Selangor

Masalah Berbuka Puasa Di Tempat Yang Tinggi

Tarikh Keputusan: 
19 Oct, 1986
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah menerima pertanyaan berkenaan dengan masalah berbuka puasa di tempat yang tinggi.
Keputusan: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah membincangkan permasalahan ini dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan mengambil keputusannya seperti berikut :

"Bahawa seseorang yang berpuasa itu apabila ia berbuka mestilah terbenamnya matahari. "

Keterangan/Hujah: 
Firman Allah :

Dari ayat ini jelaslah bahawa setiap orang yang berpuasa itu apabila ia berbuka mestilah yakin tenggelamnya matahari di tempat di mana ia berada samada di atas (dalam penerbangan atau lainnya) atau di bawah (di bumi).

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Cadangan Pembangunan Ke Atas Tanah Wakaf Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Secara Pajakan

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(FATWA) Negeri Selangor telah membuat keputusan bahawa pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak boleh menjual aset hasil pembangunan tanah wakaf melainkan hanya menjual bentuk-bentuk manfaat sahaja.
 
Keterangan/Hujah: 
 
i. Pihak MAIS boleh membangunkan tanah wakaf miliknya secara pajakan untuk membina rumah kediaman, rumah kedai dan sebagainya.

ii. Pihak MAIS telah diingatkan bahawa segala bentuk pembangunan ke atas tanah wakaf, miliknya secara pajakan tidak boleh dijual beli asetnya kepada pihak lain kerana bercanggah dengan konsep wakaf menurut Islam.

iii. Pihak MAIS boleh menjual manfaat dari asset-aset tersebut hasil daripada pembangunan tanah wakaf. Contoh, Pihak Pemaju Perumahan yang membangunkan tanah wakaf milik MAIS secara pajakan, tidak boleh menjual rumah tersebut kepada mana-mana pihak, tetapi hanya boleh disewakan.
 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Masalah Hukum Sabit Taklik Dan Fasakh Perempuan Yang Belum Tamkin Di Mahkamah Kadi Litar Selangor

Tarikh Keputusan: 
19 Dec, 1987
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah menerima pertanyaan daripada Mahkamah Syariah (Kadi Litar) yang bertanyakan berkenaan dengan masalah hukum sabit taklik dan fasakh perempuan yang belum tamkin.
 
Keputusan: 
 
" Seseorang isteri yang ditinggalkan oleh suaminya yang belum tamkin denganya dan tiada dapat sebarang berita di tinggalkan suaminya berada (ghaib), maka Kadi menurut qaul Mazhab Maliki bolehlah memfasakhkan, nikahnya kerana mengelakkan dari kemudharatan ke atas isteri.
Keterangan/Hujah: 
Sebagaimana Nasnya :

Ertinya :

Jika ghaib suami sebelum tamkin jika mengikut zahir pendapat mereka (Ulama" Fekah) bahawasanya tidak boleh difasakh.

Dari sini dapat difahamkan bahawasanya mengikut zahir pendapat mereka : masalah sedemikian tidak boleh difasakhkan tetapi (disebalik) yang zahirnya ada pula yang mengatakan boleh memfasakhkan kerana untuk mengelakkan si isteri daripada teraniaya selama-lamanya (kerana tidak mendapat nafkah dan tergantung selama-lamanya.

Ini disokong dengan pendapat Mazhab Maliki dengan nasnya

Ertinya :

Dan mengikut Mazhab Maliki R.A. - tidak ada perbezaannya di antara isteri yang sudah tamkin atau pun belum tamkin apabila tidak dapat nafkah dan telah berlalu masa untuk mencarinya, maka haruslah difasakhkan ".

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Solat Qasar Dan Jamak Zohor Dengan Asar Pada Hari Jumaat

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Kertas ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' untuk mendapat pertimbangan dan pandangan mengenai solat Qasar dan Jamak Zohor dengan Asar pada hari Jumaat.
Keputusan: 
 
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 29 April 1999 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut :

'Jawatankuasa Fatwa kali 1/99 memutuskan bahawa perkara ini merupakan hukum yang telah sedia ada'.

Keterangan/Hujah: 
LATAR BELAKANG

1. Solat Qasar adalah satu keringanan bagi orang yang bermusafir serta memenuhi syarat untuk melakukan solat Qasar. Orang yang bermusafir tidak diwajibkan solat Jumaat berdasarkan Hadith :

Maksudnya : Tidak diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir.

Jika orang yang tidak diwajibkan solat Jumaat menunaikan solat Jumaat bersama orang ramai (orang yang diwajibkan solat Jumaat), maka dikira sah solat itu dan tidak diharuskan solat fardhu zohor kerana mereka menanggung kesulitan sebagaimana juga orang musafir yang melakukan puasa, sedangkan orang yang bermusafir tidak diwajibkan berpuasa tetapi jika dia berpuasa maka puasanya dikira sah. Ini kerana setiap orang yang sah solat zohornya tetapi tidak diwajibkan solat Jumaat. Apabila ia menunaikan solat Jumaat, maka solatnya dikira sah mengikut ijma", sebab sah bagi orang yang tidak uzur, maka tentulah lebih sah bagi orang uzur.

2. Sehubungan dengan itu, berbagai pandangan ulama" dikemukakan. Antaranya :

Mazhab Hanafi


Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk bermukim atau tinggal selama 15 hari.

Mazhab Maliki

Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk bermukim atau tinggal selama 14 hari genap atau lebih, walaupun dengan adanya orang musafir itu tidak semestinya sah berjumaat (kerana orang musafir tidak dikira dalam bilangan Jemaah yang membolehkan sah solat Jumaat)

Mazhab Syafii

Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir yang berniat untuk tinggal di sesuatu tempat selama 4 hari dan musafir yang memulakan perjalanannya setelah terbit fajar subuh pada hari Jumaat. Tetapi sekiranya dimulakan perjalanan sebelum terbit fajar subuh maka tidak diwajibkan solat Jumaat

Mazhab Hanafi

Diwajibkan solat Jumaat ke atas musafir sekiranya ia berniat untuk tinggal selama 4 hari lebih ataupun musafir dengan tujuan maksiat. Ini bertujuan supaya maksiat tidak menjadi dasar kepada keringanan daripada kewajipan solat Jumaat atau kerana jarak antara tempat dia berada dengan tempat yang dilakukan solat sejauh satu fasakh atau kurang atau jarak jauh musafir itu kurang daripada jarak yang dibenarkan Qasar solat.

Rujukan : Fiqh dan Perundangan Islam (jilid II)

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Pertanyaan Perbicaraan Berkenaan Kes Zina Di Mahkamah Kadi Besar, Selangor

Tarikh Keputusan: 
15 Nov, 1986
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah menerima pertanyaan berkenaan perbicaraan berkenaan kes-kes zina di Mahkamah Kadi Besar.

Pertanyaan tersebut adalah seperti berikut :

"Mengapa Mahkamah Kadi Besar Selangor tidak membicarakan dan menghukum kesalahan berzina di bawah fasal 158 pecahan 3.

Keputusan: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membahaskan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar serta mengambil kira dari segi kuasa (Undang-Undang) dan hukum syara' adalah seperti berikut :

1. Malah mengikut peruntukkan perkara 158 (3) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor No. 3/1952 yang diberi kuasa kepada peruntukkan tersebut adalah perlu dilaksanakan.

2. Majlis Fatwa dalam hal ini adalah sependapat bahawa hukuman hudud adalah wajib dilaksanakan ke atas mereka yang didapati bersalah, tetapi oleh kerana berdasarkan kepada Undang-undang tersebut,maka hukuman yang dikenakan itu sahajalah yang dapat dilaksanakan. "
 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Masalah Suami Melafazkan Taklik

Tarikh Keputusan: 
15 Nov, 1986
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Sepasang suami isteri telah membuat pengaduan ke Pejabat Kadi yang menyatakan bahawa suami telah melafazkan taklik yang berbunyi: "Kali ini kalau gugur (hamil) saya ceraikan awak." Masalah ini telah dirujukkan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' untuk difatwakan.
Keputusan: 
 
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan panjang lebar dan ahli Jawatankuasa berpendapat, bahawa lafaz yang disebutkan di atas itu adalah tidak membawa kepada hukum jatuhnya talak, kerana lafaz yang disebutkan itu hanyalah ia berazam untuk menceraikan sahaja.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Hukum Berjumaat Di Tingkat Bawah Masjid Kompleks Ibadah Haji, Kelana Jaya

Tarikh Keputusan: 
19 Apr, 1986
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah menerima pertanyaan daripada Tuan Haji Hanafi bin Haji Zainuddin, Setiausaha, Jawatankuasa Bersama (Tabung Haji & Pusat Islam) merangkap Penasihat Haji, Ibu Pejabat LUTH, Kuala Lumpur yang inginkan Fatwa dan nasihat mengenai hukum berjumaat di tingkat bawah Masjid Kompleks Jemaah Haji, Kelana Jaya.
Keputusan: 
Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah diminta untuk memberikan fatwanya mengenai perkara ini.
Keterangan/Hujah: 
 
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan dan membahaskan perkara di atas dengan teliti dan panjang lebar dari segala aspeknya, dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Jikalau sekiranya di tingkat bawah tempat makmum-makmum sembahyang di kira masjid juga seperti tingkat atas, maka hukumnya sahlah sembahyang sekelian makmum yang dibawah itu dengan syarat ada jalan bagi makmum-makmum itu untuk sampai ke tempat imam, sekiranya mereka hendak pergi mendapatkan imam, walaupun orang yang berjalan untuk sampai kepada imam itu terpaksa membelakangkan kiblat sekalipun, mengikut satu qaul daripada ulama.

1.2. Jika sekiranya di tingkat bawah tempat makmum sembahyang itu tidak dikirakan (dinamakan) masjid, maka untuk menghukumkan sah sembahyang mereka itu, hendaklah ada beberapa syarat iaitu :

Pertama : Janganlah ada jarak jauh antara tepi masjid tingkat atas itu dengan barisan pertama makmum yang bawah melebihi daripada tiga ratus hasta.


Kedua : Hendaklah ada jalan yang boleh menyampaikan makmum itu ke tempat imam, sekiranya mereka hendak pergi mendapatkan Imam tanpa membelakangkan kiblat.

2. Jika sekiranya permasalahan tuan itu seperti yang kedua,maka tidaklah sah sembahyang makmum yang di tingkat bawah samada sembahyang Jumaat ataupun sembahyang waktu kerana sekiranya makmum-makmum yang di bawah kalau hendak mendapatkan Imam terpaksa berjalan menaiki tangga dengan membelakangkan kiblat.

3. Adapun sembabyang mereka di tingkat bawah masa lampau (kami AJK Fatwa) berpendapat hukumnva sah Insya Allah kerana mereka semua belum tahu hukumnya di waktu itu.
 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Masalah Suami Melafazkan Talak

Tarikh Keputusan: 
19 Apr, 1986
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah menerima pertanyaan daripada AF Tuan Kadi Klang yang bertanyakan berkenaan dengan talak yang telah dilafazkan oleh seorang suami yang berbunyi seperti berikut :

"Ya Allah, Ya Tuhanku sesungguhnya aku tidak berniat menceraikan isteriku, tetapi oleh kerana dugaanmu yang Maha Besar aku terpaksa menceraikan isteriku. "
Keputusan: 
 
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut

1. Setelah dibahaskan dalam Majlis Fatwa yang diadakan pada tanggal 19 April 1986 akan lafaz yang tersebut : Ya Allah, Ya Tuhanku sesungguhnya .aku tidak berniat menceraikan isteriku, tetapi oleh kerana dugaanmu yang Maha Besar aku terpaksa menceraikan isteriku, maka hukumnya jatuh talaknya."

2. Adapun perkataan "terpaksa" yang didapati dalam ayat talak.itu, tidak menghalang dari gugurnya talak, kerana tidak termasuk dalam makna terpaksa yang sah pada pandangan Syara'."

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Zakat Komoditi Utama Seperti : Kelapa, Kelapa Sawit, Getah, Lada Hitam, Nenas Dan Lain-Lain

Tarikh Keputusan: 
22 Oct, 1992
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' telah diajukan dengan satu persoalan berkenaan dengan Zakat komodoti Utama seperti Kelapa, Kelapa Sawit, Getah, lada Hitam Nenas dan lain-lain.

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah diminta memberikan Fatwanya mengenai perkara tersebut.

Keputusan: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan keputusannya adalah seperti berikut :

"Bahawa komoditi utama seperti kelapa, kelapa sawit, getah, lada hitam, nenas dan lain-lain adalah tidak diwajibkan zakat kerana tidak ada nas dan dalil-dalil yang mewajibkan hasil-hasil tersebut dikeluarkan zakat. "

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Menentukan Satu Kaedah Tetap Bagi Zakat KWSP

Huraian Tajuk/Isu: 
 
Laporan ini dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(FATWA) Negeri Selangor untuk mendapatkan pertimbangan dalam menentukan satu kaedah tetap bagi zakat KWSP.
Keputusan: 
 
'Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(FATWA) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang mukatabar didalam Islam dan keputusannya adalah dengan menerima pakai kedua-dua kaedah tersebut'.
 
a) Kaedah Pertama

Wang Simpanan KWSP adalah wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup haul dan sampai nisab. Sebaik-baiknya zakat itu di bayar daripada wang simpanan tersebut. Jika sukar untuk mengeluarkan wang simpanan itu, maka harus ditangguhkan pembayaran zakat sehinggalah dikeluarkan kelak. Sekiranya melalui beberapa tahun, maka hendaklah dikira mengikut bilangan tahun dan wang yang tersimpan pada masa itu. Walaubagaimanapun, jika zakat dikeluarkan pada setiap tahun dengan wang yang lain dikira sah kerana nilaian wang adalah sama.

 
b) Kaedah Kedua

a) Bila terima tunggu setahun dan barulah didarab dengan 2.5%
ii) Bila terima terus didarabkan dengan 2.5% dan tidak perlu tunggu setahun;

Keterangan/Hujah: 

a) Kaedah Pertama

Wang Simpanan KWSP adalah wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup haul dan sampai nisab. Sebaik-baiknya zakat itu di bayar daripada wang simpanan tersebut. Jika sukar untuk mengeluarkan wang simpanan itu, maka harus ditangguhkan pembayaran zakat sehinggalah dikeluarkan kelak. Sekiranya melalui beberapa tahun, maka hendaklah dikira mengikut bilangan tahun dan wang yang tersimpan pada masa itu. Walaubagaimanapun, jika zakat dikeluarkan pada setiap tahun dengan wang yang lain dikira sah kerana nilaian wang adalah sama.

Antara hujah yang disarankan adalah bermaksud "kesulitan dapat menarik kemudahan"

 
Ini berdasarkan ayat Al-Quran yang berbunyi:

Bermaksud : Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan (Al-Baqarah 185)
.
Bermaksud :Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Surah Al-Haj)

Dan Rasulullah S.A.W pula ada menyebut dalam hadisnya:

Bermaksud :Permudahkanlah dan janganlah kamu persulitkan. (Shahih Bukhari).

Kita lihat bahawa menjadi kesulitan kepada umat Islam umumnya untuk membayar zakat wang KWSP mengikut tahun-tahun yang berlalu. Antaranya mereka terpaksa mendapatkan semula segala penyata dan akhirnya ditakuti timbul perasaan malas lalu bayaran zakat pun tidak di keluarkan. Dan sebagai bukti mereka lebih selesa membayar terus 2.5% daripada jumlah wang KWSP yang diterima kerana mereka merasakan wang tersebut wajib di zakatkan kerana telah tersimpan lama. Sebelum mereka gunakan wang tersebut adalah lebih baik di bersihkan dahulu supaya berkat. Keadaan uini adalah lebih baik daripada mereka langsung tidak mahu membayarnya. Justeru itu kita perlu mencari satu kaedah pendekatan agar umat Islam terlepas dari dosa. Ini kerana jika kita menetapkan satu kaedah yang terlalu sempit atau sukar ber

b) Kaedah Kedua

a) Bila terima tunggu setahun dan barulah didarab dengan 2.5%
ii) Bila terima terus didarabkan dengan 2.5% dan tidak perlu tunggu setahun;

bermaksud: " Kebiasaan dapat ditetapkan sebagai satu hukum"

 
Hujah ini berdasarkan kepada sepotong hadis Rasulullah S.A.W:

Bermaksud : "Apa yang dipandang baik oleh kaum muslimin adalah baik pula menurut Allah".

Kita lihat telah menjadi satu kebiasaan umat Islam di Malaysia ini iaitu mengeluarkan zakat wang KWSP nya sebanyak 2.5% secara terus bilamana menerima wang tersebut. Mereka tidak perlu menunggu setahun ataupun membayar mengikut tahun-tahun yang sebelumnya. Maka keadaan ini adalah lebih baik daripada menunggu setahun, kerana dikhuatiri jika tunggu setahun nescaya wang tersebut tidak akan dizakatkan kerana tidak akan berbaki setelah dibelanjakan. Jika berbaki pun mungkin tidak cukup nisabnya. Dalam hal ini pendekatan "Mencegah lebih baik daripada mengubat" patut digunakan.

Ia juga dapat menghindarkan perasaan tidak mahu membayar langsung kerana jika mesti membayar bagi tahun-tahun yang sebelumnya. Ini kerana mereka akan dapati jumlah yang mesti mereka keluarkan terlalu banyak. Sekurang-kurangnya kaedah ini dapat mendidik jiwa manusia yang suka kepada harta dan yang tamak kepada harta tentang kewajipan berzakat. Iaitu, mereka boleh mengumpul harta, tetapi bayarlah zakat bila cukup syarat

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Wang Koperasi Serbaguna Pegemas Berhad Dan Bayaran / Mengeluarkan Zakat

Tarikh Keputusan: 
15 Jun, 1993
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah menerima surat daripada Tuan Haji Baharain bin Mohd Lazim, Setiausaha Kehormat Koperasi Serbaguna Pegemas Berhad bertarikh 9 Mac 1993 yang mengemukakan permasalahan berkenaan dengan :

1. Wang Koperasi Serbaguna Pegemas Berhad
2. Bayaran/Mengeluarkan Zakat

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah diminta memberikan Fatwanya mengenai perkara tersebut.

Keputusan: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti serta mengikut hukum yang muktabar dan mengambil keputusan sepertI berikut :

" Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor Darul Ehsan yang diadakan pada 26 Rabiul Akhir 1414 bersamaan 12 Oktober 1993 setelah mendengar taklimat/ penerangan yang diberikan oleh pengerusinya: Tuan Haji Zainal bin Sidek dan dibantu oleh Setiausaha Kehormat: Tuan Haji Baharain bin Mohd Lazim mengenai perkara di atas,

Maka Jawatankuasa (ahli yang hadir) menimbangkan dengan sewajarnya bahawa harta dan wang yang dipunyai oleh "Persekutuan Guru-guru Melayu Selangor" dahulu yang dipindah kepada "Koperasi Serbaguna Pegemas Berhad" adalah sah dan halal digunakan kerana harta dan wang itu diperolehi daripada yuran-yuran ahli-ahli persatuan dan derma kebajikan sahaja.

Mengenai pengeluaran zakatnya, berdasarkan kepada keterangan yang diberikan dan juga hukum syara', apabila harta itu cukup syarat dan rukunnya, maka ia wajib dikeluarkan zakatnya, oleh itu koperasi ini tidak terkecuali daripada mengeluarkan zakatnya, mengikut zakat harta iaitu dengan 2.5 peratus.


Sehubungan dengan itu juga, Jawatankuasa ini ingin menasihatkan supaya peraturan/ undang-undang koperasi diubah sesuai mengikut hukum syarak, terutamanya dalam masalah penama kepada ahli atau harta pesaka "
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Tarikat Tujuh (Martabat Tujuh) Yang Dibawa Oleh Hamzah Bin Embi

Tarikh Keputusan: 
15 Jun, 1993
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) teiah diminta untuk mengkaji berkenaan dengan aduan berkenaan dengan ajaran salah yang dibawa oleh Hamzah bin Embi yang dikenali dengan tarikat tujuh (martabat tujuh).

Maka pada 24 Zulhijjah 1413 bersamaan dengan 15 Jun 1993 Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah bersidang untuk mengeluarkan fatwa.

Keputusan: 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukurn yang muktabar didalarn Islam dan mengambil keputusan seperti berikut :

"Bahawa dengan ini Jawatankuasa perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada Hari Selasa, 24 Zulhijjah 1413H bersarnaan dengan 15 Jun 1993 telah membincangkan dengan panjang lebar hasil siasatan tariqat tersebut sebulat suara ahli yang hadir bersetuju :

Bahawa ajaran Tariqat Tujuh yang dibawa oleh Hamzah bin Embi dan pengikutnya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar dan pengajaran ilmu tauhidnya juga bercanggah dengan ilmu tauhid ahli Sunnah Wal-Jarnaah.

Alasannya ialah :


i. Guru Tariqat (Hamzah bin Embi) mengakui telah mendapat beberapa keistimewaan dari Allah dan boleh melihat alam ghaib (Kasyab).

ii. Membaca dua kalimah syahadah semasa bai'ah tidak boleh putus, jika putus bererti memisahkan zat Muhammad dengan zat Allah kerana zat Allah dan Muhammad itu satu.

iii. Dalam zikir yang keenam selawatnya sangat meragukan di mana zat Muhammad disamakan sifat ketuhanan.

iv. Membuat rajah-rajah kajian ilmu tauhid yang tidak ada dalam penafsiran para Ulama' tauhid ahli sunnah Wal Jamaah

v. Guru tariqat (Hamzah bin Embi tidak menunaikan sembahyang Jumaat kerana beranggapan dirinya lebih tinggi martabatnya daripada imam yang ada.

vi. Tempat bersuluk tidak boleh dikosongkan (ada penunggu) mereka boleh dikecualikan sembahayang Jumaat.

Oleh itu sesiapa yang mempelajari dan mengamalkan hendaklah ditinggalkan dan bertaubat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Hukum Menukar Jantina Mak Nyah

Tarikh Keputusan: 
15 Jun, 1993
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' semasa membincangkan pernikahan antara Noranizah bte Mohd Yusuf dengan Richand bin Badry, telah juga membincangkan masalah hukum menukar jantina mak nyah. Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah memberikan Fatwanya mengenai perkara tersebut.
Keputusan: 
 
1. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar didalam Islam.

2. Penukaran jantina mak nyah kepada perempuan melalui pembedahan adalah terang bertentangan dengan Islam kerana Allah melarang mengubahkan kejadiannya. sepertimana Firman Allah Taala di dalam surah An-Nisa' ayat 119.
 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Perkahwinan Mak Nyah Dengan Lelaki

Tarikh Keputusan: 
15 Jun, 1993
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) semasa membincangkan pernikahan antara Noranizah bte Mohd Yusuf dengan Richand bin Badry, telah juga membincangkan masalah Hukum perkahwinan mak nyah dengan lelaki. Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah memberikan Fatwanya mengenai perkara tersebut.
Keputusan: 
 
1. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam.

2. Perkahwinan mak nyah selepas ditukar jantina kepada perempuan adalah tidak sah kerana ia pada hakikatnya adalah lelaki, di antara syarat-syarat sah kahwin mestilah keadaan isteri itu perempuan secara yakin.

3. Perkahwinan mak nyah dengan lelaki di kira haram. Kerana bertentangan dengan syariat Islam dan bid'ah. Sabda Rasulullah S.A.W.

Maksudnya :


Dan hendaklah kamu jauhkan dari perkara rekaan. kerana tiap tiap perkara yang diada-adakan/ direka itu adalaah sesat.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Pernikahan Noranizah Bt Mohd Yusuf Dengan Richand Bin Badry

Tarikh Keputusan: 
15 Jun, 1993
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Negeri Selangor telah digemparkan dengan peristiwa pernikahan seorang leiaki yang telah bertukar jantina dan menukar nama dengan nama Noranizah bte Mohd Yusuf dengan seorang lelaki tulen Richand bin Badry yang teiah diadakan pernikahan pada 22 Februari 1993 bertempat di Pejabat Agama Islam Gombak Barat.

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah diminta memberikan Fatwanya mengenai perkara tersebut.

Keputusan: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar didalam Islam.

Keputusannya adalah seperti berikut :

" Dengan ini, Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 24 Zulhijjah 1413H bersamaan 15 Jun 1993 telah membincangkan dengan panjang lebar. Setelah meneliti ke atas siasatan dan laporan mengenainya dan juga taklimat oleh Prof Dato' Dr. Khairuddin bin Yusuf yang membuat pembedahan ke atasnya dengan sebulat suara ahli yang hadir bersetuju bahawa pernikahan Noranizah bte Mohd Yusuf dengan Richand bin Badry adalah tidak sah dan penukaran jantina Noranizah adalah HARAM.

ALASANNYA bahawa Noranizah adalah berasal daripada seorang lelaki yang mempunyai satu alat jantina sahaja yang bersifat sebagai Transeksual (mempunyai perasaan perempuan tetapi fizikalnya adalah seorang lelaki. Beliau juga tidak mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang lain seperti tidak ada haid dan tidak ada rahim.

Jawatankuasa perunding Hukum Syara' (Fatwa) juga membuat keputusan supaya Noranizah difaraqkan/dipisahkan pernikahannya dengan Richand bin Badry kerana tidak sah seperti yang disebutkan di atas dengan segera.
 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Pertukaran Jantina Daripada Lelaki Kepada Perempuan

Tarikh Keputusan: 
16 Mar, 1993
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Seorang yang bernama Aminuddin bin Abdul Aziz tinggal di Taman Seri Muda, Shah Alam telah menukarkan jantina daripada Ielaki kepada perempuan pada 17/11/1990 di Bangkok dan menukar nama kepada Norhanim Hj. Abdul Aziz. Penukaran nama ini telah diakui oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara.

Sebab-sebab pertukaran itu mengikut beIiau kerana terdapat sifat-sifat kewanitaan yang sangat kuat pada dirinya kepada seorang perempuan dan jika mendapat pengiktirafan Majlis Fatwa di atas pertukaran tersebut ia akan bernikah dengan seorang lelaki.

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah diminta memberikan fatwanya mengenai perkara tersebut.

Keputusan: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam, keputusannya adalah seperti berikut :

" Semua ahli Jawatankuasa mengambil bahagian bagi membincangkan perkara di atas dan membincangkan dari segala aspek, bahawa penukaran jantina daripada lelaki kepada wanita adalah HARAM dan permohonan untuk bernikah tidak dapat diberi kebenaran, walaupun telah berubah dari segi fizikalnya dengan melalui pembedahan sebagaimana yang beliau dakwa, ini kerana seorang yang asalnya lelaki telah dijadikan oleh Allah tidak akan berubah dari sifat-sifat kelelakiannya, walaupun ia cuba berusaha mengubahnya".

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Allahyarham Siti Khadijah Bt Abdullah (Orang Asli Beragama Islam) Telah Meninggal Dunia

Tarikh Keputusan: 
16 Feb, 1993
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Siti Khadijah bte Abdullah telah meninggal dunia pada 24/12/1992 di Kampong Orang Asli, Pulau Lumut kerana sakit lelah dan batuk. Mayat tersebut diselenggarakan mengikut adat istiadat Orang Asli dan ditanam di tanah perkuburan Orang Asli, Pulau Lumut. Sehari selepas simati dikebumikan, suami simati telah melapurkan kepada guru Sekolah Kebangsaan Pulau Lumut (Cikgu Suhaidi bin Sujak) bahawa simati beragama Islam. Simati memeluk agama Islam pada 16/9/1939 dengan nombor pendaftaran 165/39 fail rujukan 25/39 dan didaftarkan di Pejabat Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak. Kemudian dilapurkan pula kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Selangor dan seterusnya dimaklumkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk apa-apa tindakan yang perlu.

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah diminta memberikan Fatwanya mengenai perkara tersebut.
 

Keputusan: 
 
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti berpandukan laporan yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dalam mengambil keputusan. Keputusannya adalah seperti berikut :

" Bahawa Mayat simati Siti Khadijah bte Abdullah yang beragama Islam telah meninggal dunia pada 24/12/1992 dan dikuburkan di tanah perkuburan orang bukan Islam mengikut adat istiadat Orang Asli, adalah tidak perlu lagi dipindahkan ke tanah perkuburan orang Islam, disembahyangkan dan dikafankan kerana mayat tersebut telah hancur dan perbuatan mereka yang menguburkan tidak disengajakan dan tidak tahu hukum Islam.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Hukum Wang Polisi Insuran Nyawa

Tarikh Keputusan: 
16 Feb, 1993
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah menerima pertanyaan daripada Puan Hadifah bte Mohd Isa daripada Estet Pulau Carey, Pelabuhan Klang, yang bertanyakan fatwa berkenaan denganperkara di bawah iaitu :

1. Adakah Halal atau Haram memakan wang daripada insuran nyawa seperti koperasi insuran MCIS dan bolehkah wang itu digunakan untuk upah Haji simati.


2. Adakah wang insuran di atas di kira pesaka (sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia)

3. Bapa Saudara saya telah meninggal dunia dan meninggalkan sedikit wang dan wang itu dilantik saya sebagai penamanya sedangkan beliau masih ada adik beradik lagi, bolehkah saya ambil wang itu jadi hak saya seorang sahaja.

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah diminta memberikan Fatwanya mengenai perkara tersebut.

Keputusan: 
1. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar didalam Islam. Keputusannya adalah seperti berikut :

1.1. Adakah Halal atau Haram memakan wang daripada insuran nyawa seperti koperasi insuran MCIS dan bolehkah wang itu digunakan untuk upah Haji simati.


Keputusannya :

Hukum memakan wang daripada insuran nyawa seperti insuran MCIS adalah HARAM dan tidak boleh juga digunakan untuk mengupah kepada haji simati kerana koperasi insuran tersebut mengamalkan kegiatan yang bertentangan dengan hukum syara'.

1.2. Adakah wang insuran di atas di kira pesaka (sekiranya pemegang polisi itu meninggal dunia)

 
Keputusannya :

Wang yang didapati daripada insuran di atas setelah pemegang polisi itu meninggal dunia hukumnya adalah tidak menjadi harta pesaka, kecuali wang pendahuluan atau wang yang dibayar oleh simati pada tiap-tiap bulan itu.

1.3. Bapa Saudara saya telah meninggal dunia dan meninggalkan sedikit wang dan wang itu dilantik saya sebagai penamanya sedangkan beliau masih ada adik beradik lagi, bolehkah saya ambil wang itu jadi hak saya seorang sahaja.


Keputusannya:

Jika sekiranya penama itu seorang ahli waris simati, maka harta simati itu hendaklah dibahagi mengikut kiraan faraid dan jika penama itu bukan ahli waris, maka ia mendapat 1/3 (sepertiga) iaitu sebagai wasiat simati.
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Tempat Letak Kereta Tingkat Bawah, Masjid Negeri Selangor

Tarikh Keputusan: 
16 Feb, 1993
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Pihak Jabatan Agama Islam Selangor dan Masjid Negeri Selangor telah menerima banyak pertanyaan mengenai kedudukan tempat letak kereta Masjid Negeri (Tingkat bawah) berkenaan hukumnya diiktiraf sebagai Masjid atau tidak dan adakah sah untuk beriktikaf.

Maka Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah diminta memberikan fatwanya mengenai permasalahan tersebut.
 

Keputusan: 
 
  1. Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan memutuskan bahawa perkara ini perlulah dirujuk kepada DYMM Sultan Selangor, sebagai ketua agama di Negeri Selangor.
     
  2. Merujuk kepada surat daripada Setiausaha Sulit Kepada DYMM Sultan Selangor dalam bilangan (25) dIm Pej. DYMM SuI. Sel 11/78 Bhg V bertarikh 5 Februari 1993 mengatakan bahawa tempat letak kereta tingkat bawah Bangunan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) adalah sebagai Masjid dan sah untuk beriktikaf.
     
  3. Oleh itu, Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) memutuskan bahawa tempat letak kereta tingkat bawah Bangunan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri) di kira sebagai Masjid dan sah untuk beriktikaf.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Penglibatan Orang Islam Dalam Jualbeli Saham

Tarikh Keputusan: 
19 Jan, 1993
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukurn Syara'(Fatwa) dimaklumkan bahawa ramai orang Islam yang melibatkan diri dalam jualbeli saham. Maka Jawatankuasa Perunding Hukurn Syara.(Fatwa) telah diminta untuk memberikan fatwanya mengenai perkara ini.
 
Keputusan: 
 
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara.(Fatwa) telah membincangkan dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

" Bahawa pada prinsipnya, orang Islam boleh melibatkan diri dalam jualbeli saham, kerana ia tidak bercanggah dengan syarat jualbeli dalam Islam, walau bagaimana pun pelaburan atau perniagaan syaarikat saham tersebut adalah daripada barangan yang halal."

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Syndicate content