Terengganu

Kenduri kahwin dan aqiqah

Tarikh Keputusan: 
10 Sep, 1995
Huraian Tajuk/Isu: 

Hukum mengadakan kenduri kahwin dan aqiqah pada masa dan tempat yang sama.

Keputusan: 

Aqiqah adalah satu tuntutan agama, dalam melaksanakan hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan tidak sepatutnya dicampur adukkan dengn lain-lain tujuan.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Pemandu van anjing Polis.

Tarikh Keputusan: 
10 Apr, 1995
Huraian Tajuk/Isu: 

Pemandu van anjing Polis.

Keputusan: 

Majlis berpendapat penggunaan anjing dalam urusan-urusan tertentu tidak ada halangan menurut pandangan Islam khususnya dalam perkara yang ada kepntingan seperti perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan jenayah.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Pertandingan Ratu Cantik

Tarikh Keputusan: 
10 Apr, 1995
Huraian Tajuk/Isu: 

Pertandingan Ratu Cantik

Keputusan: 

Majlis berpendapat bahawa pertandingan ratu cantik adalah haram dan majlis minta pihak berkenaan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Berkahwin dengan perempuan yang mengandung

Tarikh Keputusan: 
5 Dec, 1995
Huraian Tajuk/Isu: 

Apakah hukum orang yang berkahwin dengan perempuan yang mengandung, umur kandungannya ialah 6 bulan, apakah sah aau tidak perkahwinan tersebut dalam Islam.
Hasil daripada perkahwinan tersebut anaknya lahir lebih kurang 3 bulan sahaja selepas mereka berkahwin. Kepada siapakah anak itu hendak dibinkan.

Keputusan: 

Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini membuat keputusan bahawa:
1. Perkahwinan tersebut adalah sah dari segi syara' sekiranya nikah itu menepati hukum syara' sekalipun perempuan itu sedang mengandung. Walau bagaimanapun perkahwinan seperti itu tidak digalakkan.
2. Anak itu dibinkan kepada ibunya atau kepada Abdullah, bukan ayahnya.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Perkara "Bin" dan "Binti" anak luar nikah.

Tarikh Keputusan: 
15 Jul, 1995
Huraian Tajuk/Isu: 

Perkara 'Bin' dan 'Binti' anak luar nikah.

Keputusan: 
Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang bersidang hari ini berpendapat: Anak luar nikah boleh di 'Bin' atau 'Binti' kan dengan Abdullah dengan maksud hamba Allah, bukan atas nama bagi seseorang tertentu.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Pameran jin, hantu dan keranda, pameran alam misteri serta yang berkaitan dengannya (Terengganu)

Tarikh Keputusan: 
30 May, 2007
Huraian Tajuk/Isu: 
Pameran jin, hantu dan keranda, pameran alam misteri serta yang berkaitan dengannya
Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini bersetuju dengan Fatwa yang telah diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-77 pada 20-21 April 2007 bahawa: Pameran jin, hantu dan keranda, pameran alam misteri adalah ditegah oleh Islam kerana ia boleh mendatangkan mudharat kepada akidah umat Islam. Manusia tidak dapat mencapai hakikat sebenar alam misteri jin hantu dan umat Islam tidak perlu dididik dengan perkara-perkara khurafat dan tahyul seumpama ini.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Pelaburan keatas SwissCash Mutual Fund

Tarikh Keputusan: 
30 May, 2007
Huraian Tajuk/Isu: 

Hukum Pelaburan keatas SwissCash Mutual Fund

Keputusan: 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini bersetuju dengan Fatwa yang telah diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-77 pada 20-21 April 2007 bahawa: Hukum Skim Pelaburan SwissCash Mutual Fund dan seumpamanya adalah haram kerana mengandungi unsur riba dan akad mudharabah yang rosak syaratnya.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Ayat-ayat suci Al-Quran dan laungan azan dalam nada dering dan paparan skrin di dalam telefon bimbit

Tarikh Keputusan: 
30 May, 2007
Huraian Tajuk/Isu: 

Hukum penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dan laungan azan dalam nada dering dan paparan skrin di dalam telefon bimbit

Keputusan: 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini bersetuju dengan Fatwa yang telah diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-77 pada 20-21 April 2007 bahawa: Hukum penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran dan laungan azan dalam nada dering dan paparan skrin di dalam telefon bimbit adalah harus.
Walau bagaimanapun, pengguna telefon bimbit hendaklah sentiasa menjaga kesucian Al-Quran seperti tidak membiarkan deringan Al-Quran atau laungan azan ketika berada di dalam tandas.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Mendirikan sembahyang Jumaat di Surau Kampung Pulau Serai, Dungun

Tarikh Keputusan: 
26 Sep, 2007
Huraian Tajuk/Isu: 

Cadangan bagi mendirikan sembahyang Jumaat di Surau Kampung Pulau Serai, Dungun

Keputusan: 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa: Bersetuju memberi kebenaran dan kelulusan bagi cadangan mendirikan Sembahyang Fardhu Jumaat di Surau Kampung Pulau Serai, Dungun, Terengganu.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Mendirikan Solat Jumaat di Surau Kampung Tok Has, Besut, Terengganu

Tarikh Keputusan: 
30 May, 2007
Huraian Tajuk/Isu: 

Permohonan mendirikan Solat Jumaat di Surau Kampung Tok Has, Besut, Terengganu

Keputusan: 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa: Bersetuju memberi kebenaran dan kelulusan bagi cadangan mendirikan sembahyang Fardu Jumaat di Surau Kampung Tok Has, Besut, Terengganu.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Mendirikan Jumaat di Surau Kampung Teluk, Besut, Terengganu

Tarikh Keputusan: 
30 May, 2007
Huraian Tajuk/Isu: 

Permohonan mendirikan Jumaat di Surau Kampung Teluk, Besut, Terengganu

Keputusan: 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa: Bersetuju memberi kebenaran dan kelulusan bagi cadangan mendirikan sembahyang Fardhu Jumaat di Surau Kampung Teluk, Besut, Terengganu.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Merobohkan bangunan masjid lama Ibok, Labohan dan Dadong, Kemaman

Tarikh Keputusan: 
26 Sep, 2007
Huraian Tajuk/Isu: 

Cadangan merobohkan bangunan masjid lama Ibok, Labohan dan Dadong, Kemaman

Keputusan: 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa: Bersetuju memberi kebenaran bagi merobohkan bangunan masjid lama Ibok, Labohan dan Dadong, Kemaman dengan syarat, bahan-bahan dari bangunan lama bagi setiap masjid yang masih boleh digunakan hendaklah diberikan kepada mana-mana surau yang berdekatan yang memerlukannya atau sebagai pilihan terakhir, menjualnya, yang mana hasil jualan itu hendaklah dikembalikan untuk faedah bangunan baru masjid-masjid berkenaan.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Membina sebuah masjid baru di atas Lot PT 6392 Kg. Payang Kayu, Mukim Hulu Telemong

Tarikh Keputusan: 
26 Sep, 2007
Huraian Tajuk/Isu: 

Cadangan membina sebuah masjid baru di atas Lot PT 6392 Kg. Payang Kayu, Mukim Hulu Telemong

Keputusan: 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa membuat keputusan bahawa: Cadangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu bagi pembinaan sebuah masjid baru di atas Lot PT 6392 Kampung Payang Kayu, Mukim Hulu Telemong adalah diberi kebenaran dan diluluskan.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Pembinaan : Surau Taqwa Kampung Landas, Ajil, Hulu Terengganu dan Surau Tanah Lot Perumahan Padang Tara, Kuala Berang, Hulu Terengganu

Tarikh Keputusan: 
30 May, 2007
Huraian Tajuk/Isu: 

Permohonan Pembinaan :
i) Surau Taqwa Kampung Landas, Ajil, Hulu Terengganu
ii) Surau Tanah Lot Perumahan Padang Tara, Kuala Berang, Hulu Terengganu

Keputusan: 

i) Surau Taqwa Kampung Landas, Ajil, Hulu Terengganu

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa membuat keputusan bahawa : Cadangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu bagi pembinaan Surau Taqwa Kampung Landas, Ajil, Hulu Terengganu adalah dibenar dan diluluskan.

ii) Surau Tanah Lot Perumahan Padang Tara, Kuala Berang, Hulu Terengganu

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa membuat keputusan bahawa : Cadangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu bagi pembinaan Surau Tanah Lot Perumahan Padang Tara, Kuala Berang, Hulu Terengganu adalah dibenar dan diluluskan.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Pembinaan Surau Kg. Lubuk Pahit, Tersat, Hulu Terengganu

Tarikh Keputusan: 
30 May, 2007
Huraian Tajuk/Isu: 

Permohonan pembinaan Surau Kg. Lubuk Pahit, Tersat, Hulu Terengganu

Keputusan: 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa: Cadangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu bagi pembinaan Surau Kampung Lubuk Pahit, Tersat, Hulu Terengganu adalah dibenar dan diluluskan.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Meroboh bangunan masjid lama Kampong Kuala Ping, Hulu Terengganu

Tarikh Keputusan: 
30 May, 2007
Huraian Tajuk/Isu: 

Cadangan meroboh bangunan masjid lama Kampong Kuala Ping, Hulu Terengganu

Keputusan: 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa: Bersetuju memberi kebenaran bagi merobohkan bangunan masjid lama Kampong Kuala Ping, Hulu Terengganu dan dipindahkan bahan-bahan bangunan itu ke surau sekolah-sekolah yang memerlukan.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Kubur lama di atas Lot P.T. 1956K, Mukim Bandar, Kuala Terengganu

Tarikh Keputusan: 
26 Sep, 2007
Huraian Tajuk/Isu: 

Kubur lama di atas Lot P.T. 1956K, Mukim Bandar, Kuala Terengganu

Keputusan: 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang bersidang pada hari ini membuat keputusan bahawa: Keputusan Fatwa mengenai Tanah Perkuburan Islam di atas Lot P.T. 1956K, Mukim Bandar, Kuala Terengganu ditangguh sehingga dapat keputusan rasmi daripada keputusan Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Perpindahan Surau Haji Awang bin Khatib Ahmad Kampung ladang Sekolah ke kawasan perkuburan lama atas Lot 4508, Bandar Kuala Terengganu

Tarikh Keputusan: 
26 Sep, 2007
Huraian Tajuk/Isu: 

Perpindahan Surau Haji Awang bin Khatib Ahmad Kampung ladang Sekolah ke kawasan perkuburan lama atas Lot 4508, Bandar Kuala Terengganu

Keputusan: 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini membuat keputusan bahawa: Cadangan perpindahan sementara Surau Haji Awang bin Khatib Ahmad Kampung Ladang Sekolah ke kawasan Perkuburan Lama atas Lot 4508, Bandar Kuala Terengganu tanah milikan adalah diluluskan dengan disyaratkan mayat-mayat di atas cadangan tapak baru surau itu hendaklah dipindahkan terlebih dahulu, yang mana proses perpindahan mayat berkenaan itu ke perkuburan Islam yang lain, dilakukan oleh orang yang benar-benar beramanah dan meraikan si mati serta dipantau oleh Pegawai Agama Daerah. Kaedah menggali mayat hendaklah tidak dilaksanakan oleh jentera tetapi hendaklah dilaksanakan oleh manusia dengan menggali pada sekeliling mayat bukan di atas mayat, supaya struktur asal fizikal mayat terpelihara dan tanah yang mana mayat berada hendaklah diambil bersekali.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Rezab kubur sebagai sebahagian rezab laluan awam

Tarikh Keputusan: 
30 May, 2007
Huraian Tajuk/Isu: 

Cadangan menjadikan rezab kubur sebagai sebahagian daripada rezab laluan awam

Keputusan: 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang bersidang pada hari ini memutuskan bahawa : Tidak bersetuju cadangan menjadikan sebahagian rezab kubur kawasan Makam Di Raja Masjid Zainal Abidin, Kuala Terengganu, sebagai laluan awam.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Status Perkuburan Islam di atas Lot 905, Mukim Kuala Terengganu

Tarikh Keputusan: 
30 May, 2007
Huraian Tajuk/Isu: 

Pohon mendapatkan Fatwa mengenai Status Perkuburan Islam di atas Lot 905, Mukim Kuala Terengganu

Keputusan: 

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu yang bersidang pada hari ini memutuskan bahawa: Keputusan fatwa mengenai tanah perkuburan Islam di atas Lot 905, Mukim Kuala Terengganu ditangguh sehingga dapat keputusan rasmi daripada keputusan Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.'

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Syndicate content