Ya

Muzakarah Putuskan Vape Haram

Ikon: 
Tarikh: 
21 Dec, 2015
Lokasi: 
Hotel sama-Sama KLIA
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 21 Disember 2015 telah memutuskan bahawa hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram. Pandangan hukum oleh Muzakarah ini dimaklumkan oleh Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dato' Dr Abdul Shukor Haji Husin pada sidang media selepas Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia di Hotel Sama-Sama KLIA.
 
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 21 Disember 2015 telah memutuskan bahawa hukum penggunaan rokok elektronik dan vape adalah haram.

JAKIM Merintis Program Latihan Sangkutan Di Akademi Fiqh Islam Antarabangsa (IIFA)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menghantar dua (2) pegawai sebagai perintis Program Latihan Sangkutan di Akademi Fiqh Islam Antarabangsa @ International Islamic Fiqh Academy (IIFA) di Jeddah, Arab Saudi pada 23 November 2015 hingga 03 Disember 2015.
 
 

JAKIM Sertai Ijtima Ulama Komisi Fatwa MUI Se-Indonesia

Pada 7 Jun 2015 hingga 10 Jun 2015, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dijemput bagi menyertai Ijtima Ulama Komisi Fatwa Majelis Ulama Undonesia (MUI) Se-Indonesia Kali Ke-5 yang telah di adakan di Pondok Pesantren At-Tauhidiyyah Cikura, Tegal, Jawa Tengah, Indonesia.
Pada 7 Jun 2015 hingga 10 Jun 2015, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah dijemput bagi menyertai Ijtima Ulama Komisi Fatwa Majelis Ulama Undonesia (MUI) Se-Indonesia Kali Ke-5 yang telah di adakan di Pondok Pesantren At-Tauhidiyyah Cikura, Tegal, Jawa Tengah, Indonesia.

Bengkel Semakan Sighah Pewartaan Fatwa

Ikon: 
Tarikh: 
2 Jun, 2015
Lokasi: 
Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan
Bengkel Semakan Sighah Pewartaan Fatwa yang telah didakan pada 2 – 4 Jun 2015 bertempat di Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Tuan Haji Mohamad Nordin Ibrahim.
Bengkel Semakan Sighah Pewartaan Fatwa yang telah didakan pada 2 – 4 Jun 2015 bertempat di Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Tuan Haji Mohamad Nordin Ibrahim.
 
Peserta Bengkel terdiri daripada Timbalan Mufti/Ketua Penolong Mufti/Pegawai Fatwa Jabatan-Jabatan Mufti dan Ketua Pendakwa Syarie/Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.

Gandingan Jabatan Mufti, JAIN dan JAKIM Gubal Sighah Fatwa Bagi Tujuan Penguatkuasaan

Ikon: 
Tarikh: 
2 Apr, 2015
Lokasi: 
RHR@UNITEN Hotel, Kajang, Selangor
Pada 31 Mac 2015 hingga 2 April 2015 telah berlangsung Bengkel Penggubalan Sighah Fatwa Bagi Tujuan Penguatkuasaan di RHR Hotel@UNITEN, Kajang, Selangor Darul Ehsan. Bengkel 2 hari ini telah dihadiri oleh peserta daripada Jabatan Mufti yang terdiri daripada Timbalan Mufti, Ketua Penolong Mufti dan Pegawai Fatwa.
 

Wacana Pendidikan Fatwa “ Pelaburan ASN dan ASB: Penjelasan Dari Aspek Syarak”

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama CIMB Bank Berhad telah menganjurkan Wacana Pendidikan Fatwa “Pelaburan ASN dan ASB: Penjelasan Dari Aspek Syarak” pada 18 Mac 2015 bertempat di Dewan Srivijaya CIMB, Menara Bumiputra Commerce, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
 
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Dalam Bidang Kefatwaan telah diadakan pada 25 November 2014M / 2 Safar 1436H (Selasa) bermula jam 12.00 bertempat di Dewan Datuk Mohd. Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Majlis tersebut disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim.  Majlis menandatangani memorandum persefahaman tersebut diadakan serentak dengan Majlis Perasmian Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Aqidah (SKPJA 2014)
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Dalam Bidang Kefatwaan telah diadakan pada 25 November 2014M / 2 Safar 1436H (Selasa) bermula jam 12.00 bertempat di Dewan Datuk Mohd. Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Majlis tersebut disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim.  Majlis menandatangani memorandum persefahaman tersebut diadakan serentak dengan Majlis Perasmian Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Aqidah (SKPJA 2014)
 

Multaqa’ Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia

Terengganu telah menjadi tuan rumah Multaqa’ Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa seluruh Malaysia dengan penyertaan 150 ulama’ terkenal di negara ini. Majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Fatwa dan Adat Melayu Terengganu (Mufti) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu telah diadakan pada 23-24 Oktober 2014 di TH Hotel & Convention Centre Terengganu.
 
Terengganu telah menjadi tuan rumah Multaqa’ Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa seluruh Malaysia dengan penyertaan 150 ulama’ terkenal di negara ini.

Majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Fatwa dan Adat Melayu Terengganu (Mufti) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu telah diadakan pada 23-24 Oktober 2014 di TH Hotel & Convention Centre Terengganu.

Langkawi- Bermula 15 hingga 17 September 2014, Mesyuarat Jawatan Kuasa Penyelarasan Pengurusan dan Pembangunan Fatwa kali ke-8  (JKPPF ke-8) telah bersidang dengan pembentangan Sembilan buah kertas kerja berbentuk cadangan, makluman dan laporan. Mesyuarat JKPPF yang dipengerusikan oleh Ybhg. Tuan Haji Nordin bin Ibrahim melibatkan beberapa pegawai kanan JAKIM dan Timbalan-timbalan Mufti serta Ketua Penolong Mufti seluruh Jabatan Mufti Negeri.
 
Langkawi- Bermula 15 hingga 17 September 2014, Mesyuarat Jawatan Kuasa Penyelarasan Pengurusan dan Pembangunan Fatwa kali ke-8  (JKPPF ke-8) telah bersidang dengan pembentangan Sembilan buah kertas kerja berbentuk cadangan, makluman dan laporan. Mesyuarat JKPPF yang dipengerusikan oleh Ybhg. Tuan Haji Nordin bin Ibrahim melibatkan beberapa pegawai kanan JAKIM dan Timbalan-timbalan Mufti serta Ketua Penolong Mufti seluruh Jabatan Mufti Negeri. Antara kertas-kertas kerja yang dibentangkan adalah;

Isu-Isu Kefatwaan Dalam Bidang Bioethics Diperhalusi Dalam Seminar Ulama Mabims

Seminar ini diadakan sebagai lanjutan kepada perbincangan Bioetika Dan Perundangan Islam Serantau yang telah diadakan pada Muzakarah Ulama MABIMS pada tahun 2012 yang lalu. Seminar Ulama MABIMS yang diadakan pada kali ini memfokuskan kepada permasalahan umum bioethics iaitu mengenai penghormatan nyawa manusia dan autonomi manusia dalam kebebasan memilih. Hasil daripada seminar kali ini suatu draf awal Rangka Kerja Bioetika Islam telah dapat dihasilkan dan akan dikemukakan pada Mesyuarat MABIMS akan datang untuk digunapakai dalam menghadapi isu-isu bioethics  yang banyak berkaitrapat dengan hukum Islam.
Bertempat di Holiday Inn Orchard City Centre Singapura pada 19 hingga 21 Mei 2014 telah berlangsung Seminar Ulama MABIMS 2014 yang dianjurkan oleh Negara Republik  Singapura. Seminar yang bertemakan “Melakar Rangka Kerja Bio-Etika Islam Senusantara” ini telah disertai oleh empat (4) anggota Negara MABIMS iaitu Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura. Seramai 40 orang peserta daripada keempat-empat buah Negara yang terdiri daripada pakar-pakar perubatan dan ahli-ahli agama menyertai seminar ini.
Syndicate content