WP Kuala Lumpur
Ajaran Mohd. Saman al-Banjari
-
Mengesahkan bahawa kandungan risalah dan ajaran yang disandarkan kepada Mohd. Saman al-Banjari mengandungi banyak khurafat dan boleh membawa kepada kufur.
-
Risalah ini haram dibaca, diedar dan disimpan.
- Ajaran ini haram diajar dan diamalkan.
- 218 reads
Kedudukan Harta Seseorang Muallaf Yang Telah Meninggal Dunia
- 237 reads
Kedudukan Orang Yang Dinamakan Oleh Simati Sebagai Penama
- 204 reads
Kedudukan Anak Yang Dilahirkan lebih Enam Bulan Qamariah dalam Sesuatu Perkahwinan (WP)
- 260 reads
Hukum Menggunakan, Menternak dan Berjual beli Lintah dan Cacing
- 227 reads
Hukum Insurans Am
- 252 reads
Hukum menggunakan ruang solat di masjid sebagai kelas agama bagi pelajar-pelajar KAFA dan Sekolah Rendah Agama
- 196 reads
Ajaran yang dibawa oleh Syed Mutalib b. Syed Mohd. Nordin serta risalahnya
- 158 reads
Fatwa Larangan Penggunaan Kalimah Allah di Kalangan Bukan Islam (Wilayah Persekutuan)
i. Lafaz Allah [Lafz Al-Jalalah] merupakan kalimah suci yang khusus untuk agama dan umat Islam sahaja, dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam.
ii. Wajib bagi umat Islam menjaga lafaz ini dengan cara yang terbaik.
iii. Bahawa sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
iv. Bahawa empat [4] perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan pengunaan oleh orang bukan Islam.
v. Bersetuju supaya diadakan dan dikuatkuasakan Akta Kawalan dan Sekatan Penggabungan Agama Bukan Islam kepada orang Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan sepertimana di negeri-negeri lain.
- 154 reads
Hukum Pelaburan Dalam Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Skim Yang Seumpamanya
- 421 reads
Fatwa Berkenaan Dengan Kursus ESQ Leadership Training Dan Fahaman Yang Seumpama Dengannya (W/P Kuala Lumpur)
(a) Ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa oleh ESQ Leadership Training anjuran Ary Ginanjar Agustin dan sebarang ajaran yang seumpamanya adalah menyeleweng daripada ajaran Islam; kerana mengandungi ajaran-ajaran yang boleh merosakkan akidah dan syariah Islam. Ciri-ciri penyelewengan tersebut adalah seperti berikut:-
(i) Mendukung fahaman Libralisme : iaitu memahami/mentafsir nas-nas agama (al-Quran dan al- Sunnnah) secara bebas, dan faham Pluralisme agama; iaitu fahaman yang mengajarkan semua agama adalah sama dan benar. Kedua-dua fahaman ini adalah sesat dan boleh membawa kepada kekufuran.
(ii) Mendakwa bahawa para Nabi mencapai kebenaran melalui pengalaman dan pencarian. Ini bercanggah dengan akidah Islam tentang Nabi dan Rasul. Menurut akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah, kenabian dan kerasulan adalah semata-mata pilihan Allah s.w.t. (al-Isthifaiyyah), dan bukan sesuatu yang boleh diusahakan (al-Kasbiyyah).
(iii) Mencampuradukkan ajaran kerohanian bukan Islam dengan ajaran Islam, ESQ adalah hasil penemuan seorang Yahudi, Danah Zohar, manakala Got Spot adalah hasil kajian seorang Hindu VS Ramachandran. Kedua-dua penemuan ini disahkan dengan ayat al-Quran (al-Haj ayat 46).
(iv) Menekankan konsep “suara hati” atau “conscience” sebagai sumber rujukan utama dalam menentukan baik dan buruk sesuatu perbuatan. Konsep suara hati “conscience” adalah ajaran paling suci dalam agama Kristian. The Oxford Dictionary of World Religión menyebut : “In the main forms of Christianity, conscience is the absolutely inviolable and sacrosanct centre of the person as human as responsible for her or his decisions”. Konsep suara hati juga merupakan ajaran agama Hindu seperti yang dijelas oleh Swami Vivekananda: “ The Atman is the Holy Ghost of the Biblicle Trinity, and the purpors of all religions is the make men heard “the still small voice’ within them”. Menurut Imam Abu al-Abbas pendapat demikian adalah zindek dan kufur.
(v) Menjadikan logik sebagai sumber rujukan utama. Ini bertentangan dengan akidah Islam yang menetapkan bahawa al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan utama.
(vi) Mengingkari mukjizat dan menganggapnya tidak dapat diterima oleh akal dan tidak sesuai dengan zaman sekarang yang serba logis. Mengingkari mukjizat adalah kufur dengan ijma’ ulama’; kerana ia bermakna mengingkari nas-nas al-Quran dan Hadis Mutawatir yang mensabitkan mukjizat bagi para Nabi A.S.
(vii) Menggunakan Kod 19 rekaan Rashad Kalifa untuk mentafsir al-Quran. Rashad KHalifa mengaku dirinya sebagai rasul dan membawa agama baru yang dinamakan “submission”. Teori Kod 19 dianggap lebih tinggi daripada Quran kerana mengikut teori ini, ayat-ayat al-Quran perlu dibuang atau ditambah bagi menyesuaikan dengan Kod 19.
(viii) Menyamakan bacaan al-Fatihah sebanyak 17 kali seharí oleh orang-orang Islam dengan amalan Bushido oleh orang-orang Jepun yang berteraskan ajaran Budha.
(ix) Mendakwa bahawa kekuatan luar biasa seperti mukjizat boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan rumus ZMP ini ESQ mengiaskan bahawa mukjizat Nabi Musa a.s. diselamatkan daripada Fir’aun boleh juga berlaku kepada orang lain seperti yang berlaku kepada juruterbang Kapten Abdul Razak. Kefahaman mukjizat seperti ini ádalah merupakan ajaran agama Hindu seperti yang diterangkan oleh Swami Vivekananda : “When Jesús healed, they called it a miracle”. What is a miracle?A supernatural even says the dictionary. “Applied Raja Yoga”, says the Yogi. Just because you don’t understand it, you call it miracle. We know what its about. Its natural to us”.
(x) Mentafsir makna kalimah Syahadah dengan “triple one”. Ini adalah tafsiran bid’ah dan sesat. Dalam konteks akidah “triple one” digunakan oleh Kristian untuk menghuraikan Konsep Trinity. Buku “Christianity For Dummies”, ketika menghuraikan konsep ini menyatakan “The Trinity: How +1+1+1 Equals 1. Christianity say that God is Trinity – one God expressed in three beings. The term trinity means : “three oneness”.
- 201 reads
Membendung Pengaruh Syiah Di Malaysia (Wilayah Persekutuan)
a) Memansuhkan keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa pada 24 dan 25 September 1984 yang menyatakan ' bahawa hanya mazhab syiah dari golongan Al-Zaidiah dan Ja"fariah yang diterima untuk di "amalkan di Malaysia ',
b) Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi "aqidah, syari"ah dan akhlaq.
c) Menyokong dan menerima cadangan pindaan perlembagaaan Persekutuan dan Pelembagaan negeri-negeri supaya memperuntukkan dengan nyata bahawa agama bagi persekutuan dan negeri-negeri hendaklah agama Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah dari segi "aqidah, syari"ah dan akhlaq.
d) Memperakukan pindaan kepada semua undang-undang negeri yang berhubung dengan hukum syarak bagi menyelaraskan ta"rif "hukum syarak" atau "undang-undang" Islam seperti berikut :
' Hukum Syarak ' atau 'Undang-Undang Islam ' ertinya undang-undang Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah dari segi aqidah, syari"ah dan akhlaq.
e) Memperakukan bahawa ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah adalah dilarang.
f) Menetapkan bahawa semua umat Islam warganegara ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam dan Hukum syarak yang berasaskan pegangan kepada ajaran Ahli Sunnah Wal-Jama"ah sahaja.
g) Menetapkan bahawa penerbitan, penyebaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem video dan lain-lain yang berkaitan dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jama"ah adalah diharamkan.
II. Bersetuju supaya keputusan fatwa ini diwartakan segera.
- 548 reads
Zakat Penggajian
- 368 reads
Perlantikan Syarikat Sebagai 'Amil
- 304 reads
Buku bertajuk "Risalah Tariqat Naqsyabandiah Jalan Ma'rifat" - Siri 1 hingga 6
- 522 reads
Ajaran dan Ilmu Kebatinan, Tahap Diri ( kuasa ghaib)
1. Nasrul Haq
2. Budi suci
3. Al Watan
4. Budi suci sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat sunda pukulan ghaib
7. Tusuk hikmat
8. Ilmu kebatinan
9. Potong maya
10. Naluru
11. Kaula
12. Haqqulah
13. Shahadah Rampai
14. Wali suci
15. Kalimat sakti
16. Silat pukulan jarak jauh
17. Ilmu tenaga dalam hikmat
18. Zikir sha'ban
19. Islam Haq
20. Asal wujud
21. Garis laksamana
22. Al Ma'zat dan seumpamanya;
I. Bukan daripada ajaran Islam bahkan menyeleweng daripada akidah Islamiah oleh itu orang Islam ditegah daripada mengikut dan mengamalkannya di Wilayah Persekutuan.
II. Ahli-ahli Ilmu Kebatinan yang telah bersumpah Syarie hendaklah Menghanaskannya (membatalkan sumpahnya).
- 893 reads
Fatwa Berkenaan Dengan Wanita Menyerupai Lelaki
- 658 reads
Fatwa berkenaan dengan senaman Yoga dan perkara yang berkaitan dengannya. (W/P Kuala Lumpur)
(b) Apa-apa jua jenis atau bentuk senaman yang mengandungi unsur-unsur sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a) adalah haram menurut syariat Islam dan dilarang orang Islam beramal dengannya.
(c) Mana-mana orang tidak boleh memiliki, menyebarkan, mengedarkan atau menerbitkan apa-apa buku, majalah, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya dan termasuklah apa-apa filem atau rakaman audio, khidmat pesanan ringkas dan e-emel yang berkaitan dengan amalan, pegangan dan fahaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a) dan (b).
- 680 reads
Hukum Menggunakan Kaedah Khidmat Ibu Tumpang Untuk Mendapatkan Zuriat
- 527 reads
Ajaran Abdul Rahim bin Abdul Razak
- 373 reads
- 1351 reads
Printer-friendly version





