dan PTA Daerah Sebagai Khatib Dan Imam.

Tarikh Keputusan: 
6 Nov, 2008
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 8 Zulkaedah 1429 bersamaan 6/11/2008 buat kali ke 179 bersetuju supaya diberikan pengecualian tauliah untuk ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa dan Pegawai Tadbir Agama Daerah untuk menjadi Imam dan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid dan surau diri Jumaat untuk dipertimbangkan oleh Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
179

Tapak Sekolah Rendah Agama Rakyat Al Hidayah, Kampong Selarong , Pengkalan Hulu , Perak.

Tarikh Keputusan: 
6 Nov, 2008
Keputusan: 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 8 Zulkaedah 1429 bersamaan 6/11/2008 buat kali ke 179 bersetuju memutuskan bahawa Lot 1499 dan 966 yang seluas 7 ekar bolehlah dibahagikan kepada 5 ekar adalah wakaf am dan 2 ekar adalah rezab untuk kubur.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
179

Ajaran Arifin bin Muhamad (Ayah Pin )

Tarikh Keputusan: 
18 Aug, 2005
Huraian Tajuk/Isu: 

Bahawa ajaran Arifin bin Muhamad (Ayah Pin ) ialah ajaran yang menyeleweng
daripada ajaran Islam sebenar , sesat dan syirik kerana ciri-ciri yang menyeleweng seperti yang berikut:

(a) dari aspek akidah-

(i) Ayah Pin sebagai tuhan yang turun dari langit dan kerajaan langit adalah di bawah kekuasaannya;

(ii) Ayah Pin mempunyai kuasa menyembuh segala penyakit dan sebutan namanya boleh menakutkan binatang buas;

(iii) Ayah Pin mendakwa bahawa Mekah,Kaabah dan Air Zam-Zam adalah miliknya dan dibina selepas mendapat wahyu dari langit;

(iv) Ayah Pin mempunyai kuasa menjadikan manusia menjadi batu melalui sumpahannya ,mengetahui perkara ghaib ,boleh
menentukan syurga dan neraka seseorang,mendakwa roh orang yang mati jahat akan dikurung dalam kubah markaz;
(v) menolak berlaku kemusnahan dunia ketika qiamat;

(vi) seseorang Islam itu perlu menjadi kafir dahulu;

(vii) menolak kepentingan mengucapkan dua kalimah syahadah di akhir kematian anak Adam;

(b) dari aspek syariah;

(i) menolak rukun Islam dan hukum syarak"berkaitan dengan Tuhan;

(ii) menolak rukun - rukun Islam termasuk kewajipan sembahyang lima waktu, puasa di dalam bulan Ramadhan, zakat dan ibadah haji.;

(iii) menghalalkan makanan yang diharamkan oleh syarak;

(iv) mengada-adakan hukum syarak"seperti nikah batin;

Keputusan: 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 18 Ogos 2005 buat kali 167 setelah berbincang dan membahaskan dengan penuh teliti telah mengambil keputusan "Bahawa semua dakwaan di atas mengandungi ajaran, pegangan dan fahaman yang bertentangan dengan akidah dan syariah Islamiah serta boleh mengelirukan dan menyesatkan masyarakat Islam dan dengan ini adalah diharamkan.

Kumpulan Ayah Pin yang berpegang kepada ajaran, pegangan dan fahaman yang didakwa oleh Arifin Muhamad adalah diharamkan.

Oleh itu, orang Islam dilarang mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman kumpulan Ayah Pin, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberikan ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan aktiviti-aktiviti ekonomi, sosial dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidupkan dan mengembangkan kumpulan ini. Orang Islam juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan, risalah dan apa-apa dokumen yang menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda yang boleh dikaitkan dengan Kumpulan Ayah Pin, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda pada mana-mana harta alih atau tak alih yang boleh di kaitkan dengan Kumpulan Ayah Pin.

Sebarang bentuk sokongan dan bantuan kepada Ayah Pin dan / atau pengikut-pengikutnya dilarang dan hendaklah dihentikan serta-merta.

Bahawa orang Islam yang mengamalkan ajaran Arifin bin Mohamad(Ayah Pin) adalah murtad.

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
24 Jan, 2007
Nombor Rujukan: 
MNPk.A351.IST/01/7(72):PU.Pk.0
Akta/Enakmen: 
Enakmen Pentadbiran

Kedudukan Senaman Yoga Di Kalangan Umat Islam **

Tarikh Keputusan: 
18 Dec, 2008
Keputusan: 
'Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada hari ini 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H setelah meneliti,membahas dan membincang berpandangan bahawa senaman yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum masihi lagi merupakan gabungan amalan fizikal adalah sebahagian daripada mistik Hinduism yang cara duduknya sama seperti yang digambarkan kepada tokong shiva dan pikiran dikosongkan supaya dapat bersatu dengan shiva, mengandungi unsur-unsur keagamaan dan pemujaan bagi tujuan tertentu adalah HARAM dan bertentangan dengan akidah umat Islam samaada di amalkan dengan mentera atau hanya pergerakan badan, oleh itu Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Darul Ridzuan yang bersidang pada hari ini 18 Disember 2008M bersamaan 20 Zulhijjah 1429 H bersetuju memutuskan bahawa apa jua jenis atau bentuk senaman yang mengandungi unsur-unsur tersebut diatas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.  
Keterangan/Hujah: 
a) Yoga ialah sejenis senaman yang bersumber dan berlatarbelakangkan agama dan falsafah Hindu.   b) Mengamalkan senaman yoga dengan besertakan menteranya sekali adalah jelas hukum haramnya kerana mengandungi hukum syirik dan murtad berdasarkan sabda Rasulullah SAW Bermaksud :"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum ,dia termasuk dalam golongan berkenaan".   c) Jawatankuasa Fatwa juga berpandangan senaman yang berbentuk hanya pergerakan juga adalah haram berdasarkan dalil-dalil di bawah :-   i. Pergerakan -pergerakan dalam bentuk senaman berkenaan telah disepakati berasal dari agama hindu dan merupakan mempunyai unsur-unsur cara ibadat hindu .Walaupun ada yang berpendapat ia sekadar pergerakan dan senaman , tetapi ia mengandungi unsur-unsur yang sangat meragukan sedangkan Rasulullah SAW bersabda : دع ما يريبك الى ما لا يريبك Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan   ii. Pergerakan-pergerakan berkenaan tetap juga realitinya berunsur cara beribadat agama hindu walaupun ia tidak dinamakan sebagai yoga kerana ia termasuk dalam perkara menamakan sesuatu dengan nama yang lain sebagai satu helah sahaja .Perkara ini dilarang oleh Rasulullah SAW seperti sabdanya : ليشربن ناس من أمتي الخمر يسمونها بغير اسمها رواه أبو داود وابن ماجه عن أبي مالك الأشعري رضي الله عنه، وفي رواية الدارمي عن عائشة رضى الله عنها : يسمونها بغير اسمها فيستحلونها Rasulullah SAW bersabda: "Akan ada manusia di kalangan umatku yang meminum arak yang mereka gelarkan bukan dengan namanya". Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah daripada abi Malik al-Asy"ari r.a.  
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
10 Jun, 2010
Nombor Rujukan: 
Jil.63 Bil.12
Akta/Enakmen: 
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 

Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) Dan Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan (Pondan Dan Mak Nyah)

Tarikh Keputusan: 
18 Dec, 2008
Keputusan: 
BAHAWASANYA Jawatankuasa Fatwa,pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 (Enakmen 4 tahun 2004), telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini:     Dan bahawasnya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah menperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini:      Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut:           " Pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita, ( mak nyah/pondan ) sama ada dari segi pakaian, penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam.      Ibu bapa dan masyarakat Islam hendaklah memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan ,  tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah"  
Keterangan/Hujah: 
1. Dalam menyatakan isu berkaitan wanita menyerupai lelaki, majoroti ulama" bersepakat bahawa Islam melarang perbuatan tersebut sama seperti lelaki dilarang menyerupai wanita. Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. Sabda Rasulullah SAW : عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. (LAMPIRAN 1) 2. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata :Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)  
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
10 Jun, 2010
Nombor Rujukan: 
MNPK.A351.1ST/01/7 JLD 2;PU.Pk.07/2001
Akta/Enakmen: 
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004

Perbuatan Tidak Mendirikan Solat Jumaat Kerana Bersuluk

Tarikh Keputusan: 
17 Jul, 2008
Keputusan: 
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004   FATWA MENGENAI PENGHARAMAN PERBUATAN MELETAKKAN ANCAK   BAHAWASANYA Jawatankuasa Fatwa, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 [Enakmen 4 tahun 2004], telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini:   DAN BAHAWASANYA menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah memperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini:   MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa Fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut:   “ Perbuatan meletakkan ancak adalah haram dan sesiapa yang mengamalkannya dianggap berdosa dan dikategorikan sebagai melakukan syirik kepada Allah SWT ”.   
Keterangan/Hujah: 
1. Dalil kefarduan solat Jumaat adalah di ambil dari a) Al Quran Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jum"at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (al jumu"ah : 9) b) Al Hadith لينتهين أقوام عن ودعهم الجمعات أو ليختمن الله على قلوبهم ثم ليكونن من الغافلين (رواه مسلم. ورواه أحمد والنسائي من حديث ابن عمر وابن عباس رضى الله عنهم) Hendaklah orang-orang itu menghentikan perbuatan mereka meninggalkan solat Jumaat, atau (jika tidak) Allah menyumbat mata hati mereka, kemudian akan menjadi golongan orang yang lalai. (Hadis Muslim, Ahmad dan Nasa'I meriwayatkan hadis ini melalui riwayat Ibn Umar dan ibn Abbas) 4.2 Golongan yang diberi keuzuran untuk tidak menunaikan fardhu Jumaat adalah seperti yang dinyatakan dalam hadith 1. Perempuan 2. Anak kecil 3. Orang sakit (yang berat baginya untuk pergi salat Jumaat, atau khuatir akan semakin parah penyakitnya atau melambatkan sembuh penyakitnya. Termasuk dalam golongan ini mereka yang merawatnya jika tugas ini tidak dapat dipindahkan kepada orang lain) 4. Hamba - Perkara 1,2, 3 dan 4 disebut dalam hadith berikut : الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة : عبد مملوك، أو امرأة ، أو صبي ، أو مريض (رواه أبو داود) Jumaat itu suatu kewajipan atas setiap Muslim dengan berjemaah kecuali empat golongan : hamba sahaya, perempuan, anak-anak dan orang sakit. (Hadis Abu Daud) 5. Musafir (beserta syarat) ليس على مسافر جمعة (رواه الطبراني) Musafir itu tidak wajib solat Jumaat. (Hadis Tabroni) 6. Orang yang takut akan keselamatannya (beserta syarat) من سمع النداء فلم يجبه فلا صلاة له إلا من عذر قالوا : يا رسول الله، وما العذر ؟ قال : خوف أو مرض. (رواه ابو داود بإسناد صحيح) Barangsiapa mendengar azan solat dan tidak memenuhinya maka solatnya tidak sah kecuali kerana ada uzur. Apakah uzur itu ya Rasulullah ?. Tanya para sahabat. Baginda menjawab : Takut atau sakit. (Hadis Abu Daud dengan Isnad yang sahih) 7. Orang yang tidak mendengar seruan azan (النداء) (beserta syarat) الجمعة على كل من سمع النداء Solat jumaat wajib ke atas sesiapa yang mendengar seruan azan (Hadis Abu Daud) 4.3 Hujjah golongan ini yang berpegang kepada kitab Siyar al-Salikin
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
10 Jun, 2010
Nombor Rujukan: 
MNPK.A351.1ST/01/7 JLD 2;PU.Pk.07/2001
Akta/Enakmen: 
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004

Ajaran Cahaya Qursani

Tarikh Keputusan: 
6 Nov, 2008
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 6 November 2008M bersamaan 8 Zulkaedah 1429H kali 179 memutuskan bahawa : 'Amalan dan kepercayaan dalam ajaran Cahaya Qursani adalah sesat dan menyeleweng dari Ajaran Islam yang sebenar. Umat Islam diharamkan untuk beramal dan beriktikad dengan kepercayaan tersebut. Sesiapa sahaja yang mengamalkan dan beriktikad dengan ajaran ini adalah melakukan kesalahan dan boleh didakwa di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak. Oleh itu mana-mana pengikut dan orang Islam yang mengamalkan dan beriktikad seperti itu adalah sesat dan wajib bertaubat.'
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
10 Jun, 2010
Nombor Rujukan: 
MNPK.A351.1ST/01/7 JLD 2;PU.Pk.07/2001
Akta/Enakmen: 
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

Harta Waqaf Khas Masjid Melayu Taiping

Tarikh Keputusan: 
17 Dec, 2003
Huraian Tajuk/Isu: 
2.1 Terdapat banyak harta yang telah diwaqafkan khas untuk Masjid Melayu Taiping yang terdiri daripada berikut : a) Lot 332 i. Bangunan Masjid Melayu Taiping ii. Tanah Perkuburan iii. Tanah Kosong disewa oleh Syarikat Hati Lurus b) Lot 332B i. Ada 5 kedai 2 tingkat yang disewa c) Lot 332C i. 7 kedai 2 tingkat dirobohkan, kini kosong ii. 3 kedai 2 tingkat masih disewa iii. 5 kedai 4 tingkat dibina oleh MAIP iv. Ada sebahagian lagi tanah kosong d) Lot 1807 i. 7 kedai 2 tingkat terbakar, kini kosong e) Lot 1805 i. 8 plat kedai dirobohkan, tanah kosong disewa Kolej City f) Lot 1811 g) Lot 1813 Tanah kosong disewa Kolej City h) Lot 1812 i. Disewa oleh MPT dirikan 10 gerai jual makanan ii. Tanah kosong disewa oleh FAMA i) Lot 2436 i. 3 kedai 2 tingkat terbakar, kini disewa Asia Motor ii. 7 kedai 2 tingkat masih ada penyewa j) Lot 2438 hingga 2449 ada 12 kedai 3 tingkat masih ada penyewa k) Lot 2450 hingga 2452 ada 1 kedai dan tanah kosong, ada penyewa l) Lot 2453 i. Tanah kosong disewa oleh sebuah syarikat m) No. 157 Jalan Birch, Taiping n) No. 400 Jalan Tupai, Taipng 2.2 Pemegang Amanah Harta Waqaf Khas Masjid Melayu Taiping telah dipindah milik atas nama Pemegang Amanah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak pada 14 Oktober 1992 dan Masjid Daerah Taiping diberi kuasa mentadbir sebahagian harta waqaf berkenaan. 2.3 Masjid Melayu Taiping masih aktif dan berfungsi sebagai sebuah masjid dan memerlukan perbelanjaan penyelenggaraan seperti pembayaran bil-bil utility dan pembiayaan aktiviti -aktiviti yang dijalankan oleh pihak Masjid. 2.3 Satu keputusan fatwa amat diperlukan untuk menjelaskan samada perolehan dari harta-harta waqaf khas berkenaan harus digunakan untuk tujuan selain dari yang diniatkan atau Masjid Melayu Taiping masih mempunyai hak terhadap harta-harta waqaf khas berkenaan agar perbelanjaannya tidak menyalahi hukum syara'. 2.4 Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah bermesyuarat pada 23 Syawal 1424 bersamaan 17 Disember 2003 kali ke 161 telah membincang meneliti dan membahas perkara berkenaan .
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perak kali ke 161 yang bersidang pada hari ini 23 Syawal 1424 bersamaan 17 Disember 2003 telah membuat keputusan bahawa segala perolehan harta waqaf khas Masjid Melayu Taiping hendaklah dibelanjakan untuk tujuan waqaf berkenaan dan tidak boleh dipindahkan untuk tujuan lain selama mana mauquf a'laih iaitu Masjid Melayu Taiping masih ada dan mesyuarat juga bersetuju bahawa harus hukumnya bangunan masjid yang berusia 100 tahun diletakkan di bawah tujuan pemuliharaan muzium dalam keadaan fungsi masjid dan kehormatan masjid dijamin untuk dijaga.
Keterangan/Hujah: 
3.1 Syarat supaya suatu wakaf khas tersebut dianggap sah ialah : "Wakaf tersebut mestilah tidak bertujuan jahat atau berbentuk maksiat kerana ia hanya membantu penerima melakukan dan mengekalkan maksiatnya. Wakaf disyaratkan untuk mendekatkan diri dengan Allah". (Fiqh al Manhaji bil. 5) 3.2 Apabila wakaf telah terjadi maka tidak boleh dijual, dihibahkan dan diperlakukan dengan sesuatu yang menghilangkan kewakafannya. Seperti hadith Rasulullah SAW yang disebutkan dalam hadis Ibnu Umar : أصاب عمر أرضا بخيبر فأتى النبى صلى الله عليه وسلم يستأمره فيها فقال يا رسول الله إني أصَبْتُ أرضا بخيبر لم أصب مالا قَطُّ هو أنْفَسُ عندي منه فما تأمرني به قال إن شِئْتَ حبست أصلها وتصدقت بها قال فتصدق بها عمر أنه لا يباع أصلها ولا يبتاع ولا يورث ولا يوهب قال فتصدق عمر فى الفقراء وفى القربى وفى الرقاب وفى سبيل الله وابن السبيل والضيف لا جناح على من وليها أن يأكل منها بالمعروف أو يُطْعَمَ صديقا غير مُتَمَوِّلٍ فيه. Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata: Umar ra. mendapat sebidang tanah di Khaibar kemudian ia menghadap Nabi saw. untuk meminta petunjuk tentang pemanfaatannya. Umar berkata: Wahai Rasulullah, saya mendapat sebidang tanah di Khaibar yang belum pernah saya dapatkan harta lain yang lebih berharga darinya. Apa saran engkau tentang hal ini? Beliau bersabda: Jika kamu suka, kamu bisa mewakafkan asetnya dan bersedekah dengan hasilnya. Maka Umar bersedekah dengan hasilnya atas dasar asetnya tidak boleh dijual, dibeli, diwarisi atau dihibahkan. Umar bersedekah kepada fakir-miskin, kerabat, untuk memerdekakan budak, jihad di jalan Allah, ibnu sabil serta tamu. Tidak dosa bagi orang yang mengurusnya memakan sebagian hasilnya dengan cara yang baik atau untuk memberi makan seorang teman tanpa meny (HR Muslim) 3.3 فصل : وتصرف الغلة على شرط الواقف من الأثرة والتسوية والتفضيل والتقديم والتأخير والجمع والترتيب وإدخال من شاء بصفة وإخراجه بصفة, لان الصحابة رضى الله عنهم وقفوا وكتبوا شروطهم. Fasal : Pengelolaan hasil wakaf hendaklah mengikut syarat (janji) orang yang memberi wakaf, mengenai pengkhususannya, atau menyamakan, atau melebihkan yang satu atas yang lain, mendahulukan dan mengakhirkan, atau bersama-sama atau berurutan, atau mengeluarkannya dengan sifat tertentu. Kerana para sahabat memberikan wakaf dan mereka menulis syarat-syaratnya. (Al Muhazzab, Juz 1, ms 620) 4. PERBINCANGAN HUJJAH 4.1 Syarat-syarat sah waqaf dari aspek tujuan waqaf dan dari aspek pihak yang diwaqafkan kepadanya telah dipenuhi . 4.2 Tujuan waqaf berkenaan adalah bukan tujuan maksiat malah bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan status waqaf berkenaan adalah dikhususkan untuk kemaslahatan Masjid Melayu Taiping. 4.3 Pihak yang diwaqafkan kepadanya iaitu Masjid Melayu Taiping masih wujud dan masih berfungsi sebagai sebuah masjid maka berkewajipan pihak yang menerima amanah waqaf berkenaan menyempurnakan niat orang-orang yang berwaqaf itu lebih-lebih lagi status waqaf itu adalah waqaf khusus.
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
1 Jan, 1970

Penyiaran Lagu Kristian Berbahasa Melayu Di Media Massa

Tarikh Keputusan: 
30 Apr, 2009
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 5 Jamadilawal 1430H bersamaan 30 April 2009M kali 180 setelah meneliti, membahas dan membincang isi kandungan lagu yang bertajuk Allah Peduli dan Yesus Kekuatanku yang di nyanyikan oleh Agnes Monica bersetuju bahawa HARAM di nyanyikan dan disiarkan dan boleh menjadikan syirik.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Nombor Rujukan: 
M.N.Pk A351.IST/05/09 J3

Fatwa Mengenai Penggunaan Kalimah Allah Hanya Merujuk Kepada Tuhan Yang Maha Esa Dalam Agama Islam Sahaja

Tarikh Keputusan: 
17 Jul, 2007
Keputusan: 
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004
 
FATWA MENGENAI PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH HANYA MERUJUK KEPADA TUHAN YANG MAHA ESA
DALAM AGAMA ISLAM SAHAJA
 
BAHAWASANYA Jawatankuasa Fatwa, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 27 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 [Enakmen 4 tahun 2004], telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini:
 
Dan bahawasanya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah memperkenankan penyiaran fatwa ini dalam warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini:
 

Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa Fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut:


(i) Penggunaan Kalimah Allah hanya dikhususkan kepada umat Islam;
 

(ii) Mana-mana penganut selain daripada penganut Agama Islam adalah dilarang daripada menggunakan Kalimah Allah untuk sebarang tujuan atau maksud;

(iii) Orang-orang yang bukan beragama Islam adalah dilarang daripada menggunakan Kalimah Allah dalam apa jua penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan sebagainya.

 

 
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
10 Jun, 2010
Nombor Rujukan: 
[MNPK.A351.IST/01/7 Jld.2; PU.Pk. 07/2001]
Akta/Enakmen: 
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004
Syndicate content