Pulau Pinang

Masalah Jumlah Makmum Solat Masjid Ara Kuda, Butterworth.

Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau telah memutuskan seperti berikut :-
 
i. Menurut pandangan dhoif dalam Mazhab Syafie, syarat 40 orang adalah kekal tetapi tidak disyaratkan jemaah yang hadir adalah yang bermastautin sahaja. Oleh itu jemaah yang bermukim juga diambil kira dalam menentukan bilangan ahli Jumaat.
 
ii. Solat Jumaat pada 23 Julai 2010 yang lalu adalah sah mengikut hukum syarak kerana bilangan ahli Jumaat melebihi 40 orang termasuk mereka yang bermukim.
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Cadangan Penubuhan Qaryah Baru Di Daerah SPU.

Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :-
 
i. Mesyuarat bersetuju dengan penubuhan qaryah baru di Daerah Kepala Batas, SPU dengan syarat dikemukakan pelan persempadanan qaryah dalam mesyuarat yang akan datang.
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Kertas Cadangan Mengadakan Pasar Asnaf

Huraian Tajuk/Isu: 
 
Bagi tujuan promosi produk usahawan asnaf zakat dan meningkatkan pendapatan asnaf
zakat.
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :-
 
i .PUZ perlu menyediakan garis panduan had kifayah dan memberi latihan yang menyeluruh kepada para peserta.
 
ii. PUZ juga perlu memperluaskan kepada muallaf dan memastikan kategori yang betul bagi para pelajar.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Kertas Cadangan Untuk Melupuskan Batu Nisan dan Kaedah

Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :-
 
i. Pejabat Agama Butterworth dan Jawatankuasa Qaryah masjid hendaklah membuat iklan selama 3 bulan di masjid Kubang Buaya dan di kawasan-kawasan yang bersesuaian di dalam qaryah berkenaan serta membuat pengumuman pada hari Jumaat sepanjang tempoh berkenaan bagi memaklumkan kepada anak qaryah/waris si mati bagi menuntut batu-batu nisan tersebut.
 
ii. Jika tiada tuntutan daripada pihak waris-waris si mati, maka batu-batu nisan yang tercatat ayat-ayat al Quran hendaklah dihapuskan dan ditanam melebihi 7 kaki ke dalam tanah, di kawasan perkuburan berkenaan, manakala batu-batu nisan yang tiada ayat-ayat al Quran hendaklah dilupuskan dan ditanam bersama batu-batu nisan tersebut.
 

 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Status Masjid Lama Sungai Batu, Teluk Kumbar Di Atas Lot 739, Mukim 11, Daerah Barat Daya.

Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :-
 
i .Mesyuarat memutuskan masjid tersebut hendaklah dibaik pulih semula dan dijaga sebagai masjid yang telah diwakafkan.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Semakan Buku Subhana Maulid.

Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :-
 
i. Mesyuarat memutuskan bahawa penggunaan buku Subhana Maulid adalah dibolehkan dan tidak terdapat sebarang percanggahan dari sudut hukum syara’.
 
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Tempoh ’Iddah Bagi Perempuan Yang Dibuang Rahim.

Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :-
 
Mesyuarat memutuskan bahawa perempuan yang dibuang rahimnya ber’iddah selama 3 bulan mengambil kira kaedah perempuan yang telah putus asa daripada kedatangan haid.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Akta Pengambilan Balik Tanah 1960

Huraian Tajuk/Isu: 
 
Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 Ke Atas Tanah Wakaf Di Lot Pt 106, Mukim 15, Seberang Perai Selatan.
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :-
 
i. Jawatankuasa Fatwa memberi kelulusan berkaitan tindakan pengambilan balik tanah di bawah Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 ke atas tanah wakaf di Lot PT 106, Mukim 15, SPS bagi tujuan Projek Landasan Keretapi Berkembar Elektrik demi maslahah am.
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Rayuan Permohonan Kebenaran Bagi Memindah Kubur Lama Atas Lot 994, Mukim 11, Daerah Barat Daya

Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :-
 
i .Meluluskan pemindahan kubur lama atas Lot 994, Mukim 11, Daerah Barat Daya demi masalah am.
 
ii .Kos pembiayaan bagi pemindahan kubur-kubur berkenaan hendaklah ditanggung oleh pemilik tanah tersebut.
 
iii. Tanah bahagian Baitumal di atas Lot 994 tersebut, diserahkan kepada pihak MAINPP untuk membuat keputusan.
 
iv. Keputusan fatwa ini adalah mengikut kes tertentu sahaja (case by case) dan perlu diberi penjelasan kepada masyarakat supaya tidak dieksploitasikan isu tersebut.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Permohonan Untuk Meroboh Dan Membina Semula Masjid Jamek Lahar Tabut, Penaga, Seberang Perai Utara.

Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :-
 
i. Mesyuarat bersetuju memberi kebenaran untuk meroboh dan membina semula Masjid Jamek Lahar Tabut dengan syarat mengemukakan pelan perancangan pembinaan masjid baru kepada jawatankuasa ini terlebih dahulu bagi mendapat pandangan lanjut berkaitan pembinaan masjid baru kelak.
 
ii. Memberi kebenaran untuk menunaikan Solat Jumaat dan Solat Fardhu di tempat sementara iaitu di Sekolah Agama Rakyat Lahar Tabut sehingga masjid baru siap dibina.
 
iii. Perpindahan 5 buah kubur lama tidak boleh diputuskan lagi memandang pelan perancangan pembinaan masjid baru tidak disertakan dan dibentangkan di dalam mesyuarat ini.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 Ke Atas Wakaf

Huraian Tajuk/Isu: 
 
Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Akta pengambilan Balik Tanah 1960 Ke Atas Wakaf Di Lot-Lot Seperti Di Huraian Berikut :-
 
i..Lot 1218, Mukim 20, Seberang Perai Selatan.
ii.Lot 1217, Mukim 20, Seberang Perai Selatan.
iii.Lot 350, Mukim 20, Seberang Perai Selatan.
iv.Lot 614, Mukim 7, Seberang Perai Selatan.
v.Lot 615, Mukim 7, Seberang Perai Selatan.
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :-
 
i .Jawatankuasa Fatwa memberi kelulusan berkaitan tindakan pengambilan balik tanah dibawah Akta Pengambilan Tanah 1960 ke atas tanah-tanah wakaf di lot-lot berkenaan bagi tujuan Projek Landasan Keretapi Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar, demi maslahah am.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Cadangan Menggunakan Wang Pampasan Pengambilan Balik Tanah (Istibdal)

Huraian Tajuk/Isu: 
 
Adalah bertujuan bagi Membeli Tanah Lot 598 dan 599, Seksyen 2 Georgetown,
Daerah Timur Laut Untuk Dijadikan Tapak Tambahan Perkuburan Islam.
 
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :-
 
i. Mesyuarat bersetuju dan memberi kebenaran untuk melaksanakan istibdal tertakluk kepada syarat sebenar tanah wakaf yang hendak dijadikan istibdal tersebut.
 
ii. MAINPP perlu terlebih dahulu merujuk kepada syarat sebenar tanah wakaf berkaitan.
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Cadangan Untuk Meroboh Surau Bagan Lalang, Daerah Seberang Perai Utara.

Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :-
 
i. Mesyuarat bersetuju memberi kebenaran bagi meroboh Surau Bagan Lalang, Daerah Seberang Perai Utara yang terbiar dengan mengikut Garis Panduan Pelupusan Bahan Binaan Masjid dan Surau yang telah disediakan.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Status Wakaf Tanah Lot 1065 Mk.4 Seberang Perai Tengah.

Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :-
 
i. Tanah tersebut adalah Wakaf Am.
 
ii. MAINPP adalah sebagai pemegang amanah tunggal terhadap tanah wakaf tersebut dan tidak boleh dipertikaikan oleh pewaris.
 
iii. Mengikut kaedah "Sad al Zaraie", MAINPP sebagai pemegang amanah, boleh mencegah daripada berlaku sebarang penyelewengan.
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Akta pengambilan Balik Tanah 1960 Ke Atas Wakaf Di Lot-Lot Seperti Di Huraian Berikut

Huraian Tajuk/Isu: 
i.LOT 1712, MUKIM 1, SEBERANG PERAI UTARA
ii. LOT 2602, MUKIM 2, SEBERANG PERAI UTARA
iii. LOT 2941, MUKIM 2, SEBERANG PERAI UTARA
iv.LOT 3699, MUKIM 3, SEBERANG PERAI UTARA
v.LOT 2724, MUKIM 2, SEBERANG PERAI UTARA
vi.LOT 2792, MUKIM 3, SEBERANG PERAI UTARA.
 
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Ngeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :-
 
i. Jawatankuasa Fatwa memberi kelulusan berkaitan tindakan pengambilan balik tanah di bawah Akta Pengambilan balik tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 ke atas tanah-tanah wakaf di lot-lot berkenaan bagi tujuan Projek Landasan Keretapi Berkembar Elektrik Ipoh – Padang Besar, demi maslahah am.
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Permohonan Bagi Mendapatkan Status Faedah Perolehan Hasil Wakaf Atas Lot 2614, Mukim 12, Seberang Perai Utara.

Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :-
 
i. MAINPP dan Jawatankuasa qaryah masjid hendaklah mengadakan perbincangan lanjut bagi mendapatkan keputusan yang terbaik untuk manfaat semua pihak.
 
ii. Kedua-dua pihak juga perlu membuat keputusan dengan mengambil kira maslahah yang lebih besar bagi maksud faedah hasil wakaf tersebut.
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Memohon Pengiktirafan Persatuan Seni Silat Gayung Singa Berantai (PSSGSB).

Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :-
 
i. Mesyuarat mencadangkan permohonan pengiktirafan PSSGSB ini dibawa kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
 
ii. Kertas kerja perlu dihantar terlebih dahulu kepada Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi penelitian Panel Kajian Akidah.
 
iii .Keputusan ini dibuat kerana PSSGSB telah melibatkan banyak negeri di
Malaysia terutamanya di sekolah-sekolah.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Meroboh dan Membina Semula Bangunan Masjid Jamek Lahar Kepar, Kepala Batas

Huraian Tajuk/Isu: 
Permohonan Untuk Meroboh dan Membina Semula Bangunan Masjid Jamek Lahar Kepar, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut.
 
i. Mesyuarat bersetuju meluluskan Masjid Jamek Lahar Kepar dirobohkan dengan beberapa syarat seperti berikut : -
 
a) Pelan perancangan pembinaan masjid baru hendaklah dikemukakan kepada jawatankuasa ini terlebih dahulu bagi mendapat pandangan lanjut berkaitan pembinaan masjid baru.
 
b) Masjid baru perlu dibina dua tingkat dan jika dibina semula dengan keluasan yang sama jawatankuasa ini tidak membenarkan ia dirobohkan.
 
c) Pelan masjid baru hendaklah mengambil kira bertambahnya kapasiti para jemaah.
 
ii. Keputusan-keputusan lain akan dibuat kemudian apabila pelan pembinaan masjid baru di kemukakan kepada jawatankuasa ini kelak.
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Meroboh Dan Membina Semula Bangunan Masjid Jamek Kota Aur, Penaga, Seberang Perai Utara(SPU)

Huraian Tajuk/Isu: 
Permohonan Untuk Meroboh Dan Membina Semula Bangunan Masjid Jamek Kota Aur, Penaga, Seberang Perai Utara(SPU)
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut.
 
i .Mesyuarat bersetuju melulus dan membenarkan Masjid Jamek Kota Aur dirobohkan dan dibina semula di atas alasan-alasan berikut :-
 
a) Masjid sedia ada tidak dapat lagi menampung ahli jemaah untuk menunaikan solat dan perlu dirobohkan untuk tujuan pembesaran.
 
b) Laporan yang dikemukakan pihak JKR adalah satu alasan yang munasabah.
 
c) Peruntukan untuk pembinaan masjid baru telah ada.
 
ii. Masjid baru hendaklah dibina di atas tapak asal, di samping sebahagian tanah Lot 2654 yang telah dibuat pengambilan tanah oleh kerajaan Negeri pada 19 Julai 2006 lalu.
 
iii. Mesyuarat juga memutuskan pelan perancangan pembinaan masjid baru hendaklah dikemukakan kepada jawatankuasa ini terlebih dahulu bagi mendapat pandangan lanjut berkaitan pembinaan masjid baru kelak.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Permohonan Untuk Meroboh Dan Membina Semula Bangunan Masjid

Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut.
 
i.Mesyuarat bersetuju melulus dan membenarkan Masjid Jamek Kota Aur dirobohkan dan dibina semula di atas alasan-alasan berikut :-
 
a) Masjid sedia ada tidak dapat lagi menampung ahli jemaah untuk menunaikan solat dan perlu dirobohkan untuk tujuan pembesaran.
 
b) Laporan yang dikemukakan pihak JKR adalah satu alasan yang munasabah.
 
c) Peruntukan untuk pembinaan masjid baru telah ada.
 
ii.Masjid baru hendaklah dibina di atas tapak asal, di samping sebahagian tanah Lot 2654 yang telah dibuat pengambilan tanah oleh kerajaan Negeri pada 19 Julai 2006 lalu.
 
iii.Mesyuarat juga memutuskan pelan perancangan pembinaan masjid baru hendaklah dikemukakan kepada jawatankuasa ini terlebih dahulu bagi mendapat pandangan lanjut berkaitan pembinaan masjid baru kelak.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Syndicate content