Terengganu
Pengharaman Kumpulan “Black Metal” Di Negeri Terengganu
- 191 reads
Penentuan Keturunan atau Waris Sebenar Tok Pelam
- 214 reads
Kadar Uruf Emas Perhiasan Wanita Di Negeri Terengganu
- 314 reads
Kajian Semula Upah Amil Zakat (Orang Perseorangan) 1/8 Bahagian
- 265 reads
Penentuan Status Tanah Wakaf Tok Pelam Dan Cadangan Pengambilan Balik Oleh Kerajaan Negeri
- 179 reads
Kebenaran bagi mendirikan fardhu Jumaat dan solat fardhu sementara di Balai Raya Kampung Bukit Tadok, Hulu Terengganu
- 172 reads
Pembayaran zakat oleh syarikat senaraian awam
- 179 reads
Pengelasan Jenis Zakat
- 155 reads
Permohonan untuk menjadikan sebahagian dari tanah wakaf sebagai jalan laluan
- 127 reads
Membina kubur allahyarham Tuan Guru Syeikh Abdul Kadir Bukit Bayas
- 131 reads
Isu tuntutan penganut Kristian terhadap kalimah “Allah” (Terengganu)
- 212 reads
Cadangan bagi Persempadan Semula Masjid Kampung Alor Selising
- 154 reads
Tulisan Ayat Al-Quran Pada Kad Dan Takwim
Sehubungan dengan itu mesyuarat bersetuju supaya pihak Jabatan Hal Ehwal Agama mengeluarkan khutbah khas mengenai penghormatan kepada al-Quran dan al-Hadith an-Nabawi.
- 410 reads
Penggunaan pati minyak serai yang akan dijadikan perisa untuk arak
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu pada hari ini bersepakat tidak menyetujui permohonan berkaitan penggunaan pati minyak serai yang akan dijadikan perisa untuk arak tetapi menegaskan bahawa penggunaan bahan tersebut untuk tujuan yang tidak menyalahi hukum syarak adalah dibenarkan.
- 315 reads
Memindahkan Bangunan Lama Masjid Felda Tenang, Besut
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu bersetuju dengan cadangan memindahkan bangunan lama Masjid Felda Tenang, Besut Dan menggunakan tapak masjid lama bagi pembinaan sekolah kerana ia adalah tanah persendirian Felda.
- 347 reads
Merombak Dan Mendirikan Bangunan Masjid Raja Bukit Besar, Kuala Terengganu
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu bersetuju dengan cadangan merombak dan mendirikan bangunan Masjid Raja Bukit Besar, Kuala Terengganu.
- 266 reads
Meroboh Dan Memindah Bangunan Lama Masjid Sungai Ular, Hulu Terengganu
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu bersetuju membenarkan cadangan meroboh dan memindah bangunan lama Masjid Sungai Ular, Hulu Terengganu untuk dijadikan bangunan surau Sekolah Menengah Kebangsaan Tersat, Hulu Terengganu disamping menegaskan bahawa kos kesemuanya itu ditanggung oleh pihak berkenaan.
- 260 reads
Meratakan Tanah Sempadan Kawasan Kubur Lama Di Lot 706, KSB 462 Kg. Bukit Kubang Jambu Mukim Paloh, Kuala Terengganu
Setelah meneliti keterangan, pandangan yang telah dikemukakan dan berdasarkan keadaan darurat (terpaksa), Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bersetuju dengan cadangan untuk meratakan tanah sempadan kawasan kubur lama di Lot 706, KSB 462 Kg. Bukit Kubang Jambu Mukim Paloh, Kuala Terengganu dengan syarat-syarat berikut:
i. Sebelum diratakan tanah berkenaan, mayat-mayat dan tanah bukit yang sedia ada di Lot 706 tersebut hendaklah dipindahkan ke tanah perkuburan berdekatan atau ditanam dalam tanah yang sama selepas dibuat proses pemerataan dengan syarat ia mengikut garis panduan dan etika penggalian dan pemindahan mayat serta mendapat persetujuan/kehadiran pewaris terbabit dan dijalankan di bawah pengawasan Pegawai Agama Daerah/wakilnya.
ii. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa juga menegaskan bahawa tanah wakaf adalah "hak milik Allah" yang sewajibnya dijaga dengan baik dan tidak boleh sekali-kali dijual atau diberikan secara percuma kepada mana-mana pihak bahkan hendaklah dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan berhampiran.
iii. Kawasan tanah wakaf berkenaan hendaklah dipagar dengan baik bagi mengekalkan jariah pewakaf-pewakafnya.
- 299 reads
Buku Khalimah Syahadat
Setelah meneliti Buku Khalimah Syahadat tersebut Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini membuat keputusan dan mengesyorkan bahawa : Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Daerah Kemaman supaya menahan serta merta dan menyoal selidik latar belakang pengajar Buku Khalimah Syahadat beserta bukunya sekali kerana didapati banyak pengajaran daripada buku tersebut adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.
- 321 reads
Masjid Kristal Di Pulau Wan Man
Setelah meneliti pendapat ahli-ahli fekah terdahulu mengenai ciri-ciri yang membolehkan sembahyang fardu Jumaat didirikan, maka Jawatankuasa Fatwa membuat keputusan bahawa, buat pada masa sekarang belum sampai masanya Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, diberi kebenaran untuk didirikan sembahyang fardhu Jumaat padanya. Oleh yang demikian, keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa kali ke-4 Penggal ke-7 yang diadakan pada 22 Jamadil akhir 1427 bersamaan 18 Julai 2006 yang mana Masjid Kristal di Pulau Wan Man itu hanyalah bertaraf Ghairu Jamik (masjid yang mana tidak boleh didirikan Jumaat padanya) dikekalkan.
Sekiranya pada masa-masa akan datang, Masjid Kristal di Pulau Wan Man itu dapat memenuhi ciri-ciri yang membolehkan sembahyang fardu Jumaat didirikan padanya, maka pada ketika itu bolehlah di masjid itu didirikan fardu Jumaat.
- 417 reads
- 6634 reads
Printer-friendly version





