Perlis

Fatwa Tentang ESQ

Tarikh Keputusan: 
16 Nov, 2010
Keputusan: 
 
Setelah Jawatankuasa Fatwa bersidang beberapa kali di samping beberapa taklimat yang disampaikan oleh pelbagai sumber, mesyuarat kali ke-4/2010 pada Selasa 16/11/2010 telah mengambil keputusan berikut:
 
1. Umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati terhadap buku ESQ karangan Ary Ginanjar Agustian dan kursus-kursus latihan yang ada kaitan dengan buku berkenaan, kerana terdapat banyak istilah dan kenyataan yang mengelirukan dan boleh membawa kepada kecelaruan akidah.
 
2. Sebarang aktiviti berkaitan ESQ adalah dilarang daripada dijalankan di negeri Perlis.
 
* Keputusan Jawatankuasa ini telah diangkat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan telah diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 7 Disember 2010.
 
Sumber:
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Apakah pengertian Ahli al-Sunnah Wal Jamaah?

Keputusan: 

Pengertian Sunnah ialah Sunnah Rasulullah s.a.w., pengertian Jemaah ialah kumpulan Sahabat dan Tabien yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Mazhab-mazhab Fekah ialah aliran hukum Syarak yang sah didasarkan di atas tafsiran tertentu terhadap nas-nas Syarak oleh ulama Mujtahidin mengikut kaedah Istinbat yang muktabar. Majlis tidak terikat kepada mana-mana satu mazhab tertentu. Di dalam Mazhab mana pun yang jelas dan nyata pendapat mereka itu dari kitab Allah atau Sunnah Rasulnya atau Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. maka Majlis sedia menerima dan beramal dengannya. Adapun Mazhab-mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali pada pandangan rasmi Majlis adalah terhitung di dalam Mazhab-mazhab yang muktabar yang tergolong di dalam istilah Ahli Sunnah Wal Jemaah. Majlis Agama Islam Perlis memang berpandukan kepada Mazhab itu dan mengambil pendapat-pendapat mereka yang ada alasan daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. Pengertian ini berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah

Keterangan/Hujah: 
DALIL-DALIL DARIPADA AL-QURAN:-

1. Firman Allah S.W.T. dalam Surah at-Taubah ayat 100:

 
 
Maksudnya: "Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah memberi bantuan) darikalangan orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar."

2. Firman Allah S.W.T. di dalam Surah al-An"am ayat 153:

 
 
 

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (Agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai beraikah kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.

DALIL-DALIL DARIPADA AL-HADIS

1. Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: Dari Sariah ( ) r.a. berkata: Sabda Rasulullah s.a.w.: Aku berwasiat kepada kamu dengan takutkan Allah Taala dan mendengar ajaran dan bertaat akan pemerintah walaupun hamba Habsyi, maka sesungguhnya mereka yang panjang umurnya hidup ia hingga kemudian daripada aku, tentu lihat ia akan bersalah-salahan yang banyak, ketika itu lazimlah kamu berpegang sunah aku dan sunah segala Khalifah-khalifah yang menunjuk mereka itu akan jalan yang sebenar, perpeganglah kamu dengannya dan gigitlah kamu akan dia dengan geraham kamu, maknanya berpegang teguh dan jauhkan kamu dari perkara-perkara yang dibaharukan (yang bukan daripada sunah nabi), maka bahawasanya tiap-tiap yang bukan sunah nabi itu bid"ah dan tiap-tiap bid"ah itu sesat dan tiap-tiap sesaat itu di dalam neraka. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

2. Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: Dari Ibnu Mas"ud r.a. Sabda Rasulullah s.a.w.: Sebaik-baik manusia ialah kurunku (Zaman Nabi) kemudian zaman mereka yang datang sesudahnya (zaman Sahabat) kemudian zaman mereka yang sesudahnya (zaman Tabien) dan sesudah itu datanglah zaman orang yang suka memperlambangkan kebohongan dan janganlah kamu bergantung kepada perkataan dan perbuatan mereka. (Hadis Riwayat at-Tabrani)

Dalam menimbang untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis berpandukan Fatwanya itu atas dasar-dasar yang di bawah ini mengikut keutamaan seperti berikut:

1. Al-Quran al-Karim.
2. Hadis Sahih.
3. Ijma"Sahabat.
4. Fatwa Sahabat yang lebih hampir kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
5. Hadis Mursal dan Daif.
6. Qiyas ketika darurat.
7. Mashalih al-Mursalah.
8. Saddu Zarai".
9. Istihsan dan Istishab.
10. U"ruf.
11. Qawaid Fiqhiah.

 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Pinjaman Yang Dianggap Riba

Keputusan: 
  Jawatankuasa memberi pandangan dan keputusan seperti berikut:
  1. Pinjaman itu dikenakan faedah tetap.  
  2. Kadar bayaran 6% bukanlah bayaran perkhidmatan tetapi melebihi bayaran perkhidmatan dan yang lebih adalah riba.  
  3. Sekiranya Koperasi ini mengamalkan pinjam-meminjam untuk kepentingan ahli dengan mengenakan kadar yang munasabah sebagai bayaran perkhidmatan tanpa ada timbal balik keuntungan kepada syarikat, malah semata-mata untuk menolong, maka pinjaman berbentuk ini adalah harus.
     
  •  
  • Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan

    Hukum Pelaburan Internet Dan Skim Cepat Kaya

    Tarikh Keputusan: 
    30 Apr, 2007
    Keputusan: 
      Pada 30 April 2007, setelah meneliti dan membahaskan secara teliti mengenai Hukum Pelaburan Internet, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:
    1. Akad melalui internet adalah sah sekiranya menepati syarat-syarat jual beli dan pelaburan yang ditetapkan oleh Islam
    2. Sebarang pelaburan melalui internet yang mempunyai ciri-ciri berikut adalah haram, ciri-cirinya adalah: i-   Menetapkan kadar peratusan pulangan ii-  Menjamin modal dari sebarang kerugian adalah tidak sah akadnya dan semua pulangannya adalah riba" yang haram Justeru, semua jenis pelaburan yang mempunyai ciri yang disebutkan diatas sama ada melalui internet atau tidak, adalah diharamkan oleh Islam atas sebab-sebab riba' dan gharar
    3. Beberapa contoh jenis pelaburan ini adalah ABB Fund, Winli Fund, Dana Futures, Arabic Fund, Buy Ebarrel, dan lain-lain yang sepertinya.
    4. Mesyuarat menasihatkan orang Islam agar merujuk kepada Jabatan Pasaran Modal Islam Suruhanjaya Sekuriti bagi mendapatkan senarai pelaburan Islam yang halal
    Mesyuarat turut membuat keputusan bahawa sebarang skim yang menawarkan pulangan mudah tanpa sebarang usaha atau cepat kaya adalah haram. Antara ciri-ciri mengenalpasti skim ini adalah:
    1. Menawarkan pulangan tertentu dan tetap dalam masa tertentu tanpa melakukan sebarang kerja yang setimpal
    2. Tiada penjualan barang yang sebenar
    3. Mempromosikan komisyen dan sistem kaki lebih utama dari menjual produk sebenar
     
    Keterangan/Hujah: 
     
    Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan

    Hukum Selawat Syifa

    Tarikh Keputusan: 
    29 Jan, 2007
    Keputusan: 
     
    Pada 29 Januari 2007, setelah meneliti dan membahaskan secara teliti mengenai selawat syifa", Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:

    Selawat adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh syarak, namun selawat syifa" yang diamalkan oleh sebahagian anggota masyarakat telah didapati tidak bersumberkan daripada apa-apa sumber Islam yang muktabar iaitu nas-nas al-Quran atau as-Sunnah. Bahkan kandungan selawat ini amat mengelirukan dan bercanggah dengan prinsip-prinsip aqidah Islam kerana memberikan unsur-unsur ketuhanan kepada baginda ar-Rasul saw. Adapun andaian-andaian sesetengah pihak dalam membela maksud selawat tersebut tidak dapat diterima dari segi ilmiahnya

    Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan

    Adakah Semua Jenis Cerai Taklik Menjatuhkan Talak dan Adakah Ia Boleh Ditarik Balik?

    Tarikh Keputusan: 
    1 Jan, 1999
    Keputusan: 

    Semua jenis cerai taklik adalah sah dan jatuhlah talak apabila berlaku perkara yang ditaklikkan tersebut dan semua jenis cerai taklik tidak boleh ditarik balik.
    Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan

    Adakah Boleh Bagi Seseorang Untuk Menghibahkan Hartanya Kepada Ahli-Ahli Waris Semasa Dia Hidup Dan Berkeadaan Sihat?

    Tarikh Keputusan: 
    1 Jan, 1999
    Keputusan: 
    Harus bagi seseorang ketika masih hidup dan sihat untuk menghibahkan sebahagian hartanya atau kesemuanya kepada mana-mana orang yang disukainya dan tidak ada pihak yang boleh menghalangnya berbuat demikian kecuali kalau dia seorang yang mahjur iaitu orang yang ditahan untuk berurusan dengan hartanya seperti muflis, cacat akal dan seumpamanya. Namun demikian, syarak memberikan panduan untuk melaksanakan hibah hendaklah seboleh-bolehnya berlaku adil kepada kaum keluarganya berdasarkan hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh al Bukhari. Yang bermaksud: 'Bertaqwalah kepada Allah dan berlaku adillah kamu kepada anak-anak kamu'.
    Keterangan/Hujah: 
    Takrif Hibah "Aqad yang membawa pemiliknya, tanpa tukaran (bayaran), semasa hidup, dan dengan cara sukarela". Dalil-dalil Masru"iyah Hibah (i) Firman Allah: Yang bermaksud: "Dan dia memberikan hartanya dengan sukarela kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin dan orang bermusafir". Ayat ini menunjukkan pujian Allah swt kepada orang yang menafkahkan harta dengan sukarela kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan sebagainya. Ini bermakna bahawa pemberian harta adalah suatu yang digalakkan dalam syariat Islam. (ii) Firman Allah: Yang bermaksud: "Jika mereka dengan sukahati memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwin mereka, makanlah (ambillah) sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya" (Surah al Nisaa" ayat 4). Ayat ini menyatakan tentang harus bagi isteri untuk menghibahkan mas kahwin yang diterimanya kepada suaminya dan suami boleh menerimanya. Mafhum muwafaqah dari ayat ini menunjukkan bahawa pemberian adalah suatu yang terpuji dan diberi ganjaran di sisi Allah swt. Rukun Hibah 1) Ijab -Pengakuan memberi 2) Qabul -Pengakuan menerima 3) Qabdhu-Terima Syarat-syarat Hibah 1) Pemberi adalah seorang yang harus berurusan dengan hartanya (Berakal, baligh merdeka dan tidak mahjur). 2) Pemberian dengan cara sukarela dan tidak dipaksa. 3) Harta pemberian adalah sah dijualbeli. 4) Pemberian tanpa tukaran (bayaran) 5) Penerima adalah orang yang harus memiliki harta. 6) Penerima bersetuju menerima pemberian itu atau walinya menerima bagi pihaknya. 7) Pemberian dilakukan dengan terus (tanp;a syarat). 8) Pemberian tidak ditentukan tempoh masa. Pemberian/Hibah Kepada Anak-Anak Jumhur ulama" berpendapat bahawa sunat bagi seseorang jika dia menghibahkan harta kepada anak-anak, hendaklah dibuat secara sama rata dan makruh membezakan antara mereka ketika dia sihat, kecuali ada sebab-sebab tertentu seperti anak yang banyak tanggungan, yang sakit, banyak hutang, menuntut ilmu dan sebagainya. Walaubagaimanapun, harus juga menghibahkan harta berdasarkan pembahagian faraid. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah saw.: Yang bermaksud: "Samakanlah pemberian antara anak-anak kamu dan sekiranya aku ingin melebihkan, nescaya aku akan lebihkan wanita daripada lelaki." (Hadis riwayat Said bin Mansor dengan Sanad Hassan) Sabda Rasulullah saw. Lagi: Yang bermaksud: "Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan berlaku adillah antara anak-anak kamu". (Hadis riwayat al Bukhari) Para ulamak Hanabilah menyatakan bahawa maksud penyamaan dan adil di dalam hadis ini ialah pemberian mengikut kaedah faraid (Pembahagian pusaka). Wallahu A"alam.
    Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan

    Kaedah Penggunaan Wang Zakat Berlebihan

    Tarikh Keputusan: 
    11 May, 1988
    Keputusan: 
    Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis telah membuat keputusan seperti berikut: i) Sekiranya peruntukan untuk sesuatu asnaf telah diagihkan dengan sebaik mungkin tetapi masih berbaki, maka baki tersebut hendaklah dibawa ke hadapan. ii) Menaikan kadar pemberian kepada asnaf khususnya asnaf fakir, miskin dan fisabilillah. iii) Meluaskan konsep asnaf fisabilillah dengan meningkatkan kadar bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat, guru al-Quran dan sebagainya. iv) Peruntukan untuk asnaf fakir dan miskin perlu diagihkan dan diurus dengan lebih berkesan dan sistematik serta mendatangkan faedah jangka panjang kepada mereka untuk membantu mereka meningkatkan taraf hidup mereka seperti mendirikan kilang perusahaan yang membabitkan fakir dan miskin, dan memberi pulangan kepada mereka untuk mendapat faedah sepenuhnya daripada program tersebut.
    Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan

    Zakat Perniagaan Saham Dan Kaedah Perlaksanaannya

    Tarikh Keputusan: 
    11 May, 1988
    Keputusan: 
    Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis telah membuat keputusan seperti berikut:
    1. Bahawa kegiatan jualbeli saham adalah perniagaan.
    2. Saham yang dimiliki dari mana-mana syarikat perniagaan yang halal serta genap haulnya, maka wajiblah ke atas pemiliknya mengeluarkan zakat perniagaan sekiranya syarikat berkenaan tidak mengeluarkan zakat bagi pihak pemilik saham tersebut.
    3. Mana-mana pihak yang terlibat dalam perniagaan menjual beli saham yang halal dan mencukupi nisab serta genap haulnya, makan wajiblah ke atasnya mengeluarkan zakat perniagaan.
    Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan

    Hukum Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perlis

    Tarikh Keputusan: 
    11 May, 1988
    Keputusan: 
    Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis telah membuat keputusan seperti berikut: Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini bersetuju sebulat suara memutuskan bahawa majlis perujian tilawah al-Quran seperti yang ada diadakan sekarang hendaklah diberhentikan. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) tidak patut mengambil bahagian untuk tujuan tersebut demi menjaga nama baik MAIPs dan JAIPs dari tohmahan masyarakat. Oleh yang demikian Kerajaan Negeri Perlis tidak dibolehkan menghantar wakilnya menyertai Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan. Cadangan program gantian untuk majlis perujian tilawah al-Quran adalah seperti berikut:
    1. Mengadakan seminar memahami dan menghayati al-Quran dengan melibatkan para alim ulama" tempatan dan luar negara.
    2. Menyediakan sebuah institusi pengajian al-Quran yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan pembelajaran dan memperkemaskan institusi al-Quran yang ada di negeri ini seperti maahad tahfiz al-quran dan lain-lain.
    3. Memberi biasiswa kepada para pelajar dan tenaga pengajar yang ada untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bagi melahirkan lebih ramai para ulama" yang mahir di bidang al-Quran.
    4. Membiayai dan mempelopori projek tafsir terkini dengan melibatkan para alim ulama" dan pakar-pakar dalam dan luar negara.
    5. Membiayai dan mempelopori kajian saintifik al-Quran.
    6. Membiayai dan mempelopori projek mengkomputerkan al-quran atau tafsirnya dan cabang-cabang ilmu lain yang bersangkut paut dengan al-Quran.
    7. Memperkenalkan skim galakan menghafaz al-Quran kepada seluruh rakyat negeri Perlis seperti yang telah diperkenalkan oleh beberapa buah negeri di Malaysia.
    8. Membiayai dan mempelopori projek "karaoke" al Quran.
    9. Menganjurkan kuiz al-Quran di pelbagai peringkat meliputi pra sekolah, sekolah rendah dan menengah dan institusi pengajian tinggi.
    Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan

    Nasyid Selingan Di Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan

    Tarikh Keputusan: 
    11 May, 1988
    Keputusan: 
    Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis telah membuat keputusan seperti berikut: Nasyid mengikut Islam pada dasarnya adalah harus jika sekiranya tidak diiringi oleh bunyi-bunyian yang diharamkan, disamping ianya mengandungi senikata yang baik lagi benar membawa kebaikan kepada individu muslim dan masyarakat.
    Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan

    Masalah Wanita Yang Memeluk Agama Islam Telah Kembali Asal Dan Namanya Ditukar Kepada Nama Asalnya

    Tarikh Keputusan: 
    11 May, 1988
    Keputusan: 
    Hukum wanita ini adalah murtad dan hendaklah disuruh Istitab (taubat dalam masa tiga hari) dan jika masih juga tidak berbuat demikian, mengikut hukum Islam hendaklah dibunuh, tetapi kerana undang-undang Islam tidak dijalankan sepenuhnya di negara ini maka ianya tidak boleh dijalankan. Mengikut pendapat Imam Abu Hanifah orang itu hendaklah dipenjarakan hingga mati. Manakala masalah nama pula, jika telah keluar Islam, maka hilanglah tanggungjawab Islam pada perkara ini.
    Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan

    Adakah Wang KWSP Wajib Dikeluarkan Zakat

    Keputusan: 
    Wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang berkuatkuasa sekarang ini tidak diwajibkan zakat ke atas pencarumannya kerana wang tersebut bukan milik sempurna bagi pencarum seperti yang dijelaskan oleh wakil KWSP Encik Roslan bin Putih dalam perbincangan dengan ahli-ahli Jawatankuasa Syariah pada 22 Jamadil Awam 1411 bersamaan 1 disember 1990. Oleh kerana jumlah wang tersimpan dalam KWSP adalah melebihi nisab dan mencukupi haul maka ianya tetaplah wajib zakat. Oleh itu Jawatankuasa Syariah berpendapat pihak KWSP bertanggungjawab mengeluarkan zakat bagi pihak pencarum-pencarum Islam sepertimana yang diamalkan oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji.
    Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan

    Pertukaran Cuti Hujung Minggu Dari Hari Jumaat Ke Hari Ahad

    Tarikh Keputusan: 
    11 May, 1988
    Keputusan: 
    Islam tidak mewajibkan cuti pada mana-mana hari pun dalam seminggu, oleh kerana keadaan dan suasana masyarakat pada hari ini memerlukan cuti rehat dalam seminggu, maka bolehlah dipilih hari tertentu untuk dijadikan cuti mingguan, namun begitu, hari cuti tersebut tidak boleh mengikut kebiasaan masyarakat Kristian yang bercuti pada hari Ahad dan merupakan hari penganutnya pergi ke gereja. Adalah wajar diteruskan cuti mingguan pada hari Jumaat seperti yang menjadi tradisi dan adat resam Melayu di Negeri Perlis. Masyarakat Islam Perlis telah biasa dan sebati bercuti pada hari Jumaat dan menjadikannya sebagai hari bekerja menimbulkan banyak keburukan dan kesulitan seperti bagi pekerja kilang dan pelajar sekolah yang tidak dapat hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Sementara tindakan menjadikan Hari Ahad sebagai hari cuti mingguan adalah tindakan membesarkan hari tersebut sebagaimana penganut Kristian membesarkannya. Dengan berbuat demikian kita telahpun mengikut jalan dan jejak langkah mereka. Sedangkan rasulullah saw bersabda: Maksudnya: Sesiapa yang menyerupai atau mencontohi cara hidup sesuatu kaum (bukan Islam) maka dia tergolong dari kalangan mereka. Oleh itu, Jawatankuasa Syariah bersetuju sebulat suara bahawa cuti mingguan dikekalkan pada hari Jumaat, Jawatankuasa Syariah juga bersetuju sebulat suara mendesak Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan isu itu.
    Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan

    Permohonan Zakat Kepada Pemohon Luar Negeri Perlis

    Tarikh Keputusan: 
    11 May, 1988
    Keputusan: 
    Wang zakat bagi sesebuah negeri hendaklah dibelanjakan mengikut asnaf yang lapan kepada orang-orang yang berhak di negeri yang tersebut itu, berdasarkan kepada hadis Rasulullah saw: Yang bermaksud: Diambil harta-harta itu daripada orang-orang yang kaya di kalangan mereka dan diberikan pula kepada golongan-golongan yang miskin di kalangan mereka. Hadis ini memberi pengertian bahawasanya yang berhak mendapat wang zakat adalah daripada golongan asnaf di dalam negeri tersebut sahaja. Adapun jika sekiranya selepas diberikan wang zakat itu kepada asnafnya kepada orang-orang di negeri tersebut tetapi masih mempunyai lebihan wang zakat yang nyata. Maka barulah boleh difikirkan ke arah memberikan wang zakat itu kepada asnaf yang lapan juga, kepada yang di luar negeri.  
    Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan

    Fatwa Dam Umrah Untuk Haji Tamattu' Yang Dikerjakan Berulang-Ulang

    Tarikh Keputusan: 
    14 Nov, 2000
    Keputusan: 
    Dam yang dikenakan ke atas orang yang mengerjakan Haji Tamattu' ialah satu sahaja, yang boleh dibayar sebelum selesai mengerjakan haji atau selepasnya. Adapun umrah yang dikerjakan berulang-ulang kali selepas umrah wajib. Bagi Haji Tamattu' tidak dikenakan Dam di atas pekerjaan itu kecuali kalau ia melanggar perkara-perkara yang dilarang semasa mengerjakan umrah itu, maka barulah dikenakan Dam.
    Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan

    Hukum Fidyah Sembahayang Dan Puasa

    Tarikh Keputusan: 
    2 Oct, 1974
    Keputusan: 
    Di dalam sembahyang tidak ada fidyah kerana sabda Rasulullah saw yang bermaksud: 'Tinggal sembahyang dengan sengaja itu tidak ada jalan untuk menebusnya melainkan bertaubat Nasuha'.   Adapun fidyah puasa adalah seperti yang tersebut di dalam ayat 184 surah al-Baqarah yang bermaksud: 'Barangsiapa keberatan ke atas dirinya berpuasa maka hendaklah ia memberi fidyah dengan cara memberi makan seorang miskin (bagi tiap-tiap sehari yang ditinggalkannya)'.
    Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan

    Hukum Bacaan Doa Di Tugu Peringatan

    Tarikh Keputusan: 
    2 Oct, 1974
    Keputusan: 
    Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syarak dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud: 'Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi dan al-ansab dan najis daripada amalan syaitan, maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya muka-muka kamu bercahaya'. Keterangannya: 'Al-Ansab' maknanya batu orang-orang Jahiliyah sembelih Qurban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah kepada ibadat, berdoa di batu Tugu Peringatan sama seperti orang-orang Jahiliyah beribadat di al-ansab yang dimaksudkan dalam ayat 90 itu.
    Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan

    Hukum Mendirikan Sembahayang Jumaat Oleh Pengakap Di Tanah Lapang

    Keputusan: 
    Keputusan Jawatankuasa Syariah memutuskan tidak harus didirikan sembahyang Jumaat di tanah lapang di dalam sebuah Qaryah jika ada masjid didirikan di situ.
    Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan

    Kedudukan Sara Nafkah Selepas Perceraian

    Tarikh Keputusan: 
    9 Sep, 1968
    Huraian Tajuk/Isu: 
    Kedudukan sara nafkah isteri dan anak-anak setelah diberikan oleh suami dengan desakan isteri serta membuat pengakuan di hadapan kadi yang ianya tidak akan menuntut sara nafkah yang wajib bagi suaminya.
    Keputusan: 
    Keputusan Jawatankuasa Syariah adalah seperti berikut: (1) Kewajipan sara nafkah tidak gugur jika didapati perceraian bersabit di sisi Kadi, kezaliman ke atas isteri. (2) Perceraian di hukum (talak raj'ie) jika bersabit di sisi Kadi talaknya dengan keikhlasan tidak menindas.  
    Status Penwartaan: 
    Tidak Diwartakan
    Syndicate content