Selangor

Hukum Lelaki Memakai Emas Putih

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
Kertas ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor untuk mendapat pertimbangan dan pandangan mengenai hukum lelaki memakai emas putih.
Keputusan: 
Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada 23 Ogos 1999 memutuskan :

' Bahawa Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang bersidang pada 23 Ogos 1999 sebulat suara memutuskan bahawa hukum lelaki memakai emas putih adalah haram berdasarkan kenyataan Prof. Zahari Dato" Sulaiman bahawa emas putih terhasil campuran daripada 2 unsur logam iaitu emas kuning dicampur perak. Hujjah bagi pengharaman lelaki memakai emas putih kerana kadar emas yang dicampurkan dengan perak adalah lebih tinggi daripada perak sehinggalah kadar emas itu melebihi daripada 50% setahun adakalanya mencecah sehingga 75%'.
 

Keterangan/Hujah: 
Dari Abu Musa bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Dihalalkan emas dan sutera untuk kaum wanita dari umatku dan diharamkan keduanya terhadap kaum lelaki. Terdapat satu riwayat bahawa Rasulullah s.a.w pernah melihat sebuah cincin dari emas ditangan seseorang, maka Rasulullah s.a.w meragutnya lalu membuangnya lantas bersabda, "Seseorang dari kamu sengaja memegang bara api dari neraka lalu diletakkan ditangannya", lalu Rasulullah meninggalkan lelaki pemilik cincin tersebut dan membiarkan cincinnya terbuang di hamparan bumi lantas sebahagian orang berkata kepada si pemilik cincin, "Rasulullah telah pergi, ambil cincinmu dan pergunakanlah", Lelaki itupun menjawab dengan tegas, "Tidak, Demi Allah aku tidak akan mengambilnya apa yang sudah dilempar Rasul".

Menurut para Fuqaha" golongan Maliki, bagi kaum lelaki boleh memakai cincin dari perak asalkan tidak lebih dari dua dirham dengan syarat bertujuan mengikut jejak Rasulullah s.a.w. Berdasarkan analogi cincin ini, maka setiap benda yang diperbuat daripada emas (termasuk emas putih) yang dipakai untuk berhias oleh kaum lelaki, maka benda-benada tersebut hukumnya tetap diharamkan bagi mereka (Yunos Ali al-Mudhor: Terjemahan Halal dan Haram dalam Islam).


Sebab-sebab lelaki haram memakai emas:

Maksudnya : Dari Abu Musa, bahawa Nabi s.a.w bersabda: Emas dan Perak itu dihalalkan bagi kaum wanita dari umatku dan diharamkan bagi lelakinya
(Riwayat Nasa"i, Termizi dan Ahmad)

 
Islam mengharamkan pemakaian ini hanya kerana memakai emas boleh menjurus kepada dua bahawa : Satu sisi akan menjurus pada gaya hidup yang mewah dan berlebih-lebihan yang tidak diperkenankan Islam. Sisi lain akan mengacu kepada kemewahan yang dapat merosakkan bangsa dan penyianyian harta yang tidak sepatutnya oleh kaum lelaki.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Ajaran Haji Zulkifli Ismail

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Laporan ini dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (FATWA) Negeri Selangor untuk mendapatkan pertimbangan mengenai ajaran yang dibawa oleh Zulkifli Haji Ismail.
 
Keputusan: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (FATWA) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang mukatabar didalam Islam dan keputusannya adalah seperti berikut:

'Jawatankuasa Fatwa kali 5/98 memutuskan agar kajian yang lebih mendalam dilakukan keatas ajaran ini dengan menumpukan kepada persoalan-persoalan berikut:

i- Penyelewengan dari sudut akidah
ii- Kesalahan yang jelas dari sudut ibadat dan syariat

Jawatankuasa juga mengesyorkan agar guru ajaran ini dipanggil secara resmi dalam sesi soal jawab, bagi mendapatkan penjelasan berkaitan ajaran beliau.

Keterangan/Hujah: 
LATAR BELAKANG
  1. Nama beliau ialah Zulkifli b. Ismail, menetap buat kali terakhir di alamat Batu 13, Jalan Puchong (berhadapan dengan Petronas), rumah kayu dua tingkat bercat putih. Telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak. Isteri pertama beliau telah diceraikan dan tinggal di Kemaman, Terengganu.
     
  2. Tiada rekod yang didapati mengenai pendidikan beliau. Beliau tidak lancar membaca al-Quran dan pada kebiasaannya beliau meminta pengikut beliau yang lancar dan dan fasih membaca al-Quran. Semasa pengajian beliau tidak membuka apa-apa kitab kecuali al-Quran terjemahan dan kebanyakan kelas-kelas pengajian adalah berbentuk ceramah umum dengan mencampuradukkan pelbagai bidang ilmu yang terlintas di fikiran beliau.
     
  3. Jumlah Pengikut beliau dianggarkan antara 300-400 orang. Sejak ajaran ini di kesan pengikutnya terdiri daripada pegawai-pegawai dari Syarikat Celcom. Ajaran ini telah mengambil 20-30 orang penagih dadah untuk menjadi pengikut setia, ditempatkan di Markaz tersebut dengan dibiayai sepenuhnya oleh kakitangan Celcom. Walaubagaimanapun terdapat juga seramai 15-20 pelajar Universiti Islam Antarabangsa(UIA) dan beberapa orang pelajar Universiti Putra Malaysia(UPM) telah terlibat dengan ajaran ini.
     
  4. Ajaran ini telah berpindah-pindah tempat apabila mengetahui kegiatan mereka telah dapat dikesan oleh pihak berkuasa iaitu bermula dari Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ampang, Cheras dan pada akhir tahun 1996 kumpulan ini telah mendirikan sebuah bangunan surau kayu dua tingkat yang masih di dalam pembinaan bertempat di Desa Pengasih, Bukit Cerakah, Mukim Ijok, Kuala Selangor.

    CIRI-CIRI AJARAN


 Akidah

a) Guru ajaran ini menyatakan bahawa al-Quran yang ada sekarang adalah hiasan sahaja adapun al-Quran yang sebenar adalah di dalam diri kita.

b) Mengadakan upacara pertapaan sekurang-kurangnya tiga hari. Pertapaan ini dipanggil Uzlah, pertapaan ini adalah disebabkan melanggar pantang larang ajaran. Setiap pengikut yang sedang dalam pertapaan boleh pulang ke rumah tetapi tidak boleh masuk rumah. Di antara tempat pertapaan ini ialah di Puncak Kasih (Kuala Selangor), Gunung Jerai (Kedah), Linggi (Negeri Sembilan) dan Jenagor, Kuala Brang (Terengganu).

c) Mengadakan zikir di sekeliling sebuah makam bernama Mohamed Syarif Al-Baghdi di Jenagor, Kuala Brang, Terengganu. Makam ini juga digelar dengan nama makam Tok Ayah.

d) Ajaran ini mewajibkan kepada pengikut yang baru dengan mengadakan bai"ah, upacara bai"ah ini hendaklah disaksikan oleh dua orang pengikut lain yang telah melakukan bai"ah.

e) Setiap pengikut ajaran ini diwajibkan membuat ikrar dengan mengorbankan harta benda kepada pentadbiran ajaran ini. Sehubungan itu terdapat pengikut ajaran ini menghabiskan pendapatannya untuk diberikan kepada ajaran tersebut.

f) Pengikut ajaran ini tidak dibenarkan mengawinkan anak mereka dengan orang luar sebaliknya perkahwinan hendaklah dikalangan anak-anak ahli sahaja.

Fekah

a) Kebanyakan pengikut ajaran ini tidak mendirikan sembahyang jumaat dan apabila ditanya mereka memberikan pelbagai alasan.

b) Melakukan Takbir dan Tahmid sejak awal Ramadhan hinggalah Hari Raya, Takbir ini diadakan beramai-ramai.

c) Ajaran ini juga adalah menetapkam Maqom seseorang pengikut jesteru itu sof-sof di dalam sembahyang mempunyai tempat orang-orang tertentu. Sekiranya seseorang itu tiada maka tempat itu akan di kosongkan, ini adalah disebabkan makmum di barisan belakang belum sampai maqom dan tidak layak memenuhi sof yang kosong di hadapan.

d) Ajaran ini menegaskan bahawa isteri-isteri yang tidak mahu mengikuti ajaran ini hendaklah diceraikan. Adalah didapati bahawa layanan yang diberikan kepada isteri pengikut ajaran ini amat bertentangan dengan hak-hak seseorang isteri.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

HUKUM MERACUN RUMPUT KAWASAN TANAH PERKUBURAN SUNGAI KANDIS

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' ( Fatwa ) Negeri Selangor telah menerima pertanyaan daripada Setiausaha Masjid al-Muhsinin Kampung Sungai Kandis yang memohon fatwa berkenaan meracun rumput di kawasan tanah perkuburan Kampung Sungai Kandis, Kampong Jawa, Klang

Keputusan: 

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' ( Fatwa ) Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas dengan teliti dan mengikut hukum yang mu"tabar dalam Islam. Keputusannya adalah seperti berikut :

' Jawatankuasa Fatwa kali ke 5/98 yang bersidang pada dan memutuskan hukum meracun rumput di kawasan tanah perkuburan adalah tidak harus. Ini adalah untuk mengelakkan daripada rumput-rumput tersebut mati dan memberi kesan sampingan kepada alam sekitar dan makhluk lain '.

Keterangan/Hujah: 

Keputusan ini dibuat berdasarkan dalil yang yang di ambil dari kitab al-Fiqh al-Islami Wa"adillatuh tulisan Dr. Wahbah al-Zuhaily :

"menurut pendapat ulama" Syafie, tidak menjadi kesalahan menaruh bau-bauan pada kubur, dan ulama" Syafie, Hanbali dan Hanafi berpendapat bahawa sunat disiram air ke atas kubur dan sunat dipacak pelepah yang masih hijau dan tumbuh-tumbuhan yang wangi dan sebagainya yang masih basah di atas kubur untuk memelihara tanahnya daripada runtuh atau hilang dan sesiapa pun tidak boleh mengambilnya dari kubur itu sebelum kering, kerana tuan kubur itu tidak meninggalnya kecuali setelah kering kerana manfaat hanya terdapat semasa basah iaitu istighfar.

Dalil mereka yang mengatakan sunat disiram air ke atas kubur ialah Hadith yang berbunyi :

Maksudnya: Bahawasanya Nabi s.a.w menyiram ke atas kubur anaknya Ibrahim dan menaruh batu-batu kecil di atasnya.

Begitu juga pendapat ulama" Hanafi bahawasanya makruh memotong tumbuh-tumbuhan yang masih basah dan rumput yang terdapat di atas kubur, kecuali yang kering, kerana selama ia basah ia bertasbih, dengan itu menyenangkan mayat dan diturunkan rahmat dengan sebab zikirnya. Sunat dipacakkan pelepah dan pohon As dn sebagainya di atas kubur. Dalil lain ialah apa yang terkandung di dalam Hadith Sahih mengenai Nabi s.a.w memacakkan pelepah yang masih hijau setelah dibelah dua ke atas kubur yang diazab, dan alasan (

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Hukum Akad Nikah Wali Mujbir Yang Menganut Ajaran Sesat

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' ( Fatwa ) Negeri Selangor telah diminta untuk mengeluarkan fatwa mengenai adakah sah akad nikah yang diwalikan oleh Wali Mujbir yang terlibat dengan ajaran yang telah difatwakan sebagai ajaran sesat.
Keputusan: 

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' ( Fatwa ) Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas dengan teliti dan mengikut hukum yang mu"tabar dalam Islam. Keputusannya adalah seperti berikut :

' Jawatankuasa Fatwa yang bersidang kali ke 4/98 memutuskan hukum akad nikah samasa wali Mujbir atau tidak yang jelas (pasti) menganut ajaran sesat yang telah difatwakan oleh pihak berwajib adalah tidak sah. Walaubagaimanapun sekiranya ia bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadat semula, akad nikahnya adalah sah '.

 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Ajaran Ahmadiah / Qadiani

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Kertas ini dikemukakan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' ( Fatwa ) Negeri Selangor untuk perakuan dan pengesahan mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Undang-undang / Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 25 November 1975 mengenai ajaran Ahmadiah / Qadiani. Oleh itu, pihak Jawatankuasa telah diminta mengeluarkan keputusan untuk mewartakan golongan ini berdasarkan Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989.
Keputusan: 

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti serta mengikut hukum yang mu"tabar dan mengambil keputusan seperti berikut:

Atas maksud pengwartaan Jawatankuasa Fatwa kali 4/98 memutuskan dan mengesahkan keputusan Jawatankuasa Undang-Undang / Fatwa 1975 iaitu :

Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi dari ajaran agama Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani ini telah dihukumkan kafir oleh ulama"-ulama" Islam serata dunia. Jabatan Ugama Islam Selangor telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan DYMM Sultan Selangor serta beberapa oranmg alim ulama" di Negeri Selangor. Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah mereka telah Murtad (keluar dari Ugama Islam ) maka wajiblah dituntut mereka bertaubat kembali kepada Islam dengan mengikrar dua kalimah syahadat. Jika mereka enggan bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, maka hendaklah dibunuh akan dia oleh Imam yakni Raja. Mayatnya tiada boleh dimandikan, tiada boleh disembahyangkan dan tiada boleh ditanam di perkuburan orang-orang Islam. Lihat Khasyiah Bajuri ala Ibni Qasim juzuk (2) muka 258. Oleh kerana hukuman Islam ini tidak dapat dilaksanakan maka Jawatankuasa Fatwa ini mengesyorkan :

(i) Lucutkan mereka dari segala hak-hak Melayu kerana mereka sudah keluar dari erti Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan dibawah fasal 160 tafsir.

(ii) Tarik semula daripada mereka segala hak-hak Melayu yang telah diperolehinya seperti tanah 'Rizab Melayu' yang telah dimilikinya. Melayu ertinya seorang yang menganut agama Islam lazimnya bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat melayu.
 

Keterangan/Hujah: 
 
LATAR BELAKANG

1. Ajaran Qadiani di asaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di India pada tahun 1889. Di Malaysia ia dipercayai bertapak pada tahun 1930an di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor yang merupakan antara pusat aktiviti terbesar mereka. Pada 15 Disember 1953 telah diadakan perbahasan antara kumpulan ini dengan para alim ulama" di hadapan DYMM Sultan Selangor. Hasil perbincangan memutuskan pengikut ajaran Qadiani tidak diiktiraf sebagai orang Islam malah terkeluar dari Islam.

2. Ekoran dialog tersebut, perkembangan mereka semakin lumpuh sehingga kini hanya satu pusat iaitu No 11A, Jalan Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda Batu Caves Selangor yang masih bergerak aktif mengadakan aktiviti seperti solat Jumaat, Perhimpunan Antarabangsa dan penerbitan risalah.

3. Antara ciri-ciri ajaran Qadiani ialah :

a) Mirza Ghulam Ahmad mendakwa :


(i) Sebagai Nabi menerima wahyu
(ii) Imam Mahdi
(iii) Isa al-Masih
(iv) Mempunyai mukjizat
(v) Para Nabi menyaksikan dirinya
(vi) Malaikat sebagai pancaindera Tuhan

b) Ibadah Haji di Qadiani, India


c) Menafikan Jihad

d) Mengubah ayat-ayat al-Quran
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Kajian Semula Fatwa Kedudukan Dewan Serbaguna Masjid Negeri Selangor

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
Pihak Masjid Negeri Selangor telah mengemukakan kertas cadangan mengenai Kajian Semula Fatwa Kedudukan Dewan Serbaguna Masjid Negeri Selangor. Dalam mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pambangunan dan Pentadbiran Masjid Negeri yang dipengerusikan oleh Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada 24/4/1998 telah mengambil keputusan supaya dilakukan kajian semula Fatwa Kedudukan Dewan Serbaguna tingkat bawah Masjid Negeri Selangor. Oleh itu, pihak Jawatankuasa telah diminta untuk memberi respons terhadap isu berkenaan.
Keputusan: 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti serta mengikut hukum yang mu"tabar dan mengambil keputusan seperti berikut :

' Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang diadakan pada 23 Mac 1998 memutuskan agar pegawai Masjid Negeri Selangor membuat kajian dan penelitian yang lebih terperinci atas perkara-perkara berikut sebelum membuat sebarang keputusan :

(i) Asas-asas kukuh pengecualian sesuatu kawasan ( dalam kawasan masjid ) sebagai bukan masjid.
(ii) Kegunaan sesebuah masjid, khususnya ke atas Masjid Negeri Selangor.
(iii) Plan Masjid Negeri Selangor.
 

Keterangan/Hujah: 
ASAS PERTIMBANGAN
  1. Makmum yang solat di Dewan bawah tidak dapat melihat pergerakan imam di Dewan Utama (Dewan Solat) di tingkat atas sedangkan ianya adalah merupakan salah satu dari syarat sah berjamaah.
     
  2. Masjid Negeri sentiasa menjadi tempat tumpuan bagi mengadakan majlis-majlis, kursus perkahwinan, murid-murid sekolah dan badan-badan pertubuhan kebajikan serta lain-lain aktiviti keagamaan. Selain itu, terdapat juga kelas Tadika yang mana tenaga pengajarnya terdiri dari guru-guru wanita wanita dan ini mendatangkan masalah jika wanita berkenaan uzur (haid).
     
  3. Menurut Dato" Baharuddin Abu Kasim yang menjadi arkitek Masjid Negeri juga menyatakan bahawa asal dan niat pembinaan Dewan Sembahyang adalah tingkat satu dan dua sahaja.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

PEMBAHARUAN DAN PELAKSANAAN AGIHAN MODAL.

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah diminta untuk mempertimbangkan dan meluluskan pelaksanaan pendekatan baru dalam sisitem agihan modal.

Keputusan: 

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti serta mengikut hukum yang mu"tabar dan mengambil keputusan seperti berikut:

' Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor yang diadakan pada 23 Mac 1998 memutuskan untuk bersetuju dan menerima dengan pembaharuan palaksanaan agihan modal melalui konsep bayar semula separuh peruntukan agihan modal dalam Dana Amanah Fakir/Miskin dan Muallaf (DAM) '.

Keterangan/Hujah: 

2. LATAR BELAKANG

2.1 Agihan bantuan modal mula diperkenalkan sejak awal tahun 1415H dalam bidang perniagaan, perusahaan kecil, pertanian dan perikanan.

2.2 Agihan modal dikhususkan kepada asnaf fakir, miskin dan muallaf yang produktif dengan kadar bantuan antara RM 1,000.00 hingga RM 5,000.00.

2.3 Agihan modal diberi dengan percuma dan dilaksanakan samaada secara individu, perkongsian sesama pemohon atau perkongsian syarikat.

2.4 Berdasarkan pengalaman dari tahun-tahun lepas dimana program bantuan modal tidak mencapai matlamat agihan, maka suatu pembaharuan dalam pelaksanaan sistem agihan modal amat diperlukan bagi menjamin kejayaan projek dan mampu mengubah sikap peserta projek ke arah usahawan berjaya.

3. CADANGAN PELAKSANAAN AGIHAN MODAL

3.1 Pusat Agihan Zakat bercadang untuk melaksanakan agihan modal yang terkini melalui cara seperti yang disebut dibawah ini :

3.1.1 Sebahagian daripada agihan modal yang diperuntukkan diberi kepada pemohon secara percuma.
3.1.2 Sebahagian lagi modal yang diperuntukkan kepada pemohon mestilah dibayar kembali secara beransur-ansur pada setiap bulan.

3.2 Bayaran yang dibayar oleh pemohon akan direkodkan pada setiap kali pembayaran mengikut daftar penerima agihan modal yang berbayar.

3.3 Pembayaran balik modal pinjaman ini hendaklah dianut pada setiap minggu atau bulan selama tiga hingga lima tahun mengikut kadar pinjaman dan jangkaan pendapatan.

3.4 Kesemua wang pembayaran tersebut kemudiannya akan dimasukkan ke akaun Tabung Haji atau akaun pelaburan yang dibenarkan di atas penama penerima agihan modal masing-masing.

3.5 Peserta yang terlibat dalam program tersebut hanya akan berkuasa penuh atas simpanan dan pelaburannya setelah 3 tahun daripada tempoh pembayaran itu tamat.

3.6 Wang simpanan dan pelaburan fakir, miskin dan muallaf tersebut akan dikenali sebagai Dana Amanah Fakir, Miskin dan Muallaf (DAM) yang dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan PAZ.

4. ASAS PERTIMBANGAN

4.1 Golongan fakir miskin adalah golongan manusia yang amat rendah tahap daya usahanya. Mereka lebih gemar untuk menadah tangan dan menarik simpati orang ramai lebih-lebih lagi bila pelbagai pertubuhan menghulurkan bantuan kepada mereka. PAZ merasakan perlu adanya satu usaha untuk membimbing dan menanamkan sifat jatidiri kepada mereka sehingga mereka mampu membebaskan diri dari belenggu kefakiran.

4.2 Kadar agihan sebelum ini adalah kecil dan berbentuk percuma. Keadaan ini telah membawa mereka bersifap sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. Dengan perubahan cara agihan ini, dapatlah menanamkan sifat tanggungjawab pada diri mereka untuk melunaskan kembali pinjamannya disamping merangsang keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri.

4.3 Setelah tamat tempoh bayaran balik, wang tersebut akan dilaburkan semula selama sekurang-kurangnya tiga tahun dan hasil dari pelaburan ini akan kembali kepada pemohon sebagai wang tabungan pada masa hadapan. Wang tersebut juga boleh digunakan untuk membesarkan projek yang dijalankan. Dengan itu masalah kekurangan modal dapat diatasi dan peluang untuk mencapai kejayaan adalah lebih besar dan cerah.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Ilmu Hakikat Ajaran Hassan Bin Jonit

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengemukakan kertas cadangan kepada Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' ( Fatwa ) Negeri Selangor berkenaan dengan Ajaran Ilmu Hakikat pimpinan Hassan bin Jonit dan meminta pihak Jawatankuasa membuat keputusan yang sewajarnya mengenai ajaran ini.
Keputusan: 
 
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 12 Februari 1998 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut :

' Bahawasanya Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah memutuskan Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit adalah bertentangan dan menyeleweng daripada akidah Islam. Segala bentuk buku dan risalah terbitannya adalah haram dan boleh membawa kesesatan. Umat Islam yang menganuti ajaran ini hendaklah bertaubat dan kembali ke ajaran Islam yang sebenar '.

Keterangan/Hujah: 

Biodata guru

Hassan bin Jonit dilahirkan di Melaka, bekerja sebagai penjual sayur dan menetap di alamat No. 14, Jalan 6/5, Taman Tasik Tambahan, 68000 Ampang, Selangor. Beliau telah berkahwin sebanyak tiga kali, dua orang isteri telah diceraikan kerana beliau mendakwa isterinya tidak mahu mengikut ajarannya. Isteri ketiga sekarang bernama Jariah bt. Hasan dan mempunyai 4 orang anak. Pendidikan awal beliau ialah Sek. Agama, Pontian Kecil, Johor sehingga darjah 3, Sekolah Melayu Melaka sehingga darjah 3.

Lokasi dan pengikut

Ajaran ini berpusat di Batu 450, No. 20, Kampung Melayu, Jalan Kilang Papan, Kampung Batu Arang, 48050 Rawang Selangor. Markaz ini digunakan untuk sembahyang dan tempat pengajian. Dari maklumat yang diterima, pengikut beliau dianggarkan seramai 100-150 orang di seluruh Negeri Selangor. Kebanyakkan pengikutnya tidak mempunyai asas pengajian agama yang kukuh.

3. CIRI-CIRI AJARAN

DARI SEGI AKIDAH

3.1 Bertemu dengan Allah
Beliau mendakwa bertemu dengan Allah melalui Ilmu Hakikat. Ini dijelaskan oleh Imam Masjid Jamek Kampung Batu Arang iaitu Mohd Zainuddin.

3.2 Bertemu Nabi Muhammad
Beliau juga mendakwa bertemu dengan Nabi Muhammad ketika mengangkat nafas atau dengan istilah (Tanaffus). Setiap kali bertemu dengan Nabi Muhammad beliau akan mencatatkan tarikh pertemuan tersebut.

3.3 Boleh ta"bir mimpi
Pada kebiasaannya apabila mereka mengadakan pengajian di markaz, mana-mana pengikut yang tidak dapat pulang akan bermalam di markaz. Pada waktu pagi selepas solat subuh mereka akan maemperkatakan tentang mimpi masing-masing kepada Hassan untuk ditafsirkan.

3.4 Dahi hitam tanda bela jin
Kebiasaannya seseorang yang rajins embahyang dapat dilihat dengan jelas dahinya akan menjadi hitam disebabkan lama bersujud. Namun mengikut Hasan, orang yang mempunyai tanda tersebut adalah orang yang ada membela jin.

3.5 Solat pejam mata
Ajaran ini menjelaskan bahawa solat hendaklah menutup mata samaada solat fardhu atau sunat. Beliau mendakwa adalah menjadi kesalahan terhadap Allah s.w.t apabila menunaikan solat dengan mata terbuka. Sesiapa yang menunaikan solat dalam keadaan mata terbuka sekiranya menjadi imam nampak seperti khinzir.

3.6 Menolak Hari Akhirat
Beliau berpendapat bahawa kebenaran Hari Akhirat yang dijelaskan di dalam al-Quran adalah tidak benar. Oleh itu, beliau meminta semua pengikutnya menolak adanya Hari Akhirat.

DARI SUDUT ILMU FEKAH

3.7 Mandi wajib dengan celup jari
Mengikut Ilmu Hakikat, tidak perlu melakukan kaifiat mandi wajib sepertimana yang dijelaskan oleh ulama Fekah. Cukup dengan mencelupkan jari kita di dalam air beserta niat.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Ajaran Tijah @ Khatijah Bt Ali

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah menerima laporan mengenai Ajaran Tijah @ Khatijah bt Ali yang didapati bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, pihak Jawatankuasa telah diminta untuk memberi respon dan membuat keputusan yang sewajarnya mengenai ajaran ini.
Keputusan: 
 
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 12 Februari 1998 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut :

' Bahawasanya, Ajaran Tijah @ Khatijah bt. Ali adalah bertentangan dan menyeleweng daripada akidah umat Islam. Umat Islam yang mengikuti ajaran ini hendaklah bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar '

Keterangan/Hujah: 
 
Nama beliau ialah Tijah @ Khatijah bt Ali, berumur 53 tahun dan berasal dari Besut, Terengganu. Kini beliau tinggal di Lot 231, Jlan Jurutera, Batu 13 1/2, Puchong yang juga menjadi pusat kegiatan ajaran ini. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Thanawiah Lil Banat, Pasir Puteh, Kelantan. Tarikat yang dibawa oleh beliau ialah Tarikat Naksabandiyah Mahyudin Ibnu Arabi dan beliau mengambil ijazah dari Haji Ibrahim Patani. Beliau mendalami ilmu Tasawuf daripada guru pondok berikut :

1. Hj. Ibrahim Pattani (Kelantan)
2. Hj. Suaibun Ahmad (Terengganu)
3. Hj. Osman (Yala, Thailand)

3. ISI AJARAN

3.1 Huraian mengenai fahaman Wahdatul Wujud

Puan Khadijah menjelaskan bahawa jika kita merasakan kita ini wujud hukumnya syirik, kerana satu sahaja yang wujud yakni Allah. Makhluk hanyalah merupakan bayangan kewujudan Allah. Setiap objek yang dilihat oleh beliau dan pengikutnya adalah Allah. Ini adalah kesimpulan dan pengakuan beliau sendiri dalam perjumpaannya dengan pegawai-pegawai di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada 24 Ogos 1988 di bilik gerakan Ibu Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan, Bangunan Sulaiman, Jalan Damansara, 50676 Kuala Lumpur.

Fahaman ini adalah bertentangan dengan fahaman Wahdatul Wujud yang dibawa oleh Ibnu Arabi. Kesimpulan yang dibuat oleh Ibnu Arabi ialah, setiap yang wujud mempunyai dua aspek iaitu aspek luar bersifat kemakhlukan dan aspek dalaman bersifat ketuhanan.

3.2 Martabat Tujuh

Puan Khatijah juga mengajar Martabat Tujuh kepada muridnya dengan menghuraikan perkara tersebut satu persatu. Namun begitu, dalam kitab as-Sumulu as-Samiyah ulasan Syiekh Muhamad Katib mengenai Martabat Tujuh menyatakan adalah sesat orang yang berpegang dengan ilmu Martabat Tujuh.

3.3 Pembahagian Tauhid

Menurut kumpulan ini, ilmu Tauhid terbahagi kepada 4 bahagian :
i. Tauhid Uluhiyah
ii. Tauhid Rububiah
iii. Tauhid Ilahiah
iv. Tauhid Ubudiah
Puan Khadijah tidak menjelaskan satu persatu mengenai pengertian kempat-empat bahagian Tauhid di atas.

3.4 Asal Kejadian Insan.

Mereka berusaha mengenal diri, bagi tujuan mengenal Allah berdasarkan hadis
Yang bermaksud " sesiapa yang mengenal dirinya maka kenal ia akan Tuhannya". Namun, menurut Dr. Fatah Harun Ibrahim, ungkapan di tas bukan hadis, ia hanyalah ungkapan yang dilafazkan oleh seorang tokoh tasawuf. Mendakwa ungkapan di atas sebagai hadis adalah salah dan merupakan satu pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w.

3.5 Nur Muhamad

Hakikat insan menurut Puan Khatijah dpat dikonklusikan sebagai Nur Muhammad. Nur Muhammad berasal dari Nur Allah. Sebab itulah Muhammad disebut sebagai bapa segala roh dan Adam bapa segala manusia, berdasarkan hadis yang berbunyi :

Maksudnya : Aku adalah bapa segala Roh dan Adam adalah bapa segala manusia (tubuh).

Hadis ini dipetik dari kitab Durun Nafis muka surat dua puluh dua. (baris keempat dari bawah).

Dimasa yang lain pula, Puan Khadijah Ali pula menjelaskan begini, tubuh kita dadalah Mmuhammad, Rohani kita namanya Ahmad. Dia akhirat nanti Ahamad berada diluar dan Muhammad didalam. Inilah yang dimaksudkan bagkit dengan Roh dan Tubuh di akhirat nanti.

Muhammad Rasulullah sudah mati, tubuh kita ganti Rasulullah. Muhammad Rasulullah menghimpun dan menyempurnakan syariat segala rasul dan nabi-nabi, kemudian memukulnya, kita adalah ganti Muhammad, maka kita juga menanggung tugas Muhammad.

3.6 Mengeluarkan Fatwa dan ajaran lain.

a. Puan Khatijah juga mengatakan kepada pengikut-pengikutnya bahawa sesiapa yang menangis di dalam sembahyang hukumnya adalah syirik, kerana ia masih mengakui bahawa dirinya wujud. Menurut ajaran beliau, ketika kita sembahyang, insan tidak lagi wujud yang yang sembahyang ialah Ahmad. Cara sembahyang juga diajarkan kepada muridnya, iaitu apabila kita mengangkat Takbiratul Ihram, kita hendaklah menarik nafas dari pusat ke atas, kemudian Munajad dan Tabdal, barulah sempurna sembahyang kita.

4. TINDAKAN

Beliau pernah didakwa oleh JAWI kerana kesalahan mengajar tanpa tauliah pada tahun 1980. Bahagian Penguatkuasa juga pernah membuat siasatan terhadap beliau dengan meninjau lokasi dan bilangan ceramah yang diadakan. Ajaran beliau telah difatwakan menyeleweng oleh JAWI pada 6 Julai 1989.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh)

Tarikh Keputusan: 
12 Feb, 1998
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah menerima laporan mengenai Ajaran Sulaiman Bahtera Nabi Noh yang didapati meragukan umat Islam. Oleh itu, pihak Jawatankuasa telah diminta untuk memberi respon dan membuat keputusan yang sewajarnya mengenai ajaran ini.
Keputusan: 
 
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 12 Februari 1998 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut :

'Ajaran Sulaiman ( Bakhtera Nabi Noh ) adalah bertentangan dan menyeleweng dari akidah Islam. Umat Islam yang menganuti ajaran ini hendaklah bertaubat dan kembali ke ajaran Islam yang sebenar'.

Keterangan/Hujah: 
 
1 Kumpulan ini telah di asaskan oleh Sulaiman bin Mohd Said pada tahun 1989 dengan nama Syarikat Shah W.T.C Enterprise Sdn. Bhd dengan modal RM 2.5 juta beralamat di Lot 3734, Jalan Jambu, Meru Barat, 42200 Kapar, Klang, Selangor. Tujuan awal penubuhannya ialah untuk menubuhkan satu syarikat bagi membangunkan ekonomi Islam sedunia yang didakwa akan mengembangkan perniagaannya di dalam dan luar negeri meliputi Timur Tengah, Indonesia, India dan Thailand.
 
2 Bentuk perniagaan yang dikendalikan ialah membuat barang kraftangan dari bahan-bahan terbuang seperti tempurung kelapa, tunggul-tunggul kayu, membuat bantal dan minyak wangi. Namun begitu, sehingga kini barangan tersebut belum lagi diedar hanya sebagai contoh sahaja untuk dipamerkan. Terdapat 3 buah bangunan dalam pengeluaran barang tersebut iaitu di :

(i) Rantau Panjang, Klang - Bengkel peralatan
(ii) Teluk Kapas, Pelabuhan Klang - Bengkel Kraftangan
(iii) Jalan Jambu, Meru, Klang - Bengkel Kraftangan

Namun, dua daripada tiga bengkel tersebut telah ditutup dan yang tinggal hanya di Jalan Jambu, Meru, Klang sahaja. Ini berlaku kerana tuan tanah tidak yakin dengan bentuk perniagaan tersebut.

 
3 Sulaiman pada awalnya mempunyai isteri bernama Wasitah dan dikurniakan dua orang anak. Kemudian, Wasitah diceraikan kerana beliau ingin berkahwin dengan kakaknya Hawa. Oleh kerana Sulaiman telah meninggal dunia pada Januari 1995, kumpulan ini telah diambil alih oleh isterinya, Hawa bt. Hasan, seorang guru sekolah rendah. Kumpulan ini telah membina sebuah bangunan berbentuk kapal yang mempunyai 52 bilik bagi tujuan menyelamatkan diri bila banjir besar berlaku di Daerah Klang.

ISI AJARAN

Sulaiman (allahyarham) sebenarnya tidak ada asas pengajian agama secara formal dan beliau tidak tahu membaca al-Quran. Beliau menggunakan khadam (jin) yang diberi nama Mr. Programmer yang membantunya dalam setiap tindakan. Setelah beliau meninggal dunia, Mr. Programmer ini telah diambil alih oleh isterinya Hawa bt. Hasan untuk berkhidmat dengannya. Sulaiman juga pernah belajar dengan guru ajaran sesat dari Pasir Mas, Kelantan yang dipanggil Syed Ahmad/ Syeikh Ahmad.

Diantara butir-butir ajaran Sulaiman ialah :

1) Beliau telah menggunakan terjemahan al-Quran karangan A. Hassan sebagai rujukan. Beliau mendakwa karangan A. Hassan (Bandung) itu sahaja yang menepati kehendak Islam dan diakui oleh Nabi Ibrahim. Beliau juga mendakwa dirinya sebagai Nabi Isa.

2) Mendapat ajaran terus dari Allah. Beliau juga mendakwa semua ulama di Malaysia tidak betul dan hanya kumpulannya sahaja yang mengamalkan ajaran Islam yang betul dan benar.

3) Akan diadakan pertemuan empat kaun umat ahli Muhammad iaitu

(i) Nabi Ibrahim (orang Arab)
(ii) Nabi Nuh (orang Melayu)
(iii) Ali Imran (Orang Inggeris dan Jerman)
(iv) Nabi Musa (orang Israel)

4) Cara sembahyang umat Islam di Malaysia adalah salah, hanya cara yang dialamkan oleh kumpulan ini sahaja yang betul

5) Mengarahkan ahli kumpulan boleh sembahyang jama" ketika membuat kerja-kerja bangunan di Rantau Panjang dan Teluk Kapas. Sembahyang zohor dan asar boleh dijama"kan kerana segala kerja itu adalah urusan Allah. Dalam bulan puasa, kumpulan ini telah membuat dodol dan ahlinya boleh sembahyang jama" kerana mengacau dodol adalah urusan Allah.

6) Setelah Sulaiman meninggal dunia, jawatan ketua kumpulan ini secara automatik diambil alih oleh isterinya Hawa Hasan sehingga sekarang. Mereka mendakwa segala urusan projek yang dijalankan adalah projek Allah. Mereka juga mendakwa mendapat petunjuk di langit dan mimpi-mimpi melalui ahli-ahli bahawa kumpulan ini sahaja yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya.

7) Kumpulan ini juga mengamalkan beberapa zikir seperti :

i. Lafaz sebelum menunaikan solat (ketika berdiri tegak) :

"Demi Engkau Tuhan kami, Ya Allah, izinkan aku melaksanakan persembahan perintah sembahyang fardhu...kerana menyembahmu, serta tunduk sujud, berserah menyerah diri kepadamu, dengan maksud berlafazan kami, dan mencontohi sunnah Rasulullah s.a.w.

ii. Selepas sembahyang diucapkan pula terima kasih, kemudian beristighfar
memohon keampunan atas kesilapan diri.

iii. Doa dan zikir adalah persembahan. Sebelum persembahan mesti ada pembukaan, iaitu dengan membaca al-Quran surah al-Imran ayat 18.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Fatwa Tentang Fahaman Syiah

Tarikh Keputusan: 
14 Feb, 1998
Keputusan: 
 
Bahawa fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pandangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah kerana mengandungi elemen-elemen antararanya seperti berikut:
 
  1. Mempercayai bahawa Imam adalah Maksum;
     
  2. Mempercayai kemunculan Muhammad bin Hassan Al-Askari sebagai Imam Mahdi bersama kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan;
     
  3. Mempercayai hanya Sayyidina Ali sahaja yang menghimpun Al-Quran dengan sempurna dan menolak Al-Quran yang disusun oleh para sahabat Nabi serta mempercayai bahawa Al-Quran yang sebenar mengandungi tujuh belas ribu ayat kerana berlakunya penyelewengan melalui pengurangan atau penambahan ayat-ayat Al-Quran;
     
  4. Mengamalkan prinsip Al-Taqiyyah iaitu menyembunyikan hakikat akidah, kepercayaan dan amalan yang menjadi pegangan serta perbuatan yang ingin dilakukan;
     
  5. Sayyidina Ali disamatarafkan dengan Allah SWT;
 
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
17 Oct, 2013
Nombor Rujukan: 
Jil. 66 No. 21
Akta/Enakmen: 
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
Keputusan Fatwa Kebangsaan lain berkaitan: 

Bayaran Imbuhan Kepada Pegawai-Pegawai Masjid

Tarikh Keputusan: 
18 Oct, 1986
Huraian Tajuk/Isu: 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara (Fatwa) telah menerima satu pertanyaan berkenaan dengan bayaran imbuhan kepada pegawai-pegawai Masjid.

Persoalan yang ditimbulkan adalah seperti berikut :

1. Apakah hukum Syara', apabila berhenti seseorang itu dari jawatannya berkhidmat dengan Masjid perlu diberi saguhati bulanan (menyerupai skim pencen) sehingga akhir hayatnya kerana mengenang jasanya.

2. Adakah dibenarkan hukum syara', seorang yang berhenti dari berkhidmat dengan masjid diberi peruntukkan saguhati (sekali bayaran sahaja) bagi mengenang jasanya.
 

Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) yang bersidang pada 18 Oktober 1986 telah membincangkan mengenai Bayaran Imbuhan Kepada Pegawai-Pegawai Masjid. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :

1. Jika imbuhan yang hendak dibayar kepada pegawai-pegawai masjid yang bersara itu diambil dari harta wakaf masjid, maka hukumnya tidak harus sama sekali dengan apa cara sekalipun, samada imbuhan yang diberi tiap-tiap bulan atau sekali bayaran sahaja.

2. Jika imbuhan itu bukan dari harta wakaf masjid (derma orang ramai) maka tidak boleh juga diberi kepada mereka, melainkan dengan syarat mendapat persetujuan lebih dahulu dari semua ahli-ahli qariah masjid dengan melalui mesyuarat agong atau dengan apa-apa cara sahaja.


Adapun jika imbuhan yang hendak diberi kepada mereka merupakan pemberian sekali bayaran sahaja sebagai mengenang jasa-jasa mereka, maka hendaklah diberi dengan persetujuan dari mesyuarat ahli-ahli jawatankuasa masjid sahaja.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

PINGGAN KACA BERUKIR/BERTULIS BISMIILAH DAN ALHAMDULIILAH

Tarikh Keputusan: 
6 Sep, 1986
Huraian Tajuk/Isu: 

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah menerima pertanyaan berkenaan dengan Hukum pinggan kaca berukir bertulis dengan perkataan Bismillah dan Alhamdulillah digunakan untuk alat makanan harian atau perhiasan.

Keputusan: 

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan keputusannya adalah seperti berikut :

1. Jika digunakan untuk perhiasan semata-mata, hukumnya adalah diharuskan kerana ia tidak didapati unsur-unsur penghinaan atau merendahkannya dan diletakkan di tempat yang tinggi.
2. Jika digunakan untuk makan atau kegunaan harian, hukumnya adalah haram kerana pinggan ini akan digunakan bercampur dengan orang-orang bukan Islam dan orang yang suci atau berhadas.

Firman Allah Taala

Di samping itu terdapat juga dilihat sebagai satu penghinaan atau meringan-ringan ayat Al-Quran yang boleh seseorang itu menjadi terkeluar dari Islam seperti disebut dalam kitab Al-Majmuk Surah Al-Mahzab Lisyairazi, Juzuk 2, Muka 196 :

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

HUKUM MEMINDAHKAN KUBUR LAMA DI SIMPANG 5, KLANG UNTUK PEMBESARAN JALAN

Tarikh Keputusan: 
19 Apr, 1986
Huraian Tajuk/Isu: 

Jawatankuasa perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah diajukan dengan persoalan mengenai tanah perkuburan Islam di Simpang Lima, Klang yang terlibat dengan projek pembesaran jalan, yang mana ada kubur lama yang terlibat dengan projek pembesaran tersebut terpaksa dipindahkan ke tempat lain.

Keputusan: 

"Majlis Fatwa memutuskan bahawa hukumnya harus (boleh) memindahkan kubur orang Islam yang terlibat dari tanah perkuburan tersebut ke tanah perkuburan yang lain untuk pembesaran jalan dengan syarat j ika mayat-mayat dalam kubur yang hendak dipindahkan itu sudah hancur sama sekali, jika sekiranya mayat-mayat yang terl ibat belum hancur jasadnya, maka hukumnya haram menggali dan memindahkan ke tempat lainnya".

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Hukum Membangunkan Tapak Bekas Masjid Lama

Tarikh Keputusan: 
19 Apr, 1986
Huraian Tajuk/Isu: 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(Fatwa) telah menerima pertanyaan daripada penolong Pengarah, Bahagian Masjid & Kemasyarakatan JAIS yang bertanyakan hukum berkenaan dengan cadangan Ahli Jawatankuasa Masjid Batu 10, Cheras yang ingin membangunkan tapak bekas Masjid lama yang telah dirobohkan.
Keputusan: 
"Setelah dibahaskan dan dibincangkan dengan panjang lebar, maka Majlis Fatwa berpendapat dan memutuskan, bahawa bekas tapak masjid yang diruntuhkan tidak harus/tidak boleh dibangunkan atau didirikan sebarang bangunan di atasnya melainkan Masjid sahaja."
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Tabung Khairat Kematian Bagi Pegawai-Pegawai Universiti Pertanian Malaysia

Tarikh Keputusan: 
19 Dec, 1987
Huraian Tajuk/Isu: 
 
Jawatankuasa perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah menerima persoalan daripada Pegawai dan kakitangan yang bertugas di Universiti Pertanian Malaysia yang ingin penjelasan berkenaan dengan penubuhan tabung khairat kematian bagi pegawai-pegawai Universiti Pertanian Malaysia.
Keputusan: 
 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti berdasarkan nas yang muktabar dan mengambil keputusan seperti berikut :

" Hukum seseorang menderma dalam tabung khairat kematian atau lain-lain tabung kebajikan adalah diharuskan dan mendapat ganjaran dari Allah. Dan adalah diharuskan juga derma itu diberikan kepada orang yang bukan Islam jika wang derma tabung itu bukan daripada zakat yang wajib. "

Keterangan/Hujah: 
 
Tersebut dalam kitab "Fatawa Syariyah Wabuhus Islamiah" Juzuk I Hussein Muhammad Makhluf Adiar-ur Misriyatus Sabikan Muka surat 258 :

Maksudnya :
Adapun semua sedekah-sedekah sunat, maka jamhur (kebanyakkan) ulama" menghukumkan harus memberinya kepada orang bukan Islam. Cuma bahawasanya yang afdhalnya (utamanya) hendaklah diberikan kepada kerabat kita yang miskin, kerana ada padanya sifat menghubungkan tali silaturrahim.

Dan dalam sebuah Hadith Nabi S.A.W. berbunyi :
Bermula sedekah kepada orang miskin itu cuma ada satu sahaja unsur kebaikan : tetapi sedekah kepada orang yang ada hubungan dengan kerabat yang miskin ada padanya dua unsur kebaikan. Pertama sedekah dan kedua menghubungkan silaturrahim dan kepada orang yang memerlukan dari golongan orang-orang Islam, seperti anak-anak yatim yang miskin dan janda-janda.

Dan kepada kaum kerabat yang fakir dan kepada orang yang fakir yang terdiri daripada rakan-rakan ibubapa dan isteri. Dan jikalau diberikan kepada orang yang bukan Islam hukumnya harus, dan adalah orang yang bersedekah itu dapat pahala jugatidaklah sama pahalanya apabila diberikan kepada orang-orang tersebut di atas tadi.

Pandangan Fatwa


Adalah sangat baik seperti yang dicadangkan jika wang Tabung Khairat Kematian itu dapat dipotong daripada gaji kerana tidak diragukan lagi sumbemya bagi orang bukan Islam. Dan adalah baik jika difikirkan munasabah supaya dibuat 2 tabung yang berasingan demi tidak menjadi kesamaran oleh ahli-ahli kerana sekurang-kurangnya dapat menghindarkan daripada perkara-perkara subhat yang di tuntut oleh syara' supaya menjauhinya ".

 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Tempat Pelamin Pengantin Di Masjid Negeri Selangor

Tarikh Keputusan: 
24 Jan, 1987
Huraian Tajuk/Isu: 
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah dimajukan dengan pertanyaan berkenaan dengan terdapatnya pelamin pengantin di Masjid Negeri Selangor untuk pengantin yang mengadakan upacara akad nikah di Masjid tersebut.
 
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) yang bersidang pada 24 Januari 1987 membincangkan mengenai Tempat Pelamin Pengantin Di Masjid Negeri Selangor. Mesyuarat memutuskan tidak setuju bahawa pelamin pengantin diadakan di Masjid Negeri kerana ia bercanggah dengan adab-adab dalam masjid dan perkara tersebut juga bertentangan dengan hukum Islam.

 

Keterangan/Hujah: 
Tersebut dalam kitab AI-Fikh AI-Islami Al-Muyassar Fi-aal a'qaid Wal'ibadat Wal'muamalat 'alal-Mazahibil-Arba'ah Abdul Halim Mahmud Musa :
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Bantuan Asnaf Fisabilillah Kepada Pejuang Dan Pelarian Afghanistan

Tarikh Keputusan: 
24 Jan, 1987
Huraian Tajuk/Isu: 
Jawatankuasa perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah dimajukan dengan pertanyaan berkenaan dengan bolehkah Asnaf Fisabilillah digunakan untuk bantuan kepada pejuang dan pelarian Afghanistan.
Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) yang bersidang pada 24 Januari 1987 telah membincangkan mengenai Bantuan Asnaf Fisabilillah Kepada Pejuang Dan Pelarian Afghanistan. Mesyuarat memutuskan  bahawa  Asnaf Fisabilillah boleh diberikan kepada pejuang dan pelarian Afghanistan.

 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Takrif Fakir, Miskin, Fisabilillah, Ibnu Sabil, Mualaf, Rikab, Gharim Dan Amil Serta Pembahagiannya

Tarikh Keputusan: 
4 Jul, 1987
Huraian Tajuk/Isu: 
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' ( Fatwa) telah diminta untuk mengeluarkan fatwa berkenaan dengan takrif Fakir, Miskin, Fisabilillah, Ibnu Sabil, Muallaf, Rikab, Gharim dan Amil serta pembahagiannya dan yang berkaitan dengannya.
Keputusan: 
Setelah dibincangkan dari kertas yang telah disediakan, ahli mesyuarat mengambil keputusan seperti berikut :

TAKRIF FAKIR
"Seseorang yang tidak mempunyai harta dan tiada kuasa berusaha/ bekerja/ menanggung ketana tua atau cacat pada badan untuk mencari nafkah diri dan tanggungan yang bolehmencukupi keperluan hidupnya seharian yang patut pada adat - misalnya seseorang yang mempunyai tanggungan 5 orang anak yang mencukupi sara hidup harian mereka sebanyak RM 6.00 (makan dan minum orang yang sederhana) ini bererti sebulan ia memerlukan belanja sebanyak RM 180.00, sedangkan sara hidup yang diperolehi sekadar kurang daripada separuh (50% ke bawah).

Maka inilah yang ditakrifkan FAKIR dan kiaslah panduan ini seterusnya.

Dan sesiapa yang di tanggung baginya oleh bapa, suami, isteri, anak, cucu atau mana-mana orang atau mana-mana badan yang menanggung bagi tanggungannya yang mencukupi maka ia TIDAK TERMASUK FAKIR. "

TAKRIF MISKIN
" Seseorang yang ada memiliki harta benda atau berkuasa berusaha dan bekerja tetapi pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi keperluan hidupnya dan keluarganya yang patut pada adat, misalnya seseorang yang mempunyai tanggungan lima orang anak yang mencukupi sara hidup harian mereka sebanyak RM 6.00 (makan dan minum orang yang sederhana) ini bererti sebulan ia memerlukan belanja sebanyak RM 180.00, sedangkan sara hidup yang diperolehi tidak mencukupi keperluannya 100%,

Maka ia ditakrifkan MISKIN dan kiaslah panduan ini seterusnya.

Dan sesiapa yang di tanggung baginya oleh bapa, suami, isteri, anak, cucu atau mana-mana orang atau mana-mana badan yang menanggung bagi tanggungannya yang mencukupi maka ia TIDAK TERMASUK MISKIN. "

DALIL :
Tersebut dalam kitab

"Tiada dinamakan miskin orang yang ada yang memberi nafkahkan dia sepert ibapanya atau neneknya atau anak dan cucunya atau suaminya kerana kaya ia dengan nafkah itu, maka tiada harus mengambil zakat daripada bahagian Fakir/Miskin. "

PEMBAHAGIAN FAKIR DAN MISKIN MERUJUK KEPADA KELUARGA ATAU INDIVlDU

" Sebuab keluarga yang menanggung beberapa orang keluarga yang tergolong dalam bahagian Fakir atau Miskin seperti yang tersebut dalam takrifnya yang dahulu, maka seorang sahaja dari ketua keluarga' atau bapa atau isteri yang berhak menerima babagian tersebut. "

TAKRIF FISABILILLAH
"Seseorang yang melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti atau aktiviti-aktiviti untuk menegak dan mempertahankan Agama Islam serta kebajikan."

DALIL :
Daripada Tafsir Fahrul Razi No. 463 juzuk 4 dan tafsir Ruhul Maani No. 110 Juzuk 10 dan tafsir Khazin No. 304, Juzuk 2 ibarat Fahrul Razi. :

" Dan Ketahui olehmu bahawasanya zahir daripada lafaz itu tidaklah memastikan tertentu atas ahli peperangan sahaja maka dengan makna ini telah mencatit oleh Imam Quffal di dalam tafsirnya daripada setengah Fuqaha bahawasanya mereka mengharuskan zakat-zakat itu kepada semua jalan kebajikan seperti membalut orang mati dan membena kubu-kubu dan membanyakkan masjid-masjid kerana Firman Allah Taala itu am pada semuanya ibarat Ruhul Maani :

" Dan telah mentafsirkan akan dia di dalam dengan sekelian kebajikan maka masukkan di dalamnya tiap-tiap mereka yang berusaha pada taatkan Allah Taala dan jalan kebajikan.

Dan juga tersebut dalam Fathul Bari pula (242) jilid ketiga :

Daripada Nafi' bahawasanya Ibnu Umar adalah ia mengirimkan zakat fitrah kepada orang yang menghimpunkan dia sebelum dua atau tiga hari dari hari raya, dan juga menunjukkan atas demikian daripada Abi Hurairah berkata Rasulullah S.A.W. mewakilkan aku pada menyimpan zakat Ramadhan (zakat fitrah). "

BAHAGIAN FISABILILLAH

" Mesyuarat bersetuju bahagian ini (Fisabilillah) hendaklah diserahkan ke pihak Jabatan (Bhg. Baitulmal/Zakat) dan Bahagian Baitulmal/Zakat akan menguruskan pemberian kepada mereka yang berhak menerimanya, tidak sepertimana yang lalu bahagian Fisabilillah ditinggalkan di Masjid atau Surau untuk diberi kepada AJK Masjid Dan Surau sahaja. "

Alasannya :

Kerana ia kurang menepati dalam takrif pembahagian Fisabilillah - dan melalui pengagihan daripada Jabatan ini dapat diperkemaskan.

YANG MENDAPAT DAN ORANG-ORANG YANG BERHAK MENERIMA BAHAGIAN FISABILIILLAH

1. Bantuan Masjid-masjid, Surau dan Sekolah-sekolah Agama Islam Selangor.
2. Derma siswa kecil bagi pelajar Sekolah Menengah Tinggi Agama Islam Selangor.
3. Bantuan yuran peperiksaan Sekolah Agama Islam Selangor.
4. Hadiah-hadiah galakan.
5. Bantuan Pegawai-pegawai Masjid bukan Kerajaan.
6. Bantuan pakaian pelajar-pelajar miskin.

TAKRIF IBNU SABIL
" Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh Syara' dari mana-mana jua negeri yang memerlukan bantuan walaupun mungkin dia mempunyai harta di dalam negeri tempat kediamannya."

ORANG YANG BERHAK MENDAPAT BAHAGIAN IBNU SABIL

1. Pengembara/musafir yang terkandas.
2. Pengembara/musafir yang bertujuan kebajikan dan ketaatan.
3. Tambang pergi balik anak Selangor yang belajar di luar
4. Melawat Sambil belajar.

TAKRIF MUALLAF
"Seseorang yang baru memeluk Agama Islam dan memerlukan bantuan kewangan. "

MASA (TEMPOH) MUALLAF
"Masa/tempoh seseorang Muallaf itu tidak ditentukan ia bergantung kepada kuatnya akidah dan keimanannya, selagi ia masih lemah dalam hal tersebut ia boleh menerima Bahagian Muallaf. "

ORANG YANG BERHAK MENDAPAT BAHAGIAN MUALLAF


1. Bantuan bulanan (mereka yang sangat memerlukan atau pendakwaan) .
2. Kecemasan/kemalangan dan lain-lain.
3. Berkhatan (lelaki sahaja).
4. Hari raya (Aidilfitri/Haji).
5. Bantuan Majlis Perkahwinan (Majlis AkadNikah).
6. Menghadiri Ke las Agama Asas.
7. Sebaran Dakwah/Kursus.
8. penerbitan/Risalah.
9. Bantaun biasiswa kecil anak-anak saudara baru.
10. Elaun Guru Muallaf (Cina/lndia/Asli).
11. Pengurusan rumah/bangunan Muallaf.

RIKAB
"Setelah dibincangkan mesyuarat Fatwa hari ini bersetuju bahawa asnaf Rikab ini digugurkan (dihapuskan) dalam pengagihan zakat kerana pada masa ini rikab tidak wujud lagi. Oleh itu zakat hanya dibahagi kepada 7 asnaf sahaja,berdasarkan kepada dalil di bawah ini :

" (Kata) Ibnus Silah, bahawasanya bagi mustahak yang maujud sekarang ini empat bagi jua (pertama) Fakir, (kedua) Miskin, (Ketiga) Orang Yang Berhutang, (keempat) Ibnusabil, dan jika tiada Maujud seorang jua pun daripada sekalian mustahak itu hendaklah dipeliharakan zakat itu hingga ada sekalian mereka itu atau setengah mereka itu dan apabila membahagi Imam atau Amilnya akan zakat wajiblah atasnya memberikan zakat bagi tiap-tiap seorang yang di dalam satu bagi daripada sekalian bagi yang maujud. "

TAKRIF GHARIM
" Orang yang menanggung hutang kerana masalah agama dan tidak mampu membayarnya ".

TAKRIF AMIL
" Orang yang dilantik/ditauliahkan oleh DYMM Sultan atau Naibnya ( Pengarah JAIS ) untuk penyelenggaraan hal-hal zakat ".

Telah tersebut juga dalam kitab Majmuk

Ertinya: Wajib atas Imam atau penggantinya melantik pekerja-pekerja (amil) bagi memungut zakat "

YANG MENDAPAT BAHAGIAN AMIL

" Orang yang di lantik dan bekerja dalam pengurusan zakat tidak bergaji atau bergaji tetapi bukan sebagai tugasnya ".

YANG TIDAK MENDAPAT BAHAGIAN AMIL

"Orang yang dilantik dan mendapat ganjaran atau bergaji daripada Kerajaan yang ia menanggung sebagai tugas dalam hal pengurusan zakat.

Keputusan Fatwa ini telah dibuat dengan sebulat suara ahli yang hadir pada :

1. 7 Februari 1987,
2. 7 March 1987 bersamaan 7 Rejab 1407,
3. 28 March 1987 bersamaan 28 Rejab 1407,
4. 25 April 1987 bersamaan 26 Syaaban 1407,
5. 4 Julai 1987 bersamaan 8 Zulkaedah 1407
 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Cadangan Memberi Kebenaran Meneruskan Sembahyang Jumaat Di Surau Azhariah Jalan 18/4 Seksyen 18 Shah Alam

Tarikh Keputusan: 
1 Jan, 1970
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'(FATWA) Negeri Selangor telah membuat keputusan bahawa dikekalkan kebenaran Sembahyang Jumaat kepada Surau Azhariah, Seksyen 18, Shah Alam.
 
Keterangan/Hujah: 
 
i. Ramainya jumlah penduduk yang beragama Islam.

ii. Kemudahan kepada umat Islam termasuk kanak-kanak untuk menunaikan sembayang Jumaat.

iii. Ketiga-tiga tempat Sembahyang Jumaat di seksyen 18 sentiasa dipenuhi oleh para jemaah ketika melakukan sembahyang Jumaat.

 

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Syndicate content