Selangor

Pembayaran Zakat Melalui Perkhidmatan Maybank2u (Internet)

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Keputusan: 
 
  1. Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(FATWA)Negeri Selangor telah membuat keputusan bahawa hukum pembayaran zakat melalui perkhidmatan Maybank2U (INTERNET) adalah harus.
     
  2. Kaedah pembayaran zakat dengan cara ini adalah terhad kerana zakat harta sahaja tidak termasuk zakat fitrah.
     
  3. Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(FATWA) Negeri Selangor juga memutuskan bahawa pihak Maybank yang menjalankan perkhidmatan Maybank2U(INTERNET)tidak dikira sebagai amil zakat.
Keterangan/Hujah: 
 
1. Pengenalan Perkhidmatan Maybank2U

Secara ringkasnya perkhidmatan ini adalah satu perkhidmatan yang ditawarkan kepada para pemegang akaun maybank yang mempunyai kemudahan internet. Melalui perkhidmatan ini, para pelanggan hanya perlu melayari laman web Maybank2U untuk melaksanakan pembayaran zakat.

 
Sebaik saja bayaran system perkhidmatan Maybank2U akan mendebitkan akaun para pelanggan.

2. Pembayaran zakat melalui system Maybank2U dirasakan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu penyertaan niat sewaktu pembayaran sudah semestinya menyertakan niat untuk membayar zakat sewaktu menekan butang komputer yang menunjukkan bahawa ia bersetuju untuk membayar zakat.

3. Ketiadaan lafaz niat tersebut tidaklah memberi apa-apa kesan terhadap sahnya pembayaran tersebut kerana itifaq ulama"menyatakan bahawa niat itu letaknya di hati.

4. Ketiadaan lafaz aqad dari pembayar juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap sahnya pembayaran zakat tersebut kerana aqad di dalam pembayaran zakat adalah perkara sunat sahaja.

Walaupun begitu pihak Maybank tetap akan memaparkan aqad tersebut di hadapan skrin komputer dan pembayar bolehlah membaca aqad tersebut dan ia juga diterima sebagai aqad yang sah kerana ada kaedah yang menyebut yang bermaksud tulisan itu dianggap sebagai percakapan di dalam aqad.

5. Perkhidmatan pembayaran zakat menggunakan cara ini diasaskan kepada beberapa qawaiid al-fiqhiah antaranya:

i. Bermaksud : Amal yang mempunyai impak positif yang luas lebih baik daripada amal yang impaknya terbatas.

ii. Bermaksud : Kebijaksanaan pemimpin terhadap rakyat dikaitan dengan kemaslahatan.

Sekiranya diperhatikan kepada kaedah-kaedah Fiqh tersebut di atas menunjukkan betapa pihak pentadbir zakat wajib mencari cara termudah pembayar untuk menunaikan kewajipan berzakat dan cara ini dirasakan dapat menyelesaikan banyak masalah-masalah yang berkaitan dengan masalah zakat yang mana dengan cara ini juga lebih memudahkan pembayar zakat untuk membayar zakat.
 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Menyalurkan Wang Hasil Pelbagai Denda Mahkamah-Mahkamah Syariah Ke Baitulmal Negeri-Negeri Di Malaysia

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Persoalan ini adalah untuk mendapatkan pertimbangan dan pandangan Ahli Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai Wang Hasil Pelbagai Denda Mahkamah -mahkamah Syariah untuk disalurkan ke Baitulmal Negeri-Negeri Malaysia.
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' Negeri Selangor telah bersetuju memutuskan bahawa wang hasil pelbagai denda mahkamah-mahkamah syariah diberikan kepada Baitulmal negeri-negeri; ini berdasarkan hujah hujah berikut;-

a) Wang-wang hasil yang diperolehi daripada orang-orang Islam di negeri-negeri, sewajarnya dibekanjakan kembali untuk kepentingan masyarakat Islam khususnya di negeri-negeri berkenaan.

b) Melalui perolehan ini, Majlis Agama Islam Negeri-negeri dapat melaksanakan perancangan yang lebih mantap bagi tujuan pencapaian matlamat organisasinya.

c) Majlis Agama Islam Negeri-Negeri bertindak sebagai pemangkin kepada program sosio ekonomi umat Islam, sewajarnya mempunyai peruntukan kewangan yang mencukupi bagi menjana lebih banyak program-program keagamaan.

d) Majlis Agama Islam Negeri-Negeri adalah merupakan sebuah institusi yang bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan umat Islam di negara ini.

Keterangan/Hujah: 
 
LATAR BELAKANG

Isu ini ditimbulkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang memohon supaya wang hasil pelbagai denda dan hukuman yang telah dikenakan oleh Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang keatas orang Islam yang telah melakukan pelbagai kesalahan di negeri ini untuk disalurkan kepada Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Wang hasil daripada pelbagai denda dan hukuman ini diperolehi melalui denda serta hukuman yang melibatkan orang-orang Islam yamg didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Syariah Negeri negeri seperti denda percubaan zina, judi, pernikahan luar sempadan, perbuatan meminum arak, perceraian diluar mahkamah dan sebagainya.

Kajian yang dilakukan di Jabatan Agama Islam Terengganu mendapati bahawa perkara ini dibawa berbincang terdahulu dalam Majlis Agama Islam Terengganu dan dipanjangkan kepada mesyuarat ExCO Kerajaan Negeri Terengganu dan diluluskan untuk disalurkan ke Baitulmal Negeri Terengganu.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

ISU-ISU PERUBATAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 

Laporan ini dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(FATWA) Negeri Selangor mengenai isu-isu perubatan dalam perspektif Islam.

Keputusan: 

2.PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN

2.1 Bayi Tabung Uji

Benih suami isteri HARUS dikandungkan oleh isteri sendiri sekiranya suami masih hidup. Benih suami isteri HARAM dikandungkan oleh wanita lain. Benih suami isteri yang telah ditabung ujikan HARAM dimasukkan kedalam rahim isteri sekiranya suami telah meninggal dunia terlebih dahulu kerana perbuatan ini boleh membawa kepada fitnah. HARUS menghapuskan telur-telur yang telah disenyawakan di dalam tabung uji dengan menyelamatkan satu telur sahaja, untuk dikandungkan kerana telur-telur tersebut masih belum bernyawa.

2.2 Gugur Kandungan
Anak yang dikandung yang berkemungkinan cacat HARUS digugurkan atas nasihat doktor pakar. Sekiranya sudah bernyawa, hukumnya HARAM digugurkan.

2.3 Merawat Benih
Benih yang dikenal pasti oleh doktor pakar sebagai cacat/down syndrome HARUS dirawat oleh doktor supaya bila lahir menjadi anak yang normal.

2.4 HARUS menghentikan kelahiran anak yang jika dilahirkan diadapati cacat yang tidak boleh berfungsi sebagai manusia biasa.

2.5 HARUS memakan ubat yang mengeluarkan banyak telur untuk kesuburan sekiranya tidak menjejaskan kesihatan.

2.6 Masalah Merancang Keluarga
HARUS memakan pil perancang keluarga sekiranya tidak menjejaskan kesihatan serta dipersetujui suami isteri.

HARUS mengikat rahim sekirannya dalam keadaan darurat. HARAM memotong rahim kecuali dalam keadaan darurat atas nasihat doktor pakar.

HARUS meletakkan IUD dalam rahim sekiranya dipersetujui suami isteri.

2.7 Perempuan yang baru dirogol HARUS mendapatkan ubat pencegah hamil bagi menjaga maruah wanita tersebut.

2.8 Bagi ibu yang mengandung yang didapati kandungannya itu boleh membahayakan kesihatan dirinya setelah mendapat pengesahan daripada doktor pakar, HARUS menggugurkan kandungannya bagi menyelamatkan si ibu.

2.9 Rawatan Bagi Penggantian Hormon
HARUS menerima rawatan penggantian hormon bagi wanita yang telah monopouse untuk kesejahteraan keluarga.

2.10 HARAM melakukan mercy killing/ pembunuhan belas kasihan kepada pesakit yang sedang koma.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Permohonan Mewakafkan Tanah Lot 1296, Batu 14

Huraian Tajuk/Isu: 
 
Pada mulanya tanah tersebut adalah untuk diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Selangor untuk kebajikan Agama seperti Rumah Anak Yatim, Fakir miskin, atau Muallaf. Tujuan wakaf ini ialah untuk amal jariah simati, tetapi ini tidak dipersetujui oleh dua orang waris iaitu Hj. Jailani bin Hj. Abdul Karim dan sebaliknya mereka bersetuju tanah ini diwakafkan sekiranya pihak Majlis Agama Islam Selangor setuju membayar kepada mereka sebanyak RM 20,000.00 seorang mengikut nilai tanah semasa
 
Perkara ini dibincangkan dengan Bahagian Baitulmal Selangor tetapi berpendapat supaya perkara ini dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' Negeri Selangor.
Berdasarkan kronologi diatas, perkara tersebut di bawa ke mesyuarat untuk mendapat keputusan samaada tanah tersebut boleh diterima sebagai wakaf/sah dengan sebab:
 
a-Tidak mendapat persetujuan dua orang dari sembilan ahli waris.
b-Dua waris menuntut bayaran dari Majlis Agama Islam Selangor sebagai balasan.
c-Tanah tersebut belum mendapat perintah atau bicara kuasa sebagai tanah pusaka dari pejabat pesaka kecil.
 
Laporan ini dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(FATWA) Negeri Selangor oleh Bahagian Baitul Mal Selangor mengenai permohonan mewakafkan tanah dialamat Lot 1296, Batu 14
Keputusan: 
 
Mesyuarat telah sebulat suara memutuskan agar Baitulmal menerima 7 orang yang ingin mewakafkan tanah milik mereka tanpa apa-apa bayaran. Seterusnya mesyuarat juga bersetuju agar pihak Baitulmal membayar kepada 2 orang pewaris yang lain sebagai pemilik tanah, setelah dirujuk kepada Jabatan Penilaian kerana konsep wakaf tidak boleh bersyarat dengan berbentuk tuntutan kewangan.

'Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(FATWA) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang mukatabar didalam Islam dan keputusannya adalah dengan menerima 7 orang yang mewakafkan tanah milik mereka dan membayar kepada 2 pewaris lain yang menuntut bayaran'.

Keterangan/Hujah: 

 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Buku Bertajuk Tiang Ugama

Huraian Tajuk/Isu: 
 
Persoalan ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor untuk mendapatkan penjelasan menganai buku bertajuk 'Tiang Agama'.
Keputusan: 
 
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 23 Ogos 1999 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut:

'Bahawasanya Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 23 Ogos 1999 sebulat suara bersetuju memutuskan bahawa buku bertajuk 'Tiang Ugama' yang telah dikeluarkan oleh Pusat Dakwah, Kuala Lumpur adalah diharamkan kerana kandungan buku itu jelas bertentangan dengan prinsip akidah dan akhlak Islam'.

Keterangan/Hujah: 
 
LATAR BELAKANG

Bahagian Penyelidikan Jabatan agama Islam Selangor (JAIS) telah menerima buku ini dari orang awam yang tinggal di Shah Alam. Buku ini diletak di peti surat setiap penghuni rumah.

Berdasarkan kulit buku ini, ia diedarkan oleh Pusat Tarbiah. Mereka juga menyertakan alamat internet http://www.Islam.org/pillar/html,http://www.Mohamad.net/greatest/html dan email Shahadah 99 @ hotmail.com.

Buku ini mengandungi 35 halaman dan terbahagi kepada beberapa tajuk seperti Pendahuluan, Syahadah, Tunjang Akidah, Abu Hurairah, Berbagai Bentuk Syahadah Dalam Hadis, Siapakah Abu Hurairah? , Abu Hurairah Lawan Allah, Lafaz Kalimah Yang Sebenar, Tidak Boleh Membezakan antara Allah dan Rasul, dan banyak lagi

ASAS PERTIMBANGAN

Antara percanggahan dan penyelewengan yang terdapat dalam buku ini:

a) Mempertikaikan dua kalimah Syahadah yang dilafaz oleh pengikut Ahli sunnah wal Jamaah.

Muka surat 2-perenggan 5.

"tetapi yang sebenarnya syahadah kaum Sunnah ini melanggar ajaran Allah dan Rasulnya. Syahadah kaum Sunnah dikutuk kuat Allah dan Rasulullah".

b) Mendakwa orang Islam yang berpegang dan mengucapkan dua Kalimah syahadah kafir.

Muka surat 3-perenggan 2

"Syirik terjadi jika kita kaitkan atau sekutukan sesuatu dengan Allah. Misalnya meletakkan kalimah Muhammad sebelah kalimah Allah dalam rumah atau masjid-masjid"

c) Mendakwa pengikut Ahli sunnah Wal Jamaah mempertuhankan Nabi Muhammad.

Muka surat 11-perenggan 2.

"Begitu juga suku kaum Ahli Sunnah yang telah mempertuhankan Nabi Muhammad dengan meletakkan namanya dalam syahadah di sisi nama Allah"

d) Menghina Perawi Hadis dan Sahabat ulung Rasulullah iaitu Abu Hurairah

Muka surat 4-perenggan 3.

"syahadah suku kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah seorang misteri".

e) Menyatakan sahabat Nabi seperti Umar dan Abu Bakar sebagai munafik.

Muka surat 12-perenggan 1
"Mengikut Allah dan Rasulnya, syahadah Abu Hurairah sebenarnya adalah syahadah orang-orang munafik.

Beginilah maksud ayatnya:

Maksudnya: Diantara orang-orang Arab yang disekeliling mu itu ada orang-orang munafik, dan juga diantara penduduk Madinah. Mereka keterlaluan dalam kemunafikannya. Kamu (Muhammad) tidakmengetahui mereka. Nanti mereka akan kami seksa dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar.(Surah 9:101).

Disisi Rasulullah diberitahu oleh Allah yang dia dikeliling orang-orang munafik. Allah mengatakan bahawa Rasulullah sendiri tidak kenal siapakah orang munafik ini. Apakah ianya termaasuk Abu Hurairah, Abdul Rahman bin Auf, Muawiyah, Othman, Abu Bakar dsb.

f) Menolak selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Muka surat 17 dan 18-perenggan 6.

Sebahagian ulama" merujuk surah 33:56 sebagai alasan untuk berselawat ke atas nabi.

Sesungguhnya Allah dan Malaikat-malaikatnya memberi sokongan (yusollu) ke atas nabi. Hai orang-orang yang beriman sokonglah (yusollu) ke atas nabi dan hormatilah sepertimana dia patut dihormati"

Ayat ini sedikitpun tidak ada kena mengena dengan selawat ataupun syahadah. Paling jauh sekali. Surah 33:56 menyeru kita supaya bersama nabi dalam perjuangannya. Para ulama" tidak peka bahawa 13 ayat terdahulu dari ini, pada surah 33:43 Allah telah berfirman dengan menggunakan kalimah yang sama (Yusalli) bukan sahaja untuk nabi bahkan untuk semua umat Islam.

g) Menolak sumber hukum seperti Hadis, Ijma" dan Qias serta pandangan Ulama".

Muka surat 31-perenggan 2.

"SILA PERHATIKAN BAHAWA WARKAH INI TIDAK ADA SEBARANG TAFSIRAN, IJTIHAD, IJMAK, QIAS, JUMHUR, PERSEPAKATAN, MUZAKARAH dsb.

Yang kita lakukan cuma menunjuk ayat-ayat Quran. Itu sahaja. Kami seru supaya selain dari terjemahannya, ayat-ayat ini dibaca dan dikaji dalam bahasa Arabnya.

Allah berfirman,

Tidakkah mereka , memerhatikan al-Quran? Sekiranya al-Quran itu datangnya selain dari sisi Allah nescaya mereka perolehi didalmnya perselisihan yang banyak". (surah 4:82)

Hampir keseluruhan kandungan buku ini tidak mempunyai hkum yang lain kerana mereka menganggap hanya Quran sahaja sebagai hujah dan sumber hukum.

h) Mentakwil ayat al-Quran dengan pandangan lain.

Muka surat 6- perenggan 2

Di dalam al-Quran Allah berfirman:

Maksudnya: Dan ( Allah) yang menyatukan hati mereka (sahabat). Walaupun kamu belanjakan semua kekayaan yang berada di bumi nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka (para sahabat) akan tetapi Allah telah menyatukan hati mereka. Sesunggunya di amaha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Ya Nabi cukuplah Allah dan orang-orang mukmin (para sahabat) yang mengikutimu. ( Surah 8: 63-64)

Jadi para sahabat ialah orang mukmin yang jati. Mereka begitu akrab sesama sendiri. Allah berkata kalau Nabi belanjakan semua wang di atas muka bumi pun, nabi tidak terdaya untuk menyatukan hati para sahabat. Tetapi Allah telah menyatukan hati para sahabat dan menyemai kasih sayang diantara mereka.

Tetapi mengikut cerita karut Abu Hurairah pula dia ditumbuk dan dipijak kepalanya oleh Saidina Umar, bukan kerana mencuri atau membelot wang (cerita ini adalah dalam bab lain) tetapi kerana membawa syahadah, iaitu tunjang akidah suku kaum Ahli Sunnah Wal Jamaah.

 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Pelaburan Harta Zakat Bahagian Asnaf Amil

Tarikh Keputusan: 
23 Aug, 1999
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah dikemukakan persoalan menganai harta zakat bahagian asnaf amil. Pihak Jawatankuasa telah diminta untuk membincangkan dan mendapatkan kelulusan agar harta zakat bahagian asnaf amil (diperniagakan) oleh Pusat Zakat Selangor.
Keputusan: 
 
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 23 Ogos 1999 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut:

' Bahawasanya Jawatankuasa Fatwa kali ke 3/99 telah sebulat suara mengesyorkan agar Pusat Zakat Selangor (PZS) mengemukakan Kertas Cadangan Pelaburan Asnaf Amil di masa akan datang sekiranya ada lebihan peruntukan daripada harta zakat tahunan yang diberi kepada pihak PZS'.
 

Keterangan/Hujah: 
LATAR BELAKANG

Majma" al-Fiqh al-Islami dalam seminarnya yang ketiga yang diadakan di Kuwait bertarikh 8-9 Jamadil Akhir 1413H bersamaan 2-3 Disember 1992M telah membuat ketetapan berkenaan PELABURAN HARTA ZAKAT sepertimana yang telah ditetapkan pada 2hb Julai 1986 dalam seminar yang ke-3 bahawa harta zakat boleh dilaburkan tetapi mesti menepati syarat-syarat berikut:


(i) Bilamana sudah tidak ada lagi agihan saraan mendadak yang mesti diberikan melalui harta zakat.

(ii) Pelaburan tersebut hendaklah dilakukan dengan sempurna iaitu perjalanannya sama seperti lain-lain pelaburan dan ianya mestilah berlandaskan syariat.

(iii) Hendaklah diadakan jaminan bahawa harta asal zakat yang dilaburkan adalah tetap harta zakat dan begitu juga keuntungannya.

(iv) Apabila ada keperluan mendadak iaitu perlu diagihkan harta zakat atas keperluan yang terdesak maka harta zakat yang dijadikan modal pelaburan tadi hendak mudah dicairkan.

(v) Hendaklah dibuta kajian terperinci berkenaan dengan satu-satu pelaburan yang hendak diusahakan menggunakan harta zakat. Yang mana perlu dipastikan pelaburan/ perniagaan tersebut terjamin selamat serta musah dicairkan bila perlu.

(vi) Hendaklah mendapatkan kebenaran ataupun kelulusan dari pemerintah ataupun mana-mana pihak yang bertanggungjawab atas harta zakat. Ianya kerana untuk memelihara dasar-dasar syariat dan pelaburan tersebut mestilah dikendalikan oleh satu badan ataupun jawatankuasa khas yang terdiri dari mereka yang berpengalaman dalam bidang pelaburan serta yang lebih penting ialah amanah.

ASAS PERTIMBANGAN

Pada umumnya ulama" Fuqaha" berpendapat ada 3 bentuk pelaburan harta zakat. Ianya seperti berikut:

(i) Pelaburan harta zakat yang diusahakan oleh mereka yang berhak menerima zakat (mustahik) setelah mereka menerima lalu memiliki harta zakat dari bahagian mereka. Dalam hal ini ulama" bersepakat bahawa hukum syara' membolehkan kerana harta tersebut talah menjadi hak milik mereka. Ini bermakna, mereka berhak untuk berbuat apa sahaja atas harta tersebut.

(ii) Pelaburan harta zakat yang diusahakan oleh tuan harta sebelum harta tersebut dikeluarkan zakatnya. Dalam hal ini ulama" sepakat bahawa hukum syara' tidak membolehkan pelaburan tersebut. Kerana zakat hukumnya mesti ditunaikan segera dan ia juga hendaklah segera diaguh-agihkan kepada asnafnya. Kesimpulannya ulama" menegaskan bahawa tuan harta mestilah segera menunaikan zakat hartanya bila sudah cukup syarat-syaratnya dan dilarang membuat apa jua bentuk pelaburan atas bahagian harta zakat tersebut.

(iii) Dan yang ketiga iaitu harta zakat yang dilaburkan oleh pemerintah ataupun amil zakat atau mana-mana badan yang menguruskan zakat. Dalam hal ini, ulama" silam tiada membincangkan ataupun membuat apa-apa ketetapan berkenaan dengannya. Walau bagaimanapun kita bersyukur kerana ulama" masa kini telah pun membincangkan serta membuat ketetapan berkenaannya. Mereka terbahagi kepada dua kumpulan:

Pertama : ulama" yang menegaskan bahawa harta zakat tidak boleh dilaburkan. Mereka ialah: Dr. Wahbah al-Zuhaily, Dr. Abdullah Ilwan, Dr. Muhammad

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Hukum Lelaki Memakai Emas Putih

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
Kertas ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor untuk mendapat pertimbangan dan pandangan mengenai hukum lelaki memakai emas putih.
Keputusan: 
Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 23 Ogos 1999 memutuskan :

' Bahawa Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 23 Ogos 1999 sebulat suara memutuskan bahawa hukum lelaki memakai emas putih adalah haram berdasarkan kenyataan Prof. Zahari Dato" Sulaiman bahawa emas putih terhasil campuran daripada 2 unsur logam iaitu emas kuning dicampur perak. Hujjah bagi pengharaman lelaki memakai emas putih kerana kadar emas yang dicampurkan dengan perak adalah lebih tinggi daripada perak sehinggalah kadar emas itu melebihi daripada 50% setahun adakalanya mencecah sehingga 75%'.
 

Keterangan/Hujah: 
Dari Abu Musa bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Dihalalkan emas dan sutera untuk kaum wanita dari umatku dan diharamkan keduanya terhadap kaum lelaki. Terdapat satu riwayat bahawa Rasulullah s.a.w pernah melihat sebuah cincin dari emas ditangan seseorang, maka Rasulullah s.a.w meragutnya lalu membuangnya lantas bersabda, "Seseorang dari kamu sengaja memegang bara api dari neraka lalu diletakkan ditangannya", lalu Rasulullah meninggalkan lelaki pemilik cincin tersebut dan membiarkan cincinnya terbuang di hamparan bumi lantas sebahagian orang berkata kepada si pemilik cincin, "Rasulullah telah pergi, ambil cincinmu dan pergunakanlah", Lelaki itupun menjawab dengan tegas, "Tidak, Demi Allah aku tidak akan mengambilnya apa yang sudah dilempar Rasul".

Menurut para Fuqaha" golongan Maliki, bagi kaum lelaki boleh memakai cincin dari perak asalkan tidak lebih dari dua dirham dengan syarat bertujuan mengikut jejak Rasulullah s.a.w. Berdasarkan analogi cincin ini, maka setiap benda yang diperbuat daripada emas (termasuk emas putih) yang dipakai untuk berhias oleh kaum lelaki, maka benda-benada tersebut hukumnya tetap diharamkan bagi mereka (Yunos Ali al-Mudhor: Terjemahan Halal dan Haram dalam Islam).


Sebab-sebab lelaki haram memakai emas:

Maksudnya : Dari Abu Musa, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Emas dan Perak itu dihalalkan bagi kaum wanita dari umatku dan diharamkan bagi lelakinya
(Riwayat Nasa"i, Termizi dan Ahmad)

 
Islam mengharamkan pemakaian ini hanya kerana memakai emas boleh menjurus kepada dua bahawa : Satu sisi akan menjurus pada gaya hidup yang mewah dan berlebih-lebihan yang tidak diperkenankan Islam. Sisi lain akan mengacu kepada kemewahan yang dapat merosakkan bangsa dan penyianyian harta yang tidak sepatutnya oleh kaum lelaki.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Ajaran Haji Zulkifli Ismail

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Laporan ini dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (FATWA) Negeri Selangor untuk mendapatkan pertimbangan mengenai ajaran yang dibawa oleh Zulkifli Haji Ismail.
 
Keputusan: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (FATWA) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang mukatabar didalam Islam dan keputusannya adalah seperti berikut:

'Jawatankuasa Fatwa kali 5/98 memutuskan agar kajian yang lebih mendalam dilakukan keatas ajaran ini dengan menumpukan kepada persoalan-persoalan berikut:

i- Penyelewengan dari sudut akidah
ii- Kesalahan yang jelas dari sudut ibadat dan syariat

Jawatankuasa juga mengesyorkan agar guru ajaran ini dipanggil secara resmi dalam sesi soal jawab, bagi mendapatkan penjelasan berkaitan ajaran beliau.

Keterangan/Hujah: 
LATAR BELAKANG
  1. Nama beliau ialah Zulkifli b. Ismail, menetap buat kali terakhir di alamat Batu 13, Jalan Puchong (berhadapan dengan Petronas), rumah kayu dua tingkat bercat putih. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak. Isteri pertama beliau telah diceraikan dan tinggal di Kemaman, Terengganu.
     
  2. Tiada rekod yang didapati mengenai pendidikan beliau. Beliau tidak lancar membaca al-Quran dan pada kebiasaannya beliau meminta pengikut beliau yang lancar dan dan fasih membaca al-Quran. Semasa pengajian beliau tidak membuka apa-apa kitab kecuali al-Quran terjemahan dan kebanyakan kelas-kelas pengajian adalah berbentuk ceramah umum dengan mencampuradukkan pelbagai bidang ilmu yang terlintas di fikiran beliau.
     
  3. Jumlah Pengikut beliau dianggarkan antara 300-400 orang. Sejak ajaran ini di kesan pengikutnya terdiri daripada pegawai-pegawai dari Syarikat Celcom. Ajaran ini telah mengambil 20-30 orang penagih dadah untuk menjadi pengikut setia, ditempatkan di Markaz tersebut dengan dibiayai sepenuhnya oleh kakitangan Celcom. Walaubagaimanapun terdapat juga seramai 15-20 pelajar Universiti Islam Antarabangsa(UIA) dan beberapa orang pelajar Universiti Putra Malaysia(UPM) telah terlibat dengan ajaran ini.
     
  4. Ajaran ini telah berpindah-pindah tempat apabila mengetahui kegiatan mereka telah dapat dikesan oleh pihak berkuasa iaitu bermula dari Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ampang, Cheras dan pada akhir tahun 1996 kumpulan ini telah mendirikan sebuah bangunan surau kayu dua tingkat yang masih di dalam pembinaan bertempat di Desa Pengasih, Bukit Cerakah, Mukim Ijok, Kuala Selangor.

    CIRI-CIRI AJARAN


 Akidah

a) Guru ajaran ini menyatakan bahawa al-Quran yang ada sekarang adalah hiasan sahaja adapun al-Quran yang sebenar adalah di dalam diri kita.

b) Mengadakan upacara pertapaan sekurang-kurangnya tiga hari. Pertapaan ini dipanggil Uzlah, pertapaan ini adalah disebabkan melanggar pantang larang ajaran. Setiap pengikut yang sedang dalam pertapaan boleh pulang ke rumah tetapi tidak boleh masuk rumah. Di antara tempat pertapaan ini ialah di Puncak Kasih (Kuala Selangor), Gunung Jerai (Kedah), Linggi (Negeri Sembilan) dan Jenagor, Kuala Brang (Terengganu).

c) Mengadakan zikir di sekeliling sebuah makam bernama Mohamed Syarif Al-Baghdi di Jenagor, Kuala Brang, Terengganu. Makam ini juga digelar dengan nama makam Tok Ayah.

d) Ajaran ini mewajibkan kepada pengikut yang baru dengan mengadakan bai"ah, upacara bai"ah ini hendaklah disaksikan oleh dua orang pengikut lain yang telah melakukan bai"ah.

e) Setiap pengikut ajaran ini diwajibkan membuat ikrar dengan mengorbankan harta benda kepada pentadbiran ajaran ini. Sehubungan itu terdapat pengikut ajaran ini menghabiskan pendapatannya untuk diberikan kepada ajaran tersebut.

f) Pengikut ajaran ini tidak dibenarkan mengawinkan anak mereka dengan orang luar sebaliknya perkahwinan hendaklah dikalangan anak-anak ahli sahaja.

Fekah

a) Kebanyakan pengikut ajaran ini tidak mendirikan sembahyang jumaat dan apabila ditanya mereka memberikan pelbagai alasan.

b) Melakukan Takbir dan Tahmid sejak awal Ramadhan hinggalah Hari Raya, Takbir ini diadakan beramai-ramai.

c) Ajaran ini juga adalah menetapkam Maqom seseorang pengikut jesteru itu sof-sof di dalam sembahyang mempunyai tempat orang-orang tertentu. Sekiranya seseorang itu tiada maka tempat itu akan di kosongkan, ini adalah disebabkan makmum di barisan belakang belum sampai maqom dan tidak layak memenuhi sof yang kosong di hadapan.

d) Ajaran ini menegaskan bahawa isteri-isteri yang tidak mahu mengikuti ajaran ini hendaklah diceraikan. Adalah didapati bahawa layanan yang diberikan kepada isteri pengikut ajaran ini amat bertentangan dengan hak-hak seseorang isteri.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

HUKUM MERACUN RUMPUT KAWASAN TANAH PERKUBURAN SUNGAI KANDIS

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' ( Fatwa ) Negeri Selangor telah menerima pertanyaan daripada Setiausaha Masjid al-Muhsinin Kampung Sungai Kandis yang memohon fatwa berkenaan meracun rumput di kawasan tanah perkuburan Kampung Sungai Kandis, Kampong Jawa, Klang

Keputusan: 

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' ( Fatwa ) Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas dengan teliti dan mengikut hukum yang mu"tabar dalam Islam. Keputusannya adalah seperti berikut :

' Jawatankuasa Fatwa kali ke 5/98 yang bersidang pada dan memutuskan hukum meracun rumput di kawasan tanah perkuburan adalah tidak harus. Ini adalah untuk mengelakkan daripada rumput-rumput tersebut mati dan memberi kesan sampingan kepada alam sekitar dan makhluk lain '.

Keterangan/Hujah: 

Keputusan ini dibuat berdasarkan dalil yang yang di ambil dari kitab al-Fiqh al-Islami Wa"adillatuh tulisan Dr. Wahbah al-Zuhaily :

"menurut pendapat ulama" Syafie, tidak menjadi kesalahan menaruh bau-bauan pada kubur, dan ulama" Syafie, Hanbali dan Hanafi berpendapat bahawa sunat disiram air ke atas kubur dan sunat dipacak pelepah yang masih hijau dan tumbuh-tumbuhan yang wangi dan sebagainya yang masih basah di atas kubur untuk memelihara tanahnya daripada runtuh atau hilang dan sesiapa pun tidak boleh mengambilnya dari kubur itu sebelum kering, kerana tuan kubur itu tidak meninggalnya kecuali setelah kering kerana manfaat hanya terdapat semasa basah iaitu istighfar.

Dalil mereka yang mengatakan sunat disiram air ke atas kubur ialah Hadith yang berbunyi :

Maksudnya: Bahawasanya Nabi s.a.w menyiram ke atas kubur anaknya Ibrahim dan menaruh batu-batu kecil di atasnya.

Begitu juga pendapat ulama" Hanafi bahawasanya makruh memotong tumbuh-tumbuhan yang masih basah dan rumput yang terdapat di atas kubur, kecuali yang kering, kerana selama ia basah ia bertasbih, dengan itu menyenangkan mayat dan diturunkan rahmat dengan sebab zikirnya. Sunat dipacakkan pelepah dan pohon As dn sebagainya di atas kubur. Dalil lain ialah apa yang terkandung di dalam Hadith Sahih mengenai Nabi s.a.w memacakkan pelepah yang masih hijau setelah dibelah dua ke atas kubur yang diazab, dan alasan (

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Hukum Akad Nikah Wali Mujbir Yang Menganut Ajaran Sesat

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' ( Fatwa ) Negeri Selangor telah diminta untuk mengeluarkan fatwa mengenai adakah sah akad nikah yang diwalikan oleh Wali Mujbir yang terlibat dengan ajaran yang telah difatwakan sebagai ajaran sesat.
Keputusan: 

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' ( Fatwa ) Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas dengan teliti dan mengikut hukum yang mu"tabar dalam Islam. Keputusannya adalah seperti berikut :

' Jawatankuasa Fatwa yang bersidang kali ke 4/98 memutuskan hukum akad nikah samasa wali Mujbir atau tidak yang jelas (pasti) menganut ajaran sesat yang telah difatwakan oleh pihak berwajib adalah tidak sah. Walaubagaimanapun sekiranya ia bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadat semula, akad nikahnya adalah sah '.

 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Ajaran Ahmadiah / Qadiani

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Kertas ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' ( Fatwa ) Negeri Selangor untuk perakuan dan pengesahan mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Undang-undang / Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 25 November 1975 mengenai ajaran Ahmadiah / Qadiani. Oleh itu, pihak Jawatankuasa telah diminta mengeluarkan keputusan untuk mewartakan golongan ini berdasarkan Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989.
Keputusan: 

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti serta mengikut hukum yang mu"tabar dan mengambil keputusan seperti berikut:

Atas maksud pengwartaan Jawatankuasa Fatwa kali 4/98 memutuskan dan mengesahkan keputusan Jawatankuasa Undang-Undang / Fatwa 1975 iaitu :

Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi dari ajaran agama Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani ini telah dihukumkan kafir oleh ulama"-ulama" Islam serata dunia. Jabatan Ugama Islam Selangor telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan DYMM Sultan Selangor serta beberapa oranmg alim ulama" di Negeri Selangor. Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah mereka telah Murtad (keluar dari Ugama Islam ) maka wajiblah dituntut mereka bertaubat kembali kepada Islam dengan mengikrar dua kalimah syahadat. Jika mereka enggan bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, maka hendaklah dibunuh akan dia oleh Imam yakni Raja. Mayatnya tiada boleh dimandikan, tiada boleh disembahyangkan dan tiada boleh ditanam di perkuburan orang-orang Islam. Lihat Khasyiah Bajuri ala Ibni Qasim juzuk (2) muka 258. Oleh kerana hukuman Islam ini tidak dapat dilaksanakan maka Jawatankuasa Fatwa ini mengesyorkan :

(i) Lucutkan mereka dari segala hak-hak Melayu kerana mereka sudah keluar dari erti Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan dibawah fasal 160 tafsir.

(ii) Tarik semula daripada mereka segala hak-hak Melayu yang telah diperolehinya seperti tanah 'Rizab Melayu' yang telah dimilikinya. Melayu ertinya seorang yang menganut agama Islam lazimnya bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat melayu.
 

Keterangan/Hujah: 
 
LATAR BELAKANG

1. Ajaran Qadiani di asaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di India pada tahun 1889. Di Malaysia ia dipercayai bertapak pada tahun 1930an di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor yang merupakan antara pusat aktiviti terbesar mereka. Pada 15 Disember 1953 telah diadakan perbahasan antara kumpulan ini dengan para alim ulama" di hadapan DYMM Sultan Selangor. Hasil perbincangan memutuskan pengikut ajaran Qadiani tidak diiktiraf sebagai orang Islam malah terkeluar dari Islam.

2. Ekoran dialog tersebut, perkembangan mereka semakin lumpuh sehingga kini hanya satu pusat iaitu No 11A, Jalan Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda Batu Caves Selangor yang masih bergerak aktif mengadakan aktiviti seperti solat Jumaat, Perhimpunan Antarabangsa dan penerbitan risalah.

3. Antara ciri-ciri ajaran Qadiani ialah :

a) Mirza Ghulam Ahmad mendakwa :


(i) Sebagai Nabi menerima wahyu
(ii) Imam Mahdi
(iii) Isa al-Masih
(iv) Mempunyai mukjizat
(v) Para Nabi menyaksikan dirinya
(vi) Malaikat sebagai pancaindera Tuhan

b) Ibadah Haji di Qadiani, India


c) Menafikan Jihad

d) Mengubah ayat-ayat al-Quran
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Kajian Semula Fatwa Kedudukan Dewan Serbaguna Masjid Negeri Selangor

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
Pihak Masjid Negeri Selangor telah mengemukakan kertas cadangan mengenai Kajian Semula Fatwa Kedudukan Dewan Serbaguna Masjid Negeri Selangor. Dalam mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pambangunan dan Pentadbiran Masjid Negeri yang dipengerusikan oleh Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 24/4/1998 telah mengambil keputusan supaya dilakukan kajian semula Fatwa Kedudukan Dewan Serbaguna tingkat bawah Masjid Negeri Selangor. Oleh itu, pihak Jawatankuasa telah diminta untuk memberi respons terhadap isu berkenaan.
Keputusan: 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti serta mengikut hukum yang mu"tabar dan mengambil keputusan seperti berikut :

' Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang diadakan pada 23 Mac 1998 memutuskan agar pegawai Masjid Negeri Selangor membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci atas perkara-perkara berikut sebelum membuat sebarang keputusan :

(i) Asas-asas kukuh pengecualian sesuatu kawasan ( dalam kawasan masjid ) sebagai bukan masjid.
(ii) Kegunaan sesebuah masjid, khususnya ke atas Masjid Negeri Selangor.
(iii) Plan Masjid Negeri Selangor.
 

Keterangan/Hujah: 
ASAS PERTIMBANGAN
  1. Makmum yang solat di Dewan bawah tidak dapat melihat pergerakan imam di Dewan Utama (Dewan Solat) di tingkat atas sedangkan ianya adalah merupakan salah satu dari syarat sah berjamaah.
     
  2. Masjid Negeri sentiasa menjadi tempat tumpuan bagi mengadakan majlis-majlis, kursus perkahwinan, murid-murid sekolah dan badan-badan pertubuhan kebajikan serta lain-lain aktiviti keagamaan. Selain itu, terdapat juga kelas Tadika yang mana tenaga pengajarnya terdiri dari guru-guru wanita wanita dan ini mendatangkan masalah jika wanita berkenaan uzur (haid).
     
  3. Menurut Dato" Baharuddin Abu Kasim yang menjadi arkitek Masjid Negeri juga menyatakan bahawa asal dan niat pembinaan Dewan Sembahyang adalah tingkat satu dan dua sahaja.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

PEMBAHARUAN DAN PELAKSANAAN AGIHAN MODAL.

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah diminta untuk mempertimbangkan dan meluluskan pelaksanaan pendekatan baru dalam sisitem agihan modal.

Keputusan: 

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti serta mengikut hukum yang mu"tabar dan mengambil keputusan seperti berikut:

' Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang diadakan pada 23 Mac 1998 memutuskan untuk bersetuju dan menerima dengan pembaharuan palaksanaan agihan modal melalui konsep bayar semula separuh peruntukan agihan modal dalam Dana Amanah Fakir/Miskin dan Muallaf (DAM) '.

Keterangan/Hujah: 

2. LATAR BELAKANG

2.1 Agihan bantuan modal mula diperkenalkan sejak awal tahun 1415H dalam bidang perniagaan, perusahaan kecil, pertanian dan perikanan.

2.2 Agihan modal dikhususkan kepada asnaf fakir, miskin dan muallaf yang produktif dengan kadar bantuan antara RM 1,000.00 hingga RM 5,000.00.

2.3 Agihan modal diberi dengan percuma dan dilaksanakan samaada secara individu, perkongsian sesama pemohon atau perkongsian syarikat.

2.4 Berdasarkan pengalaman dari tahun-tahun lepas dimana program bantuan modal tidak mencapai matlamat agihan, maka suatu pembaharuan dalam pelaksanaan sistem agihan modal amat diperlukan bagi menjamin kejayaan projek dan mampu mengubah sikap peserta projek ke arah usahawan berjaya.

3. CADANGAN PELAKSANAAN AGIHAN MODAL

3.1 Pusat Agihan Zakat bercadang untuk melaksanakan agihan modal yang terkini melalui cara seperti yang disebut dibawah ini :

3.1.1 Sebahagian daripada agihan modal yang diperuntukkan diberi kepada pemohon secara percuma.
3.1.2 Sebahagian lagi modal yang diperuntukkan kepada pemohon mestilah dibayar kembali secara beransur-ansur pada setiap bulan.

3.2 Bayaran yang dibayar oleh pemohon akan direkodkan pada setiap kali pembayaran mengikut daftar penerima agihan modal yang berbayar.

3.3 Pembayaran balik modal pinjaman ini hendaklah dianut pada setiap minggu atau bulan selama tiga hingga lima tahun mengikut kadar pinjaman dan jangkaan pendapatan.

3.4 Kesemua wang pembayaran tersebut kemudiannya akan dimasukkan ke akaun Tabung Haji atau akaun pelaburan yang dibenarkan di atas penama penerima agihan modal masing-masing.

3.5 Peserta yang terlibat dalam program tersebut hanya akan berkuasa penuh atas simpanan dan pelaburannya setelah 3 tahun daripada tempoh pembayaran itu tamat.

3.6 Wang simpanan dan pelaburan fakir, miskin dan muallaf tersebut akan dikenali sebagai Dana Amanah Fakir, Miskin dan Muallaf (DAM) yang dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan PAZ.

4. ASAS PERTIMBANGAN

4.1 Golongan fakir miskin adalah golongan manusia yang amat rendah tahap daya usahanya. Mereka lebih gemar untuk menadah tangan dan menarik simpati orang ramai lebih-lebih lagi bila pelbagai pertubuhan menghulurkan bantuan kepada mereka. PAZ merasakan perlu adanya satu usaha untuk membimbing dan menanamkan sifat jatidiri kepada mereka sehingga mereka mampu membebaskan diri dari belenggu kefakiran.

4.2 Kadar agihan sebelum ini adalah kecil dan berbentuk percuma. Keadaan ini telah membawa mereka bersifap sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. Dengan perubahan cara agihan ini, dapatlah menanamkan sifat tanggungjawab pada diri mereka untuk melunaskan kembali pinjamannya disamping merangsang keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri.

4.3 Setelah tamat tempoh bayaran balik, wang tersebut akan dilaburkan semula selama sekurang-kurangnya tiga tahun dan hasil dari pelaburan ini akan kembali kepada pemohon sebagai wang tabungan pada masa hadapan. Wang tersebut juga boleh digunakan untuk membesarkan projek yang dijalankan. Dengan itu masalah kekurangan modal dapat diatasi dan peluang untuk mencapai kejayaan adalah lebih besar dan cerah.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Ilmu Hakikat Ajaran Hassan Bin Jonit

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengemukakan kertas cadangan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' ( Fatwa ) Negeri Selangor berkenaan dengan Ajaran Ilmu Hakikat pimpinan Hassan bin Jonit dan meminta pihak Jawatankuasa membuat keputusan yang sewajarnya mengenai ajaran ini.
Keputusan: 
 
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 12 Februari 1998 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut :

' Bahawasanya Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah memutuskan Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit adalah bertentangan dan menyeleweng daripada akidah Islam. Segala bentuk buku dan risalah terbitannya adalah haram dan boleh membawa kesesatan. Umat Islam yang menganuti ajaran ini hendaklah bertaubat dan kembali ke ajaran Islam yang sebenar '.

Keterangan/Hujah: 

Biodata guru

Hassan bin Jonit dilahirkan di Melaka, bekerja sebagai penjual sayur dan menetap di alamat No. 14, Jalan 6/5, Taman Tasik Tambahan, 68000 Ampang, Selangor. Beliau telah berkahwin sebanyak tiga kali, dua orang isteri telah diceraikan kerana beliau mendakwa isterinya tidak mahu mengikut ajarannya. Isteri ketiga sekarang bernama Jariah bt. Hasan dan mempunyai 4 orang anak. Pendidikan awal beliau ialah Sek. Agama, Pontian Kecil, Johor sehingga darjah 3, Sekolah Melayu Melaka sehingga darjah 3.

Lokasi dan pengikut

Ajaran ini berpusat di Batu 450, No. 20, Kampung Melayu, Jalan Kilang Papan, Kampung Batu Arang, 48050 Rawang Selangor. Markaz ini digunakan untuk sembahyang dan tempat pengajian. Dari maklumat yang diterima, pengikut beliau dianggarkan seramai 100-150 orang di seluruh Negeri Selangor. Kebanyakkan pengikutnya tidak mempunyai asas pengajian agama yang kukuh.

3. CIRI-CIRI AJARAN

DARI SEGI AKIDAH

3.1 Bertemu dengan Allah
Beliau mendakwa bertemu dengan Allah melalui Ilmu Hakikat. Ini dijelaskan oleh Imam Masjid Jamek Kampung Batu Arang iaitu Mohd Zainuddin.

3.2 Bertemu Nabi Muhammad
Beliau juga mendakwa bertemu dengan Nabi Muhammad ketika mengangkat nafas atau dengan istilah (Tanaffus). Setiap kali bertemu dengan Nabi Muhammad beliau akan mencatatkan tarikh pertemuan tersebut.

3.3 Boleh ta"bir mimpi
Pada kebiasaannya apabila mereka mengadakan pengajian di markaz, mana-mana pengikut yang tidak dapat pulang akan bermalam di markaz. Pada waktu pagi selepas solat subuh mereka akan maemperkatakan tentang mimpi masing-masing kepada Hassan untuk ditafsirkan.

3.4 Dahi hitam tanda bela jin
Kebiasaannya seseorang yang rajins embahyang dapat dilihat dengan jelas dahinya akan menjadi hitam disebabkan lama bersujud. Namun mengikut Hasan, orang yang mempunyai tanda tersebut adalah orang yang ada membela jin.

3.5 Solat pejam mata
Ajaran ini menjelaskan bahawa solat hendaklah menutup mata samaada solat fardhu atau sunat. Beliau mendakwa adalah menjadi kesalahan terhadap Allah s.w.t apabila menunaikan solat dengan mata terbuka. Sesiapa yang menunaikan solat dalam keadaan mata terbuka sekiranya menjadi imam nampak seperti khinzir.

3.6 Menolak Hari Akhirat
Beliau berpendapat bahawa kebenaran Hari Akhirat yang dijelaskan di dalam al-Quran adalah tidak benar. Oleh itu, beliau meminta semua pengikutnya menolak adanya Hari Akhirat.

DARI SUDUT ILMU FEKAH

3.7 Mandi wajib dengan celup jari
Mengikut Ilmu Hakikat, tidak perlu melakukan kaifiat mandi wajib sepertimana yang dijelaskan oleh ulama Fekah. Cukup dengan mencelupkan jari kita di dalam air beserta niat.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Ajaran Tijah @ Khatijah Bt Ali

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah menerima laporan mengenai Ajaran Tijah @ Khatijah bt Ali yang didapati bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, pihak Jawatankuasa telah diminta untuk memberi respon dan membuat keputusan yang sewajarnya mengenai ajaran ini.
Keputusan: 
 
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 12 Februari 1998 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut :

' Bahawasanya, Ajaran Tijah @ Khatijah bt. Ali adalah bertentangan dan menyeleweng daripada akidah umat Islam. Umat Islam yang mengikuti ajaran ini hendaklah bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar '

Keterangan/Hujah: 
 
Nama beliau ialah Tijah @ Khatijah bt Ali, berumur 53 tahun dan berasal dari Besut, Terengganu. Kini beliau tinggal di Lot 231, Jlan Jurutera, Batu 13 1/2, Puchong yang juga menjadi pusat kegiatan ajaran ini. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Thanawiah Lil Banat, Pasir Puteh, Kelantan. Tarikat yang dibawa oleh beliau ialah Tarikat Naksabandiyah Mahyudin Ibnu Arabi dan beliau mengambil ijazah dari Haji Ibrahim Patani. Beliau mendalami ilmu Tasawuf daripada guru pondok berikut :

1. Hj. Ibrahim Pattani (Kelantan)
2. Hj. Suaibun Ahmad (Terengganu)
3. Hj. Osman (Yala, Thailand)

3. ISI AJARAN

3.1 Huraian mengenai fahaman Wahdatul Wujud

Puan Khadijah menjelaskan bahawa jika kita merasakan kita ini wujud hukumnya syirik, kerana satu sahaja yang wujud yakni Allah. Makhluk hanyalah merupakan bayangan kewujudan Allah. Setiap objek yang dilihat oleh beliau dan pengikutnya adalah Allah. Ini adalah kesimpulan dan pengakuan beliau sendiri dalam perjumpaannya dengan pegawai-pegawai di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 24 Ogos 1988 di bilik gerakan Ibu Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan, Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara, 50676 Kuala Lumpur.

Fahaman ini adalah bertentangan dengan fahaman Wahdatul Wujud yang dibawa oleh Ibnu Arabi. Kesimpulan yang dibuat oleh Ibnu Arabi ialah, setiap yang wujud mempunyai dua aspek iaitu aspek luar bersifat kemakhlukan dan aspek dalaman bersifat ketuhanan.

3.2 Martabat Tujuh

Puan Khatijah juga mengajar Martabat Tujuh kepada muridnya dengan menghuraikan perkara tersebut satu persatu. Namun begitu, dalam kitab as-Sumulu as-Samiyah ulasan Syiekh Muhamad Katib mengenai Martabat Tujuh menyatakan adalah sesat orang yang berpegang dengan ilmu Martabat Tujuh.

3.3 Pembahagian Tauhid

Menurut kumpulan ini, ilmu Tauhid terbahagi kepada 4 bahagian :
i. Tauhid Uluhiyah
ii. Tauhid Rububiah
iii. Tauhid Ilahiah
iv. Tauhid Ubudiah
Puan Khadijah tidak menjelaskan satu persatu mengenai pengertian kempat-empat bahagian Tauhid di atas.

3.4 Asal Kejadian Insan.

Mereka berusaha mengenal diri, bagi tujuan mengenal Allah berdasarkan hadis
Yang bermaksud " sesiapa yang mengenal dirinya maka kenal ia akan Tuhannya". Namun, menurut Dr. Fatah Harun Ibrahim, ungkapan di tas bukan hadis, ia hanyalah ungkapan yang dilafazkan oleh seorang tokoh tasawuf. Mendakwa ungkapan di atas sebagai hadis adalah salah dan merupakan satu pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w.

3.5 Nur Muhamad

Hakikat insan menurut Puan Khatijah dpat dikonklusikan sebagai Nur Muhammad. Nur Muhammad berasal dari Nur Allah. Sebab itulah Muhammad disebut sebagai bapa segala roh dan Adam bapa segala manusia, berdasarkan hadis yang berbunyi :

Maksudnya : Aku adalah bapa segala Roh dan Adam adalah bapa segala manusia (tubuh).

Hadis ini dipetik dari kitab Durun Nafis muka surat dua puluh dua. (baris keempat dari bawah).

Dimasa yang lain pula, Puan Khadijah Ali pula menjelaskan begini, tubuh kita dadalah Mmuhammad, Rohani kita namanya Ahmad. Dia akhirat nanti Ahamad berada diluar dan Muhammad didalam. Inilah yang dimaksudkan bagkit dengan Roh dan Tubuh di akhirat nanti.

Muhammad Rasulullah sudah mati, tubuh kita ganti Rasulullah. Muhammad Rasulullah menghimpun dan menyempurnakan syariat segala rasul dan nabi-nabi, kemudian memukulnya, kita adalah ganti Muhammad, maka kita juga menanggung tugas Muhammad.

3.6 Mengeluarkan Fatwa dan ajaran lain.

a. Puan Khatijah juga mengatakan kepada pengikut-pengikutnya bahawa sesiapa yang menangis di dalam sembahyang hukumnya adalah syirik, kerana ia masih mengakui bahawa dirinya wujud. Menurut ajaran beliau, ketika kita sembahyang, insan tidak lagi wujud yang yang sembahyang ialah Ahmad. Cara sembahyang juga diajarkan kepada muridnya, iaitu apabila kita mengangkat Takbiratul Ihram, kita hendaklah menarik nafas dari pusat ke atas, kemudian Munajad dan Tabdal, barulah sempurna sembahyang kita.

4. TINDAKAN

Beliau pernah didakwa oleh JAWI kerana kesalahan mengajar tanpa tauliah pada tahun 1980. Bahagian Penguatkuasa juga pernah membuat siasatan terhadap beliau dengan meninjau lokasi dan bilangan ceramah yang diadakan. Ajaran beliau telah difatwakan menyeleweng oleh JAWI pada 6 Julai 1989.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh)

Tarikh Keputusan: 
12 Feb, 1998
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah menerima laporan mengenai Ajaran Sulaiman Bahtera Nabi Noh yang didapati meragukan umat Islam. Oleh itu, pihak Jawatankuasa telah diminta untuk memberi respon dan membuat keputusan yang sewajarnya mengenai ajaran ini.
Keputusan: 
 
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 12 Februari 1998 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut :

'Ajaran Sulaiman ( Bakhtera Nabi Noh ) adalah bertentangan dan menyeleweng dari akidah Islam. Umat Islam yang menganuti ajaran ini hendaklah bertaubat dan kembali ke ajaran Islam yang sebenar'.

Keterangan/Hujah: 
 
1 Kumpulan ini telah di asaskan oleh Sulaiman bin Mohd Said pada tahun 1989 dengan nama Syarikat Shah W.T.C Enterprise Sdn. Bhd dengan modal RM 2.5 juta beralamat di Lot 3734, Jalan Jambu, Meru Barat, 42200 Kapar, Klang, Selangor. Tujuan awal penubuhannya ialah untuk menubuhkan satu syarikat bagi membangunkan ekonomi Islam sedunia yang didakwa akan mengembangkan perniagaannya di dalam dan luar negeri meliputi Timur Tengah, Indonesia, India dan Thailand.
 
2 Bentuk perniagaan yang dikendalikan ialah membuat barang kraftangan dari bahan-bahan terbuang seperti tempurung kelapa, tunggul-tunggul kayu, membuat bantal dan minyak wangi. Namun begitu, sehingga kini barangan tersebut belum lagi diedar hanya sebagai contoh sahaja untuk dipamerkan. Terdapat 3 buah bangunan dalam pengeluaran barang tersebut iaitu di :

(i) Rantau Panjang, Klang - Bengkel peralatan
(ii) Teluk Kapas, Pelabuhan Klang - Bengkel Kraftangan
(iii) Jalan Jambu, Meru, Klang - Bengkel Kraftangan

Namun, dua daripada tiga bengkel tersebut telah ditutup dan yang tinggal hanya di Jalan Jambu, Meru, Klang sahaja. Ini berlaku kerana tuan tanah tidak yakin dengan bentuk perniagaan tersebut.

 
3 Sulaiman pada awalnya mempunyai isteri bernama Wasitah dan dikurniakan dua orang anak. Kemudian, Wasitah diceraikan kerana beliau ingin berkahwin dengan kakaknya Hawa. Oleh kerana Sulaiman telah meninggal dunia pada Januari 1995, kumpulan ini telah diambil alih oleh isterinya, Hawa bt. Hasan, seorang guru sekolah rendah. Kumpulan ini telah membina sebuah bangunan berbentuk kapal yang mempunyai 52 bilik bagi tujuan menyelamatkan diri bila banjir besar berlaku di Daerah Klang.

ISI AJARAN

Sulaiman (allahyarham) sebenarnya tidak ada asas pengajian agama secara formal dan beliau tidak tahu membaca al-Quran. Beliau menggunakan khadam (jin) yang diberi nama Mr. Programmer yang membantunya dalam setiap tindakan. Setelah beliau meninggal dunia, Mr. Programmer ini telah diambil alih oleh isterinya Hawa bt. Hasan untuk berkhidmat dengannya. Sulaiman juga pernah belajar dengan guru ajaran sesat dari Pasir Mas, Kelantan yang dipanggil Syed Ahmad/ Syeikh Ahmad.

Diantara butir-butir ajaran Sulaiman ialah :

1) Beliau telah menggunakan terjemahan al-Quran karangan A. Hassan sebagai rujukan. Beliau mendakwa karangan A. Hassan (Bandung) itu sahaja yang menepati kehendak Islam dan diakui oleh Nabi Ibrahim. Beliau juga mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa.

2) Mendapat ajaran terus dari Allah. Beliau juga mendakwa semua ulama di Malaysia tidak betul dan hanya kumpulannya sahaja yang mengamalkan ajaran Islam yang betul dan benar.

3) Akan diadakan pertemuan empat kaun umat ahli Muhammad iaitu

(i) Nabi Ibrahim (orang Arab)
(ii) Nabi Nuh (orang Melayu)
(iii) Ali Imran (Orang Inggeris dan Jerman)
(iv) Nabi Musa (orang Israel)

4) Cara sembahyang umat Islam di Malaysia adalah salah, hanya cara yang dialamkan oleh kumpulan ini sahaja yang betul

5) Mengarahkan ahli kumpulan boleh sembahyang jama" ketika membuat kerja-kerja bangunan di Rantau Panjang dan Teluk Kapas. Sembahyang zohor dan asar boleh dijama"kan kerana segala kerja itu adalah urusan Allah. Dalam bulan puasa, kumpulan ini telah membuat dodol dan ahlinya boleh sembahyang jama" kerana mengacau dodol adalah urusan Allah.

6) Setelah Sulaiman meninggal dunia, jawatan ketua kumpulan ini secara automatik diambil alih oleh isterinya Hawa Hasan sehingga sekarang. Mereka mendakwa segala urusan projek yang dijalankan adalah projek Allah. Mereka juga mendakwa mendapat petunjuk di langit dan mimpi-mimpi melalui ahli-ahli bahawa kumpulan ini sahaja yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya.

7) Kumpulan ini juga mengamalkan beberapa zikir seperti :

i. Lafaz sebelum menunaikan solat (ketika berdiri tegak) :

"Demi Engkau Tuhan kami, Ya Allah, izinkan aku melaksanakan persembahan perintah sembahyang fardhu...kerana menyembahmu, serta tunduk sujud, berserah menyerah diri kepadamu, dengan maksud berlafazan kami, dan mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w.

ii. Selepas sembahyang diucapkan pula terima kasih, kemudian beristighfar
memohon keampunan atas kesilapan diri.

iii. Doa dan zikir adalah persembahan. Sebelum persembahan mesti ada pembukaan, iaitu dengan membaca al-Quran surah al-Imran ayat 18.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Fatwa Tentang Fahaman Syiah

Tarikh Keputusan: 
14 Feb, 1998
Keputusan: 
 
  1. Bahawa Fahaman dan Ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
     
  2. Fahaman dan Ajaran ini perlu disekat keseluruhannya. Terdapat beberapa percanggahan di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut Aqidah, Syariah dan lain-lain.
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
24 Sep, 1998
Nombor Rujukan: 
Jil. 51 No. 20
Akta/Enakmen: 
Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 

Bayaran Imbuhan Kepada Pegawai-Pegawai Masjid

Tarikh Keputusan: 
18 Oct, 1986
Huraian Tajuk/Isu: 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara (Fatwa) telah menerima satu pertanyaan berkenaan dengan bayaran imbuhan kepada pegawai-pegawai Masjid.

Persoalan yang ditimbulkan adalah seperti berikut :

1. Apakah hukum Syara', apabila berhenti seseorang itu dari jawatannya berkhidmat dengan Masjid perlu diberi saguhati bulanan (menyerupai skim pencen) sehingga akhir hayatnya kerana mengenang jasanya.

2. Adakah dibenarkan hukum syara', seorang yang berhenti dari berkhidmat dengan masjid diberi peruntukkan saguhati (sekali bayaran sahaja) bagi mengenang jasanya.
 

Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) yang bersidang pada 18 Oktober 1986 telah membincangkan mengenai Bayaran Imbuhan Kepada Pegawai-Pegawai Masjid. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :

1. Jika imbuhan yang hendak dibayar kepada pegawai-pegawai masjid yang bersara itu diambil dari harta wakaf masjid, maka hukumnya tidak harus sama sekali dengan apa cara sekalipun, samada imbuhan yang diberi tiap-tiap bulan atau sekali bayaran sahaja.

2. Jika imbuhan itu bukan dari harta wakaf masjid (derma orang ramai) maka tidak boleh juga diberi kepada mereka, melainkan dengan syarat mendapat persetujuan lebih dahulu dari semua ahli-ahli qariah masjid dengan melalui mesyuarat agong atau dengan apa-apa cara sahaja.


Adapun jika imbuhan yang hendak diberi kepada mereka merupakan pemberian sekali bayaran sahaja sebagai mengenang jasa-jasa mereka, maka hendaklah diberi dengan persetujuan dari mesyuarat ahli-ahli jawatankuasa masjid sahaja.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

PINGGAN KACA BERUKIR/BERTULIS BISMIILAH DAN ALHAMDULIILAH

Tarikh Keputusan: 
6 Sep, 1986
Huraian Tajuk/Isu: 

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah menerima pertanyaan berkenaan dengan Hukum pinggan kaca berukir bertulis dengan perkataan Bismillah dan Alhamdulillah digunakan untuk alat makanan harian atau perhiasan.

Keputusan: 

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan keputusannya adalah seperti berikut :

1. Jika digunakan untuk perhiasan semata-mata, hukumnya adalah diharuskan kerana ia tidak didapati unsur-unsur penghinaan atau merendahkannya dan diletakkan di tempat yang tinggi.
2. Jika digunakan untuk makan atau kegunaan harian, hukumnya adalah haram kerana pinggan ini akan digunakan bercampur dengan orang-orang bukan Islam dan orang yang suci atau berhadas.

Firman Allah Taala

Di samping itu terdapat juga dilihat sebagai satu penghinaan atau meringan-ringan ayat Al-Quran yang boleh seseorang itu menjadi terkeluar dari Islam seperti disebut dalam kitab Al-Majmuk Surah Al-Mahzab Lisyairazi, Juzuk 2, Muka 196 :

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

HUKUM MEMINDAHKAN KUBUR LAMA DI SIMPANG 5, KLANG UNTUK PEMBESARAN JALAN

Tarikh Keputusan: 
19 Apr, 1986
Huraian Tajuk/Isu: 

Jawatankuasa perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah diajukan dengan persoalan mengenai tanah perkuburan Islam di Simpang Lima, Klang yang terlibat dengan projek pembesaran jalan, yang mana ada kubur lama yang terlibat dengan projek pembesaran tersebut terpaksa dipindahkan ke tempat lain.

Keputusan: 

"Majlis Fatwa memutuskan bahawa hukumnya harus (boleh) memindahkan kubur orang Islam yang terlibat dari tanah perkuburan tersebut ke tanah perkuburan yang lain untuk pembesaran jalan dengan syarat j ika mayat-mayat dalam kubur yang hendak dipindahkan itu sudah hancur sama sekali, jika sekiranya mayat-mayat yang terl ibat belum hancur jasadnya, maka hukumnya haram menggali dan memindahkan ke tempat lainnya".

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Syndicate content